Tuesday, July 14, 2009

Dah hampir 4 tahun rupanya...

kadang-kadang bila dok menghadap blog ni, aku teringat masa mula-mula blog *secara aktif* tahun 2006 dulu. Aku start blogging tahun 2004 tapi sebab aku tak reti godeh html code, membuatkan aku stop dan jadi silent reader blog orang je.
.Justify FullTahun 2006, orang yang bertanggungjawab promot kat aku suh blogging nih ialah Sunanjati. Tapi lani dia pun kejap ada kejap takde je. Lepas aku create blog, aku buh gambaq kat pic, ada la blogger ni, geng dengan si sunan kata penah nampak aku. Upa2nya dia tu kawan sekolah husband aku. keciknya donia..dia tu lah...13May yang selalu jiwa kacau, tapi time jiwa tak kacau, dia wat entry, kababom! ramai mai baca dan komen. Masa tu, bilangan komen menjadi 'kayu ukur' kefemesan blog tu. Punya la jeles tengok blog yang ramai orang komen. :D
.
Masa tak ramai kawan nak buh kat list, punya la rasa rendah diri nak pi blog-blog otai nak mintak link. Nak buat entry sendiri pun tak reti lagi masa tu, kira dok copy paste artikel dari email ja..sampai la dekat-dekat nak raya dan lepas raya baru pandai nak citer aktiviti diri sendiri. Time ni la kenai ayaqmasak, esampah, merapuman, achik, masy, anne, leeds, kak ungku, ady, edyan, Lindosh, suepurple, nuraddeen, akirasuri, maryamabuahmad, suri (missing in action dia ni) maniq kayangan, Ita...(mana lah pi Ita... ni last contact by sms tahun 2007 je). dari blog masy tu kenai lak ad3ck and the geng macam penyubiru, titicaca, debikdebuk, ween pastu kenal jugak dengan superotai blogger cam kingbinjai, kak Pnut, Hana etc..
.
Dulu-dulu aku silent reader famous mama blogger tak lain tak bukan kaklady dengan kak sya ler..bila kak lady dan kak sya dah link dengan aku, mak aikk kemain suka dan terharunya. *kelakar je* dari situ aku berjangkit-jangkit baca blog mama blogger yang lain cam kak Zar, kak yus, kak Ajzie, Irfa, mamasinga, kak LUJ, kak RM (masa tu lum kawen lagi.) maklang, kak Long 1 dan kak Long 2, Kak Hanisumayyah, kak oren etc.. banyak pengalaman suka-duka yang aku pelajari dari blog mereka..
.
Dari blog, disambung pula silaturrahim di luar. Tahun 2007 ku kira sebagai tahun paling banyak aku jumpa kawan blog buat pertama kalinya. Dan the first blogger aku jumpa ialah 13May *tak boleh kira sebenarnya ni coz memang penah jumpa dia sebelum jadi blogger*, pastu kak Ungku dan Ady di Bukit Merah dan berjumpa Lindosh di seberang jaya. Masa aku ke Putrajaya pula, aku jumpa kak PB, Ila, Irfa, Masy, Anne, Baiti dan Nurshi. Sungguh best buat entry lepas berjumpa tu. Yang dekat-dekat area tempat aku, aku jumpa ialah...Kak Oren... Kak Ummi dan Jamri di Ipoh dan Dayah di kuala kangsar. Lama aku tak jumpa kawan-kawan blogger hingga lah tahun lepas, aku jumpa dengan Kak Zar. Dan dua perjumpaan lagi dengan Shahril Aley dan Tiara di Penang. Dua bulan lepas pula, aku jumpa kak Izawani. :) Pertemuan-pertemuan yang sungguh bermakna bagi ku.
.
Sekarang ni blog tumbuh macam cendawan lepas hujan. *Even cendawan pun macam lambat je nak tumbuh, tapi blog makin banyak*. Sampai aku dah takleh nak ingat dah setengah-setengah nama blogger dan blognya. Tapi takpelah, ni satu perkembangan yang sihat sebenarnya. Bermakna makin ramai orang dah mahir menggunakan IT...cuma kalo ada kesempatan untuk berkumpul samada di alam maya atau di luar, suka sekali aku nak bercerita dan mengimbau kenangan lama yang tak berapa lama tapi memberi kesan yang sungguh indah di dalam jiwa...

18 komen:

sya said...

Skrg ni org dah kurang baca blog.. banyak ke facebook n twitter

achik said...

best kan masa awal2 aktif dulu.. ingat lagi masa kita lawan pantun ngan 13may kat blog ayaq.. masa tu kelakar je..

ada contact lg tak ngan sunan tu?

risanur said...

blog adalah tempat kita mencari kawan2 baru dan menambah koleksi kawan di alam maya...walaupun di alam maya namun persahabatan kekal hingga bertemu muka :)

Mrs. Zuki said...

Kak Luna,
Buat blog mmg senang tapi nak maintainkan blog tak sesenang membuatnya..betul tak?

atty's said...

bila lak nak jumpa kty nie,,

kakLuna said...

kak sya : antara yg lepak facebook tu saya la. ha ha

achik : ingat..ingat..pastu akak pun wat entry pantun dan masukkan nama kak ungku..sejak tu akak link dgn kak ungku lak :D

risanur ; the more we get together the marrier will be:D

Ili : tu la..x updet rasa bsalah lak..

kty : insyaAllah..kalo kty mai utara nih...boleh la adjust2 masa nk jumpa

Ummu Auni Afif said...

hehe. kan 33% pembaca the sun blogs :)
macam therapy pula
saya tak guna FB, sebab TM block, hoho

DeeN said...

Dah 4 taun ka? Tahniah! Skang neh blog dapat membantu penggunanya bina networking, even orang tu tak stay kat Malaysia, kan..!

:)

zareda said...

betul kata kak sya

sekarang layan FB. Lagipun dah ramai sgt blogger, terasa nak low profile aje.. tak moh org kenal sangat dalam blog

~ yus ~ said...

eh! iyalah Luna, kak yus pun dah 4 tahun sejak kali pertama mula blogging. Tak perasan pun. Tapi skrg memang dah malasss, fb pun jarang2 jengah...huhu

kakLuna said...

ummu auni afif : blog,FB umpama 'kebangkitan' email 10 thn lepas


deen : a'ah lupa lak aku nk mention kwn2 blog yg obersi mcm Yatie Dubai dan Encik Idham

kak zar : a'ah dulu2 kbykn blogger x tunjuk muka...sy pun setiap kali baca blog kak zar tpaksa la cipta imej sdiri cmne la rupa kak zar..hehe

kak yus : dh menghampiri zaman merudum agaknya..hehe

Masy said...

fesbuk, fesbuk jugek tp blog musti apdet tauuu hehehehe ;)

ummu_ammarz said...

tahniah2 coz blog dah 4 thn ye.melalui blog lah sy dpt knl dgn akak.x sangka rupanya sekampung.plg terharu ms akak dtg ms arwah mak sy meninggal.mekasih ssgt2.

Anonymous said...

salam
kak, TAHNIAH!
nk bgtau, hana dah tukar url
coklatvanilla.blogspot.com

hana

kakLuna said...

masy : tu la..facebook mmg tak boleh blah! hehe

suzanna : ala..jgn ckp camtu..sbb kg zanna tu dkt je dgn opis akak..dh tgjwb akak kene pegi..

hana ; hang otai...lagi lama... :D

Purpleheart said...

aku pun da kureng nak apdet blog ni, ske lepak kat fesbuk je laa ni..

hayad said...

kak luna, lepas updet blog, bukak blog akak ni, tgk2 akak pun ada wat entry psl kenangan berblog, hehe

pekan said...

lunaaaaaa...

rindu sey benornyer nak baca blog korang.. maklum la dah busy meniaga nie..

tp aku tak lupa korang.. bila aku ader masa mesti aku jenguk2 blog korang.. aku pun gian sebenar nya nak blog, tp tak berkesempatan nak menaip.. huhuhu..

~pisces~

 

30 Tahun Sudah... © 2008. Design By: SkinCorner