12hb hari tu Luqman dah cukup 7 tahun ikut bulan omputih, padahal ikut bulan Islam dah lama dah..7 Ramadhan yang lepas, senang nak mengingatnya, hehe..
cuma 2,3 tahun kebelakangan ni lah dapat menyambut harijadi waktu siang atau pun dalam keadaan 'tenang' tak kalut mengejar puasa ataupun raya. Tahun ni special le sket sebab dan masuk sekolah. Emaknya pun tahun ni gak special sebab dah masuk 30an. :)
.
Kebetulan hari tu hari aku TCA (jumpa doktor) kat Hospital Kulim, jadi amik cuti lah (dapat MC sebenarnya..hehe). Alhamdulillah perkembangan kesihatan ni positif lah. Doktor filled up rekod terapi, semuanya dah turun. ALT turun tapi ada benda yang naik. Aku nak citer pun idak le reti tapi Doktor kata tu normal la turun naik dalam perpuluhan bukan naik mendadak. fluctuate yang dijangkakan katanya. Cuma dia ada kata, kesan dari ubat ni akan menyebabkan platlet menurun jadi darah lambat membeku so mungkin sesekali berlaku gusi berdarah dan sebagainya tapi tak lah serius. kat klinik Pakar 3 tu, aku berkenal-kenal la dengan 2-3 orang pesakit yang sama, hehe dah 2-3 kali TCA baru berani nak tegur dan bersembang dengan orang lain. Sembang dengan makcik ni dia menghidap hepatitis C dan dah 38 minggu amik terapi yang sama. tengok dia, Alhamdulillah cergas je padahal condition dia lebih teruk dari aku. Tapi memang betul tuan puan, sakit ni takde simptom malahan ia mengambil masa yang lama antara 10-15 tahun untuk meningkat ke tahap seterusnya. Thats why le most of the time kat peringkat terakhir baru setengah orang tau dia ada hepatitis. Masa tu maybe dah kronik, jadi barah hati. Makcik tu asal-asalnya datang klinik nak check kolestrol, last-last baru tau ada hepatitis C. So, tuan puan disarankan jalankan lah pemeriksaan untuk mencegah lebih awal. Oh ye! berat badan ku juga telah turun lagi 1kg!
.
Ok, balik pada citer sebedei Luqman ni la. 12 Nov 2009 apa yang special event kat malaysia ni? hehe kaki wayang tau ler kan...itu le, citer 2012 ...memang itu la antara 'hadiah' untuk Luqman. Dari Kulim, pi makan kat kg pertama pastu pi tengok 2012 kat megamall. Citernya ok cuma aku harap dia lebih ummphh! Ntah la, banyak gak aku dengar dan baca komen penonton pasal 2012. Bukan tak best cuma orang kata, 'indah khabar dari rupa'. Bagi aku, Star Trek dan War of The Worlds lebih baik dari 2012. Masa tayangan sangat panjang, tapi plotnya agak mendatar. Dan pada aku, tak sepatutnya watak presiden tu mati, sebab the President 'tak betul-betul berjuang' lagi untuk selamatkan rakyatnya. Apapun, special effects nya mengagumkan walaupun banyak scene tunjuk dari jauh.
.
Abis citer tu, balik umah la apa lagi.. tapi singgah sat kedai kek dan Minat beli serba sedikit makanan ringan nak jamu bebudak ni. Alah majlis kecik setakat keluarga kami je. Yang penting, Luqman nya happy. Hai, mana tak happy, udah le ponteng sekolah, ikut mak ke hospital (kira berjalan-jalan le jugak tu, TCA bukan lama, takat kul 12 je), tengok wayang, beli kek smua, nak apa lagi. Exam pun dah abis, dah dapat result pun. Alhamdulillah ada peningkatan dari nombor 13 jadi nombor 7. Hehe jadi kelas pun tak le turun. Risau gak aku kalo kena tukar kelas. Risau kesan psikologi nya lah...So tahun depan Luqman masih dalam kelas Bestari.
.
Lagi nak citer apa? Semuanya boleh didapati di facebook ye.. :D



15 komen:
hepi belated besday luqman. adiah claim kat ibu yer.hihi
selamat hari jadi zharif luqman..belum terlewatkan...
akak nak tanya luna..ape tanda2hept.B tu..ye..betul ke antara tanda2nya mudah letih..
penyu : luqman kata adiah claim kat ayah batrisyia :P
kak erna : hmm dia mmg x de simptom...nak kata mudah letih pun betul juga tp tak semestinya :P
hepi belated besday pada luqman..
take care luna...mujur dapat detect awal penyakit tu, at least bleh ambil treatment. insyaAllah, all will be well.
kak azwa : terima kasih mokcik azwa..hehe
setiap sakit tu dtg bsamanya pengetahuan baru.. :)
hepi belated besday Oman..
moga cepat sihat kak.. :)
dah wish dlm FB ari tu.sama besday ngan anak buah terbaru aku(khalil ghazi)..aku pun belum lg tgk anak buah aku tu,tgk dlm mms je.hehe
Happy Belated Birthday Luqman...
Citer 2012 tu punyalah kemaruk org que nak tengok.. akak pun que jugak tapi lemas ler org ramai ramai so tengok Jeniffer's Body.. perghh citer hantu ropenyer.. hampeh
achik ; terima kasih Balkish Mustafa.. :D
irfa ; hehe senang nk ingat besday anak ko skrg :D
kak zar : a'ah teringin gak tgk Jennifer's body tu. best x?
happy belated besday luqman.semoga berjaya dlm apa jua lapangan yg diceburi amin ..
bagi kty pun movie 2012 ..tak ummph seperti yg digembar gembur..
jalan citer..effect lebih kurang sama je ngn citer omputeh lain ..pasal bencana alam ..dan bila tgk .setiap scene dlm ati tertanya2.mcm penah tgk .scene ni ..menghampakan disitu .
selamat hari lahir dan tahniah luqman dah 7tahun, belajar pun dah semakin baik..:)
rasa cepat masa berlalu..
selamat epy bday utk luqman. akak pun, harap2 cpt sehat ye :)
amacam, skema tak? ;)
Hepi Besday Oman...
Semoga jadi hambaNya dan anak yg soleh....
Amin!
:)
Tahniah gak sebab ada peningkatan exam...
Tahniah!
Happy Birthday Luqman..
Semoga menjadi anak yang menyejukkan perut mak.
Oman tu pandai kan..dia nye fikiran mcm org besar..
Tahun depan mesti meningkat lagi result dia.
kty : yes! ada gak yg pdpt sama ttg 2012. bukan x best kan kty cuma nya....sama je mcm filem lain..
sierra ; hehe dh tgk jwpn kertas BM dia? :D
masy : haha..bila nak belanja asparagus?
nurul : Alhamdulillah, terima kasih
ili : seadanya je Ili...tp lps dpt hadiah tu dia kata nk sungguh2...kita tgk je..hehehe
Post a Comment