Monday, October 25, 2010

Gelagat

Semalam kami berjalan-jalan di taman di tepian sungai parit buntar, sambil memerhati gelagat manusia yang lain. Ada yang bersenam, jogging, bergambar tapi kebanyakannya membawa anak yang kecil bermain. Satu pemandangan yang biasa.
.
Aku dengan Am mengambil tempat di sebuah bangku dan Luqman bebas bermain panjat-panjat. Di belakang kami ada sepasang emak dan ayah serta anaknya yang mungkin berumur 1 atau 2 tahun. Pada mulanya aku tak tertarik nak melihat gelagat mereka. Sehingga aku terdengar si emak memanggil anaknya berulang kali untuk melihat ke arah kamera.
.
'Zarfan...Zarfan...tengok sini..' Anaknya tak menoleh.
'Muhammad Alif Zarfan....' pun anak nya tak memberi respon.
'Stand up Zarfan...' Oh emaknya cuba ber'speaking' pula. Pun tak menjadi.
.
Si emak mati akal. Aku masih memasang telinga mendengar apa tindakan seterusnya.
.
Tiba-tiba
.
'Kruuu...kruuu...' suara si emak memanggil macam kita memanggil ayam tu! Yang lawaknya, barulah anaknya menoleh mencari suara si emak. Aku yang duduk di bangku gelak berdekah tak tahan melihat situasi itu.
.
Kemudian si ayah bertanya 'La kenapa panggil macam tu?'
Emak nya selamba menjawab; 'habis, nak buat macam mana lagi???' Oleh sebab taktik tu berjaya, si ayah pun join sama.
.
Kasihan Muhammad Aliff Zarfan tu, tak pasal-pasal dipanggil macam ayam. hehehe.

Tuesday, October 19, 2010

Pengalaman pertama naik bas


Seingat aku, umur paling awal aku naik bas tanpa keluarga ialah masa aku darjah 2, tahun 1987. Hari raya kedua dan perjalanan nya ialah dari A.A.Tin ke Batu Gajah. Berbekalkan duit raya lebih kurang RM 12, aku dan kawan-kawan aku 'berambat' menunggu bas Perak Roadways yang kami panggil 'bas pendek' sebab bas tu memang pendek. Yang dalam gambar ni bas panjang untuk ke Ipoh.
.
Pada mulanya, aku ragu-ragu untuk mengikut kawan, sebab takut mak aku marah. Kawan aku kata 'takpe, kita pegi kejap je, singgah emporium pastu kita balik le'. Mendengar perkataan emporium tu buat aku jadi berani. Bukan selalu dapat ke sana! Perkara pertama yang aku bayangkan untuk dibeli ialah coklat Gajah, cekedis dan sepotong kek icing. Semuanya sangat susah didapati di kedai-kedai kawasan perumahan aku.
.
Bila bas pendek sampai, kami pun naik. Aku masih takut-takut. Bas pula penuh dengan orang. Kami pun berhimpit-himpit juga lah. Nak tunggu trip lagi satu bukan senang, 2 jam sekali, nak balik pukul berapa pula nanti.
.
Sepanjang perjalanan tu, banyak kali juga berhenti-henti nya. Sampai kat Batu 7, bas tu berenti sebab ada sekumpulan anak dara sekolah menengah nak naik. Rupa-rupanya, Nyah aku dan kawan-kawannya baru balik beraya dari rumah salah seorang kawan nya juga. Nyah aku dah sekolah menengah, memang le mak aku tak kisah kalo dia pegi berjalan naik bas. Nyah aku nampak aku! Alamak, matilah di kabo nya kat mak aku kang. Aku pun sengih-sengih je la dan tunjuk kawan-kawan aku sebagai isyarat yang bermaksud 'Orang pegi dengan kawan-kawan. yang tu, yang nu dan yang ni!' merujuk kepada kawan sebelah aku.
.
Akhirnya sampailah bas tu ke Batu Gajah. Berambat la lagi ke emporium yang dikagumi itu. Sebelum tu aku jumpa kakak aku dulu nak bagitau dia nanti balik jangan bagitau kat mak yang aku beraya sampai Batu Gajah. Kakak aku pun janji tak bagitau. Eleh, dia pun ada plan la tu nak berjalan dengan kawan-kawan dia. So, terlepas lah aku.
.
Alhamdulillah, walaupun usia aku terlalu muda untuk 'terlepas' macam tu, selamatlah juga kami pergi dan balik. Mujur ada bas pendek yang perjalanannya terus dari tempat ku ke situ. Kalo bertukar-tukar kenderaan, dengan teksi nya, kereta sapu nya, harus jugak kakak aku report kat mak aku! Tapi tu lah kan, beza nya dengan kanak-kanak zaman ini. Usia aku masa tu sebaya dengan Luqman pada tahun ni. Tapi, Luqman nak dilepaskan untuk berjalan sendiri-sendiri? Oh tidak sekali-sekali. Pergi balik sekolah pun berjemput, ini kan pula nak naik bas. Walau bagaimanapun, pengalaman naik bas tetap kuterapkan dalam diri Luqman sesekali. Dulu aku bawa naik bas merah ke parit buntar, sekarang bas tu dah tak lalu depan umah aku dah, jadi aku cuma boleh ajar dia naik bas rapid penang saja, yang jauh lebih selesa dari bas zaman aku. Apapun, dapat jugak dia memerhati pelbagai kisah kehidupan orang lain dari kerusi bas itu.

Monday, October 18, 2010

Mengunjungi kedai buku


Entri yang sebelum ni saja je aku post kan sementara nak pikir nak taip apa. hehe. Aku memang suka sangat cari cerita-cerita inspirational macam tu, jadi bahan bacaan time boring atau time tak berapa sibuk dengan kerja. Daripada boring tengok FB bukak blog, boring tengok blog bukak FB, lebih baik cari bahan bacaan macam ni kan. Nak beli buku motivasi kang, mahal pulak. Aku kalo kaya raya memang aku borong abis siri-siri chicken soup for the soul tu. Eii, geram aku tengok. Tapi harganya, buntang mata aku! cepat-cepat letak balik buku ke rak nya. hehe.
.
Kalau berjalan-jalan time cuti, aku mesti jadikan kedai buku sebagai destinasi wajib untuk singgah. Aku paling suka sekarang ni pergi Queensbay Mall sebab kat situ ada Borders. Luqman pun tahu, kalo nak suggestkan tempat nak gi jalan-jalan, mesti dia ajak ke Qbay sebab tahu aku boleh lepak 1-2 jam kat Borders tu saja. Dan rak buku yang aku pertama aku tuju ialah 'Self-Improvement'. Kat Penang ni ada 3 je kedai buku yang bagus iaitu Popular, Borders dan MPH. Tapi MPH kat 1 tempat je, Plaza Gurney, kawasan yang jarang-jarang aku lalui.
.
Minat membaca ni, tak lain datang dari sifat ayah aku. Kat rumah tu, kalo orang lain, almari penuh pinggan mangkuk, barang hiasan, tapi rumah aku penuh buku. Dari satu almari ke satu almari berganti disebabkan papan nya dah 'lendut' dek sebab tak mampu nak tampung buku-buku ni. Maklum lah kami bukan orang berada boleh beli almari kayu yang tahan puluh-puluh tahun tu. Yang mana boleh pakai, pakai lah jua. Sumbat semua buku-buku. Ayah aku ni fesyennya, suka simpan buku majalah lama. Barang lain boleh buang, tapi jangan buku dan majalah dia! Tu sebab kalo nak cari daripada Majalah DIAN tahun 1972, majalah Al-Ain tahun 1986 ataupun Dewan Siswa tahun 1990, insyaAllah ada! Kot tak bersusun tarikhnya saja. Orang kata, kalo jual kat kedai buku antik, tentu mahal harganya sebab buku dan majalah ni sudah tak de di pasaran. Sudah menjadi nadir.
.
Sekarang ni aku terapkan minat ni kat anak-anak aku pulak terutama membaca buku-buku yang berfaedah macam buku motivasi. Tak semestinya kita ada masalah baru kita cari buku-buku motivasi, tapi baca sebagai persediaan, belajar dari kisah-kisah orang lain. Kalo mampu tu, beli. memang tak rugi membeli buku, umpama membeli ilmu. Kalo dapat pengajaran dan sampaikan pada orang lain, lebih berganda-ganda faedahnya.
.
Aura faedah mengunjungi kedai buku ni, yang aku selalu aku rasa ialah bila tumpang baca 1-2 mukasurat dari buku-buku tu, aku pasti akan keluar dari kedai buku tu sebagai seorang yang lain yang kadang-kadang terus aku leh aplikasikan bila aku kuar dari situ. Contohnya; aku baca 1 kisah dalam CSFTS tentang seorang ibu yang mempunyai anak bernama Brian. Brian adalah macam kanak-kanak sekolah rendah yang lain kadang-kadang nakal kadang-kadang baik. Ada beberapa hari Brian masuk kelas lewat, cikgu dia pun bagitau kat mak dia. Cikgu tu buat andaian yang Brian ni mungkin terpengaruh dengan budak nakal yang malas bersekolah sebab tu masuk kelas lambat. Balik dari sekolah, mak dia pun tanya Brian tentang apa yang cikgu dia bagitau. Pada mulanya si emak memang mempunyai fikiran yang negatif tapi dia bagi peluang Brian menerangkan perkara sebenar. Rupa-rupanya setiap pagi Brian lewat kerana menolong seorang budak yang cacat kaki untuk pergi ke sekolah, bukan kerana bergaul dengan budak-budak nakal. Emaknya mendengar alasan Brian terus memeluk anaknya 'I Love You Brian!'.
.
Dari situ aku belajar untuk memberi peluang kepada orang lain terutama anak-anak menerangkan alasan mengapa dia buat macam tu macam ni sebelum menjatuhkan hukuman. Bukan untuk memanjakan anak, tapi untuk mengajar erti keadilan dan kita akan sentiasa mendengar luahannya untuk pertimbangan. Itulah contoh 'aura' dari kedai buku yang membuatkan aku melangkah keluar sebagai orang yang baru.

Attitude Is Everything

by: Brian Cavanaugh, T.O.R., A Cup of Chicken Soup for the Soul

Jerry was the kind of guy you love to hate. He was always in a good mood and always had something positive to say. When someone would ask him how he was doing, he would reply, "If I were any better, I would be twins!"

He was a unique manager because he had several waiters who had followed him around from restaurant to restaurant. The reason the waiters followed Jerry was because of his attitude. He was a natural motivator. If an employee was having a bad day, Jerry was there telling the employee how to look on the positive side of the situation.

Seeing this style really made me curious, so one day I went up to Jerry and asked him, "I don't get it! You can't be a positive person all of the time. How do you do it?" Jerry replied, "Each morning I wake up and say to myself, 'Jerry, you have two choices today. You can choose to be in a good mood or you can choose to be in a bad mood.' I choose to be in a good mood. Each time something bad happens, I can choose to be a victim or I can choose to learn from it. I choose to learn from it. Every time someone comes to me complaining, I can choose to accept their complaining or I can point out the positive side of life. I choose the positive side of life."

"Yeah, right, it's not that easy," I protested. "Yes, it is," Jerry said. "Life is all about choices. When you cut away all the junk, every situation is a choice. You choose how you react to situations. You choose how people will affect your mood. You choose to be in a good mood or bad mood. The bottom line: It's your choice how you live life."

I reflected on what Jerry said. Soon thereafter, I left the restaurant industry to start my own business. We lost touch, but I often thought about him when I made a choice about life instead of reacting to it.

Several years later, I heard that Jerry did something you are never supposed to do in a restaurant business: he left the back door open one morning and was held up at gunpoint by three armed robbers. While trying to open the safe, his hand, shaking from nervousness, slipped off the combination. The robbers panicked and shot him. Luckily, Jerry was found relatively quickly and rushed to the local trauma center. After 18 hours of surgery and weeks of intensive care, Jerry was released from the hospital with fragments of the bullets still in his body.

I saw Jerry about six months after the accident. When I asked him how he was, he replied, "If I were any better, I'd be twins. Wanna see my scars?" I declined to see his wounds, but did ask him what had gone through his mind as the robbery took place. "The first thing that went through my mind was that I should have locked the back door," Jerry replied. "Then, as I lay on the floor, I remembered that I had two choices: I could choose to live, or I could choose to die. I chose to live." "Weren't you scared? Did you lose consciousness?" I asked. Jerry continued, "The paramedics were great. They kept telling me I was going to be fine. But when they wheeled me into the emergency room and I saw the expressions on the faces of the doctors and nurses, I got really scared. In their eyes, I read, 'He's a dead man.' "I knew I needed to take action."

"What did you do?" I asked.

"Well, there was a big, burly nurse shouting questions at me," said Jerry.

"She asked if I was allergic to anything. 'Yes,' I replied. The doctors and nurses stopped working as they waited for my reply. I took a deep breathe and yelled, 'Bullets!' Over their laughter, I told them. 'I am choosing to live. Operate on me as if I am alive, not dead." Jerry lived thanks to the skill of his doctors, but also because of his amazing attitude. I learned from him that every day we have the choice to live fully. Attitude, after all, is everything.

Friday, October 15, 2010

Tips mendapat kawan....

Rentetan dari tak puas hati pasal semalam kan, aku terperasan satu faktor sepunya terbesar (FSTB) eheh macam belajar Mate form 1 pulak, kenapa dorang yang suka serbu buat business tak pakai helmet kat aku ialah, kerana dorang tengok aku ramai Friends. hahaha. Aku riak dan takabbur ni. Ye, aku rasa 70% punca nya ialah itu. Orang yang ramai Friends perlu didekati, untuk memudahkan, meringkaskan penambahan networks!
.
Tak payah buat homeworks, tak payah kenal-kenalan lebih rapat, tak payah selami hati budi, dia ramai kawan nih, konfem boleh masyukkkk!!!
.
Mana boleh macam tu, apa dia ingat aku senang-senang ke dapat kawan, sahabat, kawan blog, kawan FB, kawan yahoogroups, kawan sekolah, kawan UUM, kawan kampung sebanyak ini?
.
Ia adalah proses yang panjang!
.
Mari aku nak ajar camne kita boleh mendapat kawan yang ramai. Ia bertitik tolak dari peribadi. Dengan peribadi yang baik dan diterima, andai kita berjualan sekalipun, tak perlu membuat promosi hebat, memaksa-maksa, menpsiko-psiko, tetapi orang ramai lah yang akan mendekati kita dengan sukarela.
.
Antara tips untuk menghadapi peperiksaan nya ialah;
.
  • Apa yang kita tak suka orang buat kat kita, macam tu lah orang pun tak suka kita buat kat dia. So jangan buat apa-apa yang kita tak suka pada orang lain.
  • Tunjuk atau tulis apa yang orang nak tengok dan baca bukan apa yang kita nak tengok dan baca sahaja
  • Buat homeworks sikit tentang orang tu, tentang keluarganya ke, kegemarannya ke, jangan menonong-nonong terus nak jual barang
  • mengamalkan sikap positif, cakap yang positif
  • ambil berat tapi jangan dibuat-buat
  • pergantungan kepada Allah, bukan manusia, dengan cara ni, bila kita direject kita boleh cepat redha. Kita dah berusaha, tapi belum rezeki untuk barang itu terjual, ada hikmah di sebaliknya.
  • Jangan berlebihan, dalam menegur atau memuji, dalam membantu ataupun membiarkan. Ingat, sesuatu yang melampaui batas, Allah tidak suka meskipun ianya perkara baik.
.
Rasanya itulah 'tips' yang boleh aku kongsikan. Aku pun bukan orang pandai. Kalo aku orang pandai dengan kawan-kawan seramai ni, pasti aku pun dah jadi peniaga yang berjaya! Tapi aku berkawan dengan niat ikhlas bukan nak amik kesempatan. Aku pun bukan masyarakat peniaga, namun andainya, aku tercebur (boleh ek, tercebur?) dalam bidang ni, insyaAllah cara gini lah aku amalkan, iaitu, persaudaraan dahulu, baru perniagaan.
.
Bukan sebaliknya. - L

Thursday, October 14, 2010

'Maaf, saya tidak berminat.' Titik

Agaknya memang ini style sesetengah orang sekarang buat bisnes? Desperate! Aku highlight kan ini kerana bukan semua bersikap demikian.
.
Dah lama aku memerhatikan perkara ni, bukan aku saja tapi ada kawan-kawan yang menerima 'nasib' yang sama. Terutama business online ataupun affiliates (jenis nak cari kaki bukan jual barang sangat pun). Aku telah disapa seorang kenalan lama di FB, aku fikirkan tujuannya untuk bertanya khabar, rupanya tidak, dia memasang serampang business nya tanpa basa-basi!
.
Aku kecewa dengan pendekatan itu dan aku menolak. Aku tidak berminat. Setiap orang berhak untuk menerima atau menolak sesuatu tawaran itu, atas sebab peribadi orang tersebut. Full stop. Fahamilah dan hormatilah.
.
Tidak perlu diperpanjangkan dengan mengatakan;
.
'Siapa tak ambik peluang ni memang rugi'
'Ni lah masalah orang Melayu, terlalu cepat selesa'
.
Aku menjawab 'Rugi itu subjektif, tidak semestinya menolak 1 bermaksud rugi keseluruhan kehidupan. Kerugian yang mutlak adalah manusia yang tidak berbuat amal baik sebelum mati'. Aku cuba mengatur alasan yang berlapik walaupun hati aku memang tidak terbuka dengan tawarannya.
.
Ditepis lagi 'Tapi Allah tak suruh kita buat amal je tapi suruh berusaha seolah-olah hidup lama'
'Aku cuma nak bagi peluang, ko pun bukan orang senang'.
.
Cukup! Apakah maksud kata-kata itu? Apakah kerana 'dosa' aku menolak tawaran, ko berhak menilai aku sedemikian rupa. Aku bukan orang senang? Ye, memang aku bukan orang senang, tetapi tak semestinya aku perlu menerima 'kesenangan' dari ko. Kesenangan juga subjektif.
.
Sudut pandangan ko, kesenangan itu, material. Perlu kaya, perlu ada harta, perlu ada masa untuk bersenang-senang di rumah menunggu duit bertimpa-timpa, perlu melancong dan sebagainya?
.
Bukan semua mempunyai ukuran kesenangan yang sama seperti pandangan ko. Aku sebenarnya memang tidak mahu berbalas hujah, kerana hati ini memang tidak berminat, tidak mahu dengan tawaran ko. Apatah lagi dengan pendekatan ko. Bila direject, ko menempelak dengan kata-kata negatif. inikah cara 'close sales' yang beretika? Bukankah seorang bergelar Businessman itu perlu jiwa yang besar dan kental, fikiran yang positif, kesabaran yang tinggi dan kata-kata yang manis?
.
Aku betul-betul tersinggung dan kecewa. Dan aku tahu aku akan bertemu lagi dengan situasi ni, berulang dan berulang kerana 'business' zaman sekarang tiada sempadan. Aku bukan mahu mengajar, tetapi bagi yang terlibat, belajarlah lagi, belajar berbudi bahasa, bukan hanya memikirkan keuntungan sahaja! - L

Depa kata badan dah 'seruh'...

Masa balik kampung Am kat Pendang hari raya aritu, tak putus-putus aku ditegur sebab nampak seruh sangat. Seruh is Susut or kurus dalam loghat utara ok? ha ha. Kebetulan aku pakai baju kawin pulak. Depa pun kata 'Ni baju kawin hang kan? Tengok, badan hang punya seruh sampai muat lagi baju kawin..?' Aku nak kata apa, aku sengih-sengih ja. Ingat depa tak tau itu baju kawin, rupa-rupanya depa ingat. Kat umah aku dan opis, takde sapa tegur sebab depa tengok aku hari-hari, jadi tak perasan dengan perbezaan itu. Tapi di kampung memang dah lama tak berkumpul semua sanak-saudara jadi perubahan tu depa nampak sangat ketara!
.
Ya memang aku pun menyedari perubahan diri aku ini. Tengok la gambaq aku kat atas ni. Masa ni awal bulan 3 tahun lepas, aku pi derma darah kat tesco seberang jaya, yang mana, dari situ lah aku dapat tahu yang darah aku detected with hepatitis B. Gemuk sungguh aku masa tu! Hampir 60kg, suatu angka yang paling tinggi pernah aku catatkan. Nak kata happy sangat ka, tak jaga makan ka, tak bersenam ka, hmm betui jugak. Kegemukan paling ketara kat lengan aku tu. Amboi sedapnya kalo buat lauk. hehehe. Eh aku rasa macam ada double chin jugak masa tu. Hang pa tengok sat, betui dak? Isk, isk...awad jadi sampai lagu tu ntah?
.
Masa ni aku memang ada rasa susah hati sebab berat aku makin hari makin naik. Am pun dok ejek-ejek manja kata aku 'gumuks!gumuks!'. Tahun 2008 aku ada amik Herbalife sebab Am dok jadi agen. Tak dan nak kurus, dah stop buat bisnes tuh. Bersenam? Kalo ingat. Kalo tak ingat, huh, dok bergolek je la atas katil time cuti-cuti. Aku dok berdoa jugak supaya jangan lah berat aku ni bertambah. ha, berdoa punya berdoa, memang Allah makbulkan lah! Tapi, dikabulkan melalui berita kehadiran hepatitis B, dan bila aku menjalani rawatan aku akan menghadapi kesan-kesan sampingan di antaranya, berat badan akan menurun!. Hehe, tang ni aku nak kata la 'be careful with what u wish for..' Aku wish nak kurus sangat, sekali aku dapat sakit sebagai asbab untuk kurus macam sekarang. Tapi aku bukan tak redha, no, sebenarnya seperti entry sebelum ni, aku amat bersyukur sekali, ujian ni boleh dikatakan terlalu banyak hikmahnya. Terlalu!
.
Had ni gambaq aku terbaru la. Masa raya hari tu. Berat aku yang terkini (timbang masa pi hospital Kulim hari tu) ialah - 47kg. Berat yang paling ideal untuk ketinggian aku 153cm itu. Sebenarnya, aku bukanlah kurus, cuma kembali ke berat sebelum mengandung. Aku dulu lagi kurus tau. Sebelum kawin, aku 44 kg je! Masa sekolah, aku pun dikategori dalam 'badan sekeping', 'nasi lemak 20 sen' isk, isk, kalo diingat memang sedih dengan gelaran-gelaran itu. Tapi takpe lah, semua tu kenangan lama yang tak penting lagi. Sekarang aku cuma perlu menjaga saja pemakanan, cara hidup dan emosi supaya berat ini dapat dikekalkan. Cuma masalah problem aku sekarang, seluar jeans, slack aku semua dah longgar-longgar, jadi pening kepala aku nak pikir nak pakai seluar mana untuk pegi keje. Nak beli seluar lain, kena ada budget jugak. Paling koman suar selai dalam RM30, ye dak. Hm, untuk penyelesaian short term ni, aku buat macam mana tau? Aku tibai seluaq keje Am lah! Haha. aci dak? aci dak? aci lah kot ye? Asalkan boleh... hahaha. - L

Tuesday, October 12, 2010

hati yang berlagu riang...

Semalam aku ada appointment dengan Dr kat hospital Kulim. Berkenaan aku punya 'sakit' hepatitis B tu lah. Alhamdulillah, aku dah habis rawatan pegasys injection seminggu sekali tu selama 48 minggu. Sepanjang tempoh tu, sebulan sekali aku kena buat blood test dan jumpa Dr. Sebulan sekali juga aku kena topup ubat aku sebab dorang tak bagi 48 jarum sekaligus kerana ubat tu mahal dan perlu penjagaan yang rapi.
.
Diam tak diam, akhirnya tamat lah rawatan. Kesan dari rawatan tu yang sepatutnya agak teruk seperti keguguran rambut, demam, muntah, kurang selera makan, emosi terganggu, namun aku cuma mengalami kesan-kesan tersebut secara minima saja. Doktor dan Nurse dari Rocher (pembekal pegasys) yang supervised aku pun kagum la jugak sebab aku tak macam pesakit-pesakit sebelum ini yang dia supervised. Kebanyakan mereka jelas tidak dapat bertahan dengan kesan ubat tu, tapi aku kelihatan normal saja. Aku katakan padanya, semua ini adalah berkenaan cara fikir. Aku bukan berbangga, tapi dari 1-2 minggu pertama aku disahkan hepatitis B +ve, aku menganggap kuman itu tidak ada, tidak pernah singgah dalam darah dan hati aku. Walaupun bila diingat-ingat waktu awal tau tu, hampir tumbang juga diri ini! Panik, sedih dan rasa terpuruk. hehehe. Kalo ada pembaca blog ni yang baca catatan aku tahun lepas mesti ingat jugak betapa aku down masa dapat surat dari hospital seberang jaya menyuruh aku datang dan buat blood test semula. 2 minggu selepas itu, sepucuk lagi surat menyuruh aku datang berjumpa doktor untuk menyampaikan hal ini kepada aku.
.
Tapi aku terus optimis, bahawa ajal, maut, sakit dan sihat adalah pemberian Allah. Dia berhak menguji dengan cara mana makhlukNya boleh menghadapi, dan atas rasa maha pengasih dan maha penyayang Nya, Dia juga berhak menarik kembali ujian itu dan menyembuhkan aku. Tiada makanan tambahan, tiada ubat tambahan walaupun sejurus aku memberitau beberapa kenalan tentang sakit aku, bermacam-macam produk diperkenalkan kepada aku, semuanya dikatakan sesuai dengan penyakit yang kuhidapi. Tetapi aku katakan, aku ingin mengikut nasihat Doktor sahaja, dan sekiranya usaha ini tidak berjaya barulah aku akan memikirkan adakah akan berikhtiar dengan cara lain. Selain itu, aku juga tak mahu orang sekeliling aku memandang aku dengan pandangan 'oh,kau sakit ke..'. Aku tak mahu pandangan itu. Kerana secara fizikalnya aku tak berasa apa-apa kesakitan, ia cuma dalam darah saja ada kuman tersebut. Aku mahukan aura yang positif, aku percaya diri aku sihat, maka aku nak orang lain pandang aku sebagai orang sihat. Inilah antara penyumbang kepada kesembuhan aku. Iaitu Apa Yang Aku Percaya tentang diri aku. Dan aku percaya aku sihat.
.
Alhamdulillah, usaha rawatan yang dicadangkan Doktor juga tidak sia-sia. Kelmarin, Doktor memberitahu bahawa keputusan ujian antigen aku sudah bertukar, daripada Positif kepada Negatif!. Aku boleh dikatakan sepenuhnya bebas dari kuman Hep B itu. Doktor pernah memberitahu, sebenarnya bahawa hanya 30% sahaja penghidap yang menjalani rawatan berupaya untuk sembuh dengan sekali rawatan. Kebanyakan dari mereka, perlu mengulangi rawatan, lebih buruk lagi, dengan kos ditanggung sendiri. Ya Allah syukur, kerana jika aku di tempat mereka, tentu aku tiada upaya menanggung kosnya yang bukan sedikit. Lebih baik lah kos itu digunakan untuk merawat pesakit lain yang lebih kronik.
.
Doktor juga menerangkan bahawa dari 30% yang sembuh itu, hanya 5% dikategorikan 'Successful recovery'. bermaksud, kuman tu boleh dikatakan lumpuh sepenuhnya. Jika aku tergolong dalam 30% tu sahaja, kuman tu memang tidak aktif tetapi berkemungkinan 2-3 tahun dia boleh aktif semula cuma persentage nya tak setinggi semasa belum menjalani rawatan. Tetapi, jika aku termasuk dalam grup 30% dan termasuk juga 5% ni, aku adalah antara yang bertuah dan akan dijadikan 'testimoni' yang meyakinkan untuk rawatan tersebut. Doktor Kiew (Dr pakar gastro) dan Ms Neoh dari Rocher kelihatan sangat gembira masa giliran aku bertemu Dr Kiew semalam. Banyak kali dia cakap 'Wah Lubna, your result sangat bagus, sebab bukan semua orang dapat masuk group 30%, tapi U memang confirm included in that 30%, cuma 1 lagi result nak tengok adakah u boleh masuk dalam 5%'.
.
Lalu, apakah yang harus aku katakan lagi, syukur sesungguhnya aku kepada Allah kerana memudahkan perjalanan aku ini. Aku juga bersyukur kerana perjalanan ini mengajar aku pelbagai perkara. Aku berpeluang ke hospital sebulan sekali dan melihat ramai pesakit yang menghidap pelbagai sakit yang kronik. Ini semua menimbulkan keinsafan dan rasa kesyukuran kepada Allah. Jika aku tidak menghidapnya, mana mungkin aku akan ke hospital saja-saja? Aku juga berkenalan dengan beberapa orang yang senasib malah Makcik Fadhilah yang semakin rapat dengan aku sejak mula rawatan, dia menghidap Hepatitis C, dan dia gagal menempatkan diri dalam kumpulan 30% itu, malah kemungkinan dia dirawat semula. Aku sangat bersimpati dan memahami. Dia dah tua, tidak dapat bertahan dengan kesan sampingan ubat tu, malah Dr cuma menasihatkan pengambilan dos injection untuk dia hanya separuh jarum, selebihnya, ubat itu dibuang. Rugi kan? Tapi apa boleh buat, itu bahagian dia, aku selalu mendoakan agar dia sembuh dan kembali normal. Aku tahu kesannya jika ia tidak dirawat, kemungkinan besar hati akan berparut, akhirnya akan menjejaskan fungsi hati sehingga boleh menghilangkan nyawa. Aku tahu sangat kesannya, kerana mak saudara aku yang aku katakan juga menghidap hepatitis C, telah pun kembali ke rahmatullah pada 2 Syawal baru-baru ini.
.
Kembali kepada hati yang riang. Perasaan syukur aku dengan berita kesihatan aku ini, bertambah-tambah riangnya sebab kawan blog aku menghadiahi aku buku Travelog Cinta Abadi karya Puan Roza yang kuminati dan kuikuti perkembangan blognya dari tahun lepas. Semacam blognya, membaca TCA seperti membuai perasaan syahdu mengenang kenangan lalu. kali ni aku boleh kongsikan dengan orang lain betapa seronoknya membaca TCA kerana kisahnya seakan-akan merakam kembali kisah yang pernah kita lalui di zaman 80an. Walaupun aku cuma kanak-kanak di tahun itu, tetapi banyak perkara yang aku boleh bayangkan dan faham kerana aku rasa seperti aku jua melaluinya. Terima kasih kepada Kak Tie yang menghadiahkan buku ini, akak telah menjadikan hati saya kembali berlagu riang. Terima kasih...

Monday, October 11, 2010

Cerita orang baru...

.
Adik ipar aku, yang kawin tahun 2007 tu, dah selamat melahirkan anaknya, yang kedua pada 23 September yang lalu. Dapat baby girl, sepasang dah la kiranya. Subur betul depa ni, rasa macam baru je aku citer kat blog majlis pertunangan depa, majlis kenduri (tapi depa tak baca pun blog ni, hehehe) tup tup dah 2 orang dah anaknya. Rezeki Allah yang dipermudahkan.
.
Perasaan aku? Bercampur-campur. Eh kalo yang faham tu, faham lah kenapa bercampur-campur, tapi aku kuatkan perasaan untuk menjadi rasional, terbuka hati dan bersangka baik. Jodoh, zuriat, hidup dan mati adalah aturan Allah, kita cuma perlu menggunakan akal sebaiknya dalam menilai pemberian Allah kepada kita.
.
Nama anak saudara aku ni, Wafa Nur Husna. Ummi dan makcik dia yang pilih. Hari tu, masa anak yang pertama, dorang minta pendapat aku, jadi aku suggest Ilman, pastu mertua minat nama Mahfuz jadilah Muhammad Ilman Mahfuz. Anak yang kedua ni, dorang takde pulak tanya pendapat aku. Aku tatau kenapa, dia lupa kot? jeng,jeng,jeng ada bunyi merajuk di situ. Mungkin kah sebab aku dengan Am balik lambat untuk tengok baby ni jadi dorang pun tak tunggu lah nama cadangan dari aku. Aku bukan sengaja balik selepas baby berusia 10 hari, tapi kan baru je balik masa raya lepas, pastu sepanjang hujung minggu raya tu ada je majlis atau hal yang perlu kitorang hadiri. Cadang memang nak balik dalam bulan 10 la sebab baby tu due bulan 10, tup-tup dah kuar awal. Nak balik on the spot bukan pakai air liur isi minyak, bayar tol semua, kan? Kena ada perancangan juga. Tapi dia kan leh sms tanya,kan?kan?kan. heh, masih tak puas lagi tu.
.
Aku ada la jugak pikir beberapa nama. Aku ingat dia nak seragamkan I dan M untuk anak-anak dia. Aku kenan sangat nama Illiyyin macam nama anak Baiti tu, maksud pun baik. Untuk M tu, suka hati lah nak buh apa, Mardhiah pun Ok, Muizzah ke..Tapi apa boleh buat, anak orang, dia dah ada pilihan yang dia nak namakan. Wafa Nur Husna, well, nice name, jugak kan? Maksud pun baik jugak kan? So, apa yang aku tak puas hati lagi ni.. hehe.
.
Saja je aku timbulkan isu ni sebab selalu jugak ada berlaku di mana-mana, kan? Tentang menamakan anak. Ada yang sampai bergaduh datuk-datuk dan nenek-nenek nya, ada yang konon dah 'redho' dengan nama yang diberi, tapi last-last panggil gak anak tu dengan nama yang dia nak. Tapi, asalkan maknanya baik, ok lah kan. Ntah apa la masalah orang macam ni kan, yang tak puas hati lak dengan nama anak orang. Itu anak orang lah, suka hati la mak ayah dia nak bubuh apa. Ha mai tang anak-anak-anak-anak kita nanti kita buh la nama glamer sedap, millenium, canggih tu....Kot nanti dah tak terpikir lak kot nak buh apa? hahaha. kan dah jadi karma tu.
.
So, what is done, is done. Just terima je lah dengan hati terbuka, ye dak? Ada orang kata 'esok Luna buh lama nama anak pulak Illiyyin tu..' aku jawab 'eh tak boleh, sebab untuk anak saya dah save dah nama lain!' hahahaha.


p/s : entry ini ada unsur fiksyen yang sangat banyakkk...keadaan sebenar tidak lah seteruk yang digambarkan.

Wednesday, October 6, 2010

Satu Jam yang sungguh berharga


1 jam yang aku maksudkan ialah dari 6.30 pagi hingga 7.30 pagi. Alhamdulillah sejak akhir-akhir ni 1 jam pemberian Allah ini sangat-sangat aku nikmati.
.
Sepanjang 1 jam itu lah aku dapat menyiapkan anak aku ke sekolah (seusai solat Subuh), dapat memasak untuk sarapan anak dan mak ayah aku, dapat hantar Luqman ke sekolah dan dapat pula tunaikan Solat Sunat Isyraq dan Dhuha sebelum ke opis pada jam 7.40 pagi. Gambar di sebelah adalah masakan aku pagi ini, Bihun Goreng Singapore, dimakan bersama-sama mak ayah dan anak-anak saudaraku.
.
Dulu, rasanya tak akan pernah sempat 'mengejar' semua ini. Ada saja alasan dan halangan. Yang betul nya, tak pernah mencuba! Tapi ralit dengan bisikan syaitan yang mahukan kita lalai. Alhamdulillah sebelum Ramadhan yang lalu, datang motivasi untuk melakukan perubahan. Hasil pembacaan majalah bermanfaat, dengar ceramah agama, cd Nasyid, Wirid dan Zikir, kisah-kisah di blog atau facebook banyak membantu mencapai 'nikmat' ini.
.
Sebelum ni, selalu aku meratapi diri aku yang menjawat kerja yang tak seberapa. Cemburu dan berpura-pura gembira dengan kesenangan orang lain. Aku manusia biasa. Perasaan rendah diri ini tidak akan pernah hilang sampailah aku merasakan telah mendapat sama seperti apa yang orang lain ada! MasyaAllah aku telah lupa, nikmat 1 jam yang Allah beri pada aku, yang tidak sama dengan orang lain. Terutama, waktu bersama mak ayah tercinta, memasakkan makanan pagi, menjamu mereka sehingga kenyang, dan punya masa untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa melalui solat sunat pagi. Aku yakin, tidak ramai dapat melakukan perkara ini meskipun menikmati gaji ribuan setiap bulan! Maka inilah nikmat yang wajib aku insafi dan syukuri yang tidak ternilai harganya walaupun cuma dalam satu jam. Pelbagai perkara baik yang dapat ku lakukan.
.
Sesungguhnya sesiapa yang bertaqwa kepada Allah pasti Allah dorongkan jalan keluar. Niat yang baik pasti ada jalan. Jika ada sesiapa yang ingin berubah ke arah lebih baik, cuba lah dan pohonlah dari Allah SWT, pasti ada jalannya. - L

Tuesday, October 5, 2010

sticker mu sticker ku

Lama jugak tak cerita pasal 'hotel' pondok merpati aku ni kan? Seganlah nak citer, bukan nya umah lawa pun, tapi kecik, perabot pun tak berapa nak ada. Tapi sebab tak datang idea nak update apa, meh kita sembang-sembang pasal dekorasi umah lah. Kalo tak berupdate nanti mula lah sifat malas tu bertambah kembang, nanti silap-silap orang tak tau beza, ini, blog ke, kubur ke? Senyap sangat. Eh, melampau tu analoginya.
.
.
Aku dalam bidang deko-deko ni minatlah jugak. Dari zaman Deko bersama Eric tu lah aku start suka. Bila tengok umah yang dipaparkan, ala-ala terkagum tahap lapan gitu. 'Wah kreatip nye..' ..'uii cantiknya...' 'eh pandainya buat macam tu' sambil mulut ni nganga tak reti nak tutup. Maklum lah umah orang, duit orang tu banyak, boleh la dia deko-deko macam hotel. Kita ni duit sikit, nganga je banyak. Kot-kot angin leh masuk perut, tukaq jadi duit, tiba masa nak 'melabur' masuk lah 'bank' leh draw itu duit banyak-banyak dan hias rumah macam depa tu. Haih! merapu apa nih. Busuk sikit lah.
.
Selain dari tengok kat tv, suka gak tengok-tengok kat website syarikat cat ke, majalah deko ke (harus majalah pinjam atau tumpang baca, nak beli, macam tak perlu kot). Sekarang ni style tak cat dinding dah kan? tapi pasang Wall Sticker. Apa? Dah lama dah style ni? Aku ketinggalan keretapi? Hehe, ye memang dah lama dah dalam 2-3 tahun kebelakangan ni selain dari wallpaper tu, berduyun-duyun orang sekarang ni meng-WallSticker kan umah depa. Ada yang gambar burung dalam sangkar, bunga dandelion, world map, pokok-pokok, gaya retro dan sebagainya. Yang bezakan ialah sticker tu mahal ke murah. Yang mahal off course la nampak vogue dan tahan lama. Kalo yang murah tu? Dapat tahan sampai setengah tahun pun dah kira seribu rahmat lah. hahaha.
.
Ok sekarang merujuk pada gambarajah di atas, ada 2 jenis sticker di situ. Satu kat wall kaler kuning tu sticker nya adalah rama-rama dan yang kedua, kat wall kaler merah coklat tu bulat-bulat ala retro. Kononnya lah. Cantik ker? *Eh Chop!chop makcik yang baju merah tengah baca blog ni dia tanya 'dik yang dinding purple tu, rama-rama putih tu sticker jugak ke?' . Oh yang itu,? yang itu bukan kak, yang itu kami hentam kromo gunting manila kad sekeping RM1.00 (dulu sekeping 30 sen je kau..) dan white tape, tampal-tampal, cat-cat, tanggalkan tape. Dah. Sekali lagi tanya; 'cantik ke?' tak cantik? Oklah, babai. Sambil merajuk.
.
Pastu aku tahu, jauh di sudut hati korang-korang ni (ye termasuk makcik baju merah tuuu) Mesti kata 'apa konsep umah budak ni? kaler warna warni macam tadika la pulak. Tadika pun tak kaler warna warni macam ni'. Oh, itu yang bermain di fikiran korang ye? Kenapa tak main jauh-jauh, nak main jugak kat dalam fikiran. EH tapi takpe, ku sudi menjawab soalannya. Tau kan nama aku apa..LUNA. Luna tu apa? Kaler kan? Bistu, dah empunya umah nama Luna, rumah pun mestilah kaler Luna. ha ha ha. tak lawak. tak lawak.
.
Setakat ni, umah kengkawan yang aku tau ada sticker ialah umah kawan UUM aku sebab dia pun jual gak sticker nih, harga dealer katanya. Dan umah kak Oren! nyeh nyeh nyeh. Wall Sticker umah kak oren versi mesra anak-anak. Ada pokok-pokok, pagar-pagar, rumput-rumput gitu. Comel, macam anak-anak beliau. *Kak, saya bodek ni leh dapat sticker free tak? hahaha. Lagi umah sapa yang ada? Cepat ngaku lekas! Leh aku intai-intai, komen-komen dan tiru-tiru. Tapi ada sticker banyak-banyak pun nak watpe, macam la banyak dinding nak tampal? ceh!.
.
Pasni next project aku untuk bilik tidur aku ni pulak. Dinding sekarang ni cat asal putih seputihnya. Ntah camne ntah nak bagi happening sikit? Korang ada idea? Makcik yang pakai tudung arianni kaler grey tu, macam nak bagi cadangan je...hah kalo berani, cakap lah..
.
Sekian. - L