Tuesday, December 28, 2010

pertemuan yang tak disangka

Heaven sungguh cuti kali ni walaupun singkat je. Sampai terlupa nak update blog. Hari Isnin pun masih bercuti, so 3 hari bersiaran dari penang la kaedahnya. Ditemani hujan yang turun renyai-renyai dan kawasan rumah ku di tepi bukit tu, wahhh nyaman sekali...

Ke mana destinasi dituju kali ni? Chewah macam rancangan destinasi budget pulak. Hehe. Hm hari sabtu kami bertandang ke majlis perkahwinan Lizaleen ni dengan Busyuk ops, Zul la. Apa lak busyuk, kak luna ni suka mengusik lah. Ye lah dari zaman awal blog kak Luna dah nampak nama busyuk disebut-sebut dalam blog Leen. Lama tu, dari 2006, Alhamdulillah akhirnya dipertemukan jodoh antara depa ni. Mudah-mudahan dengan ikatan suci ini, rezeki depa bertambah murah. Semoga Leen pun dapat cikgu KPLI (kami sama-sama dapat interview!) Itu yang aku selalu doakan buat masa ini, untuk dia dan juga untuk diri ku.

Sedapnya hidangan kenduri umah Leen ni. Nasi minyak sedap, ayam masak merah sedap, gulai kari daging pun sedap. Dan paling sedap ialah laksa nya!! Dah lama weh mengidam laksa kuala perlis. Last kali makan masa blajaq kat UUM la, pi merewang dengan kawan-kawan makan ikan bakar, laksa. Ho Liao kata orang cina. Dengan kenyalnya, kuahnya pekat, pedas, asam, masin semua cukup. Masa amik gambaq atas pelamin tu, nombor satu nak habaq kat Leen 'weii awad laksa sedap sangatttt????'
Ni doorgifts Leen bagi, ada coklat ferero rocher, ada bunga telur, ada coklat, kuih bahulu dan yang special nya ada surah yaasin. Lain daripada yang lain dan sangat bagus! Mengingatkan kita agar mengamalkan membaca yaasin dan al-Qur'an, jangan selalu terleka.

Laksa mai dari Kuala Perlis yang menjadi side menu pada hari berbahagia itu. Mulanya Luqman je yang nak makan laksa, aku masih kekenyangan. Tapi aku tumpang rasa sikit je laksa Luqman. Slurp. Tiba-tiba terdiam menghayati rasa yang sukar digambarkan. Mak aiiii sedapnya laksa ini!! Saya mesti pilih! So aku suruh Am amik kan semangkuk, kebetulan masa tengah amik tu, depa tengah topup laksa, rencah-rencahnya dan kuahnya. Wah memang panas-panas lagi lah. Siap buh asam limau lagi.

Itulah ending episod perjalanan ke kenduri Lizaleen. Dari situ, singgah SP kejap dah alang-alang lalu kan. Takkan tak singgah? Sampai SP, ada kenduri jugak sebelah rumah, tapi dah kemas-kemas dah, kami pun still kenyang lagi so takpe lah kalo terlepas waktu nya. Tup-tup, sebelah umah belah kanan lak buat majlis besdey anaknya pukul 6 petang tu. Wah rezeki rimau la. Ada kek, bihun, laksa (lagi!), kuih muih, ayam goreng ala KFC dan puding nata de coco. Lepas Maghrib baru bertolak ke Penang dengan perut ketat, sampai Penang memang landing je la...

Hari Ahad pagi aku kena amik darah kat Hospital Kulim, so pegi Kulim, pastu boleh lak balik Tanjung Piandang dulu sebabnya kad ATM Am tertinggal la pulak kat umah mak aku. Duit memang cukup tapi kok emergency ka apa ka, nak cocok pakai apa? Aku lak belum gaji so baki memang kat lubang hidung je la, tak dapek nak nolong. Buat keja gila sekejap, lepas makan tengahari, lepas tengok Gone With The Wind (best giler citer nih, 1st time nengok sampai abis!) baru lah kitorang gi balik ke Penang. Sebab-sebab kena jugak balik ke Penang tu, sebab...jeng jeng jeng....ni, sahabat blog ku yang ku sayangi ini datang bercuti ke Penang!


Ada orang cakap kita kembar, weh?

Kenal ke? Ada yang kenal ada yang tak. Ye lah, list blogger kita semua bukannya semuanya sepaten, ada yang kenal ni tak kenal tu. Ada yang blog kita baca tapi kita tak linked. Aku dengan Ayunasia dah kenal sejak zaman awal blogging lagi yakni tahun 2006. Ayun adalah gelaran suami dia dan Asia (Norasiah) ialah nama beliau. Dah terang-terang dia tulis kat profile blog dia tu, tapi ada gak yang panggil dia Ayuna. hikhikhik. Sabar je la. Pada mula perkenalan sekadar dia baca blog aku, aku baca blog dia. Kadang-kadang miss sebab dia rajin tulis, panjang ceritanya. Kitorang rapat sejak bila ek? Zaman-zaman dah ada facebook ni la rasanya. Tahun 2009, selalu chatting kat YM dan FB. Sembang-sembang eh banyak jugak persamaan antara kitorang ni. Bak kata dia 'sefrekuensi'. Dia tahu apa yang aku tahu dan aku pun leh respon apa topik yang dia keutarakan. Ceh, macam forum pulak.

Dia kata dia bukan jenis nak jumpa-jumpa blogger ni, low profile katanya. Alah, aku pun bukan macam tu jugak, tapi kalau ada kesempatan datang ke tempat-tempat yang berhampiran, apa salahnya jumpa. Bukan jumpa semata-mata nak gather2 antara blogger. Aku pun tak penah pegi kalo ada function cenggitu. Segan aih. Kita bukan blogger tegar. Nuffnang pun kejap ado kejap nan ado.

Aku happy la dengan pertemuan ni, ianya merapatkan lagi silaturrahim. Laki aku pun dah kenal laki dia. Dan laki dia idak la jeles lagi dengan aku sebab asyik online dengan wife dia. Sekarang dah kenal kan? So tak marah ar? Tak marah kan? hahaha. Kami jumpa kat Padang Kota, mula-mula jumpa depan hotel pastu kami suruh dia memollow. Lepas Padang Kota, depa nak pegi Batu Feringghi so kami pun tunjuk jalan ke sana. Beli DVD lah tu. hehe.

Hari Isnin, aku cuti, Am pulak halfday. Lepas Am balik, kami pi Queensbay pulak nak makan dan tengok wayang. Mulanya nak tengok Gulliver's Travel tapi Am kata Tron dah lama nanti habis tempoh wajib tayang, so kami pun pilih Tron. Best giler Tron. Ada rasa macam 'back in 80's' jugak. Masa makan, jumpa lagi Ayunasia! Haha kelakar. Tau pulak depa ni jalan ke Queensbay. Salute ah. Ketidakbiasaan bukan satu halangan. Macam perangai aku dengan Am lah tu. Tak tau jalan ke apa ke, mesti cuba! Ini baru Malaysia, takkan leh sesat kot. Tak tahu, tanya. Ada setengah orang, kalau tak tahu, memang tak berani cuba nak menjelajah dan lebih rela tak pegi. Bagi kami, kalau terlajak, U-Turn! Apa susah? hehehe.

That's how we ended our holiday. Nak kata letih tak sangat la cuma excited, cuaca pulak kadang-kadang mendung, kadang-kadang hujan, kadang-kadang je panas. So tak distress langsung. Dan kerana happy sangatm pagi ni Am dah terbangun lambat nak pegi keje. Alamak!!!! - L

Tuesday, December 21, 2010

tidur

Ahad tadi aku tengok rancangan Oprah, masa segmen Tanya Dr Oz tu dorang cakap masalah sleeping disorder ataupun insomnia. Memang susah kalau ada masalah ni, badan letih tapi mata tak mahu lelap. Besok pagi bangun, muka jadi zombie. Tapi alhamdulillah so far aku belum mengalami masalah ini tapi dari rancangan oprah tu dapat jugak tau tentang penyakit ni.

Bagi aku, aku perlukan sekurang-kurangnya 6 jam barulah aku rasa cukup tidur. Tidur pukul 11 bangun pukul 5.30 pagi atau 6.00 pagi. Tapi adakalanya aku terlebih tidur sampai 9 jam. haha tu mesti selepas isyak tu aku ngantuk giler tak peduli lah langit runtuh atau banjir dah hanyut sampai ke Mesopotamia, aku tetap 'lebuh' selebuh-lebuhnya.

Dan aku sebenarnya lebih suka tidur dalam gelap segelap-gelapnya. Tapi sebab aku banyak duduk kat umah mak aku, terpaksa la aku 'beralah' dengan lampu ruang tengah rumah yang wajib di pasang atas perintah mak aku, sebab dia takut tak nampak jam dan nanti terlajak tidur. Lampu tengah tu akan menyusup masuk cahayanya ke bilik-bilik. Jadi kadang-kadang untuk elak mata aku nampak silau, aku tidur terbalik, ataupun tekap muka dengan bantal dan toto. Sungguh aku tak boleh tidur dengan cahaya.

Tapi sebenarnya, manusia seharusnya tidur di dalam gelap. Ini kerana, badan manusia akan menghasilkan hormon melatonin ketika waktu tidur. Kebetulan hari yang sama, ada rencana dari German tentang tidur kat tv1, katanya antara faktor kanser cepat merebak kerana manusia zaman sekarang terlalu terdedah kepada cahaya buatan dan tidak tidur pada waktu malam. 1 daripada 10 orang pekerja di German bekerja shift yang mana tidur di waktu siang dan bekerja di waktu malam. Ini menyebabkan penghasilan hormon melatonin menjadi tertekan. Hormon ini sebenarnya membantu melawan sel kanser, dan jika manusia tidur waktu siang atau dalam cahaya yang terang, hormon ni tak akan atau kurang terhasil.

Itu tentang melatonin. Macam mana pula nak menghadapi insomnia. Yang ni rasanya banyak info dari artikel dan rancangan kesihatan. Tapi aku pernah baca peranan solat membantu tidur. Tidur adalah nikmat Allah yang harus kita syukuri. Jika kita menjadi sukar untuk tidur, pasti ada sebab-sebabnya. Ada kes disebabkan gangguan jin tapi kebanyakannya kerana kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah sepanjang hari itu sebelum kita melelapkan mata. Sebab itu, saat solat Isyak, pohonlah ampun dari Allah tak kira kita merasakan ada atau tidak dosa pada hari itu. Kita tahu, adakalanya nikmat ditarik kerana dosa, jadi untuk mendatangkan semula nikmat, tingkatkanlah taqwa kita dengan cara mendirikan solat dan melakukan ibadah yang lain. Jika kita keuzuran waktu itu, memadailah kita berdoa kepada Allah. Itulah penting membaca doa sebelum dan setelah tidur, kerana hidup kita dalam perhatian Allah, walaupun benda ni nampak mudah dan kecil tapi itulah yang memberi kesan besar pada diri kita, untuk mendapatkan nikmat tidur yang cukup. - L

Monday, December 20, 2010

tak tau nak suka ke nak apa, confused!

Perhatian : Untuk bacaan kaum wanita sahaja

'Kawan baik' aku baru-baru ni betul-betul mensuspen kan aku. Sebelum ni aku dah faham sangat perangai dia sejak azali datang sesuka hati kadang-kadang tak datang langsung 2-3 bulan.

Cuma sejak aku ikuti rawatan hepatitis B aku tahun ni, kawan baik datang tepat pula pada masanya. Mungkin kerana efek pengambilan asid folic ubat tambah darah tu. sejak sebelum puasa sampai la bulan 11 memang tetap aje 11hb atau 12hb.

Sebelum ini, datang tak datang si kawan baik bukanlah perkara yang besar. Keinginan nak tambah anak memang tak pernah padam. Sebenarnya dari dulu pun macam ni. takde tapis-tapis takde planning-planning. Tiap kali berkebun tu memang tujuannya nak menuai hasil tapi belum la juga tumbuh buahnya. Takpe lah belum rezeki. Kebetulan baru habis rawatan hepatitis B, Dr memang nasihatkan kalau nak berkebun untuk tambah hasil seeloknya selepas 6 bulan tamat rawatan. Supaya kesan-kesan kimia ubat tu habis sepenuhnya dari tubuh. Bukan apa, ubat tu tak pernah diuji ke atas wanita mengandung, jadi Dr pun tak dapat nak bagitau apa risikonya jika mengandung semasa rawatan atau sejurus tamat rawatan. Maka lebih baik risiko dijauhkan.

Tapi tahun ni dek sebab minta kpli lagi, dan tak sangka pula dapat interview tu. Maka hasrat asal pun ditukar kepada penangguhan penuaian hasil. Korang tau la kpli ni automatik reject kalau calon-calon mengandung. Alasannya, pengisian kpli tu melibatkan aktiviti fizikal yang aktif dan berat, tak sesuai untuk calon yang mengandung. Hm, ramai juga yang berputih mata terpaksa tolak tawaran bila mendapati perut berpenghuni. ye lah, kedua-dua pun memang impian, tapi kalau dah berisi tu, takkan nak buang?

Dan interview pun dah dilakukan sehabis baik dengan harapan Allah makbulkan doa dapat masuk bidang ni. Dari segi penilaian peribadi, macam ada harapan, tapi AllahuA'lam. Interview 13hb dan kawan baik masih belum datang. Mula pikir mungkin kerana nervous nak interview. Tapi ada hikmahnya juga kawan baik lebih lambat dari 13hb, dapatlah buat solat sunat beberapa kali sebelum interview. Tamat interview, rasa lega, puas hati dan berserah kepada Allah.

14hb, kawan baik belum datang, 15hb pun belum, 16hb pun takde. Ah sudah. Takkan lah? Selepas 8 tahun, kali ni pula ada? Bukan menidakkan kuasa Allah cuma ingin mencari kepastian. Petanda lain semacam tidak ada. Tidak ada kelainan pada perut. pening loya pun tidak.Cuma adalah sehari tu je MC, demam. Perasaan mula bercampur dan rencam. Bukan kerana tak mahu. Kalau ada, memang berita gembira, cuma bila mengingatkan hal kpli tu, hati jadi walang. Takut tidak dapat redha pada ketetapan Allah. Andai rezeki begitu murah, mungkin dapat dua-dua tapi wajib lah memilih yang satu ini. Sungguh dilema.

Kepada Allah aku memohon pertolongan dan petunjuk supaya hati ini cepat redha dengan apa jua yang diberikan. Setelah hampir 2 tahun rasanya tak beli upt tu, akhirnya aku rasa perlu menamatkan teka-teki yang sedikit menekan perasaan ini. Supaya tidak ada ruang untuk syaitan membisikkan kejahatan dan menyalahkan takdir Allah.

selepas 30 saat keluarlah garisan halus. Bukan 2 tapi 1. Perasaan jadi begitu lega. Namun patutkah aku lega. Dulu, kalau upt bergaris satu, biasanya sedih dan frust sikit. Tapi kali ni tidak. Apa yang aku harus pikirkan, rasakan sebenarnya? Tapi ada yang berkata, keputusan upt tak semestinya tepat mungkin 'baru' lagi. Aduhai, betulkah. Perasaan tak lega semula. Susahlah macam ni.

Tapi, Allah itu sangat memahami, sangat mengetahui yang terbaik, sangat mendengar doa sang hamba yang amat berharap. hanya kepadaNya aku mengadu,mengharap ditunjukkan jalan dan menjadikan hati ini redha pada ketetapanNya. Ya Allah berilah aku petunjuk...

Akhirnya pada 19hb kawan baik yang ditunggu yang dijangka-jangka, datanglah jua menjenguk diri. Cukup seminggu selepas tarikh sepatutnya. Ya Allah Engkau sangat memahami, mengaturkan apa yang hamba perlukan. Yang terbaik untuk diri ku. Dapatlah fikiran ini tenang semula sehinggalah tarikh keputusan interview itu nanti. Sehingga saat itu, apakah perasaan yang harus aku rasai sekarang, nak suka ke nak sedih, lega atau bagaimana. Memang confused! - L

Saturday, December 18, 2010

bila cikgu menegur di chat FB, hiks, malulah! :P


Bila semakin ramai kawan lama mula muncul di FB, perasaan memang lah seronok. Bukan saja kawan-kawan, cikgu-cikgu pun ada.

Tapi bila dah mula meng'add' cikgu-cikgu, perasaan bercampur baur. Gembira, rindu tapi segan pula. Maklumlah sebagai cikgu kebiasaannya pasti nak tahu perkembangan bekas anak didik. Sudah kawin dan beranak ke, duduk di mana dan bekerja apa? Bab soalan dah kawin ke belum tu insyaAllah pasti dijawab tapi yang bekerja di mana tu agak rendah diri lah nak memberitahu. Pekerjaan sekarang tidaklah sehebat rakan yang lain. (Ye, aku tahu orang kata, bukan pekerjaan menjadi ukuran kejayaan, tapi kebanyakan orang mengukurnya di situ, jadi aku harus juga merasa rendah diri).


Sudah 2 orang cikguku menegur di chat FB. Kedua-duanya pula adalah cikgu yang terkenal garang semasa zaman persekolahan. Tapi kegarangan mereka benar-benar mendidik! Memang tak patut mereka yang tegur aku dulu di chat FB, sepatutnya akulah yang menegur, tu kan cikgu... Tu lah, masalah aku punya low self-esteem dan aku rasa masa sekolah rendah dan menengah tu aku bukan top student, tak aktif sukan, tak aktif persatuan, aku sangka, cikgu manalah nak ingat aku. Tapi rupa-rupanya nilai kemuliaan seorang cikgu itu sangat tinggi, mereka masih mengecam setiap anak murid mereka! Kagum!

Cikgu yang pertama tegur aku ialah cikgu Khadijah yang mengajar di SMKASAS. Dia tak pernah mengajar aku, tapi sebagai sebahagian cikgu disiplin, kelibat cikgu Khadijah memang mendatangkan 'gempa kecil' di hati kami. Dengan pakaian jubah bertudung labuh dan mukanya memang serius itu selalu buat aku kecut perut padahal tak buat salah pun. Itulah penangan seorang cikgu yang ditakuti kerana rasa hormat. Setelah masa berlalu, barulah aku berpeluang menilai hati budi cikgu Khadijah dengan lebih dekat, walaupun hanya melalui chat FB. Aku tak sangka, cikgu Khadijah, yang amat aku takuti tu, boleh bertanya dan bercerita pelbagai perkara lewat ruang chat itu. Baik rupanya cikgu Khadijah (ye lah, takkan jahat pulak? hehehe).

Cikgu yang kedua yang aku baru add tak sampai sebulan, ialah cikgu Noraini, guru kelas aku masa darjah 2 (1987). Dia juga tinggal di kejiranan aku di A.A.Tin dulu. Sebagai ketua darjah, jika ada buku-buku atau alatan yang perlu cikgu bawa ke sekolah, aku lah yang bertanggungjawab mengambilnya di rumah cikgu dan membawanya ke kelas. Biasanya buku-buku latihan yang telah siap dirait. Cikgu Noraini memang garang. Trademark beliau ialah cubitan naga berapi (ok, aku exaggerate di situ) kat perut. Selalunya yang kena, budak-budak lelaki lah kerana malas siapkan keja sekolah. Aku ingat lagi sorang kawan aku, Azman namanya. Dia dah la kurus, selalu kena cubit kat perut. Tiap kali semasa dicubit tu, badan dia sampai terjengket-jengket menahan sakit. Tapi kelakar juga, cikgu di kelas memang garang, tapi tiap kali aku pergi ambil buku di rumahnya, (aku sekolah sessi petang) kadang-kadang dia sedang sidai kain. Atau baru lepas kemas rumah atau tengah memasak. Terserlah juga keibuan di situ. Dan apabila aku mengimbau kembali kenangan 'cubit perut', cikgu Noraini terus ketawa besar katanya kerana lucu bila ada anak murid yang masih ingat peristiwa itu.

Aku tak tahulah samada aku ni menjadi kebanggaan cikgu-cikguku itu. Tapi bagi aku, aku sangat berbangga dengan mereka kerana sudah berjaya mendidik ramai murid menjadi insan yang berguna. Kegarangan mereka tidak pernah menjadi isu zaman persekolahan dulu. Tak macam zaman sekarang, murid langsung tak boleh disentuh. Jika disentuh, esok cikgu terimalah surat saman. Sungguh mencabar dunia pendidikan sekarang. Apapun aku merasa terharu dan malu dengan teguran awal oleh cikgu, yang sepatutnya aku yang mulakan dulu. Maafkan saya kerana terlalu merendah diri sehingga memakan diri. Selepas ini saya tidak akan mensia-siakan peluang jika dapat online lagi. Kerana saya sebenarnya ada banyak lagi yang hendak dikongsi dan berkongsi! - L

pengalaman kerja di agensi maid

Aku jarang bercerita tentang pengalaman kerja aku tapi kali ni aku nak cerita satu pengalaman aku bekerja di sebuah agensi pekerjaan - senang citer, Agensi maid. Setahun bekerja di situ banyak juga perkara yang aku tahu terutama sepak terajang dunia seorang amah yang banyak dipaparkan cerita negatif berbanding positif. Aku akui 'industri' maid ni bukanlah industri yang sihat. Malah ada sesetengah masa, semacam jenayah pemerdagangan manusia! Cuma mungkin nampak bermoral kerana kelulusan melibatkan agensi kerajaan dan perundangan (imigresen).

Biasa dengar dalam berita, tentang maid yang membuat onar. Walaupun mengikut pemerhatian dari pengalaman aku, dalam 10 kes maid buat onar, 9 darinya adalah masalah majikan atau agen atau masalah luar berkaitan. Cuma, dengan kuasa yang ada bagi majikan untuk membawa suara mereka kepada umum, menjadikan masalah berpunca maid lebih ketara. Jika majikan yang membuat onar, dapatkah maid ini mengadu? Memang susah kecuali maid ni nekad untuk minta bantuan dan melarikan diri. Ya, aku tak nafikan memang ada maid yang berniat jahat dan melakukan kejahatan tetapi semua ini aku tahu ada puncanya!

Salah satu sebab yang aku rasa kenapa dunia maid ni 'kotor' sekali, ialah proses kemasukan pada awalnya ada unsur-unsur tidak sihat - rasuah. Dulu kalau Marketing personal yang jadi agen maid ni nak cepatkan permohonan, call je pegawai imigresen si polan si polan ajak makan, bagi hadiah. Ni semua aku tengok dan dengar depan mata. Lelaki perempuan tak kira, semuanya minta disuap! Dalam dunia membekalkan maid sama saja dengan dunia perniagaan yang lain. Apatah lagi bukan Islam, rasuah tak rasuah belakang kira, janji maid (sales) masuk dan pelanggan dapat dibekalkan maid secepat mungkin. Masuk cepat maknanya bayar cepat. Bukan murah nak dapat maid, tahun 2002 sahaja seorang RM4,000, dari situ, RM 500-1000 adalah komisen salesman, siapa yang tak mahu! Kalau aku lah, sebulan buat sales 5 orang Maid jadilah. Kalau komisen RM500 dah dapat RM2500. Banyak tu.

Kedua, ialah cerita latar belakang pendidikan maid. Maid ni kebanyakannya setakat SD (sekolah Daerah) SD ni macam sekolah rendah la , setakat tau baca dan menulis. Ilmu lain hapah takde. Walaupun Islam tapi bab agama ni main cincai je. Sebab tu tak kisah jadi maid walaupun tahu risiko dapat majikan bukan seagama. Jadi kadang-kadang aku pelik juga tengok majikan yang expect macam-macam dari maid. Nak kena pandai itulah inilah. Pikirkan lah tahap ilmu maid tu dan umurnya. Dalam biodata memang kata 25tahun (sebab ini umur minima yang boleh diluluskan undang-undang negara kita untuk menjadi maid), tapi umur sebenar ada yang 14 tahun! Lagipun bagi gaji RM400-600 (ada ke yang 600?) tu bukanlah banyak sangat nak suruh kerja macam lembu. Siang malam tak henti, Ahad tak cuti. Apa ingat maid robot ke takde perasaan. Isk, ni memang aku selalu tengok, melayu ke bukan melayu ke, layan maid macam babu. Wah mentang-mentang ada maid, korang eksyen tahap dewa boleh memperhambakan manusia lah? Ha, emo aku di situ. hehehe.

Tapi, tapi, ha ada tapinya. Aku akui juga kalau ada maid yang bermajikan Melayu memang selalu menghadapi masalah maid yang buat onar. Ni pun aku pelik jugak. pelik tang maid tu lah. Kalau aku la dapat majikan melayu sudah pasti Islam, aku syukur sangat. Bab makan bab solat dah tentu takde masalah. kalau majikan bukan Islam, nak sembahyang pun susah. Telekung, al-qur'an, yaasin semua awal-awal dah dicampak dibuang masa sampai ke agen Malaysia dulu. (ye, agen ni campak buang telekung, segala buku agama maid ni sesuka hati saja dan bagitau awal-awal majikan tak bagi sembahyang, so you all sembahyang dalam hati saja 2 tahun ni, Ok?) Gitu pesanan agen pada maid. Yang buat aku rencam dan bertindak berhenti kerja sebab inilah. Penghinaan terhadap agama ku yang terang-terangan. taknak dah aku bersubahat walaupun kerja aku bahagian pentadbiran bukan menjual beli maid. Berbalik pada maid tu tadi, bila dah dapat majikan Islam, tak tau pulak bersyukur. Malah kebanyakannya naik tocang. Memang orang melayu ni sangat lembut berbanding bukan melayu. Kalau keje dengan majikan lain, pagi kena bangun pukul 4, bukak kedai makan, siapkan anak majikan sekolah, tengahari kena jadi pelayan kedai, basuh pinggan, cuci jamban. Malam, tutup kedai, cuci kedai, pukul 11-12 baru dapat tido, esok ulang balik sampailah minima kontrak 2 tahun. Memang kesian bila dipikirkan. Lagi satu dorang ni kalau ada maid, segala mesin kat rumah akan dioff kan. Sudah ada maid kan? Nak buat apa rugi duit bayar bil letrik untuk mesin basuh, buaian elektrik anak tu semua? Kalau bab makan lagi sedih sebab ada majikan bukan Islam yang tak faham. maid sebagai orang Islam tak boleh makan babi. ye itu dorang faham tapi fahaman dorang takat ni saja; 'OK, u makan kuah dia saja, itu babi u tinggal tepi lah' Hmm...

Ironisnya kalau majikan tu melayu Islam, maid naik tocang kerana tahu orang melayu takkan kerah dorang buat keje teruk macam lembu. Memang boleh beza lah maid orang melayu dengan bukan. Lepas 2 tahun, tengok tangan pun tahu. Kebanyakannya kalau majikan melayu, tangan maid nya lembut sekali! Berbanding yang maid bukan melayu, tangan dorang dah tak serupa tangan. Berkuping, berkudis, kasar berkarat dan menyakitkan. Bila dah tengok betapa susahnya dorang bekerja dengan majikan bukan melayu, tak pula dorang insaf dan bekerja sebaik mungkin dengan majikan melayu. Hm, ni lah, berbalik kepada background pendidikan tadi. Orang kalau berakal panjang sikit memang lah akan bersyukur, tapi disebabkan belajar tak tinggi tu tadi, apalah nak diexpectkan. Kesimpulan yang aku buat, dorang rajin sebab takut. Jadi kalau kawan-kawan melayu yang ada maid ni, garanglah sikit tapi jangan mendera.

Itulah seba serbi kisah pengalaman aku dengan dunia maid ni walaupun sampai hari ni aku tak penah ada maid. hehe. Maid manusia biasa ada baik dan buruk macam tu jugak majikan. Nobody is perfect. Kalau benar-benar perlu nak amik maid, amik. Untung baik dapat maid ok. Maid tu pun untung baik dapat majikan baik. Aku tulis ni pun bukan nak kata sapa betul sapa salah, sapa buat rasuah, sapa perlu amik tindakan. Aku pun tak amik butiran semuanya, benda pun dah lama berlaku, dah 8 tahun aku meninggalkan pekerjaan di situ. Cuma, setahun di situ, inilah sebahagian pengalaman yang aku alami. - L

Monday, December 13, 2010

pengalaman temuduga kpli

Alhamdulillah, sudah selesai satu urusan. Sekarang boleh duduk dengan tenang sehinggalah keputusannya keluar pada 22 Januari nanti.

Sekarang ni nak kongsi pengalaman interview tadi. Walaupun aku rasa aku tak layak nak cerita sebab baru peringkat interview belum tentu keputusannya seperti yang dimahukan. Cuma, aku tahu tika dan saat ini carian yang paling popular ialah 'tips temuduga kpli' dan 'pengalaman temuduga kpli'. Aku tahu sebab aku pun buat macam tu! haha. Jadi kalau nak naikkan rating blog anda, buatlah entry seperti ini.

Tapi, itu bukan niat utama aku sebenarnya, tapi aku benar-benar ikhlas nak kongsi pengalaman ini dan bagi tips kepada yang akan melaluinya sepanjang 2 minggu ini. Kalau sapa yang baca dan dapat manfaat, amik lah nasihat aku ni dan adjust la untuk diri sendiri bagaimana nak menghadapinya.

Aku dipanggil temuduga untuk sesi pukul 8.00 pagi, 13 Disember 2010. Sampai di tempat temuduga, kami diminta menandatangi senarai kedatangan terlebih dahulu. MasyaAllah, aku orang pertama! Nampak sangat la haku yang paling veteran di situ. Nak buat macam mana, sampai sekarang, belum ada dorongan rezeki untuk aku menjadi cikgu walaupun memang aku betul-betul minat bidang ni. Sejak grad dari zaman isi borang atas kertas sampai la isi borang online aku mohon. Betapa gigih! Tapi bukan sebab takde kerja lain ke apa. (eh aku kerja dengan gaji yang agak mencukupi juga untuk keluarga kecil aku nih, cuma tidak lah bermewah-mewah). Pekerjaan guru adalah mengajar, mendidik dan membentuk seorang manusia menjadi hamba Allah yang berguna. Ilmu bermanfaat yang diajar, takkan putus pahalanya selagi diamalkan orang. Jadi, kerjaya apakah yang lebih mulia dari ini?

Disebabkan aku minta opsyen bahasa Inggeris, jadi temuduga dijalankan ada 3 sesi. Kesemua sesi dijalankan dalam bahasa Inggeris. So, bersedialah untuk all-out apa je yang anda tahu. Sesi pertama, penulisan esei minima 150 perkataan. Tajuk diberi ada 2 tapi pilih 1 je. Tajuknya 'how to decrease crime rates' (tak ingat tajuk penuh, agak panjang) dan 'who make better teachers, men or women?' Aku pilih no.2 sebab aku dah nampak points yang aku nak elaboratekan. Selesai esei, ada interview group. Ada 2 tajuk kena bincangkan. 1, 'does tertiary education has benefit you?' 2, Is academic the only measure for someone's success. Lebih kurang camtulah. Jadi setiap orang tu bagi la sorang satu point. Kalo semua dah bagi point tapi panel interviewer macam diam je (seolah-olah tunggu points lain), sambunglah lagi perbincangan. Kalo nak mudah, sebelum masuk tu kenal-kenal lah dengan calon lain, jangan sombong je..nanti nak bincang bersama juga, manalah tahu kalo kita blur, dia boleh cover atau bagi hint kat kita. Pong pang pong pang pong pang, abis lah sesi group interview.

Kemudian tibalah saat yang paling mendebarkan, iaitu individual interview. Aku orang pertama jadi aku kena set the benchmark untuk orang lain. haha. macam bagus je kan? Mula-mula soalan 'Please introduce yourself' So aku cakap pasal tempat lahir, sekolah rendah, menengah, universiti, taraf perkahwinan, pengalaman kerja, hobi dan cita-cita. Cita-cita kena cakap last pasal nak highlightkan kenapa apply KPLI tu. hehe. Pastu dia tanya isu semasa, pasal KSSR. Alhamdulillah aku ada baca tentang tajuk ni. terima kasih kat kawan aku yang bagi tips sebelum interview. Kebetulan, aku ada prepare 1 handout (dorang memang tak minta tapi aku amik inisiatif sendiri buat dan print dari power point, laminate dan buh ring) untuk mengukuhkan points aku tentang bagaimana nak mengajar kanak-kanak dengan lebih kreatif dan interaktif selaras dengan pelaksanaan KSSR. Siap ada gambar Bob The Builder dengan Dora the Explorer lagi. hehe. Terima kasih juga pada kawan aku yang suggest aku bawa alat bantu mengajar yang bersesuaian. Terima kasih juga kat anak aku kerana meminjamkan mak nya ini buku teks English Year 3 untuk aku tengok syllibusnya. Banyaknya terima kasih. Macam Anugerah Skrin lak.

Soalan 'maut' yang dia tanya, biasalah.. 'Do you willing to teach at remote school?' Bagi aku insyaAllah aku sanggup. Tapi mula-mula aku cakap la, aku ada wat research (research la kunun), bilangan SJKT kat Penang ni ada 20 yang mana 4 di pulau dan 16 di mainland. So aku rasa tak de masalah kalau ditempatkan di mana-mana. Pastu interviewer kata 'wah, you are so sure you're goin to be placed at penang, but i tell you, it is not necessarily' Pastu aku kata, actually kat mana-mana pun takpe, cuma aku jawab based on masa mula-mula apply tu aku prefer negeri Pulau Pinang. Aku pun sengih dalam hati cakap 'ntah aku ni pun, beria2 citer pasal sekolah kat penang tu apsal' . Tapi takpe lah, sebab interviewer tu take my answer as a joke. Kurang la sikit stress kan bila ada sesi-sesi ketawa riang nih.

Tentang persediaan, aku tengok ada juga yang gagal memenuhi apa yang diminta dalam surat panggilan temuduga. Ada yang tak sahkan salinan, yang tak download surat pengiktirafan ijazah, ada yang berkasut sandal, ada yang tak susun ikut checklist sedangkan tu semua sudah diberitahu awal-awal. Jadi bagi yang belum interview tu, amik beratlah hal-hal macam ni. Kalo borang tu suruh senaraikan keputusan SPM, senaraikan semua subjek bukan isi keputusan 3 subjek yang telah siap disenaraikan. Itu nak mengetest kita meticulous atau tak. Sebab tu dia buh subjek BM, BI, MATE dan tinggalkan ruang lain kosong.

Persedian kerohanian, kita sebagai orang Islam ni, sebelum interview tu buatlah solat hajat, solat dhuha banyak-banyak. Baca yassin atau surah al-waqiah. Kemudian minta maaf dari ibu dan bapa, mohon restu dan doa mereka. Sebelum interview peluk cium mak ayah kerana doa mereka adalah makbul! Untuk menghilangkan nervous, bacalah 'ya amanal qo'ifin aminna/salimna/najjimna mimma naqof' banyak2 ataupun ayat 1000 dinar. Sesudah melakukan semua ini, barulah tawakal kepada Allah. Aku ingat lagi pesan cikgu Matematik aku, cikgu hashim tasir namanya, tiap kali exam dia pesan 'Kalau kita dah bersedia dan buat yang terbaik, janganlah risau, Allah itu tidak zalim untuk membiarkan hambaNya yang telah bersungguh-sungguh untuk tidak mencapai apa yang dimahukan.' Gitu pesannya, dan gitulah juga pesananku untuk calon-calon interview kpli seterusnya. Semoga Allah membantu dan mendorongkan rezeki dalam bidang ini kepada kita semua. - L

Tuesday, December 7, 2010

Interview

Aku sebenarnya dalam mode debaran ni. Susah betul nak mengawalnya kalau dah spesis darah gemuruh ni.

Entah apa yang ditakutkan, tak tahulah. Ini bukan kali pertama melalui, malah dah berkali-kali. Tapi debaran itu tetap lah sama. Pengalaman ada, tapi umpama bermula dari zero semula.

Harapan kali ini memang tinggi dek sebab umur pun dah meningkat. Persiapan dokumen boleh dikatakan 80%. 10% lagi nak mengesahkan salinan dokumen. 10% lagi nak mengisi borangnya.

Namun aku sedar, dapat atau tidak adalah ketentuan dari Allah. Hanya Dia yang paling arif mengatur apa yang terbaik untuk aku. Oleh itu, aku harus berusaha sebaik mungkin dan memohon pertolongan dari Allah SWT agar proses ini dipermudahkan. Selebihnya, tawakaltu ilallah. Aku juga memerlukan sokongan dan doa-d0a dari kawan-kawan yang membaca blog aku ini, jika korang sudi mendoakan aku.

Tarikhnya 13hb. Doakan aku berjaya intw KPLI kali ini!

Sunday, December 5, 2010

ada beberapa bunyi yang buat aku rindu

Malam tadi, eh pagi tadi aku tido agak lewat. Sejak ada netbook yang bermodem wifi ni, aku anak beranak dah jadi pengguna internet dengan jayanya. Jika tak sebelum ni bersabar-sabar saja lah dengan giliran. Biasanya waktu untuk aku ialah lepas magrib sampai kul 10 atau paling lama kul 11. Selebihnya giliran Am, dia takpelah memang spesis burung hantu. Tido lambat macam mana pun, esok pagi senang lak bangun pagi.
.
Pagi tadi aku tido kul berapa tau? Hampir pukul 2! Haha. Ralit pulak berchatting dengan Kak Wa macam tak cukup masa yang lain untuk bersembang di alam cyber.
.
Di tengah malam yang dingin itu sayup-sayup aku dengar bunyi paluan kompang. Eh ni bukan citer hantu, tapi memang aku pasti itu paluan kompang. Maybe ada group buat rehearsal untuk majlis kenduri tengahari itu. Alamak, memori betul la. Dulu-dulu masa kecik memang aku tahu ada grup kompang kat kawasan rumah lama aku. Maklumlah kawasan Perak Tengah, kompang dan kenduri kahwin tak dapat dipisahkan. Bila pindah ke kawasan utara ni, takde kumpulan seumpama itu. Grup marhaban pun takde, rasanya lah? ke aku yang bongek taktau aktiviti kampung? Kih kih kih.
.
Ralit mendengar paluan kompang, membuatkan aku terfikir banyak juga benda yang aku dah lama tak dengar atau alami. Selain dengar bunyi latihan kompang malam-malam, aku rasa dah jarang dengar bunyik burung tukang? Agaknya, sebab sini kawasan sawah padi dan pokok-pokok kelapa, bukan habitat untuk burung tukang. Itu telahan aku lah. Sini yang ada dengar pun bunyi lotong dalam hutan nipah. Ut ut ut bunyinya. Kalau bagi budak-budak, sungguh menakutkan bunyi tu. Sama la juga konsep burung tukang masa adik-adik aku kecik-kecik dulu, deme cukup takut kalo terdengar bunyi tuktuk tuktuk tuktuk. Jadi masa nak bagi adik aku tido, senang je. bagitau je nanti burung tukang datang umah tuktuk tuktuk ketuk umah. Ha, kecut deme terus tarik selimut, tutup muka dengan bantal. hehe.
.
Bunyi ketiga yang dah pupus ialah bunyi katak dalam perigi atau selepas hujan. Dulu masa kat kampung gajah selalu dengar bunyi ni. Orang kata, bunyi je kuat, tapi katak yang buat bunyi-bunyi tu kecik aje. tapi tak penah la pulak aku tengok betul-betul.
.
Dan last sekali 'bunyi' yang aku rindu ialah bunyi 'teng-teng'. Amende tu? hehe bukan sejenis binatang ataupun mainan teng-teng tu. Tapi bunyi India jual roti dan makanan ringan. Tak tahulah aku apa nama sebenarnya. Cuma refer pada bunyi besi yang dia ketuk tu tiap kali datang 'teng teng teng'. bebudak pun kalo dengar terus panggil skuadron masing-masing. Eh dulu-dulu bukan je ada orang jual roti atau aiskrim secara bergerak tapi ada jugak orang jual tempoyak, buah teratai, ubi sengkuang, jambu batu dan ikan pekasam! tapi sekarang ni yang ada cuma aiskrim, kuih muih, laksa dan rojak macam Rojak Pak Su yang masuk Majalah 3 tak berapa lama dulu.
.
Ikutkan sebenarnya ada banyak lagi bunyi yang aku dah tak dengar sekarang. Bunyi cina jual paper, bunyi siren kat tempat lama aku dulu, sebenarnya siren tu untuk waktu bekerja dan rehat pekerja di opis dan bengkel syarikat lombong tapi jadi tanda masa untuk kitorang jugak. kami panggil bunyi 'On'. kalo On pukul 7, itu tandanya waktu pegi sekolah pagi. On pukul 12 tanda dah terlewat pegi sekolah petang. Bunyi On pukul 4 petang tanda apa? haha, itu tandanya setengah jam lagi ada citer Moero Attack! Ah rindunya pada bunyi-bunyi tu semua.. - L

Saturday, December 4, 2010

prihatin eh?

Setiap orang, apabila ada je 'kekurangan' mengikut kaca mata orang lain, pasti akan dihujani banyak unwanted questions, macam;
.
dah kawin - bila nak beranak?
dah beranak 1 - bila nak tambah?
dah beranak perempuan 2 orang - tak teringin anak lelaki?
dah beranak ramai-ramai - tak control ke?
.
dan lagi dan lagi dan lagi.
.
Bila manusia yang kekurangan ni meluah masalah kat mana2, especially kat FB nanti ada 1-2 komen mesti suruh 'baik sangka' dengan soalan macam tu. Katanya, dorang tu prihatin, bukan nak menyibuk.
.
Ok lah prihatin. Tapi hari ni aku tak nak lah citer panjang sebab rasanya orang yang faham dengan orang yang tak faham tu, lebih ramai lagi yang faham,kan. Jadi nak buat apa kita susah hati dengan minoriti yang tak memahami ni kan. Walaupun ku rasa memang dorang tak faham! haha.
.
Tapi ada satu kejadian yang tak boleh blah telah berlaku. Lucu pun ye. sedih pun ye juga.
.
Venue nya dalam bas Rapid Penang (ah, aku kan suka membawa anak aku berjalan naik bas, merasai kehidupan marhaen, memerhati gelagat orang dan menimbulkan keinsafan dan kesyukuran. wah panjang lebar gitu rasional nya bawak anak naik bas. padahal nya takde pilihan, sebab keta Am bawa dan aku pula tak amatur lagi nak drive di penang.)
.
Uncle driver tu sangat peramah la pulak. Aku naik bas, duduk dekat depan senang nak turun naik. Dia pun tanya nak pegi mana, keje mana pastu tanya 'sorang saja anak?'. Ah aku mula memasang mode *bersedia dengan soalan maut* namun ku jawab juga 'a'ah la uncle, sorang saja' Uncle 'cukup ka?'. Aku 'cukup, senang mau bawak pi mana-mana'. Dia kata sambil tu pitt pitt loceng bas berbunyi *oh ada indon nak turun. Ok sambung. 'mana cukup 1 orang....sekarang boleh la bawa pegi mana-mana, nanti sudah tua, siapa mau jaga you?' 'Eh hari-hari ada projek tak?' Mak oii soalan 18sx. Aku pun jawab gelak-gelak 'ini hal mana boleh cakap, uncle..' Dia terus gak bagi 'nasihat' 'hari-hari mau projek la baru dapat anak' Ah aku malas dah la nak layan uncle nih. Hai bila la nak sampai queensbay nih...
.
Uncle terus bagi nasihat pelan perancangan keluarga yang sungguh unggul. Sambil tu aku defensive jugak cakap 'ala uncle, anak ramai pun belum tentu semua boleh jaga parent. tengok sana rumah orang tua-tua ada anak ramai tapi tinggal mak bapak dekat situ'. Pastu aku tanya lak uncle tu sebab dia banyak tanya sangat, kan 'Uncle berapa orang anak?' Tiba-tiba mode *muram* di wajahnya. 'Aku takda anak. Kawin lambat..sekarang sudah 3 tahun kawin, pun sudah tua, bini aku tak boleh beranak' Oh, macam tu la pulak. Tiba-tiba ku rasa bersalah lak tanya soalan tu laju-laju dan macam bunyi marah. Rimas sebenarnya dengan soalan macam tu. Tapi rupanya kali ni salah langkah la pulak. Sekali dia takde anak lah weh....huhu kesian jugak.
.
Pastu aku cuba nak meneutralkan keadaan (kononnya) 'bistu you tak projek hari-hari ka?' Dia jawab 'hari-hari pun projek tapi tak boleh jugak...' hahaha. 'Hm tu la nak buat macam mana kan uncle, bukan tak mau anak tapi belum dapat...' Takkan nak cerita bab qada' dan qadar kan. Bukan dia faham. Bas pun dah sampai Queensbay, aku turun sambil wat kesimpulan, Ok lah, dalam 4,5,6,10 orang yang tanya macam orang tak faham tu rupa-rupanya ada yang betul-betul prihatin, macam uncle driver rapid penang. Mungkin dia tak nak aku rasa macam yang dia rasa, sepi dan terancam dengan ketaktentuan di masa tua nanti, tanpa insan bernama anak, di sisi. Hm, prihatin eh? - L

Wednesday, December 1, 2010

mencari husnul khotimah

Baru -baru ini aku terkejut dan sedih dengan berita ayah kawanku yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lenggong pada 9 November yang lalu. Ada beritanya dalam harian metro dan kosmo.
.
Tapi aku tahu pun selepas 2 minggu, terkilan jugak dengan diri sendiri sebab tak peka dengan dugaan yang menimpa kawan sendiri. Sejurus tahu, aku menghantar mesej kepadanya di FB. Alhamdulillah kawan aku sudah kuat, tabah dan redha dan mampu menceritakan perkara yang berlaku.
.
Dalam sedih, aku turut berasa 'seronok' mendengar keadaan arwah yang tidak seperti mangsa kemalangan. Kawan aku sendiri pada mulanya tidak sanggup menatap wajah arwah buat kali terakhir, khuatir akan melihat sesuatu yang tidak sanggup dilihat, tapi sangkaannya meleset. Melihat wajah ayah tersayang yang tenang seperti orang yang sedang tidur, dari situlah datang kekuatan untuk meredhai pemergian seorang ke pangkuan Ilahi.
.
Tahulah kawanku itu, bahawa sebenarnya sudah janji Allah umur ayahnya setakat itu, cuma mencari suatu sebab sahaja walaupun pada asasnya arwah tidaklah cedera parah, cuma sedikit retak di kepala dan bahu. Luka dan lebam juga tiada. Dari mesej kawan aku;
'
..menurut cerita adik aku Ayah aku berlainan sgt hari tu. tk byk ckp. ms diaorg nk bertolak balik lps lunch tu masuk je kereta Ayah aku duduk kt seat dpn. adik aku turunkan seat skit utk dia tido. Ayah aku tido dr Ipoh smpai le kemalangan berlaku tk bangun2. adik aku ckp tangan dia dh mmg dia Qiamkan dr awal lg. smpai kereta terbabas pun tgn tu mmg dlm keadaan Qiam. adik aku ckp ayah tidur mcm lena sgt so dia pun mls nk kacau ayah aku...ayah aku mcm dh tau kematian tu dtg menjemput dia. kami semua macam terfikir ALLAH amik nyawa dia ms dia tgh tidur...wallahualam..hanya ALLAH maha mengetahui...

Nampak kan...cantiknya cara jemputan Allah terhadap hamba yang disayangiNya ini. Walaupun aku tak pernah bertemu arwah tetapi hubungan dengan kawan ku itu sangat baik dan kami saling bercerita tentang keluarga masing-masing ketika masih bersama dulu. Memang arwah ayahnya seorang yang baik, banyak beramal, tegas dalam mendidik anak-anak terutama dalam soal agama.
.
Seorang hamba yang baik telah dijemput pulang oleh Sang Pencipta, dengan cara kematiannya yang menurut akal kita ni, itulah dinamakan husnul khotimah. Gambarannya sangat jelas, untuk kita yang masih hidup ini yakin wujudnya pembalasan yang baik bagi orang yang beramal baik dan pembalasan yang buruk kepada yang berbuat jahat. Husnul khotimah itu yang kita harus kejarkan, bukan nama, bukan pangkat dan bukan harta.
.
Al- fatihah