Friday, January 21, 2011

Luqman 'demam nak berpisah' dan pelbagai perasaan

Aduhai, hati mana lah tak runtun bila saat-saat nak berpergian ni, anak pulak demam. Bila ditanya apa sebab, katanya 'ye lah, sebab nak berpisah dengan mak..'

Menjawab komen kak Wa aritu tentang adjustment kehidupan keluarga kecil aku selepas aku masuk IPG nanti; sebenarnya tiada perancangan yang tetap. hanya mengikut kaki melangkah dan situasi semasa.

Buat masa ini, keputusannya, samada aku duduk kampus atau di luar, Luqman tetap tinggal di umah mak aku di tanjung piandang. Segala urusan sekolah, makan minum, makan pakainya, mak dan ayah, dan adik bongsu aku yang dah abis SPM tu uruskan. Sungguh besar pengorbanan yang mereka bakal lakukan takkan dapat aku balas sebaiknya. Mak aku cakap jangan susah hati hal Luqman, yang penting aku buat yang terbaik dalam pembelajaran. Bukan nya lama. pejam celik pejam celik dah setahun. Tu belum masuk cuti-cuti yang banyakkkk sekali.

Bercakap tentang perasaan, semua yang di keliling aku pastilah amat gembira dan bersyukur dengan rezeki ini. Am pun begitu juga. Bila dikenang balik betapa susah sebelum ni bekerja dari satu tempat ke satu tempat. Dari agensi pekerjaan ke kilang Pensonic kemudian aku jobless selama 11 bulan sebelum mendapat pekerjaan yang terakhir aku di NIG tu. (bukan ING ye..). Berbosskan bangsa lain. Mendapat layanan tidak adil, bagai melukut di tepi gantang, dikerah keja banyak, cuti yang sikit dengan gaji tak berpatutan adalah rutin yang pernah dilalui. Jadi suami mana lah yang tidak gembira dan bersyukur bila si isteri mendapat peluang yang lebih baik dan insyaAllah yang kekal, tidak perlu memikirkan lagi tentang pekerjaan. sebab kesusahan aku kesusahan dia juga kegembiraan aku, dia lebih rasa berganda.

Selain itu, aku ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada sahabat-sahabat yang memberikan nasihat dan tips berguna. semua nasihat ku patuhi kerana aku amat bersungguh dan serius untuk memasuki bidang perguruan ini. Terutama kepada sahabat UUM ku, faridah hanum yang Allah dorongkan dia menasihati aku memilih bidang yang sepatutnya. Allah Maha Mendengar, aku memohon sungguh-sungguh berilah aku jalan. Dengan takdirnya didatangkan seorang sahabat yang semasa di UUM kami tak saling mengenal. Dia cuma add aku sebab kami ada ramai mutuals. Satu hari dia menegur aku di chat FB dan kami bersembang sehingga bab KPLI. Sungguh-sungguh dia nasihatkan aku menukar opsyen (sebelum ni aku memilih PraSekolah) Dia juga yang mencetuskan idea menyediakan alat bantu mengajar semasa interview dan aku ikut nasihatnya. Nasihat ini aku perpanjangkan pula kepada Leen yang sama-sama berjuang memohon KPLI ni. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan untuk kami.

Selain itu kawan-kawan yang memberikan idea topik dan isu semasa yang perlu dibaca, Alhamdulillah semuanya 'masuk'. Dan tips kak zar tentang pakaian semasa interview mengikut hari tu pun aku ikut. Hari tu Selasa pakaiannya berwarna putih. ye kan kak zar? Lalu aku pilih baju kurung bercorak hijau bertanah putih, tudung awning hitam dan hijau, berkasut hitam dan berfail hijau. Eh matching semuanya. :)

Sehingga sekarang pun apa jua nasihat dan peringatan aku ambil supaya aku tidak lupa diri dan sentiasa mengingati kesusahan waktu dulu. Walaupun ada mengatakan bidang perguruan ini susah, maka jangan cepat merasa lega dan gembira. jangan pula cepat melupakan janji 'sanggup segalanya' tapi bila diberi sedikit ujian sudah merungut dan tak puas hati. InsyaAllah. Sebab, bukan aku mendabik dada, tapi ni hakikat (mengikut pengalaman aku), sesusah mana dalam bidang guru, susah lagi di bidang swasta kerana di mata majikan hanya duit,duit,duit yang menjadi sasaran, sumber manusia? langsung tidak dipedulikan. Stephen R Covey juga pernah membuat kajian bahawa seramai 75% majikan tidak tahu menghargai pekerjanya. Aku sudah merasai semua itu cuma aku jarang cerita kerana bagi aku tak guna pun aku cerita, at the end of the day aku jua yang menghadapinya, seorang. Dan ini akan menjadi sumber untuk aku bersungguh dan menghargai peluang keemasan ini dan mencabar diri untuk membuat lebih baik dari semasa ke semasa.

Berbalik semula kepada nak meninggalkan anak teruna yang seorang itu. Alahai, bolehkah dia.(sebenarnya, bolehkah aku? hihihi). Hm, memujuk diri, aku bukannya kena hantar ke Timbuktu, kan? Tapi cuma ke penang tu ha. Webcam, telefon kan ada. rasa-rasa rindu, call takpun chat aje. Cuti-cuti Oman datanglah Penang. Boleh lah ye. jangan demam-demam lagi, nanti mak pulak yang susah hati, maklumlah ..Mak yang manja, bukan anaknya. hehehe. - L

22 comments:

~ain said...

Tahniah akak sebab berjaya dapat tempat KLPI.. Saya try satu kali dah give up..

Semoga Lukman (dan emaknya) baik-baik aje.. =)

Ummu Auni said...

tahniah akak!!! saya baru baca blog ni..syukur Alhamdulillah, akhirnya...happy sangat!

kakLuna said...

ain : hehe jgn give up, insyaAllah masih ada peluang.

Anonymous said...

luna, boleh tau x, dpt opsyen apa? tq

ina

kakLuna said...

aini : ye mmg happy sangat, syukur tak terhingga..ada juga peluang utk akak..

Anonymous said...

luna, boleh tau x, dpt opsyen apa? tq

ina

kakLuna said...

ina : ina mana ni..opsyen BI

Anonymous said...

ina paka... kategori akak lah pd awak. nak fren kat fb ngan luna, tp takut...hehe... fren ngan wa, oren & pnut je... segan, kut org x sudi..hehe

kakLuna said...

kak ina : ala..awad segan sampai mcm tu..saya x makan org aih..mai la add..mai la..mai la..

Hanisumayyah said...

Luna...

Eh apsal akak lak yg tak sabar2 nak mengikuti langkah selanjutnya dlm fasa baru hidup Luna ni???

Besar sungguh kuasa kawan alam maya ni ek...gembira dia kita turut rasa gembira, sedih dia kita pun sama sedih...


Apapun akak terkesan dgn perjalanan usaha susah payah Luna ni, terasa yg Allah sangat2 adil menyayangi setiap hambaNya, apatah lagi yg tak putus2 berdoa dan meminta dari Nya....sungguhpun kita ni kerdil diisi Allah..moga2 setiap apa yg kita dapat ni meningkatkan lagi iman dan amal kita...akak cakap utk diri sendiri jugak ni...

Hanisumayyah said...

eh apasal dua kali lak ni??? happy sangat kot? sampai dua kali tekan...hahaaaa

AinulMalik said...

Luqman jgn sedih2 tau, mak pegi utk membina kejayaan..buat kakluna, good luck dan saya doakan yg terbaik!

kakLuna said...

kak Wa ; tu la kak..Allah sgt bertimbangrasa kpd sy wpun sy ni dosa banyak tp masih juga Dia beri peluang kpd saya.

ainul ; thanks ainul.akak doakan kehidupan ainul sekeluarga juga bertambah baik, diberi rezeki melimpah dan diberkati Allah

achik said...

alala siannya oman.. cepat2 sihat oman, jgn bagi emak risau..

saya doakan semoga semua urusan akak dipermudahkan.. insya-Allah.. :)

Zareda Norman said...

luna

syukur dan syukur...

kerja di mana mana pun tidak mudah apoatah lagi bila ianya diiiringi dengan amanah dan tanggungjawab..

teruskan.. kerana akan banyak cabaran dimasa akan datang.. yang penting kak zar tau lunacekal dan kuat azam orangnya...

Acik Erna said...

salam luna..tahniah..syukur alhamdulillah..buat la yang terbaik..
kena berkorbn perasaan..luqman akan mengerti..

An-Nur said...

Salam Luna,
Alhamdulillah, Tahniah dapat kpli, xlama lagi jadi teacher, Gud Luck dan selamat menempuh alam perguruan..Tabahkan hati, InsyaAllah oman juga akan mengerti..=)

Mulan said...

tahniaaahhhhhh..!!! tumpang gembira.. ala pejam celik, kejap je tu.. take care & all the best...

Angah said...

sangat faham dengan perasaan nak tinggalkan anak tu. Masa angah buat diploma pengurusan awam pun sama, tinggalkan arief ngan nenek dia. masa tu umur dia setahun, masih nyusu badan pun. takpe luna, pengorbanan sekarang untuk masa depan anak2 juga kan..insyaallah..

tahniah lagi sekali!!!! sok2 nak posting call la angah, kalau bleh tolong, insyaAllah angah tolong.

edyan7 said...

tahniah luna...semoga segalanya berjalan lancar.. insyaAllah.... happy for u n lizaleen....

Izariza said...

salam Luna,
wah .. tahniah akhirnya penantian sudah tiba di penghujungnya ye :)
Semoga nanti jadi guru yang berdedikasi .. dan bersabar dengan apa jua karenah pelajar-pelajar nanti, jangan tension2 ye .. pengalaman saya di sekolah hampir 8 tahun banyak mengubah peribadi dan gaya berfikir saya sebenarnya. Kita, walaupun bergelar pendidik, sebenarnya kita juga belajar daripada mereka. Oh .. saya sungguh rindukan suasana bergelumang dengan pelajar2 .. sungguh! :)

Best Wishes

mon4 said...

Tahniah akak sebab berjaya dapat tempat KLPI...