Monday, June 13, 2011

Oh assignment ku dan assigment mu...

Cuti-cuti ni yang membuatkan aku patah kaki tak leh ke mana bukan lah kerana masalah kereta meragam ke apa, tapi mengerjakan assignment yang tak siap-siap.

Yang paling 'hazab' sekali ialah portfolio inilah yang kena disediakan dengan penuh kasih sayang, kesenian, kekreatifan dan kerajinan. Masalah nya, aku takde ciri-ciri semua tu. Aritu, lecturer ada la bagi contoh portfolio student yang lepas-lepas. Mak aih...lawa giler. Kreatif betul dorang ni buat fail tu dengan macam-macam rekaan. Taruh bunga lah, kulit kerang lah. Tapi, no wonder lah sebab depa tu major nya PSV, memang nak jadi cikgu lukisan pun. Kami ni minor memang tak hadap la benda camtu. Tangan pun keras semacam jek. Tapi nak wat camna, assignment dah diberi, kena lah buat juga.


Bila nak jadi cikgu, otak pun kenalah jadi budak-budak sikit. Be in their shoes, depa kata... Amacam sneak preview portfolio aku ni? Lawa dak kolaj kain aku, dengan anyaman tikaq aku tuh? Wei, puji la sikit. Hang pa tak tau berapa kurun aku nak wat benda nih. Tu pun jenuh nak cari masa yang betul-betul lapang, tenang, 'serene' kata omputih. Mana tak nya, umah ada budak-budak. Kita kalut gunting-gunting depa pun kalut nak kaler lah nak lipat-lipat lah. Memang mencabar nya lah study time dah ada anak nih. Tu aku yang baru anak satu (dan anak-anak menakan yang sama menyibukkan diri nak 'menolong' - tolong kacau ja....) Bagi yang ada anak lebih 2 tuh, memang salute ah leh sambung belajaq, sambung tinggi-tinggi pulak lagi. Masa adalah time, mana nak ligan masak nya, lipat kain nya, cuci kasut sekolah anak lah, nak sapu sampah bawah pokok mangga lah, nak cuci kereta lah. All in one lah supermom hari ni. (orang lain lah. aku supermoMster).

Dan assignment macam ni macam tak cukup lagi kan, aku kena pula buat assignment untuk akak aku yang sambung belajar (cikgu jugak). Yang tu lagi kelam kabut. Dia punya grup pakat lepas tangan belaka, akak aku lah yang dok kelam kabut pikir dan last-last mesti cari aku punya lah. Ni lah 'malangnya' jadi the only adik beradik yang ICT-savvy. Huhu. Padahal aku dah cakap dah, 'hang pa tatau hang pa blajaq lah. memang camni la cabaran sambung belajar, semua orang kena mahir dalam ICT, internet buat blog bla,bla,bla' aku membebel (tapi depan blog depa yang aku kena buat kan tu la). depan akak aku, aku menmousekan diri. Adik-beradik ni...payah nak tolak. Tambah jenis cam aku ni malas nak panjang-panjang cerita. Walaupun aku sibuk jugak dengan keja aku sendiri tapi tahap simpati, empati aku lebih tinggi, pong pang pong pang ping pong ping pong. Nah, siap jugak lah blog ala kadar untuk akak aku tu.

Cuti aku masih berbaki seminggu lagi. Bagi orang lain memang la rasa best. Lama tu. Budak-budak cuti 2 minggu tapi cikgu maktab cuti 3 minggu! Sapa tak jeles. Tak caya tanya Tiara. Budak tu mesti jeles sakan dengan aku. hahahaha. Aih, tak leh gelak-gelak dah. Mulai arini aku kena tekan gear 5 dah (eh lupa, aku Auto kihkihkih). Nak buat assignment, nak cari kayu..nak buat assignment, nak cari kayu...nak buat assignment..nak cari kayu...ok bye. jumpa lagi.

Thursday, June 9, 2011

Kenduri Dulu, Kenduri Sekarang

Weekend baru ni aku balik ke kampung mak aku di Kg Teluk, Kg Gajah, meraikan majlis perkahwinan sepupu aku, satu-satunya anak arwah ayah teh aku. Inilah kenduri pemula inilah kenduri pengakhir, ayah teh pun dah takde, maka haruslah kami adik beradik menghadirinya.

Pengantin lelaki itulah sepupu aku yang kami panggil Edy dan anak-anak memanggilnya 'pak Unggal'. Tak sangka, dah besar dah pak Unggal, dah jadi laki orang pun. Dulu zaman dia kecil rumahnya berdekatan dengan umah lama aku, tapi sejak Opah meninggal dunia, ayah teh dan keluarga kecilnya itu berhijrah ke situ. Semasa Edy ni tadika, aku lah yang menghantar dan mengambilnya dengan basikal. Ketika itu aku darjah 3. Banyak kisah lucu semasa kecil dulu jika diingatkan. Antaranya si Edy ni masa kecil dulu suka menggigit orang. Memang garang sungguh tak padan dengan badan yang kecil. Tapi, buas pun, dia ni penakut nak masuk tandas di rumah ku kerana takutkan bunyi pam air.

Sesudah berjumpa dan bersoreh-soreh seramai mungkin saudara mara, kami sekeluarga pun berangkat pulang. Mak aku pesan pada pengantin, lepas kenduri nanti berjalan lah pula ke rumah kami di utara. Pengantin cuma mengangguk-angguk entahkan dengar entahkan tidak sebab sibuk melayan tetamu. Dalam kereta itulah topik dibualkan, mak aku kata pengantin sekarang takde nak pegi umah sedara mara lepas kenduri. Ye lah aku pun rasa memang banyak benda dah berubah sekarang. Dulu memang lah pengantin akan bertandang rumah saudara mara sebab bukan semua saudara mara yang dapat datang. Jadi yang mana tak dapat datang tu, pengantin lah yang bertandang ke rumah mereka, untuk berkenal-kenal. Bukan macam sekarang, tiap jemputan tu pasti boleh dihadiri kerana sudah ada kemudahan pengangkutan. Sekurang-kurangnya wakil satu keluarga tu ada.

Pengantin dulu sangat disiplin, selagi tiada ikatan yang sah, selagi itulah tak berpeluang berjumpa apatah lagi mengenali saudara mara. Pengantin sekarang jangankan dah bertunang, belum bertunang dah pun ada 'gelaran'. Contoh macam nak kawin dengan Pak Lang, maka si perempuan dah pun dipanggil Mak Lang oleh anak-anak saudara. Sesama pasangan itu pun sudah ber'papa' dan 'mama'. Belum apa-apa lagi.

Kenduri dulu juga tak kenal erti 'pakej perkahwinan', 'kontrak masak' atau 'layan diri'. Semua nya gotong royong sesama keluarga ataupun jiran. Makan layan diri tu biasanya dikaitkan dengan orang kaya-kaya (macam makan kat hotel kan). Aku ingat lagi masa awal 90an masa makan layan diri ni mula diamalkan, ada orang-orang tua di kampung aku tak mau datang kenduri di rumah yang buat layan diri. Sebab mereka malu untuk beratur mengambil nasi begitu. Kurang sopan bagi mereka untuk mengambil nasi sendiri. Bagi mereka, lauk kenduri perlu dihidang kerana ia lebih disiplin. Banyak mana orang bagi, banyak itulah saja kita santapkan. Jika ambik sendiri, nampak pelahap. Begitulah persepsi mereka pada awal nya. Lama kelamaan amalan ini diterima kerana zaman sudah berubah, orang sudah ramai bekerja, tak de masa bergotong-royong, jadi nak mudah semua nya dikontrak kan.

Kenduri dulu juga, barang hantaran, bunga telur semua buat sendiri. Masa Yong aku kawin tahun 1995 kami masih buat bunga telur sendiri. Bunga, daun dan lidi nya beli lah tapi kami yang memasangnya, melilit dan mencantum. Masa tu aku form 4, lebih kurang 200 batang aku bawa balik ke asrama dan kawan-kawan aku tolong buatkan sama-sama. Renyah juga kerjanya, tapi seronok dan puas. Kos buat sendiri separuh daripada beli siap. Masa tu mahal juga sebatang pokok RM4, kalau buat sendiri kos bahan RM2 sebatang. Tapi sekarang ni bunga telur lagi murah sebab dah tak pakai lidi, bunga kilat-kilat dengan ada net dan manik-manik. Pakai dawai dan bunga plastik saja, dengan kos sebatang tak sampai RM1. Barang makin murah tapi nilai sudah tidak ada kerana semua barang dibuat di kedai. Tapi bab hantaran ramai juga yang masih buat sendiri tapi kebanyakannya sudah dimasukkan sekali dalam pakej.

Pendek kata, kenduri dulu semua kerja dibuat bersama-sama, sentiasa ada orang yang menghulur tangan, cuma tinggal lagi nak bahagikan kerja sahaja. Tapi zaman sekarang, kerja kenduri tu yang sentiasa ada, cuma tinggal nak bayar je supaya ada orang buatkan. Ada duit semua beres.

Wednesday, June 8, 2011

'Anak Beri Hadiah Harap Ayah Pulang'

Macam bunyi tajuk berita dalam harian metr0 pulak. Kesian pun ada, kan. hehe ...saja je bagi gempak tajuk.

Motip sebenarnya nak cerita perasaan terharu sebab anak dah pandai bagi hadiah, dari sudut hati nya sendiri, tanpa disuruh atau diberi idea.

Ceritanya, bulan ni kan bulan hari-hari istimewa, sekurang-kurangnya bagi kami sekeluarga lah. Bermula dari bulan 5 hari tu dah istimewanya. Hari anniversary dan hari Ibu. Bulan 6 ni pulak besday aku dengan Am dan hari Bapa.

Anak dah 9 tahun, makin observe pemikirannya dan semakin memahami nilai perasaan. Inilah yang berkembang dalam diri Luqman. Dia observe dan pikir bahawa hari istimewa patut diraikan sebab dari situ orang yang diraikan akan merasa gembira. Sebelum ni bukan dia tak tahu erti hari jadi, hari ibu dan hari bapa cuma pemikirannya belum ke tahap macam mana nak meraikan hari tersebut. Tapi bukan amalan sangat pun dalam family aku ni nak buat celebration ke apa. Abis,abis kuat pun takat beli kek dan makan satu keluarga. Kad-kad ni semua, ikut keadaan. Ada tu ada la, takde pun tak apa.

Untuk Mak

Jadi, baru-baru ni Luqman ikut rombongan sekolah nya ke Perlis dan Kedah. Aku bekalkan dia duit RM10 sahaja sebab aku fikir setakat dia nak beli jajan cukup lah. Duit tambang semua memang dah bayar awal-awal. Lagipun Luqman bab-bab tukar duit ni dia tak cekap sangat lagi walaupun sentiasa ajar dia setiap kali kami pegi beli barang. Kalau suruh dia beli dan duit itu berbaki, kenalah bagitau berapa baki yang sepatutnya dapat. Rupa-rupanya kat sana, kawan teringin membeli souvenir! Aku dah bagitau dia duit tu untuk beli makanan atau minuman, tak payah beli barang apa sebab aku risau nanti dia tatau nak bagi duit berapa. Salah aku juga lah, underestimate anak sendiri. Kawan dah besar, dah pandai tengok barang dah tahu nilai hadiah. Dia sebenarnya nak beli hadiah untuk aku, sempena hari Ibu.Huhu. Ye lah kan, kalau dia beli hadiah tu sama-sama dengan aku, tak surprise le pulak. Sebab, mak yang beli, mak yang bayar.

Akhirnya dapat lah juga dia sesuatu yang sesuai dibeli, dan cukup dengan baki wang yang ada. Dia belikan aku hadiah ni. Perhiasan dalam botol ni ha. Huk alah....comelnya. Tak sabar dia menunggu aku balik hujung minggu untuk bagi hadiah ni. Terus aku peluk dan cium dia sebab tak sangka dia ingat kat aku masa dia pergi rombongan tu. Dia kata dia nak beli benda lain tapi duit tak cukup. Alalala anak ku, murah mahal bukan lah ukuran. Even hadiah tu harga sen-sen pun aku rasa cukup hargai. Sebab dia dah tahu untuk menggembirakan aku. Syukur Alhamdulillah.


Untuk ayah

Disebabkan minggu ini aku sibuk menyiapkan assignment PSV aku, jadi banyaklah kertas warna, sugar paper, manila kad yang aku tumpang letak di meja Luqman. Bila aku letih, aku tinggalkan sekejap dan aku tidur. Bila aku bangun aku tengok Luqman tengah mengerjakan kertas warna dan beberapa alat tulis aku. Berselerak dengan cebisan kertas potong yang terbang merata-rata ditiup kipas. Mula lah aku nak naik hangin sebab dia mengusik barang-barang aku. Mujur la angin aku tak banyak sangat sebab aku nak tengok jugak dia buat apa. Rupa-rupanya kawan menyiapkan kad hari bapa untuk ayahnya. Huk alah....terharu nya. Kebetulan ayah nya tak balik pulak semalam. *Tu yang tiba-tiba datang idea tajuk entry tuh. Ni ayah dia lum tengok lagi ni, agak-agak apa perasaan ayah dia,kan.

Kad nya walaupun tak kemas tapi sesuai lah dengan tahap seorang kanak-kanak 9 tahun. Aku dulu pun buat kad ucapan failed juga. Ni pandai jugak la dia mereka kata-kata 'I Love You, Father You are my choice' hehe. dalam terharu, rasa lawak juga kan. Yang pastinya, aku bersyukur kepada Allah kerana Luqman sudah mengerti bahawa kebahagiaan yang sebenar ialah bila kita membahagiakan orang lain.

Tuesday, June 7, 2011

Kedai dah buka semula

Seperti mana yang dijanjikan (ada janji ke idak eh?), bila dah cuti sekolah ni kedai ni pun dibuka lah. Ni pesen kedai PJJ namanya. Time cuti dia On time orang On dia cuti. Ada macam-macam menu nak cerita tapi rasanya dah basi sebab semua dah dikaborkan dalam fesbuk.

KPLI aku pun dah nak sampai penghujung, silibus dah abis belaja, ada yang dah exam pun. Cuma tinggal nak praktikum bulan 7-10 dan final exam dan pastu insyaAllah baru la bergelar cikgu. Rasa cam kejap je ye? Memang orang lain rasa kejap tapi kitorang nak mengabiskan study tu rasa ya Allah hazab nya. Memang inilah cabaran cuma eiii tak sangka lah awad susah sangat??? Masa kengkawan lain yang amik KPLI sebelum-sebelum ini takde le pulak deme kabo KPLI rope ini. Pack giler. Ke deme memang nak mengenakan aku..ish ish ish. tohmahan tohmahan. Dek sebab tension kadang tu kan, aku dan kengkawan pakat menung-menung, pikir-pikir nak cari keje lain nak ganti RM80,000 dalam agreement sebab merasakan susah sangat nak jadi cikgu nih. Pam tayar ketapi ke...kira bulu beruang ke...asalkan leh kuar dari 'neraka'ni hahaha..tapi itu gurauan saja lah sekadar menghibur hati time penat lelah mengikuti program.

Nak merungut pun tak leh juga. Orang keliling ni tunggu masa jek nak menghentam. Ye lah kami kan KPLI je, yang jadi cikgu sebab tak dapat keje lain. Kami tak pandai, tak de jiwa pendidik, tak perform, banyak menyusahkan pihak sekolah. Huhuhu..sentap dan sentimen! hehe. Tapi aku tak pikir gitu....InsyaAllah tidak. Walaupun memang wujud nya situasi di mana ada jurang antara guru-guru mengikut kelulusan tapi bagi aku, hidup ada pilihan. Cara berfikir, bertindak pun, ada pilihan. Tak kira le sapa kita, apa yang orang kata tentang kita, yang penting ialah, apa yang kita percaya? Kita pun tak boleh nak halang orang menilai diri kita macam mana, kita amik yang positif aje cukup. Bila orang perhati kita, judge kita makna nya orang amik tahu, ye dak. Kita just buat yang terbaik, dan tahu tanggungjawab kita iaitu menyampaikan ilmu. After all, ia hanya sekadar secebis ujian dunia yang Allah beri mengikut kemampuan kita. Tak gitu, akak yang pakai lipstik SilkyGirl tu? Cantiknya kaler..Pink karer lagi!

Jadi, apakah yang telah berlaku sepanjang kedai aku tutup nih? Antaranya...berat badan naik. Eii menci-menci! Sepatutnya bukan ke dah teruk-teruk buat aktiviti lasak minor PJK ...dah gi hiking kat Cameron bagai, pegi kayak le apa le. berjalan le. Kan sepatutnya makin slim? Ni apsal naik tak hengat dunia ni. Marah ku pada tubuhku yang tak bersalah mengikut seksyen 18 akta slim river. Hm tu lah kan Dr aku pun dah bilang, bila dah stop treatment Hep B tu berat badan akan kembali semula kepada asal (asal tu bukan berat asal zaman anak dara, tapi berat asal sebelum treatment lah...) Sila saksikan transformasinya...jeng jeng jeng

Ini tahun 2010. Indahnya saat ini...rasa chantek macam kak Nani Rostam pulak. (haha contoh tak boleh blah!)


Mei 2011 - Hohoho. apa sudah jadi. Waktu inilah, alat penimbang akan dituduh rosak tanpa bukti! Sib baik bertenggek atas besi kalau pokok ceri tu...ranap dah tu...

Takpelah, pasni aku berazam (kat kelas aku dulu kan, ada nama budak badrul azam borhan sekarang pegawai kat JPN Ipoh..iklan kejap hikhikhik) untuk maintain jangan lebih dari 55 kg. Jika tidak.....jika tidak.....aku belanja korang twisties yang sepeket ada 10 peket kecil beli kat Tesco tu. Hahaha supaya aku senang hati sebab korang pun tak boleh maintain hahahaha (ni apa pesen punya azam....berhasad dengki ada la...).

Selain dari pertambahan berat badan, dalam tempoh tutup kedai ni, insyaAllah ilmu pun bertambah le juga terutama masa belajar. Susah tu memang la susah tapi bagi aku, banyak benda yang aku belajar malahan aku rasa masih dahagakan kasih sayang ilmu sebab tempoh belajar KPLI ni sangat singkat. Tak sampai setahun pun. Korang pun bukannya nak speakang dengan aku. Camna aku nak terel? *huh, menyalahkan orang lagi! Aku pun rasa sangat bertuah sebab dapat belajar dari lecturer-lecturer yang terbaik dalam bidang masing-masing. Terutama 2 orang lecturer aku yang pencen tahun ni selepas lebih 30 tahun pengalaman mengajar. Jadi batch kami dikira bertuah sebab dapat 'sentuhan' terakhir dan yang terbaik dari mereka berdua. Jauh di sudut hati ni pun berharap dapat mencontohi mereka yang bukan saja menyampaikan ilmu, tapi menyentuh perasaan anak didik untuk mencintai ilmu. Itulah guru sejati nama nya. Perghh..puitis. Sekali sekala. eheh.

Sebagai penutup (sebab aku tatau camna nak ending entry ini dan ini adalah masalah negara yang aku hadapi dalam dunia penulisan iaitu tatau buat ending pastu aku end up dengan merapu) so sebelum aku merapu meh aku tutup dengan pantun;

berus tandas disangka hanger,
sebab tengok tak pakai spek,
lain kali kita berjumpa,
bila datang idea merepek.

Ah sudah lah. full stop.