Thursday, February 3, 2011

di hari raya ini, kita bercakap pasal kematian

Macam anti klimaks ek? Hari ni orang tengah seronok lepak-lepak atau jalan-jalan, maklum lah cuti umum, tetiba aku nak cerita pasal kematian. sesuatu yang umum menganggap ia hitam, negatif, mati dan menyedihkan.

Biasalah memang kita hidup nak selalu ceria kalau boleh nak jauhi benda-benda yang menyebabkan kita sedih, murung, risau dan sebagainya contohnya berita kematian seseorang yang kita sayangi. Tapi, mati itu pasti. Macam pesanan Imam Ghazali 'Apakah perkara yang paling dekat dengan diri kita?' Ada murid nya yang menjawab 'orang tua' ada yang menjawab 'Guru' dan 'Teman' atau 'kaum kerabat' namun yang sebenarnya paling dekat dengan diri manusia kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. (surah Ali Imran ayat 165). Dah selalu sangat buat entry yang hu ha hu ha happy happy, sekali sekala kita balancekan juga dengan peringatan. Boleh kan, kawan-kawan semua?

Aku nak cerita satu 'fenomena' aneh yang aku alami. Pernah aku post kan dalam status FB tapi ramai mengatakan ia kebetulan dan jangan dipercayai nanti jadi syirik. Apa yang sering aku alami, ialah setiap kali aku melihat jam samada di PC atau hp, ianya tertancap pada waktu 4.44 petang. Selalu sangat ia terjadi waktu kerja di opis lama. aku jarang pakai jam, jadi aku selalu rujuk pada jam hp ataupun di pc sahaja. Kalau menurut orang Cina, 4 bermaksud Si = Mati. tapi tidaklah aku percaya dengan kaitan nombor menentukan nasib seseorang. Tidak begitu. Aku menganggap ini satu peringatan, hidayah dari Allah supaya diri tidak lalai. Kebetulan 4 itu bermaksud mati, apabila terjadi saja 'fenomena' itu, aku lantas beristigfar dan syukur juga kerana diberi peringatan itu. Bukankah hadis Nabi S.A.W juga berkata 'orang yang paling bijak itu ialah orang yang paling banyak mengingati mati'? hehe jadi aku ni tergolong dalam orang yang bijak lah kan. hehehe. muntah.

berbalik pada fenomena itu, tanpa aku sangka, rupa-rupanya bukan aku seorang yang sering hadapi. Semalam di FB kak elee mardiana, penulis novel Cinta Seseorang Kekasih juga mengalami fenomena yang sama. Eh boleh ke dikatakan fenomena ek? Macam exaggerate pulak. dari situ, aku pun share yang aku pun selalu alami, dah lama juga dalam 2,3 tahun kebelakangan.

Perkongsian pengalaman aneh ni jadi perbincangan yang sangat interesting dan kak elee mengpostkan satu link di wall FB aku tentang kejadian taufan di Australia yang berlaku dalam 4.44 minit. Subhanallah...peringatan apakah yang Allah sedang berikan kepada kami berdua? Yang pasti, kami panjangkan keanehan ni dengan memikirkan kekuasaan Allah yang bagiNya tiada yang mustahil untuk berlaku. Dari situ aku memikirkan..waktu petang pukul 4.44 adalah lingkungan waktu Asar yang mana waktu itu manusia paling lalai seperti mana dalam surah Al-Asr yang menceritakan tentang pentingnya menghargai masa dan ruginya mereka yang lalai. aku juga pernah membaca satu artikel 'tanda-tanda kematian anak Adam' yang biasanya bermula selepas waktu Asar.

Akhirnya kami membuat kesimpulan, ini adalah peringatan Allah untuk kami, peringatan tentang kematian! Subhanallah! Allahuakbar! terbit rasa syukur dan insaf. syukur kerana Allah memilih kami untuk diperingatkan dan syukur kerana Allah menggerakkan hati ini menerima kejadian ini penuh hikmah, bukan ketakutan yang tidak bersebab dan bukanlah juga sehingga mensyirikkan Allah. terbitlah juga perasaan insaf, menilai semula perbuatan yang lalu lantas sujud memohon ampun dari Allah SWT. Sememangnya diri ini mudah lalai. selalu. Bila terbuka saja mata, perkara keduniaan telah menunggu. Makan, tidur, bekerja,berFb, lalai, leka, banyak ketawa. Sangat sedikit diperuntukkan untuk memperingati kehidupan satu lagi iaitu akhirat. InsyaAllah dengan petunjuk 4.44 ni aku berusaha untuk memperbaiki diri dan amalan dan semoga kita semua pun diberikan hidayah untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik sebelum malaikat maut menjelma pada bila-bila masa yang takkan kita ketahui. -L

9 comments:

MushroomCute@Mariea said...

Wah..dah tukar jadi teacher ekk...

Saya selalu ternampak 1.11 atau 11.11..

~akuni~ said...

ahhhhhh!!!!! jangan lah membahasakan diri teacher sbg teacher, ala teacher ni.....

ya, aneh ya setiap dari kita ni ada pelbagai pengalaman yang unik. walau apa pun pengalaman atau fenomena tu, andainya kita mengingati Allah, syukur Alhamdulillah sebab ada segolongan orang yang bukan mengingati Allah tetapi memikirkan hal2 lain pulak bila ketemu fenomena aneh begini, naghuzubillah. semoga kita tabah menghadapi apa jua dugaan dari Allah.

kakLuna said...

mush ; oh ye ke..apa hikmah sbaliknya eh

kak ahnie ; tension ek..hahaha saja perangat kak ahnie..ok la..saya tak pakai dah la

aNIe said...

Luna...akak pulak kalau tengok jam kat kereta aje...atau pc.. selalunya... 11.11

Ada juga baca kat status elee... 4.44... mungkin kebetulan...atau mungkin ingatan dari ALLAH...

Ezad said...

jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri...

hani@debumelukut said...

salam..baru pertama kali di sini dan kagum dengan gaya penulisan..salam kenal dari kak hani

@xiM said...

saya sangat suka dengan entri ini..terima kasih kak luna atas perkongsian..

kakLuna said...

kak Anie : dgn kak elee tu ada 1 persamaan lg, clausephobia (takut berada di tmpt sempit) jgn kan diri sdiri, tgk org dlm tv ada adegan terkurung pun dh gelabah....tmpt sempit..4.44..semuanya peringatan ttg kematian..

ezad ; diselubungi tudung, tak pe kan?hehe

kak Hani Jentayu ; alamak..apa yg tertariknya..tulisan biasa je...anyway thanks kak Hani sudi jenguk blog saya ni :)

@xim : kita manusia disuruh berpesan2 dgn kebenaran dan dlm kesabaran :)

rose red said...

Salam,
saya juga alami perkara yg sama, boleh dikatakan hmpir setiap hari. kdg2 pd wktu pagi, tetapi slalunya ms petang..dan akhirnya saya terjumpa blog awk ni, ternyata bukan sy seorg yg mengalami benda yg sama..