Thursday, June 9, 2011

Kenduri Dulu, Kenduri Sekarang

Weekend baru ni aku balik ke kampung mak aku di Kg Teluk, Kg Gajah, meraikan majlis perkahwinan sepupu aku, satu-satunya anak arwah ayah teh aku. Inilah kenduri pemula inilah kenduri pengakhir, ayah teh pun dah takde, maka haruslah kami adik beradik menghadirinya.

Pengantin lelaki itulah sepupu aku yang kami panggil Edy dan anak-anak memanggilnya 'pak Unggal'. Tak sangka, dah besar dah pak Unggal, dah jadi laki orang pun. Dulu zaman dia kecil rumahnya berdekatan dengan umah lama aku, tapi sejak Opah meninggal dunia, ayah teh dan keluarga kecilnya itu berhijrah ke situ. Semasa Edy ni tadika, aku lah yang menghantar dan mengambilnya dengan basikal. Ketika itu aku darjah 3. Banyak kisah lucu semasa kecil dulu jika diingatkan. Antaranya si Edy ni masa kecil dulu suka menggigit orang. Memang garang sungguh tak padan dengan badan yang kecil. Tapi, buas pun, dia ni penakut nak masuk tandas di rumah ku kerana takutkan bunyi pam air.

Sesudah berjumpa dan bersoreh-soreh seramai mungkin saudara mara, kami sekeluarga pun berangkat pulang. Mak aku pesan pada pengantin, lepas kenduri nanti berjalan lah pula ke rumah kami di utara. Pengantin cuma mengangguk-angguk entahkan dengar entahkan tidak sebab sibuk melayan tetamu. Dalam kereta itulah topik dibualkan, mak aku kata pengantin sekarang takde nak pegi umah sedara mara lepas kenduri. Ye lah aku pun rasa memang banyak benda dah berubah sekarang. Dulu memang lah pengantin akan bertandang rumah saudara mara sebab bukan semua saudara mara yang dapat datang. Jadi yang mana tak dapat datang tu, pengantin lah yang bertandang ke rumah mereka, untuk berkenal-kenal. Bukan macam sekarang, tiap jemputan tu pasti boleh dihadiri kerana sudah ada kemudahan pengangkutan. Sekurang-kurangnya wakil satu keluarga tu ada.

Pengantin dulu sangat disiplin, selagi tiada ikatan yang sah, selagi itulah tak berpeluang berjumpa apatah lagi mengenali saudara mara. Pengantin sekarang jangankan dah bertunang, belum bertunang dah pun ada 'gelaran'. Contoh macam nak kawin dengan Pak Lang, maka si perempuan dah pun dipanggil Mak Lang oleh anak-anak saudara. Sesama pasangan itu pun sudah ber'papa' dan 'mama'. Belum apa-apa lagi.

Kenduri dulu juga tak kenal erti 'pakej perkahwinan', 'kontrak masak' atau 'layan diri'. Semua nya gotong royong sesama keluarga ataupun jiran. Makan layan diri tu biasanya dikaitkan dengan orang kaya-kaya (macam makan kat hotel kan). Aku ingat lagi masa awal 90an masa makan layan diri ni mula diamalkan, ada orang-orang tua di kampung aku tak mau datang kenduri di rumah yang buat layan diri. Sebab mereka malu untuk beratur mengambil nasi begitu. Kurang sopan bagi mereka untuk mengambil nasi sendiri. Bagi mereka, lauk kenduri perlu dihidang kerana ia lebih disiplin. Banyak mana orang bagi, banyak itulah saja kita santapkan. Jika ambik sendiri, nampak pelahap. Begitulah persepsi mereka pada awal nya. Lama kelamaan amalan ini diterima kerana zaman sudah berubah, orang sudah ramai bekerja, tak de masa bergotong-royong, jadi nak mudah semua nya dikontrak kan.

Kenduri dulu juga, barang hantaran, bunga telur semua buat sendiri. Masa Yong aku kawin tahun 1995 kami masih buat bunga telur sendiri. Bunga, daun dan lidi nya beli lah tapi kami yang memasangnya, melilit dan mencantum. Masa tu aku form 4, lebih kurang 200 batang aku bawa balik ke asrama dan kawan-kawan aku tolong buatkan sama-sama. Renyah juga kerjanya, tapi seronok dan puas. Kos buat sendiri separuh daripada beli siap. Masa tu mahal juga sebatang pokok RM4, kalau buat sendiri kos bahan RM2 sebatang. Tapi sekarang ni bunga telur lagi murah sebab dah tak pakai lidi, bunga kilat-kilat dengan ada net dan manik-manik. Pakai dawai dan bunga plastik saja, dengan kos sebatang tak sampai RM1. Barang makin murah tapi nilai sudah tidak ada kerana semua barang dibuat di kedai. Tapi bab hantaran ramai juga yang masih buat sendiri tapi kebanyakannya sudah dimasukkan sekali dalam pakej.

Pendek kata, kenduri dulu semua kerja dibuat bersama-sama, sentiasa ada orang yang menghulur tangan, cuma tinggal lagi nak bahagikan kerja sahaja. Tapi zaman sekarang, kerja kenduri tu yang sentiasa ada, cuma tinggal nak bayar je supaya ada orang buatkan. Ada duit semua beres.

9 comments:

Irfa said...

mmg banyak yg dah berubah.sib baik zaman aku kawin dulu masih hidang dan masak sendiri.kat kg aku masih ramai yg masak sendiri.lagipun sekampung sedara mara je pun.

papa mama sblm kawen?aku smpai skrang rasa geli ketiak dengar.sib baik aku dolu2 abang n ayang je.
dah beranak 3 'ayang' pun hilang yg tinggal 'umie' je..nak pendek jadi 'mie' sib baik bukan mee goreng atau mee udang :-)

aNIe said...

Memang betul Luna... dulu semua kita buat sendiri kan? Bunga telur dan cenderahati semua kita buat sendiri...sekarang tidak lagik...semua main beli je... yang penting ada duit...

Irtiyah said...

salam

zaman dah berubah. mungkin makin sibuk dengan urusan masing2. yg penting buat majlis ikut kemampuan dan kena jaga batas pergaulan tu memang x boleh dipandang ringan.

kakLuna said...

irfa : aku dari dulu 'awak' dgn 'saya' je..x leh nak tukar dah

kak Anie ; zmn 80an lagi seronok kan ,,,malam kenduri tu ada potong2 kek..tepung tawar lagi skali tp pengantin pakai baju gaun.tu yg budak2 seronok nk tgk,mcm puteri raja :D

kakLuna said...

irtiyah : ye betul,zmn berubah..makin maju,nilai makin terkikis

Angah said...

zaman aku kawen thn 2002 masih kenduri kendara tradidonal way..3 hari 3 malam nkaauuuuu..cuma makan dah buffet lah..

Bunga telur aku buat sendiri 1500 batang. Aku buat bunga kait nkaauuuuu..gigih kan..

belanja kenduri pun duit aku sendiri

Tapi cukup puas hati sebab tak nyusahkan sesiapa, tak behutang ngan sesiapa.

Dan aku pergi bertandang umah sedara mara jugak. memang letih la..mcm beraya haha

adie said...

aku paling suka kenduri zaman dulu. masa tu kat rumah kenduri tu akan ramai org kampun, budak² pun ramai. masa ni lah kitaorng (masa tu budak lagi) akan main macam² permainan. bila lapor, pi kat dapur, makan.hehe

kakLuna said...

angah : hehe zmn aku kawin thn 2001 pun bunga telur beli siap dan x de pelamin2 dah. simple je.

penyu : kdg2 ada acara kutip coklat depan pelamin atau masa pengantin datang tu sambil depa tabur bunga rampai depa tabur coklat sekali. Mak sedara aku agak x berkenan acara mcm tu katanya buat budak2 mcm pengemis. tapi kitorg budak2 ni tau apa....nak seronok ja.tp skrg takdah dh org buat mcm tu..maybe ramai pk mcm mak sedara aku tu

Kereta Api Kahuripan Kiaracondong Blitar said...

inget kalau ada kenduri pastinya ngajak kakak dan yang paling aku cari jika ada aneka es untuk bisa memuaskan rasa haus.