
Semalam aku ada appointment dengan Dr kat hospital Kulim. Berkenaan aku punya 'sakit' hepatitis B tu lah. Alhamdulillah, aku dah habis rawatan pegasys injection seminggu sekali tu selama 48 minggu. Sepanjang tempoh tu, sebulan sekali aku kena buat blood test dan jumpa Dr. Sebulan sekali juga aku kena topup ubat aku sebab dorang tak bagi 48 jarum sekaligus kerana ubat tu mahal dan perlu penjagaan yang rapi.
.Diam tak diam, akhirnya tamat lah rawatan. Kesan dari rawatan tu yang sepatutnya agak teruk seperti keguguran rambut, demam, muntah, kurang selera makan, emosi terganggu, namun aku cuma mengalami kesan-kesan tersebut secara minima saja. Doktor dan Nurse dari Rocher (pembekal pegasys) yang supervised aku pun kagum la jugak sebab aku tak macam pesakit-pesakit sebelum ini yang dia supervised. Kebanyakan mereka jelas tidak dapat bertahan dengan kesan ubat tu, tapi aku kelihatan normal saja. Aku katakan padanya, semua ini adalah berkenaan cara fikir. Aku bukan berbangga, tapi dari 1-2 minggu pertama aku disahkan hepatitis B +ve, aku menganggap kuman itu tidak ada, tidak pernah singgah dalam darah dan hati aku. Walaupun bila diingat-ingat waktu awal tau tu, hampir tumbang juga diri ini! Panik, sedih dan rasa terpuruk. hehehe. Kalo ada pembaca blog ni yang baca catatan aku tahun lepas mesti ingat jugak betapa aku down masa dapat surat dari hospital seberang jaya menyuruh aku datang dan buat blood test semula. 2 minggu selepas itu, sepucuk lagi surat menyuruh aku datang berjumpa doktor untuk menyampaikan hal ini kepada aku.
.Tapi aku terus optimis, bahawa ajal, maut, sakit dan sihat adalah pemberian Allah. Dia berhak menguji dengan cara mana makhlukNya boleh menghadapi, dan atas rasa maha pengasih dan maha penyayang Nya, Dia juga berhak menarik kembali ujian itu dan menyembuhkan aku. Tiada makanan tambahan, tiada ubat tambahan walaupun sejurus aku memberitau beberapa kenalan tentang sakit aku, bermacam-macam produk diperkenalkan kepada aku, semuanya dikatakan sesuai dengan penyakit yang kuhidapi. Tetapi aku katakan, aku ingin mengikut nasihat Doktor sahaja, dan sekiranya usaha ini tidak berjaya barulah aku akan memikirkan adakah akan berikhtiar dengan cara lain. Selain itu, aku juga tak mahu orang sekeliling aku memandang aku dengan pandangan
'oh,kau sakit ke..'. Aku tak mahu pandangan itu. Kerana secara fizikalnya aku tak berasa apa-apa kesakitan, ia cuma dalam darah saja ada kuman tersebut. Aku mahukan aura yang positif, aku percaya diri aku sihat, maka aku nak orang lain pandang aku sebagai orang sihat. Inilah antara penyumbang kepada kesembuhan aku. Iaitu Apa Yang Aku Percaya tentang diri aku. Dan aku percaya aku sihat.
.Alhamdulillah, usaha rawatan yang dicadangkan Doktor juga tidak sia-sia. Kelmarin, Doktor memberitahu bahawa keputusan ujian antigen aku sudah bertukar, daripada Positif kepada Negatif!. Aku boleh dikatakan sepenuhnya bebas dari kuman Hep B itu. Doktor pernah memberitahu, sebenarnya bahawa hanya 30% sahaja penghidap yang menjalani rawatan berupaya untuk sembuh dengan sekali rawatan. Kebanyakan dari mereka, perlu mengulangi rawatan, lebih buruk lagi, dengan kos ditanggung sendiri. Ya Allah syukur, kerana jika aku di tempat mereka, tentu aku tiada upaya menanggung kosnya yang bukan sedikit. Lebih baik lah kos itu digunakan untuk merawat pesakit lain yang lebih kronik.
.Doktor juga menerangkan bahawa dari 30% yang sembuh itu, hanya 5% dikategorikan 'Successful recovery'. bermaksud, kuman tu boleh dikatakan lumpuh sepenuhnya. Jika aku tergolong dalam 30% tu sahaja, kuman tu memang tidak aktif tetapi berkemungkinan 2-3 tahun dia boleh aktif semula cuma persentage nya tak setinggi semasa belum menjalani rawatan. Tetapi, jika aku termasuk dalam grup 30% dan termasuk juga 5% ni, aku adalah antara yang bertuah dan akan dijadikan 'testimoni' yang meyakinkan untuk rawatan tersebut. Doktor Kiew (Dr pakar gastro) dan Ms Neoh dari Rocher kelihatan sangat gembira masa giliran aku bertemu Dr Kiew semalam. Banyak kali dia cakap
'Wah Lubna, your result sangat bagus, sebab bukan semua orang dapat masuk group 30%, tapi U memang confirm included in that 30%, cuma 1 lagi result nak tengok adakah u boleh masuk dalam 5%'..Lalu, apakah yang harus aku katakan lagi, syukur sesungguhnya aku kepada Allah kerana memudahkan perjalanan aku ini. Aku juga bersyukur kerana perjalanan ini mengajar aku pelbagai perkara. Aku berpeluang ke hospital sebulan sekali dan melihat ramai pesakit yang menghidap pelbagai sakit yang kronik. Ini semua menimbulkan keinsafan dan rasa kesyukuran kepada Allah. Jika aku tidak menghidapnya, mana mungkin aku akan ke hospital saja-saja? Aku juga berkenalan dengan beberapa orang yang senasib malah Makcik Fadhilah yang semakin rapat dengan aku sejak mula rawatan, dia menghidap Hepatitis C, dan dia gagal menempatkan diri dalam kumpulan 30% itu, malah kemungkinan dia dirawat semula. Aku sangat bersimpati dan memahami. Dia dah tua, tidak dapat bertahan dengan kesan sampingan ubat tu, malah Dr cuma menasihatkan pengambilan dos injection untuk dia hanya separuh jarum, selebihnya, ubat itu dibuang. Rugi kan? Tapi apa boleh buat, itu bahagian dia, aku selalu mendoakan agar dia sembuh dan kembali normal. Aku tahu kesannya jika ia tidak dirawat, kemungkinan besar hati akan berparut, akhirnya akan menjejaskan fungsi hati sehingga boleh menghilangkan nyawa. Aku tahu sangat kesannya, kerana mak saudara aku yang aku katakan juga menghidap hepatitis C, telah pun kembali ke rahmatullah pada 2 Syawal baru-baru ini.
.Kembali kepada hati yang riang. Perasaan syukur aku dengan berita kesihatan aku ini, bertambah-tambah riangnya sebab kawan blog aku menghadiahi aku buku Travelog Cinta Abadi karya Puan Roza yang kuminati dan kuikuti perkembangan
blognya dari tahun lepas. Semacam blognya, membaca TCA seperti membuai perasaan syahdu mengenang kenangan lalu. kali ni aku boleh kongsikan dengan orang lain betapa seronoknya membaca TCA kerana kisahnya seakan-akan merakam kembali kisah yang pernah kita lalui di zaman 80an. Walaupun aku cuma kanak-kanak di tahun itu, tetapi banyak perkara yang aku boleh bayangkan dan faham kerana aku rasa seperti aku jua melaluinya. Terima kasih kepada Kak Tie yang menghadiahkan buku ini, akak telah menjadikan hati saya kembali berlagu riang. Terima kasih...