Thursday, October 14, 2010

Depa kata badan dah 'seruh'...

Masa balik kampung Am kat Pendang hari raya aritu, tak putus-putus aku ditegur sebab nampak seruh sangat. Seruh is Susut or kurus dalam loghat utara ok? ha ha. Kebetulan aku pakai baju kawin pulak. Depa pun kata 'Ni baju kawin hang kan? Tengok, badan hang punya seruh sampai muat lagi baju kawin..?' Aku nak kata apa, aku sengih-sengih ja. Ingat depa tak tau itu baju kawin, rupa-rupanya depa ingat. Kat umah aku dan opis, takde sapa tegur sebab depa tengok aku hari-hari, jadi tak perasan dengan perbezaan itu. Tapi di kampung memang dah lama tak berkumpul semua sanak-saudara jadi perubahan tu depa nampak sangat ketara!
.
Ya memang aku pun menyedari perubahan diri aku ini. Tengok la gambaq aku kat atas ni. Masa ni awal bulan 3 tahun lepas, aku pi derma darah kat tesco seberang jaya, yang mana, dari situ lah aku dapat tahu yang darah aku detected with hepatitis B. Gemuk sungguh aku masa tu! Hampir 60kg, suatu angka yang paling tinggi pernah aku catatkan. Nak kata happy sangat ka, tak jaga makan ka, tak bersenam ka, hmm betui jugak. Kegemukan paling ketara kat lengan aku tu. Amboi sedapnya kalo buat lauk. hehehe. Eh aku rasa macam ada double chin jugak masa tu. Hang pa tengok sat, betui dak? Isk, isk...awad jadi sampai lagu tu ntah?
.
Masa ni aku memang ada rasa susah hati sebab berat aku makin hari makin naik. Am pun dok ejek-ejek manja kata aku 'gumuks!gumuks!'. Tahun 2008 aku ada amik Herbalife sebab Am dok jadi agen. Tak dan nak kurus, dah stop buat bisnes tuh. Bersenam? Kalo ingat. Kalo tak ingat, huh, dok bergolek je la atas katil time cuti-cuti. Aku dok berdoa jugak supaya jangan lah berat aku ni bertambah. ha, berdoa punya berdoa, memang Allah makbulkan lah! Tapi, dikabulkan melalui berita kehadiran hepatitis B, dan bila aku menjalani rawatan aku akan menghadapi kesan-kesan sampingan di antaranya, berat badan akan menurun!. Hehe, tang ni aku nak kata la 'be careful with what u wish for..' Aku wish nak kurus sangat, sekali aku dapat sakit sebagai asbab untuk kurus macam sekarang. Tapi aku bukan tak redha, no, sebenarnya seperti entry sebelum ni, aku amat bersyukur sekali, ujian ni boleh dikatakan terlalu banyak hikmahnya. Terlalu!
.
Had ni gambaq aku terbaru la. Masa raya hari tu. Berat aku yang terkini (timbang masa pi hospital Kulim hari tu) ialah - 47kg. Berat yang paling ideal untuk ketinggian aku 153cm itu. Sebenarnya, aku bukanlah kurus, cuma kembali ke berat sebelum mengandung. Aku dulu lagi kurus tau. Sebelum kawin, aku 44 kg je! Masa sekolah, aku pun dikategori dalam 'badan sekeping', 'nasi lemak 20 sen' isk, isk, kalo diingat memang sedih dengan gelaran-gelaran itu. Tapi takpe lah, semua tu kenangan lama yang tak penting lagi. Sekarang aku cuma perlu menjaga saja pemakanan, cara hidup dan emosi supaya berat ini dapat dikekalkan. Cuma masalah problem aku sekarang, seluar jeans, slack aku semua dah longgar-longgar, jadi pening kepala aku nak pikir nak pakai seluar mana untuk pegi keje. Nak beli seluar lain, kena ada budget jugak. Paling koman suar selai dalam RM30, ye dak. Hm, untuk penyelesaian short term ni, aku buat macam mana tau? Aku tibai seluaq keje Am lah! Haha. aci dak? aci dak? aci lah kot ye? Asalkan boleh... hahaha. - L

6 comments:

HappyIrfa said...

salam luna..
gembira baca entri yg lepas ttg penyakit tu,syukur ko dah baik..
suka dgn sifat positif ko ..

~adeQ~ said...

aah lah kak...dah kurus benor...takpe, janji sudah sihat!!!

oren said...

akak pun dah gemok..skrg tgh semangat nak kuruih nih..hikhikhik..doakan yer..

kakLuna said...

irfa : hm, aku pun suka kalo ada org baca dan amik pengajaran utk ubah diri,ubah cara fikir kpd yg positif

smua org boleh buat, niat yg baik Allah akan bantu.

nurshi ; haha..dulu jumpa nurshi time tu gemok lagi

kak oren ; boleh nya..anak2 akak yg aktif tu boleh membantu mempercepatkan!

Ummu Auni Afif said...

bagus akak positif! Alhamdulillah

Aini Razali@ Ainor said...

mmm.. masa tgok gambo tu, aku kata dlm hati, ni ke luna??? awat gemuk sgt??? bila aku scroll down barulah aku tau citer sebenarnya...