Monday, October 25, 2010

Gelagat

Semalam kami berjalan-jalan di taman di tepian sungai parit buntar, sambil memerhati gelagat manusia yang lain. Ada yang bersenam, jogging, bergambar tapi kebanyakannya membawa anak yang kecil bermain. Satu pemandangan yang biasa.
.
Aku dengan Am mengambil tempat di sebuah bangku dan Luqman bebas bermain panjat-panjat. Di belakang kami ada sepasang emak dan ayah serta anaknya yang mungkin berumur 1 atau 2 tahun. Pada mulanya aku tak tertarik nak melihat gelagat mereka. Sehingga aku terdengar si emak memanggil anaknya berulang kali untuk melihat ke arah kamera.
.
'Zarfan...Zarfan...tengok sini..' Anaknya tak menoleh.
'Muhammad Alif Zarfan....' pun anak nya tak memberi respon.
'Stand up Zarfan...' Oh emaknya cuba ber'speaking' pula. Pun tak menjadi.
.
Si emak mati akal. Aku masih memasang telinga mendengar apa tindakan seterusnya.
.
Tiba-tiba
.
'Kruuu...kruuu...' suara si emak memanggil macam kita memanggil ayam tu! Yang lawaknya, barulah anaknya menoleh mencari suara si emak. Aku yang duduk di bangku gelak berdekah tak tahan melihat situasi itu.
.
Kemudian si ayah bertanya 'La kenapa panggil macam tu?'
Emak nya selamba menjawab; 'habis, nak buat macam mana lagi???' Oleh sebab taktik tu berjaya, si ayah pun join sama.
.
Kasihan Muhammad Aliff Zarfan tu, tak pasal-pasal dipanggil macam ayam. hehehe.

8 comments:

Ayaq said...

Hahaha..anak buah saya pulak, kena buat bunyi cicak baru la dapat attention dia..kekekeke.

MushroomCute@Mariea said...

hahahah...lawak tu mak Zarfan tu. Manalah dia dapat idea tu ek?

RaFFLeSiA MeRaH said...

komen pasal kisah ni dah komen kat fb...cuma nak komen pasal oman jer, muka oman skrg makin mengikut muka ayah dia...hehehe...memg anak ayah betul....

Zareda Norman said...

pernah tengok kat youtube anak mat saleh.. bapa dia sebut ooo aje dia gelak terkekeh kekek sampai mengah.. kita tengok pun gelak sama

oren said...

rajin jln2...

pagi2 weekend, kami pi usm, mencuba segala mala peralatan open gym kat padang..lepas berpeluh sakan, pi tibai roti canai/nasik lemak kat bdr baharu plak..

ptg, jarang keluar pasai bebudak tido..hikhikhik..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam wagaskah..?
ketahuan nik ..? banjar pang..anak angah mail..bediam di parit buntar

kakyong said...

susah jugak yer nak dpt kan perhatian anak... LOL

ibunya kena pandai cari angle la... snap snap je mana anak hala muka dia...

arianna adrizal said...

hahahahah.. asal bole je ye..