Thursday, October 14, 2010

'Maaf, saya tidak berminat.' Titik

Agaknya memang ini style sesetengah orang sekarang buat bisnes? Desperate! Aku highlight kan ini kerana bukan semua bersikap demikian.
.
Dah lama aku memerhatikan perkara ni, bukan aku saja tapi ada kawan-kawan yang menerima 'nasib' yang sama. Terutama business online ataupun affiliates (jenis nak cari kaki bukan jual barang sangat pun). Aku telah disapa seorang kenalan lama di FB, aku fikirkan tujuannya untuk bertanya khabar, rupanya tidak, dia memasang serampang business nya tanpa basa-basi!
.
Aku kecewa dengan pendekatan itu dan aku menolak. Aku tidak berminat. Setiap orang berhak untuk menerima atau menolak sesuatu tawaran itu, atas sebab peribadi orang tersebut. Full stop. Fahamilah dan hormatilah.
.
Tidak perlu diperpanjangkan dengan mengatakan;
.
'Siapa tak ambik peluang ni memang rugi'
'Ni lah masalah orang Melayu, terlalu cepat selesa'
.
Aku menjawab 'Rugi itu subjektif, tidak semestinya menolak 1 bermaksud rugi keseluruhan kehidupan. Kerugian yang mutlak adalah manusia yang tidak berbuat amal baik sebelum mati'. Aku cuba mengatur alasan yang berlapik walaupun hati aku memang tidak terbuka dengan tawarannya.
.
Ditepis lagi 'Tapi Allah tak suruh kita buat amal je tapi suruh berusaha seolah-olah hidup lama'
'Aku cuma nak bagi peluang, ko pun bukan orang senang'.
.
Cukup! Apakah maksud kata-kata itu? Apakah kerana 'dosa' aku menolak tawaran, ko berhak menilai aku sedemikian rupa. Aku bukan orang senang? Ye, memang aku bukan orang senang, tetapi tak semestinya aku perlu menerima 'kesenangan' dari ko. Kesenangan juga subjektif.
.
Sudut pandangan ko, kesenangan itu, material. Perlu kaya, perlu ada harta, perlu ada masa untuk bersenang-senang di rumah menunggu duit bertimpa-timpa, perlu melancong dan sebagainya?
.
Bukan semua mempunyai ukuran kesenangan yang sama seperti pandangan ko. Aku sebenarnya memang tidak mahu berbalas hujah, kerana hati ini memang tidak berminat, tidak mahu dengan tawaran ko. Apatah lagi dengan pendekatan ko. Bila direject, ko menempelak dengan kata-kata negatif. inikah cara 'close sales' yang beretika? Bukankah seorang bergelar Businessman itu perlu jiwa yang besar dan kental, fikiran yang positif, kesabaran yang tinggi dan kata-kata yang manis?
.
Aku betul-betul tersinggung dan kecewa. Dan aku tahu aku akan bertemu lagi dengan situasi ni, berulang dan berulang kerana 'business' zaman sekarang tiada sempadan. Aku bukan mahu mengajar, tetapi bagi yang terlibat, belajarlah lagi, belajar berbudi bahasa, bukan hanya memikirkan keuntungan sahaja! - L

18 comments:

kak Erna said...

salam luna..akak juga pernah kena..siap kata menolak kesenangan lagi..
senang ke susah ke..itulah hidup kita..biar lah dengan cara kita kan..siapa yang tak mahu senang..tapi bukan dengan cara segera..

Luna said...

kak erna : ye betul tu kak..susah senang pun kita ada cara kita atasi, kita pun x pernah merungut pd dia, x minta pun tolong dari dia..yg sy kecewa sbb dia kwn lama,sy fikir dia tegur utk tanya khbar upanya terus ckp psl business...kalo ye pun nk business, sabar2 lah...saya kawan lama, dia sepatutnya boleh pk, yg sy x kan lari ke mana..apa yg digopohkan nk terus ckp business dgn sy?

Cikgu ILi said...

Kak Luna,
Kite ingat kawan yg dah lama tak dengo kabo sapa kite atau dtg dr jauh semata2 nak eratkan silaturrahim..tapi bile depa bukak cerita bisnes ni..terus rasa mcm...alahai...depa ni...

Kak Luna...kite sama tinggi la..tapi sekarang berat saya satu kilo lebih..;)

Ms.Lilies said...

aku nak like byk2 kali post ko yg ni...apa ko ckp tu btl...aku pun xselesa bila org menilai kesenangan dr sudut duit semata2...tensen nak ckp byk2 kali..."weihh tak minatla" hahaha

kakLuna said...

Ili : ye..akak punya la dok imbau kisah2 lama dgn dia sbb dia mcm x brp ingat dgn keluarga akak, tiba2 bila akak ckp keje akak kerani, terus time tu dia masuk jarum.grrr geram betul!

mimi ; hehe aku lum masukkan feature 'Likes' tu ler pulak...tapi aku dh x tahan sgt ni, tu yg aku luah kat blog..kalo kat FB, kang obvious pulak aku ckp psl dia. hopefully dia x gatal tangan nk mengklik blog aku ni

misza said...

Luna kena dengan kawan lama. Kalau dengan kawan baru lain pulak cite. Mula tu ingat dia memang ikhlas nak kawan dengan kita. Bila dia dah kempen biz kita tak minat terus tak nak kawan dah. Kalau boleh nak mengelak dari jumpa @ bila selisih bahu pun buat² macam tak kenal. Tapi tak pe la kan.

kakLuna said...

misza : sblm tu penah gak kena dgn kwn baru...mula2 add kat FB x syak apa2...tgk ada mutual friends,pastu tmpt tinggal pun dekat, saya pk, oh dia ni add sebab sekampung kot..

bila dah approve...dia tegur kat chat FB, terus tanya 'penah dgr psl susu kambing XX tak?'

huh! add semata2 nk cari network business ke?pantang sungguh saya.

diam2 saya unfriend. padan muka.

DDrfauziah said...

Aslmkm.
:) Jangan naik angin & marah2 terus ... nanti jantung lebih bergegar, sendiri juga susah!
Alhamdulillah dah berjaya menolak tu. Luna dah pun memberi hujjah & nasihat. Sekarang biarkan saja mereka!
Kak G rasa ramai terkena gitu ... 'baik ada makna' ni tektik sejak dulu, cuma pendekatan saja berbeza.

aida said...

setuju sgt ngan post kak luna ni

kakLuna said...

kak G : hehe tu psl sy sbr dan luah di sini saja, kalo sy marah2 sy hambur lagi di depan org nya...

sy mmg maafkan dia,cuma sy nk luahkan kekesalan dgn org yg bsikap begini


aida ; annoying kan?

AyunasiA said...

aku dah lega selepas memblock beliau dari pandangan dindingku. peduli haper aku...

~adeQ~ said...

kita pun baru jek dilamar...ingat datang beraya jek, dah lah macam tak berapa rapat tapi tiba2 gigih dtg beraya umah saya. Kita pun berbesar hatilah ada tetamu nak datang, sekali bukak mulut ajak buat part time.....bila kita kata lum bersedia (ayat berlapis) dia kata pulak bila lagi nak bersedia komitmen makin banyak....ehehehhe....pandai2 jek...tahulah kita nak urus diri kita kan....letih la org macam ni....

kakLuna said...

enot : aku tgh berkira2 ni tp satgi dia perasan sbb friends dia pun bkn ramai sgt (nama je business bagus huh?)...lgpun dia kenal fmly aku..kang dia bg message lak tanya kenapa block..isk isk isk


nurshi ; dorg ni nmpk kita friends ramai, nak amik kesempatan lah..senang je ek keje nya?

Ummu Auni Afif said...

akak, ada yang paling saya tak suka siap burukkan produk lain di pasaran untuk ckp produk dialah yang paling best da kaboom! amboi, dosa mengumpat/bawa fitnah tu lebih besar tahu tak?

~ yus ~ said...

Tak boleh tak kata setuju dengan artikel Luna ni. Pernah terjebak, cuba sendiri mmg tak menjadi, bukan orang bisnes kot saya ni walaupun ambik BA masa belajar. Bila nak ajak orang lain join, selalu fikir apa yang Luna kata ni, lama2 baik aku stop, sebab diri sendiri pun sebenarnya mmg tak suka bila dilakukan sebegitu.

kakLuna said...

aini ; tu lah akak malas nk jwb panjang2 coz apa jua jwpn kita,ada je 'patahan hujah' dr dia...

akak kata rezeki dr Allah..dia kata x boleh tunggu je rezeki dtg,kene usaha


akak kata usaha tu bbagai cara bkn dr berniaga...dia bg pulak hadis nabi kata 9/10 rezeki dr perniagaan


as if akak tak tahu? yg sedih tu part dia ckp 'ko bukan orang senang'

betul2 akak terguris!


kak yus ; sy pun x amik BBA tp dlm keja saya ni company bidang sales sy tau gak sikit2 mcm mana dorang nya pendekatan..mmg x de pun customer menolak, sbb salesman office saya x menggunakan kata2 negative towards customer!

Tukang cerita said...

sekurang2nya ko chat kat fb...
aku ni kawan lama beria2 nak dtg umah
ingatkan ikhlas sebab psahabatan...nak ziarah kawan lama...
rupa2nya motif utama nak jual barang...
mahai lak tu...
malu alah punya pasal, beli jugak...nyampah! nyesal aku....

kekucingkatz said...

aku pun terguris hati baca ayat 'ko pun bukan orang senang'....
tak kisah lah ader duit berkoyan-koyan pun...duit berkoyan-koyan tuh belum tentu boleh menyenangkan hati kita.....
aku lebih rela ader duit sikit tapi hati senang....