Friday, February 18, 2011

berblog dengan limited wifi...hah satu bar aje?

Aku buat entry ni sambil tunggu Am datang amik aku nak balik tg piandang. Bukan kat bilik ni, tapi kat surau semata-mata nak dapat access wifi. Kat bilik langsung takdak line. Yillek Potchit! kata kengkawan satu course English SJKT aku nih. Aku tau, kalo dah susah macam ni patut amik berokband satu, tapi I have enough with berokband. Umah tg piandang pun stre*myx, umah penang pun stre*myx wifi. sapa nak bayar? hakuuuu jugak. Nak terminate salah satu tak boleh jugak sebab talian internet ni satu keperluan. Aku tak kesah tak de blackberry ke cherry bery ke janji ada internet tenet tenet. Sapa setuju angkat baldi. Woi woi tu baldi aku tu! Kang aku nak basuh kain kang takde baldi lak.

Yang sebenarnya patut ada satu lagi entry sebelum ni. Tentang kenduri kak Lady yang aku attend hari tu lah. Tapi nya kan macam dah basi jek nak citer kan. Dalam facebook pun dah upload 1 album dan dah dikomen-komen pun oleh orang yang ditag. Rasanya penceritaan kat sana dah cukup afdhol lah kan.

Pejam celik naik turun bukit dengan penat giler, dah dekat sebulan dah aku kat sini. Tolak cuti seminggu aritu, kelas dah start 2 minggu dah la tapi rasa macam lama gilerrr. Tak sabar rasanya nak abis KPLI ni. Assignment memang lah sangat banyak tapi kebanyakannya group assignment la yang mana kena diskus sana sini, dan hari paling sesuai ialah weekdays. Sebab on weekend kat sini macam sunyi giler semua orang cabut balik umah la. Aku tak penah la lagi weekend kat sini sebab aku memang balik kampung. Tapi roomate aku la yang citer sebab dia 'try' weekend kat sini walaupun dia pun orang parit buntaq boleh balik every weekend. Memang bosan giler kata dia, dah la cafe tak bukak kena tumpang kafe recsam tuh. Life is totally hectic during weekdays but turn to totally bored during weekends! So, ada masa, lebih baik balik lah ke pangkuan keluargamu yang menanti..hukhukhuk...

Aku pulak weekdays yang ada free-free sikit pun aku calling2 la boifren aku tu suh amik dan balik umah penang. Hehe macam newly wed couple gitu. Tapi being a mother kan (lately aku banyak baca entry blog guna perkataan 'being' lah. apsal ek apsal ek. Musim?hahaha) takde lah, betul la hukum grammar being tu kan. Ok back to the story, being a mother kan, mana leh selalu tak jumpa anak. At least sehari sekali mesti tepon dengar report harian. Kesian anak aku... dalam minggu ni 2 hari dia demam tapi aku takde di sisi. Huhu. Ni yang tak sabar nak balik ni. Awad la boifren tak mai mai lagi nih?

Course aku ni major dia memang BI tapi minor dia PJK dan PSV. Sepatutnya aktiviti berkaitan major la yang paling aktif dilakukan kan? Tapi kat sini tak le. Yang subjek minor tu yang lebih sudu dari kuah. Tapi.....aku suke!! Saya mesti pilih!! Sebab banyak buat outdoor. Awal-awal aritu dah senam-senam kat botanical garden. Best giler, maklumlah 3 jam weh kelas tu macam tak payah buat apa, malahan gi jenjalan jek. Hehehe. InsyaAllah pasni pun ada outdoor projects lagi tentatively will be going to teluk batik, cameron highland untuk PJK dan kelantan untuk subjek PSV konon kembara apresiasi seni gitu...insyaAllah. Being me (being lagi..) yang memang kaki jalan (KJ), sangat lah mengalu-alukan kedatangan tuan ke majlis kami itu nanti. Eh apa yang aku merapu nih?

So far ada jugak la suara-suara sumbang yang ngeluh-ngeluh tentang ke'pack'an kos ni dan kepenatan nak gi kelas sebab naik turun bukit, kelas jauh-jauh. Aku faham dan aku pun alami semua tu. Tapi sebab aku penah melalui pengalaman kerja dalam sektor swasta yang jauh lebih susah dan bagai melukut di tepian gantang, insyaAllah semua yang aku lalui kat maktab ni aku anggap sebagai cabaran dan boleh melakukannya. Lagipun banyak benda Allah dah bagi mudah kat aku. Contohnya dapat maktab dekat, umah pun ada kat sini, proses pembelajaran pun setakat ini rasanya semua aku leh catchup walaupun aku antara yang otai kat sini. Dorang bila dengar aku ada anak darjah 3, tokojut gilo! Bila citer dah berapa kali mintak KPLI lagi la hampir2 pengsan rasanya (hehe takde lah. exaggerate je tu). Tapi kengkawan alhamdulillah semua baik walaupun kami ni minoriti jek ...5 orang perempuan Melayu dan seorang je teruna melayu terakhir. Maksud aku untuk KPLI ambilan kali ni lah. Sebab kos kpli yang buat kat sini cuma BI SJKT, Mate SJKC dan Sains SJKT. Yang kos Mate tu semua chinese, yang Sains semua Indian cuma BI je ada terselit kami ni. Setakat ni syukurlah sebab takde pun rasa diketepikan oleh kengkawan bangsa lain tu. Semua supportive dan understanding.

Start 28hb ni aku dah kena gi sekolah untuk school based experience, kira macam intro-intro untuk praktikum la, amik angin dulu orang kata. Aku kena kat satu SJKT jalan Scotland ni, tak jauh dari maktab dan rasanya dalam grup aku ni aku la yang kena drive sebab dorang semua bukan penangites, kalau susah-susah sangat aku suh jek teruna melayu tu drive kan, bukan apa, jalan kat penang ni sangat lah jammed terutama pagi-pagi. Jalan Scotland tu yang menuju jalan masjid negeri jalan ke ayer itam aiyakkkk memang jammed la. Hopefully if I were to drive, the traffic will not so heavy.

Dan bukan takat traffic je yang aku risaukan, tetapi kami pelatih yang baru belajar ni dapat diterima dan diberikan tunjuk ajar yang sewajarnya, maklumlah, aku ni experience pun takde cuma ada passion untuk menyebarkan ilmu kepada yang memerlukan. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Ustaz Pendidikan Islam ku kata 'biarlah hari ni kita menangis agar bila kita keluar nanti dan mendidik anak-anak sehingga berjaya, kita akan tersenyum melihat kejayaan mereka' sekian, saya dahului surat ini dengan ucapan terima kasih.

11 comments:

Anonymous said...

Luna, kalau sjkt, maknanya posting nanti ke sjkt jgk ke?

k.ina

kakLuna said...

kak ina : basically mmg ke SJKT tapi...depends kpd keperluan dan peruntukan sekolah tersebut. in many cases, tak dihantar ke SJKT malahan bukan mengajar subjek BI pun tp subjek yg keperluannya kritikal. bg saya tak kisah di mana2. started with SJK not necessarily wll be ended in SJK..

Zareda Norman said...

wah dah lain bunyi bunyi entry bakal cikgu.. ceria dan gembira aje... hehhehe

Ummi said...

kat sana tak ada streamyx zone ke? kalau ada just masukkan password kita yang kat rumah dah boleh guna,

selalunya IPTA mesti ada streamyx zone :)

akak ada belajar tentang cikgu lulusan KPLI dan isu-isu tentangnya, menarik sebab banyak sangat yang kami bincangkan :)

good luck and welcome to the club :)

oren said...

chaiyok cikgu Luna..

Irfa said...

GILER SKEMA AYAT TERKAHIR TU..haha.
tp i LIKE jer

Masy said...

yg last tu patut kene betulkan sket.. 'saya AKHIRI' bukan 'dahului' sbb dah berakhir pun surat akk tu heheheehe

mesti dah kuros ni!

KakNi said...

sapa2 yg dah guna berokband tu mesti dah tau keperitan menggunakan berok dlm ben, seribu kali mesti pilih streamyx jugak...

Jadik cikgu pjk meseti x de masalah utk mu sbb badan pun dah fit tapi jangan lupa jagalah kesihatan ye...

Mulan said...

sabor ya luna..

wuih naik turun bukit..? takyah exercise dah ni.. mesti slim melim.. dah le memang macam anak dara je..

stay cool luna..!! take care..

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Luna, cam tu ler jadi student...sabor dan enjoy every minute of ur student days! nanti jd kenangan manis!

Aini Razali said...

slamat memakai nametag luna.. bes apa pkai nametag.. skema tau hahah...