Monday, October 11, 2010

Cerita orang baru...

.
Adik ipar aku, yang kawin tahun 2007 tu, dah selamat melahirkan anaknya, yang kedua pada 23 September yang lalu. Dapat baby girl, sepasang dah la kiranya. Subur betul depa ni, rasa macam baru je aku citer kat blog majlis pertunangan depa, majlis kenduri (tapi depa tak baca pun blog ni, hehehe) tup tup dah 2 orang dah anaknya. Rezeki Allah yang dipermudahkan.
.
Perasaan aku? Bercampur-campur. Eh kalo yang faham tu, faham lah kenapa bercampur-campur, tapi aku kuatkan perasaan untuk menjadi rasional, terbuka hati dan bersangka baik. Jodoh, zuriat, hidup dan mati adalah aturan Allah, kita cuma perlu menggunakan akal sebaiknya dalam menilai pemberian Allah kepada kita.
.
Nama anak saudara aku ni, Wafa Nur Husna. Ummi dan makcik dia yang pilih. Hari tu, masa anak yang pertama, dorang minta pendapat aku, jadi aku suggest Ilman, pastu mertua minat nama Mahfuz jadilah Muhammad Ilman Mahfuz. Anak yang kedua ni, dorang takde pulak tanya pendapat aku. Aku tatau kenapa, dia lupa kot? jeng,jeng,jeng ada bunyi merajuk di situ. Mungkin kah sebab aku dengan Am balik lambat untuk tengok baby ni jadi dorang pun tak tunggu lah nama cadangan dari aku. Aku bukan sengaja balik selepas baby berusia 10 hari, tapi kan baru je balik masa raya lepas, pastu sepanjang hujung minggu raya tu ada je majlis atau hal yang perlu kitorang hadiri. Cadang memang nak balik dalam bulan 10 la sebab baby tu due bulan 10, tup-tup dah kuar awal. Nak balik on the spot bukan pakai air liur isi minyak, bayar tol semua, kan? Kena ada perancangan juga. Tapi dia kan leh sms tanya,kan?kan?kan. heh, masih tak puas lagi tu.
.
Aku ada la jugak pikir beberapa nama. Aku ingat dia nak seragamkan I dan M untuk anak-anak dia. Aku kenan sangat nama Illiyyin macam nama anak Baiti tu, maksud pun baik. Untuk M tu, suka hati lah nak buh apa, Mardhiah pun Ok, Muizzah ke..Tapi apa boleh buat, anak orang, dia dah ada pilihan yang dia nak namakan. Wafa Nur Husna, well, nice name, jugak kan? Maksud pun baik jugak kan? So, apa yang aku tak puas hati lagi ni.. hehe.
.
Saja je aku timbulkan isu ni sebab selalu jugak ada berlaku di mana-mana, kan? Tentang menamakan anak. Ada yang sampai bergaduh datuk-datuk dan nenek-nenek nya, ada yang konon dah 'redho' dengan nama yang diberi, tapi last-last panggil gak anak tu dengan nama yang dia nak. Tapi, asalkan maknanya baik, ok lah kan. Ntah apa la masalah orang macam ni kan, yang tak puas hati lak dengan nama anak orang. Itu anak orang lah, suka hati la mak ayah dia nak bubuh apa. Ha mai tang anak-anak-anak-anak kita nanti kita buh la nama glamer sedap, millenium, canggih tu....Kot nanti dah tak terpikir lak kot nak buh apa? hahaha. kan dah jadi karma tu.
.
So, what is done, is done. Just terima je lah dengan hati terbuka, ye dak? Ada orang kata 'esok Luna buh lama nama anak pulak Illiyyin tu..' aku jawab 'eh tak boleh, sebab untuk anak saya dah save dah nama lain!' hahahaha.


p/s : entry ini ada unsur fiksyen yang sangat banyakkk...keadaan sebenar tidak lah seteruk yang digambarkan.

9 comments:

Mak Su said...

mmg cantik2 nama baby sekarang..... anak2 sekarang pun hebat2, ramai yg pandai2... saingan banyak...all the best to them

Acik Erna said...

salam luna..tenangkan hati ye..toksah merajuk lama2..
nanti yang no.3..boleh bagi nama lagi.tu baru dua..

aida said...

kak, nama anak yang simple la senang nak tulis, nak ingat, nak panggil :)

enot said...

berat kot nama tu. nak kena stresskan 2 sabdu. takut berat pula budak tu nak bawak nama tu nanti.

Unknown said...

Dulu ada simpan nama yang cantik2 untuk bakal anak yg tak tahu bila..heheh biasalah angan2..share nama tu dengan cousin..sekali dia leh amik nama tu letak nama anak dia...sungguh sakittttttt hati sampai sekarang..udahnya kalau kita guna nama tu nanti kata kita plak tiru dia..

melur said...

Isu nama isu besar ni...he he
Semua nak take part dalam menamakan anak, cucu, adik, anak saudara bla bla bla..last-last untuk memuaskan hati semua pihak...taruklah tiga nama mengikut priority...he he

Aku adalah aku said...

Alahai Na....nama anak aku nanti ko letak la ek....tapi tak tau la bila nya aku ada anak...

Cikgu ILi said...

Kak Luna suke nama'Illiyin, nama anak Baiti tu ye..hehe..tang nak tunggu anak sendiri tu yang tak tau tu...

Cepat je kan tgk org senang nak dapat anak...saya ingat lagi Kak Luna tulis pasal depa..pasal nama Ilman tu.tup tup dah dapat adik dah dia.

kakLuna said...

Ili ; kan,cepat kan? masa dia bgtau dia nya BP drop tu akak dh syak dia pregnant..

akak bkn apa...dia dah 2, akak tetap sorang..dh ada pun org yg membandingkan 'adik dah 2, kakak ipar bila lagi?' aisehh..