Monday, October 18, 2010

Mengunjungi kedai buku


Entri yang sebelum ni saja je aku post kan sementara nak pikir nak taip apa. hehe. Aku memang suka sangat cari cerita-cerita inspirational macam tu, jadi bahan bacaan time boring atau time tak berapa sibuk dengan kerja. Daripada boring tengok FB bukak blog, boring tengok blog bukak FB, lebih baik cari bahan bacaan macam ni kan. Nak beli buku motivasi kang, mahal pulak. Aku kalo kaya raya memang aku borong abis siri-siri chicken soup for the soul tu. Eii, geram aku tengok. Tapi harganya, buntang mata aku! cepat-cepat letak balik buku ke rak nya. hehe.
.
Kalau berjalan-jalan time cuti, aku mesti jadikan kedai buku sebagai destinasi wajib untuk singgah. Aku paling suka sekarang ni pergi Queensbay Mall sebab kat situ ada Borders. Luqman pun tahu, kalo nak suggestkan tempat nak gi jalan-jalan, mesti dia ajak ke Qbay sebab tahu aku boleh lepak 1-2 jam kat Borders tu saja. Dan rak buku yang aku pertama aku tuju ialah 'Self-Improvement'. Kat Penang ni ada 3 je kedai buku yang bagus iaitu Popular, Borders dan MPH. Tapi MPH kat 1 tempat je, Plaza Gurney, kawasan yang jarang-jarang aku lalui.
.
Minat membaca ni, tak lain datang dari sifat ayah aku. Kat rumah tu, kalo orang lain, almari penuh pinggan mangkuk, barang hiasan, tapi rumah aku penuh buku. Dari satu almari ke satu almari berganti disebabkan papan nya dah 'lendut' dek sebab tak mampu nak tampung buku-buku ni. Maklum lah kami bukan orang berada boleh beli almari kayu yang tahan puluh-puluh tahun tu. Yang mana boleh pakai, pakai lah jua. Sumbat semua buku-buku. Ayah aku ni fesyennya, suka simpan buku majalah lama. Barang lain boleh buang, tapi jangan buku dan majalah dia! Tu sebab kalo nak cari daripada Majalah DIAN tahun 1972, majalah Al-Ain tahun 1986 ataupun Dewan Siswa tahun 1990, insyaAllah ada! Kot tak bersusun tarikhnya saja. Orang kata, kalo jual kat kedai buku antik, tentu mahal harganya sebab buku dan majalah ni sudah tak de di pasaran. Sudah menjadi nadir.
.
Sekarang ni aku terapkan minat ni kat anak-anak aku pulak terutama membaca buku-buku yang berfaedah macam buku motivasi. Tak semestinya kita ada masalah baru kita cari buku-buku motivasi, tapi baca sebagai persediaan, belajar dari kisah-kisah orang lain. Kalo mampu tu, beli. memang tak rugi membeli buku, umpama membeli ilmu. Kalo dapat pengajaran dan sampaikan pada orang lain, lebih berganda-ganda faedahnya.
.
Aura faedah mengunjungi kedai buku ni, yang aku selalu aku rasa ialah bila tumpang baca 1-2 mukasurat dari buku-buku tu, aku pasti akan keluar dari kedai buku tu sebagai seorang yang lain yang kadang-kadang terus aku leh aplikasikan bila aku kuar dari situ. Contohnya; aku baca 1 kisah dalam CSFTS tentang seorang ibu yang mempunyai anak bernama Brian. Brian adalah macam kanak-kanak sekolah rendah yang lain kadang-kadang nakal kadang-kadang baik. Ada beberapa hari Brian masuk kelas lewat, cikgu dia pun bagitau kat mak dia. Cikgu tu buat andaian yang Brian ni mungkin terpengaruh dengan budak nakal yang malas bersekolah sebab tu masuk kelas lambat. Balik dari sekolah, mak dia pun tanya Brian tentang apa yang cikgu dia bagitau. Pada mulanya si emak memang mempunyai fikiran yang negatif tapi dia bagi peluang Brian menerangkan perkara sebenar. Rupa-rupanya setiap pagi Brian lewat kerana menolong seorang budak yang cacat kaki untuk pergi ke sekolah, bukan kerana bergaul dengan budak-budak nakal. Emaknya mendengar alasan Brian terus memeluk anaknya 'I Love You Brian!'.
.
Dari situ aku belajar untuk memberi peluang kepada orang lain terutama anak-anak menerangkan alasan mengapa dia buat macam tu macam ni sebelum menjatuhkan hukuman. Bukan untuk memanjakan anak, tapi untuk mengajar erti keadilan dan kita akan sentiasa mendengar luahannya untuk pertimbangan. Itulah contoh 'aura' dari kedai buku yang membuatkan aku melangkah keluar sebagai orang yang baru.

7 comments:

Ummu Auni said...

isk terharunya baca cerita brian tu...jom akak kita sahut the qur'an challenge

MOKCIK AZWA said...

Sebab itu kita kena beri peluang pada anak2 untuk menerangkan sesuatu perkara...elakkan terus menuduh tanpa usul periksa...huhu..

Ms.Lilies said...

sbb tu jgn bg aku masuk kedai buku...lama aku kat dlm tu..huhu..kang anak2 aku bertempiaran lg haruuuu

Arena said...

Sis,

Saya memang hantu beli buku. Saya ada beberpa lagi yang tak sempat baca. Tengah sibuk sangat, kami pon ada rak buku sekarang ni, best!So boleh la susun buku ikut jenisnya.

Mak Su said...

sy minat membaca, tp sejak tahun ini, minat tu mula hilang...entahlah :(

Unknown said...

membaca itu jambatan ilmu... ;)

satu perkongsian yg bagus.. memang anak2 harus ditangani dgn cara begitu... bukan terus diasak dgn cara salah...

kakLuna said...

aini ; the qur'an challenge tu mcm mana. ada kat blog aini ke? nnt akak tgk

kak azwa : a'ah dgr dulu..selain dr buku, sy blaja byk gak dr nanny 911..hehe


mimi ; kalo dpt partner yg sama melekat kat kedai buku, best kan..

sis arena ; syok nya dh ada rak buku..mcm saya ni tumpang rak ayah je lah dulu...buku2 yg sy punya rasanya x sampai 100 buah (ni termasuk buku2 masa blajar dulu) hehe


maksu ; org kata, kalo x boleh belajar, mengajar lah! kalo x leh membaca, menulis! mungkin maksu dah sampai fasa perlu menulis, dengan serius hehe

kakyong ; tu le..dlm 1-2 mukasurat je saya baca, besar pengajaran yg sy dpt