Tuesday, October 12, 2010

hati yang berlagu riang...

Semalam aku ada appointment dengan Dr kat hospital Kulim. Berkenaan aku punya 'sakit' hepatitis B tu lah. Alhamdulillah, aku dah habis rawatan pegasys injection seminggu sekali tu selama 48 minggu. Sepanjang tempoh tu, sebulan sekali aku kena buat blood test dan jumpa Dr. Sebulan sekali juga aku kena topup ubat aku sebab dorang tak bagi 48 jarum sekaligus kerana ubat tu mahal dan perlu penjagaan yang rapi.
.
Diam tak diam, akhirnya tamat lah rawatan. Kesan dari rawatan tu yang sepatutnya agak teruk seperti keguguran rambut, demam, muntah, kurang selera makan, emosi terganggu, namun aku cuma mengalami kesan-kesan tersebut secara minima saja. Doktor dan Nurse dari Rocher (pembekal pegasys) yang supervised aku pun kagum la jugak sebab aku tak macam pesakit-pesakit sebelum ini yang dia supervised. Kebanyakan mereka jelas tidak dapat bertahan dengan kesan ubat tu, tapi aku kelihatan normal saja. Aku katakan padanya, semua ini adalah berkenaan cara fikir. Aku bukan berbangga, tapi dari 1-2 minggu pertama aku disahkan hepatitis B +ve, aku menganggap kuman itu tidak ada, tidak pernah singgah dalam darah dan hati aku. Walaupun bila diingat-ingat waktu awal tau tu, hampir tumbang juga diri ini! Panik, sedih dan rasa terpuruk. hehehe. Kalo ada pembaca blog ni yang baca catatan aku tahun lepas mesti ingat jugak betapa aku down masa dapat surat dari hospital seberang jaya menyuruh aku datang dan buat blood test semula. 2 minggu selepas itu, sepucuk lagi surat menyuruh aku datang berjumpa doktor untuk menyampaikan hal ini kepada aku.
.
Tapi aku terus optimis, bahawa ajal, maut, sakit dan sihat adalah pemberian Allah. Dia berhak menguji dengan cara mana makhlukNya boleh menghadapi, dan atas rasa maha pengasih dan maha penyayang Nya, Dia juga berhak menarik kembali ujian itu dan menyembuhkan aku. Tiada makanan tambahan, tiada ubat tambahan walaupun sejurus aku memberitau beberapa kenalan tentang sakit aku, bermacam-macam produk diperkenalkan kepada aku, semuanya dikatakan sesuai dengan penyakit yang kuhidapi. Tetapi aku katakan, aku ingin mengikut nasihat Doktor sahaja, dan sekiranya usaha ini tidak berjaya barulah aku akan memikirkan adakah akan berikhtiar dengan cara lain. Selain itu, aku juga tak mahu orang sekeliling aku memandang aku dengan pandangan 'oh,kau sakit ke..'. Aku tak mahu pandangan itu. Kerana secara fizikalnya aku tak berasa apa-apa kesakitan, ia cuma dalam darah saja ada kuman tersebut. Aku mahukan aura yang positif, aku percaya diri aku sihat, maka aku nak orang lain pandang aku sebagai orang sihat. Inilah antara penyumbang kepada kesembuhan aku. Iaitu Apa Yang Aku Percaya tentang diri aku. Dan aku percaya aku sihat.
.
Alhamdulillah, usaha rawatan yang dicadangkan Doktor juga tidak sia-sia. Kelmarin, Doktor memberitahu bahawa keputusan ujian antigen aku sudah bertukar, daripada Positif kepada Negatif!. Aku boleh dikatakan sepenuhnya bebas dari kuman Hep B itu. Doktor pernah memberitahu, sebenarnya bahawa hanya 30% sahaja penghidap yang menjalani rawatan berupaya untuk sembuh dengan sekali rawatan. Kebanyakan dari mereka, perlu mengulangi rawatan, lebih buruk lagi, dengan kos ditanggung sendiri. Ya Allah syukur, kerana jika aku di tempat mereka, tentu aku tiada upaya menanggung kosnya yang bukan sedikit. Lebih baik lah kos itu digunakan untuk merawat pesakit lain yang lebih kronik.
.
Doktor juga menerangkan bahawa dari 30% yang sembuh itu, hanya 5% dikategorikan 'Successful recovery'. bermaksud, kuman tu boleh dikatakan lumpuh sepenuhnya. Jika aku tergolong dalam 30% tu sahaja, kuman tu memang tidak aktif tetapi berkemungkinan 2-3 tahun dia boleh aktif semula cuma persentage nya tak setinggi semasa belum menjalani rawatan. Tetapi, jika aku termasuk dalam grup 30% dan termasuk juga 5% ni, aku adalah antara yang bertuah dan akan dijadikan 'testimoni' yang meyakinkan untuk rawatan tersebut. Doktor Kiew (Dr pakar gastro) dan Ms Neoh dari Rocher kelihatan sangat gembira masa giliran aku bertemu Dr Kiew semalam. Banyak kali dia cakap 'Wah Lubna, your result sangat bagus, sebab bukan semua orang dapat masuk group 30%, tapi U memang confirm included in that 30%, cuma 1 lagi result nak tengok adakah u boleh masuk dalam 5%'.
.
Lalu, apakah yang harus aku katakan lagi, syukur sesungguhnya aku kepada Allah kerana memudahkan perjalanan aku ini. Aku juga bersyukur kerana perjalanan ini mengajar aku pelbagai perkara. Aku berpeluang ke hospital sebulan sekali dan melihat ramai pesakit yang menghidap pelbagai sakit yang kronik. Ini semua menimbulkan keinsafan dan rasa kesyukuran kepada Allah. Jika aku tidak menghidapnya, mana mungkin aku akan ke hospital saja-saja? Aku juga berkenalan dengan beberapa orang yang senasib malah Makcik Fadhilah yang semakin rapat dengan aku sejak mula rawatan, dia menghidap Hepatitis C, dan dia gagal menempatkan diri dalam kumpulan 30% itu, malah kemungkinan dia dirawat semula. Aku sangat bersimpati dan memahami. Dia dah tua, tidak dapat bertahan dengan kesan sampingan ubat tu, malah Dr cuma menasihatkan pengambilan dos injection untuk dia hanya separuh jarum, selebihnya, ubat itu dibuang. Rugi kan? Tapi apa boleh buat, itu bahagian dia, aku selalu mendoakan agar dia sembuh dan kembali normal. Aku tahu kesannya jika ia tidak dirawat, kemungkinan besar hati akan berparut, akhirnya akan menjejaskan fungsi hati sehingga boleh menghilangkan nyawa. Aku tahu sangat kesannya, kerana mak saudara aku yang aku katakan juga menghidap hepatitis C, telah pun kembali ke rahmatullah pada 2 Syawal baru-baru ini.
.
Kembali kepada hati yang riang. Perasaan syukur aku dengan berita kesihatan aku ini, bertambah-tambah riangnya sebab kawan blog aku menghadiahi aku buku Travelog Cinta Abadi karya Puan Roza yang kuminati dan kuikuti perkembangan blognya dari tahun lepas. Semacam blognya, membaca TCA seperti membuai perasaan syahdu mengenang kenangan lalu. kali ni aku boleh kongsikan dengan orang lain betapa seronoknya membaca TCA kerana kisahnya seakan-akan merakam kembali kisah yang pernah kita lalui di zaman 80an. Walaupun aku cuma kanak-kanak di tahun itu, tetapi banyak perkara yang aku boleh bayangkan dan faham kerana aku rasa seperti aku jua melaluinya. Terima kasih kepada Kak Tie yang menghadiahkan buku ini, akak telah menjadikan hati saya kembali berlagu riang. Terima kasih...

7 comments:

Ummi said...

syukur alhamdullilah...

seronok akak baca, tiada yang seronok apabila dengar luna dah bebas dari kuman tersebut

so apa yang terjadi ada hikmahnya, setengah orang jadikan setiap masalah sebagai satu motivasi untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan pada masa yang sama boleh mengenal Allah dengan lebih dekat lagi....

syukur kepada Allah

kakLuna said...

kak ummi ; org kata kalo sakit 'jangan dilayan'..kalau dilayan, itulah susah nk sembuh. apapun, smuanya kuasa Allah.

misza said...

salam. tak fhm sgt psl hepatitis ant ab@c. bila² senang nak share.

kakLuna said...

misza ; hepatitis secara umumnya ialah kuman yg suka menyerang hati.

hepa@hepar adalah Hati dalam bhs perubatan.

hepatitis A - berpunca dari makanan yg tercemar dgn kuman tp Hep A boleh disembuhkan dengan ubat tertentu. kalo ikut cara tradisional org kata minum susu kambing banyak2 pun leh hilang

hepatitis B dan C - paling banyak menyerang rakyat Asia, kuman ini merebak melalui pemindahan darah, keturunan, seks, perkongsian jarum.pd tahap2 awal, sakit ini boleh dirawat sebelum ia merebak dan membuat parut pada hati.

mcm akak, selepas beberapa proses blood test dan penentuan tahap kuman Hep B dalam darah, akak dikategorikan dlm penghidap peringkat awal yg boleh dirawat, jd Doktor telah memulakan rawatan ini kpd akak selama 48 minggu.

sekiranya pemeriksaan dan rawatan lambat dilakukan, kemungkinan besar kuman telah merebak ke dalam hati dan menjadikan kanser hati.

tetapi, kanser hati tidak secepat kanser2 yg lain dr segi tahap perkembangannya. apabila seseorang dikesan menghidap hepatitis B, tempoh utk hepatitis B dan C ini berubah menjadi kanser ialah dalam 5-10 tahun, bgantung kpd antibodi setiap org.

hepatitis D,E dan F - paling banyak di negara2 barat krn kadar pengambilan alkohol yg tinggi di kalangan rakyat negara2 itu. cara merebak sama mcm hepatitis B dan C cuma diburukkan dengan pengambilan alkohol. yg ni akak tatau kaedah rawatan nya mcm mana coz mostly penghidap hepatitis D,E dan F ni tidak dapat sembuh dan berakhir dgn kanser hati.

itu saja serba sedikit yg akak blajar. harap boleh membantu.

misza said...

tqvm. sebenarnya...
kena cite pjg ni. Bulan posa ari tu makcik(suami dia sepupu dgn fil) meninggal sbb hepatitis ni la. sblm tu dah ramai juga ahli keluarga depa yang mnggal sbb penyakit yang sama, tapi ade beza(depa cite la). Yg mcik tu hati kecut. Anak buah dia yg mnggal 40ari sblm tu kancer hati. Pakcik pd makcik ni pulak thn lepas ht bgkak. Memang semua psl hati la. Ramai gak yg dah meninggal ssb simptom yg sama. Dulukan depa ssh nak gi spital. Takut. Pastu skt, tiba² mnggal. Tapi rsnya mmg skt yg sama la. Bila dah teruk tu perut besar, ade yang kuning(yang saya nmpak la). Sekarang semua kaum kerabat dia orang dah buat ujian darah. kebanyakannya mmg ade kuman tu. Anak macik tu sorg je yg disahkan sht. Tp masih kena buat pemeriksaan lanjut. Kakak pd mcik ni pulak saya dgr dia kata "dktr kata tak de ubat' terima aje la". Sbb dia ant yg disahkan, tp ye la antibodi kan tak sama.

kakLuna said...

misza : itulah, bila dh naik ke hati mmg x de ubat, sbb tu kena p buat blood test utk hepatitis B, jika negatif, cpt2 amik suntikan antibodi.

kalo masih di peringkat darah insyaAllah boleh dirawat, mcm saya (hehe pening la saya ni, skejap ber'akak' sekejap ber'saya' tp pasni ber'saya' lah ye), masih diperingkat darah, hati sy mmg tidak terjejas lagi...tp rawatan ni pun Dr cuma leh bg 30% je possibility utk sembuh...ni kiranya peringkat awal pun sikit je yg sembuh..kesimpulannya mmg betul x de ubat, maklumlah, adik beradik kanser, kan


dan betul.mmg ramai yg dh teruk baru nk p hospital, hepatitis ni mmg x nampak sakit dia, cuma bila dh teruk baru kuar smua simptom tu mcm bengkak hati, badan jd kuning tp tu kalo dh sampai mcm tu,dh terlambat ler utk dirawat..

misza said...

owh...okay. tima kasih. Dah tau tak boleh la ber'akak' lagi kan. hehehe...akak ni dah 4series...