Tuesday, October 19, 2010

Pengalaman pertama naik bas


Seingat aku, umur paling awal aku naik bas tanpa keluarga ialah masa aku darjah 2, tahun 1987. Hari raya kedua dan perjalanan nya ialah dari A.A.Tin ke Batu Gajah. Berbekalkan duit raya lebih kurang RM 12, aku dan kawan-kawan aku 'berambat' menunggu bas Perak Roadways yang kami panggil 'bas pendek' sebab bas tu memang pendek. Yang dalam gambar ni bas panjang untuk ke Ipoh.
.
Pada mulanya, aku ragu-ragu untuk mengikut kawan, sebab takut mak aku marah. Kawan aku kata 'takpe, kita pegi kejap je, singgah emporium pastu kita balik le'. Mendengar perkataan emporium tu buat aku jadi berani. Bukan selalu dapat ke sana! Perkara pertama yang aku bayangkan untuk dibeli ialah coklat Gajah, cekedis dan sepotong kek icing. Semuanya sangat susah didapati di kedai-kedai kawasan perumahan aku.
.
Bila bas pendek sampai, kami pun naik. Aku masih takut-takut. Bas pula penuh dengan orang. Kami pun berhimpit-himpit juga lah. Nak tunggu trip lagi satu bukan senang, 2 jam sekali, nak balik pukul berapa pula nanti.
.
Sepanjang perjalanan tu, banyak kali juga berhenti-henti nya. Sampai kat Batu 7, bas tu berenti sebab ada sekumpulan anak dara sekolah menengah nak naik. Rupa-rupanya, Nyah aku dan kawan-kawannya baru balik beraya dari rumah salah seorang kawan nya juga. Nyah aku dah sekolah menengah, memang le mak aku tak kisah kalo dia pegi berjalan naik bas. Nyah aku nampak aku! Alamak, matilah di kabo nya kat mak aku kang. Aku pun sengih-sengih je la dan tunjuk kawan-kawan aku sebagai isyarat yang bermaksud 'Orang pegi dengan kawan-kawan. yang tu, yang nu dan yang ni!' merujuk kepada kawan sebelah aku.
.
Akhirnya sampailah bas tu ke Batu Gajah. Berambat la lagi ke emporium yang dikagumi itu. Sebelum tu aku jumpa kakak aku dulu nak bagitau dia nanti balik jangan bagitau kat mak yang aku beraya sampai Batu Gajah. Kakak aku pun janji tak bagitau. Eleh, dia pun ada plan la tu nak berjalan dengan kawan-kawan dia. So, terlepas lah aku.
.
Alhamdulillah, walaupun usia aku terlalu muda untuk 'terlepas' macam tu, selamatlah juga kami pergi dan balik. Mujur ada bas pendek yang perjalanannya terus dari tempat ku ke situ. Kalo bertukar-tukar kenderaan, dengan teksi nya, kereta sapu nya, harus jugak kakak aku report kat mak aku! Tapi tu lah kan, beza nya dengan kanak-kanak zaman ini. Usia aku masa tu sebaya dengan Luqman pada tahun ni. Tapi, Luqman nak dilepaskan untuk berjalan sendiri-sendiri? Oh tidak sekali-sekali. Pergi balik sekolah pun berjemput, ini kan pula nak naik bas. Walau bagaimanapun, pengalaman naik bas tetap kuterapkan dalam diri Luqman sesekali. Dulu aku bawa naik bas merah ke parit buntar, sekarang bas tu dah tak lalu depan umah aku dah, jadi aku cuma boleh ajar dia naik bas rapid penang saja, yang jauh lebih selesa dari bas zaman aku. Apapun, dapat jugak dia memerhati pelbagai kisah kehidupan orang lain dari kerusi bas itu.

10 comments:

aida said...

evoke memories entry ni... :)

Ummi said...

hebat tu luna kalau kecik-kecik lagi dah pandai naik bus

akak teringat lagi dulu, kalau tunggu bas aje akak mesti sakit perut takut nak tahan bus dan takut nak naik bus, takut tak dapat tempat duduk :)

kakLuna said...

aida ; haha memori akak mmg banyak, seawal2 memori yg akak leh ingat ialah masa umo 3 tahun. lama kan?

ummi ; time tu, dok setaman yg bapak2 kami semua keje yg sama - buruh kapal bijih timah. takde yang kaya sangat, takde yang miskin..smua kepala sama...nakal sama...jd, kalo ada budak yang dah boleh naik bas kecik2 lagi...kami pun boleh! hahaha

Acik Erna said...

luna..akak naik bas tanpa teman..cuma dah kerja aje..masa2 lain tu.ada aje penemannya..kalau tidak arwah bapak tak lepaskan..

attyfir said...

salam luna..sama lah .kty dulu pun seawal 8 thn dah leh naik bus sendiri.bawak basikal jauh2..tp skrg.rasa mcm tak aman..takut nak bior anak2 g jalan sendiri jauh2

kakLuna said...

kak erna ; ni mmg ayah x lepaskan tp berani sendiri2 (ada lg sbnrnya adegan fear factor saya, sampai tahap nk kena culik pun ada!hehe)

kty ; tu la, dulu kita boleh je survive kan. budak skrg lepa sekejap je, hilang!

Anonymous said...

Kecik2 dulu seronok sangat kalau dapat naik bas. Kalau ada makcik2 yg anak dara lg time tu dtg umah, diorg bawak jalan2 ke pekan. Perghhh..seronok. Bila besar sikit, kena naik bas sendiri2 gi sekolah, perkara pertama adalah memastikan dpt duduk atau berdiri dekat dgn loceng. Takut tau nak cakap minta tolong kat org tekankan loceng.

kekucingkatz said...

aku start naik bas awam sensorang masa darjah 4....nak picit loceng kena berdiri atas bangku...hehehehe!!...

MOKCIK AZWA said...

Pertama kali naik bas, dari Pantai Dalam kononnya nak ke Chow Kit...lahai 20 tahun lalu. Dalam mini bas tu dah ler bersesak2..last2 dapat duduk. Lepas tu saya ngan kawan terlepas nak turun kat chow kit...hahaha dah abis pusingan bas. Nasib baik pemandu tu baik...dia suruh kami tunggu sepusingan lagi, bila sampai chow kit dia bagi isyarat turun hahaha

Kedua kalinya, masa nak balik hari pertama dapat kerja. Mokcik silap naik bas berhenti-henti..sepatutnya naik bas express. Nah amik ko...perjalanan 45 minit dah jadi dekat dua jam...tertidur2 mokcik dalam bas...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

BAS SEKARANG NI JIKA NAIK PENUH NEAPAL INDON BANGLA DAN MAYANMAR MACAM MELANCUNG KE LUAR NEGARA LAK