Wednesday, October 6, 2010
Satu Jam yang sungguh berharga
1 jam yang aku maksudkan ialah dari 6.30 pagi hingga 7.30 pagi. Alhamdulillah sejak akhir-akhir ni 1 jam pemberian Allah ini sangat-sangat aku nikmati.
.
Sepanjang 1 jam itu lah aku dapat menyiapkan anak aku ke sekolah (seusai solat Subuh), dapat memasak untuk sarapan anak dan mak ayah aku, dapat hantar Luqman ke sekolah dan dapat pula tunaikan Solat Sunat Isyraq dan Dhuha sebelum ke opis pada jam 7.40 pagi. Gambar di sebelah adalah masakan aku pagi ini, Bihun Goreng Singapore, dimakan bersama-sama mak ayah dan anak-anak saudaraku.
.
Dulu, rasanya tak akan pernah sempat 'mengejar' semua ini. Ada saja alasan dan halangan. Yang betul nya, tak pernah mencuba! Tapi ralit dengan bisikan syaitan yang mahukan kita lalai. Alhamdulillah sebelum Ramadhan yang lalu, datang motivasi untuk melakukan perubahan. Hasil pembacaan majalah bermanfaat, dengar ceramah agama, cd Nasyid, Wirid dan Zikir, kisah-kisah di blog atau facebook banyak membantu mencapai 'nikmat' ini.
.
Sebelum ni, selalu aku meratapi diri aku yang menjawat kerja yang tak seberapa. Cemburu dan berpura-pura gembira dengan kesenangan orang lain. Aku manusia biasa. Perasaan rendah diri ini tidak akan pernah hilang sampailah aku merasakan telah mendapat sama seperti apa yang orang lain ada! MasyaAllah aku telah lupa, nikmat 1 jam yang Allah beri pada aku, yang tidak sama dengan orang lain. Terutama, waktu bersama mak ayah tercinta, memasakkan makanan pagi, menjamu mereka sehingga kenyang, dan punya masa untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa melalui solat sunat pagi. Aku yakin, tidak ramai dapat melakukan perkara ini meskipun menikmati gaji ribuan setiap bulan! Maka inilah nikmat yang wajib aku insafi dan syukuri yang tidak ternilai harganya walaupun cuma dalam satu jam. Pelbagai perkara baik yang dapat ku lakukan.
.
Sesungguhnya sesiapa yang bertaqwa kepada Allah pasti Allah dorongkan jalan keluar. Niat yang baik pasti ada jalan. Jika ada sesiapa yang ingin berubah ke arah lebih baik, cuba lah dan pohonlah dari Allah SWT, pasti ada jalannya. - L
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
luna
syukur alhamdullillah.. nikmat Allah SWT ni berbagai cara, hanay kita sedar atau tidak aje.. macam anak ramai nikmatnya lain, anak sorang lain pulak.. nikmat dapats elalu bersedekah, nikmat dapat suami baik dan penyayang, nikmat dapat boss bagus, dapat anak yang bijak, kesihatan yg baik macam macam.. yg penting kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan berusaha menjadi yg lebih baik.. InsyaAllah.
cakap pasal nikmat ni kan..aku pun selalu la alpa..dilanda 1 musibah terus lupa betapa banyak lagi nikmat Allah beri pada aku.
Ni aku rasa nikmat berbakti pada mak plak sejak mak duduk ngan aku ni. Bangun lebih awal siapkan makan minum dia, secara tak langsung subuh aku pun awal, siapkan anak2 awal dan keluar awal jugak..
Alhamdulillah. Perancangan Allah untuk kita ni memang tak terjangkau akal kan..
betul tu luna, akak pun kadang-kadang lupa yang nikmat Allah bagi kat akak, masa belajar ni akak selalu stay up, so masa stay up tu akak buat solat sunat itu dan ini, then subuh akak pun awal, akak ada banyak masa nak mengaji waktu pagi before akak siap-siap nak ke opis
ini pun salah satu nikmat yang Allah bagi, syukur Alhamdullilah
kak zar ; a'ah, mcm2 dh kita dpt sbnrnya..x terhitung
angah ; thats y, aku selalu nasihatkan fokus pd benda baik yg lain yg boleh ko lakukan, sbb kdg2 buat baik kat benda lain, tp kat bahagian lain yg dpt balasannya. hanya Allah yg Maha Mengatur smua ni.kita cuma perlu yakin pd Nya.
kak ummi : kan? kalo tak kerana nak study, tentu susah nak saja2 bangun utk solat sunat kan..
Aslmkm.
Mungkin paling utama tu kita sentiasa dekatkan diri padaNYA, sentiasa syukur & tabah walau senang ataupun susah.
Sesuatu yg Kak G pegang - REDHA.
Insya Allah, walau seberat mana pun, kita pasti dapat atasinya.
luna,
jiwa yg tenang & lapang tu rasa bahagianya lebih drp mendapat wang jutaan ringgit....
bila kita dpt lakukan semua tu, mesti jiwa rasa tenang kan...insyallah, ade jugak niat mcm tu...tp keadaan masa mcm x mengizinkan...coz masuk keje kul 7.30 pagi...kul 7 dah gerak dari umah...tp org kata, nak seribu daya, x nak seribu dalih...tuhan tu bagi akal utk kita berfikir...so, gunakan akal kita camane nak merealisasikan niat baik kita tuuu...kan kan kan...
kak G : betul, besar atau kecil mslh/dugaan kita lalui x penting, tp bagaimana kita melaluinya?ya yg utama mestilah redha,baru dtg ikhlas dan kesungguhan
kak yong ; betul..
kak RM : bg sy, penjawat awam beruntung krn lebih mudah jalannya *utk lakukan solat dhuha..cuma mahu atau tak mahu saja..
so... bile nk merasa bihun singapore akak? *komen takde kene mengene hehe*
Amin....
tak tahu macam mana listing blog akak terdelete dari blog saya..wuishh
aku terharu.....
like 1000 ratus kali.... :)))))))
aku pun syukur..walau keje kerani je..tpi kt opis aku bleh solat jemaah..sesekali ada ceramah..dan ada aktvt korban..nk pi keje tmpt lain satu hal tk dpt2 lps tu pikirkan kesian mak aku kalo aku dpt luar dari selangor..
aku tk sempat nk solat dhuha ngan isyraq tpi laa ni dok praktikkn solat wudhu' ngan sunat subuh..biar jadi sebati ngan jiwa..
sue : dulu kita selalu jugak bincangkan hal ni kan (ttg kesempatan buiat solat sunat di pejabat)
Post a Comment