Friday, October 15, 2010

Tips mendapat kawan....

Rentetan dari tak puas hati pasal semalam kan, aku terperasan satu faktor sepunya terbesar (FSTB) eheh macam belajar Mate form 1 pulak, kenapa dorang yang suka serbu buat business tak pakai helmet kat aku ialah, kerana dorang tengok aku ramai Friends. hahaha. Aku riak dan takabbur ni. Ye, aku rasa 70% punca nya ialah itu. Orang yang ramai Friends perlu didekati, untuk memudahkan, meringkaskan penambahan networks!
.
Tak payah buat homeworks, tak payah kenal-kenalan lebih rapat, tak payah selami hati budi, dia ramai kawan nih, konfem boleh masyukkkk!!!
.
Mana boleh macam tu, apa dia ingat aku senang-senang ke dapat kawan, sahabat, kawan blog, kawan FB, kawan yahoogroups, kawan sekolah, kawan UUM, kawan kampung sebanyak ini?
.
Ia adalah proses yang panjang!
.
Mari aku nak ajar camne kita boleh mendapat kawan yang ramai. Ia bertitik tolak dari peribadi. Dengan peribadi yang baik dan diterima, andai kita berjualan sekalipun, tak perlu membuat promosi hebat, memaksa-maksa, menpsiko-psiko, tetapi orang ramai lah yang akan mendekati kita dengan sukarela.
.
Antara tips untuk menghadapi peperiksaan nya ialah;
.
  • Apa yang kita tak suka orang buat kat kita, macam tu lah orang pun tak suka kita buat kat dia. So jangan buat apa-apa yang kita tak suka pada orang lain.
  • Tunjuk atau tulis apa yang orang nak tengok dan baca bukan apa yang kita nak tengok dan baca sahaja
  • Buat homeworks sikit tentang orang tu, tentang keluarganya ke, kegemarannya ke, jangan menonong-nonong terus nak jual barang
  • mengamalkan sikap positif, cakap yang positif
  • ambil berat tapi jangan dibuat-buat
  • pergantungan kepada Allah, bukan manusia, dengan cara ni, bila kita direject kita boleh cepat redha. Kita dah berusaha, tapi belum rezeki untuk barang itu terjual, ada hikmah di sebaliknya.
  • Jangan berlebihan, dalam menegur atau memuji, dalam membantu ataupun membiarkan. Ingat, sesuatu yang melampaui batas, Allah tidak suka meskipun ianya perkara baik.
.
Rasanya itulah 'tips' yang boleh aku kongsikan. Aku pun bukan orang pandai. Kalo aku orang pandai dengan kawan-kawan seramai ni, pasti aku pun dah jadi peniaga yang berjaya! Tapi aku berkawan dengan niat ikhlas bukan nak amik kesempatan. Aku pun bukan masyarakat peniaga, namun andainya, aku tercebur (boleh ek, tercebur?) dalam bidang ni, insyaAllah cara gini lah aku amalkan, iaitu, persaudaraan dahulu, baru perniagaan.
.
Bukan sebaliknya. - L

6 comments:

Guru said...

saya pun ada pengalaman ini, melalui blog saya... bila saya menulis tajuk Hai O,

bukan untuk menempelak Hai O tu tetapi meluah fikiran yang bersarang melihat nasib rakan-rakan,
saya dihentam... melayu yang malas katanya.

biarkan saja. tidak pernah pun minta sesen duit dari dia.
tulah ya, manusia yang desperate

kakLuna said...

cikgu normah ; kbykn masa, saya rasa diambil kesempatan..

attyfir said...

apa yg tip luna kasi tu ade betuinya .
kty pun ade kawan lama tegur di fb..sekali rupanya nak promote bisnes.siap tanya bila leh jumpa..ayork.tak berminat langsung

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

setuju betul tu...

kawan sekadar nak cucuk jarum tak ikhlas namanya kann...

Aku adalah aku said...

Berkawan biar seribu berkasih biar satu...hehehehe....

Aku kalau ada yang dekat ngan aku with hidden agenda....especially yang suka push-push orang tak kira masa...bye2 la jawabnya....

WRA said...

kekeke...pengalaman akak, tak semestinya orang ramai kawan ni boleh berjaya dalam bisnes. Cuma satu je yang akak dapat belajar iaitu kalau nak kenal kawan cubalah ajak dia buat bisnes (ini adalah saranan dari buku jugak ni, akak dah lupa tajuk dia). Cara dia menolak ke atau menerima ke, kat situ ada pengajaran. Cuma kita jangan cepat melatah, itu aje.

Kalau nak ulas memang panjang nih Luna hehehehe