Tuesday, September 7, 2010

Aku dan balik kampung...

Di ketika dan saat ini (cewahh apa kah motif?), aku tau ramai dah sampai kampung masing-masing terutama yang cikgu-cikgu dan budak-budak yang duduk asrama. Yang bukan cikgu pun ada amik cuti awal seminggu sebelum raya dan mula keje seminggu lepas raya. Kira 2 minggu lah tu. Ada yang travel jauh dan dekat. Berkereta sendiri ataupun naik kenderaan awam. Seronoknya menikmati perjalanan bersama-sama insan lain yang sama destinasi. Tentu banyak kisah yang boleh dikongsi.
.
Dalam hal ni, aku lah paling takde pengalaman, untuk balik kampung yang jauh dan merasai saat-saat cemas, lega, gembira bila membeli tiket pulang berhari raya.
.
Ini kerana, dari zaman aku kecil, sampai aku bersekolah, masuk U hinggalah dah bekerja, berkahwin dan beranak, jarak tempat aku bermastautin dengan kampung tidak lah jauh mana. Kata orang, 'balik hari' pun boleh.
.
Zaman kanak-kanak aku di A.A.Tin, kampung aku hanyalah di Kampung Gajah, rumah opah aku. Cuma 20 minit perjalanan. Tapi, walaupun dekat, dek sebab kekurangan, kereta pun takde, amatlah jarang kami sekeluarga pulang ke kampung kecuali hal-hal yang mustahak seperti kematian. Sesekali balik, berbondong lah kami adik beradik menaiki bas pendek warna merah itu dengan beg-beg pakaian yang besar. Bila balik dari kampung pula, muatan bertambah besar kerana mengangkut segala hasil tanaman terutama pisang 2 tandan. Kalo tak semua ahli keluarga yang pergi dan cukup satu teksi, maka teksi lah jadi sasaran.
.
Kemudian, zaman bersekolah asrama, pun tidak lah jauh Seri Iskandar - A.A.Tin tu. Bertukar 3 bas loncat, sampai lah sudah. Cuma mulai tahun 1993 aku sekeluarga dah berpindah ke Tanjung Piandang ni adalah 'jauh' sikit balik kampung nya, menaiki bas ekpress Ipoh-Taiping dan bas loncat ke Parit Buntar. Zaman tu, tokwan masih ada, biasanya tokwan akan amik aku dari Parit Buntar dengan teksinya.
.
Zaman UUM, pun tak lah jauh, malah tak pernah pun naik bas trip malam macam kawan-kawan yang balik pantai timur dan selatan. Adakalanya aku lihat kawan-kawan ada yang cemas ketika tiket sudah kehabisan, mencari-cari lah mereka tiket tersebut dari Changlun sampai ke Alor Star malah ke Penang demi untuk sampai ke kampung dengan selamatnya. Tapi aku melihat situasi tu sebagai 'nikmat' sebab aku tak pernah merasainya! Keluar jam 11 pagi dari UUM, insyaAllah pukul 4-5 petang sudahlah sampai ke Parit Buntar. Bak kata orang, tak sempat panas punggung pun dah sampai. Tapi ada jugak hari nya kami yang 'jauh' ni perasan nak jadi macam orang lain, bila naik bas chartered! hehe dapat gak rasa 'kekalutan' nak bubuh nama....macam la jauh sangat...tapi jadilah, dapat gak merasa kejap walaupun ntah apa-apa je, kan?
.
Zaman dah berkahwin, dapat orang utara, pun tak jauh lah, pun dah ada kereta lah. Cuma sesekali je nak bagi Luqman merasa naik bas, jadi aku bawalah dia ke Penang menaiki bas, sampai Penang, Am tunggu di jeti. Tujuannya untuk mendidik 'kesusahan' juga untuk anak aku, sebab dalam bas tu, pelbagai pengalaman, gelagat orang dapat dilihat. Luqman pun sebenarnya kalo boleh nak naik bas selalu, tapi mak nya inilah yang pancit. Sekali sekala boleh lah..melepas gian. hehehe.
.
Begitulah kisah balik kampung berhari raya aku yang 'sangat jauh' nya. Apapun, bagaimana juga cara kita pulang, semoga semuanya di bawah lindungan Allah SWT dan pergi dan balik dengan selamatnya...Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf zahir batin. - L

8 comments:

elly said...

Selamat Hari Raya Luna....

Aku masa duk Penang tak pernah la risau takut abis tiket sebab aku turun KL sebelum sampai Raub Pahang...aku selalu nai bas kul 12 tgh mlm sampai pagi, pastu tunggu bas pertama kat pekeliling tuk balik raub...cuma kalau cuti raya tu 2 hari cuti aku mmg abis untuk perjalanan pegi dan balik...sesekali tu rindu gak zaman tuh...tapi nak menempuh tak sanggup dh rasanya....

kakLuna said...

elly : stesen bas kat jeti tu mmg happening, bas ke KL sentiasa ada...tahun 2000, bangunan tu terbakar, berpindah lah ke kawasan sebelah....jenuh kat situ, dengan panas nya,dengan ramai orangnya dengan ulatnya..apapun itu semua, pengalaman..kan

Tukang cerita said...

kg aku pun jauh jugak...
'jauh sangat' lah manjung ngan bote tu...
:)

kakLuna said...

nurul : tu le..ko pun masa belajo dulu belah2 KL je lebih kurang aku ke utara sana le....'jauh' beno..

oren said...

hihihi..

baru 2-3 hari lepas terkenang zaman balik kampung, dari U ke Penang..awal Ramadhan mmg kena bersesak kat Pudu, carik tiket..paling2 tak, paksa anak persatuan Penang, sewa bas persiaran ke, hapa ke, so, dptlah balik penang...

zaman kawin, anak sorang, masih mencabar..sbb takde kereta..pun sakan mencari tiket di Pudu..

lepas dpt balik ke sini, dh tak merasa nak bersesak2 mcm kat Pudu dulu..nak2 la nih dh ada kereta, lagilah..

esok, akan balik Pahang..akak suka travel jauh2 nih, sbb suka drive..yg tak tahan sbb ada 'gangguan' (kes awatif nak bf la, nak ngempeng saja sblm lena..hikhikhik)

selamat hari raya Luna, maaf zahir batin..

Ummi said...

selamat hari raya luna :)

akak malam ni dah balik ke johor, bangun tido, bangun tido baru sampai :)

balik Sg Petani bila? akak balik 18 petang :)

cikdinz said...

selamat hari raya kak luna.
maaf zahir dan batin.

Uncle Lee said...

Hello Kak Luna, here's wishing you and allat home selamat hari raya and all good wishes.
Happy holidays and have fun.
Simpan satu lagu dalam hati, Lee.
ps, you ada buat rendang and ketupat?