Wednesday, September 1, 2010

Hidup tak selalunya indah

Dua tiga hari ni aku tak online sebab aku balik Penang. Isnin tu aku ada interview kat MPPP. Am antar aku dan Luqman pagi tu tapi balik kami naik bas sebab Am keja. Alhamdulillah interview tu berjalan lancar. Boleh dikatakan interview paling senang yang penah aku lalui. Aku bukan nak riak atau over confident, sebab ada kontra nya jugak interview sesenang ini. Sebab, calon yang lain pun pendapat yang sama. Jadi. ntah ada kah peluang? Wallahu'alam, tapi aku dah buat yang terbaik dan menjawab semua soalan. Selebihnya aku tawakal kepada Allah kerana Dia yang akan menentukan rezeki setiap makhluk.
.
Semasa tunggu bas tu, ada seorang makcik duduk sebelah aku. Pakaiannya baju kurung kedah, berkain batik dan bertudung kuning diikat di leher. Disebabkan bas masing-masing belum sampai, kami terus bersembang. Dia kata dia ada cucu umur lebih kurang macam Luqman. Tapi ada dua orang. Mak cik ni bukan peminta sedekah tapi kisah dia sangat meruntun hati aku. Katanya, dia datang Komtar nak cari kerja kot ada macam tukang-tukang sapu ke, pembantu kedai makan ke tapi tak dapat. Kat umah tu dia mengasuh 2 orang cucu nya. Ibu bapa kepada cucu ni eksiden (tapi aku tak pasti si bapa tu meninggal atau apa), anak Mak Cik ni ialah ibu budak-budak tu, yang juga sedang mencari-cari pekerjaan. Anak makcik ni 2 orang, sorang lagi lelaki, tapi keje driver bas kilang saja, takat lepas makan dia, bolehlah. Sebab tu makcik yang tua ini terpaksa keluar mencari nafkah.
.
Aku pun ada tanya dia 'kalo mengasuh anak orang dekat-dekat umah takdak ka makcik?' Dia kata 'takdak nak, lani orang antaq anak kecik-kecik lagi pi sekolah (nurseri). Dulu makcik ngasuh gak anak orang tapi lani depa besaq dah la makcik tak mengasuh dah'. Makcik tu sambung lagi 'la cukup susah cari keja, kot makcik dah tua (65tahun) depa tak mau.'. 'Memang pun makcik, memang lani susah cari keja, saya pun baru balik intw ni makcik..tatau leh dapat ka dak..'. 'Makcik bukan apa sebab dok jaga cucu tu. Depa bukan tau apa. tau nak makan, nak makan...ni tatau nak makan apa hari ni..tambang ni pun kawan makcik yang bagi' sambil tunjuk beberapa keping duit syiling kat tangan.
.
Alahai, sungguh kasihan. Dan aku tak merasakan makcik ni menipu dan sengaja bercerita kisah nya untuk minta sedekah, kerana dia memang tak sebut pun nak meminta dari aku. Tapi kerana kasihan aku hulurkan RM10 kepada dia. RM10, apalah sangat. Mengenangkan umurnya 65 tahun sebaya ayah aku, aku terbayangkan ayah aku tapi ayah aku lelaki, masih ada kudrat untuk bekerja, tapi ni seorang makcik, kerja apa lah yang bisa dilakukan demi mencari sesuap nasi untuk dia dan mulut-mulut kecil yang menanti di rumah. Makcik tu ucap terima kasih banyak kali kat aku dan kata 'hanya tuhan dapat membalas jasa anak..' Aku kata 'makcik, saya dapat bagi banyak ni saja, kalo ada lebih lagi, memang saya nak bagi, tapi setakat ni saja yang saya ada'. Makcik tu kata 'takpalah yang ni pun dah banyak cukup la nak bagi makan kat cucu-cucu'
.
Kebetulan lepas aku bagi, bas makcik tu pun datang dan dia berlari-lari anak mengejar dan menyusup masuk ke dalam perut bas. Dan aku yang masih menunggu, menginsafi segala kejadian tadi sambil menerangkan kepada Luqman. 'Tengok Oman, bukan semua orang senang, ada yang susah sampai nak makan pun takdak duit. Mak pun rasa kita susah tapi hari ni Allah tunjuk ada juga yang lagi susah. Oman jangan selalu nak minta-minta tapi banyakkan bersyukur sebab kita tak macam makcik tu...' Luqman diam saja mungkin memikirkan perkara yang baru dipelajarinya. Aku terlupa pula nak amik nombor telefon atau alamat makcik tu. Menyesal pula rasa, jika tidak, boleh lah aku cari dia dan tanya khabar lepas ni.
.
Hidup tak selalunya indah, di saat-saat sukar itulah kita belajar mensyukuri nikmat pemberian Allah....

14 comments:

Ummi said...

kesian, tambahan nak raya ni, mesti belum ada persiapan

syukur sangat dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita, kadang-kadang akak ni tak bersyukur, nak yang lebih baik dari yang ada skrg, padahal yang dah ada skrg dah baik sangat

Ain said...

sedihkan kalau tengok mereka yang susah dan tak cukup makan....

lagi la kalau bulan puasa macam ni....

kakLuna said...

kak ummi : mesti takde apa tu kak...kalo makan pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang

Ain ; kalo pegi ke stesen2 bas, cari, pasti ada...

~ain said...

ye kak.. kadang2 kita rasa kita ni susah, malang.. tak selalu bernasib baik.. Sesekali Allah bagi tazkirah macam ni....... Syukur Allah bagi akak tazkirah macam ni.. Boleh akak tulis entri akak yang ini. Dan ia merupakan tazkirah kepada semua yang membacanya... Kalau tidak,kita manusia ni selalu lupa..


*insaf...

Angah said...

Perasaan yang sangat damai bila kita tau pertolongan kita yang tak seberapa tu dapat buat orang senyum kan.

Aku sangat percaya pada konsep sedekah dalam Islam ni. makin kita memberi dengan ikhlas, makin terbuka luas pintu rezeki kita. InsyaAllah.

pB said...

inilah pentingnya zakat ..

supaya , kita dapat berkongsi ...

kueh bakar said...

btol btol btol

tic said...

Moga Allah bantu itu makcik

kak Erna said...

salam luna..memang sedih kisah dia..semoga allah membuka pintu rezeki untuknya...

elly said...

Kesiannya makcik tu..dan paling kesian untuk cucu-cucu dia yang tak tau apa2 lagi tu..

p/s: moga ko berjaya tuk interview kali ni kay...

Rohaniah said...

sebab tu kita orang Islam ni perlu kaya Luna...supaya kita dapat bantu insan-insan macam ni...

memang kita patut bersyukur apa yang ada pada kita, tapi tak salah kita juga memohon rezeki lebih dari Allah dan kita usaha ke arah itu demi untuk berkongsi dengan umat Islam yang lain....

kalau kita tengok di mana-mana kan, siapa selalunya yang kalau bagi derma mesti ribu-riban? Orang Islamkah? Mungkin depa tak war-warkan, tapi hmmmm....wallahuallam...pendapat akak yang tak seberapa ni lah, kalau betul ramai orang Islam bagi sedekah atau derma ribu-riban, sudah tentu rumah anak2 yatim tidak sibuk minta ihsan orang kan?

Alangkah seronoknya kalau kita dapat memberi sumbangan kepada mereka2 ni setiap bulan, tak gitu?

p/s: sori jika tersalah bahasa huhu

Acik Aminbakish said...

kadang-kadang kita kena pegi tempat marhaen.. untuk berjumpa golongan marhaen ni...

(peringatan untuk diri sendiri)

melur said...

sedih

kakLuna said...

kak Wear : saya setuju sangat apa yg kak tulis tu...

betul..kalo nak ajak org menjadi kaya biarlah dgn matlamat dpt infaqkan ke jalan Allah dengan bersedekah sesama Muslim. sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara..

tapi tak byk sumber 'business' yang mempromosikan hal ni melainkan kaya utk diri sendiri saja. sebab tu ramai belum nampak kepentingan utk menjadi kaya..

saya pun kalo Allah beri rezeki lebih mmg nak infaqkan...harta dunia ni pelaburan akhirat....dan sedekah akan menambah rezeki..