Tuesday, September 28, 2010

Carta pujaan Sirap..


Hari ni kelas Luqman ada buat jamuan raya. Dari hari tu memang dia dah bagitau tapi dia tak tetap fikiran nak suruh bawa apa. Kaedahnya jamuan ni tema 'potluck' lah (aku ni dah tua-tua baru dengo perkataan potluck padahal dah buat bertahun-tahun).
.
Dari minggu lepas aku cadang nak buat kan bihun goreng tapi semalam Luqman kata ada kawan dia yang bawa bihun. Aku nak pikir benda lain memang takde masa dah, sebab tak ingat nak beli bahan!!! Bertuah punya mak Luqman. Tapi mujurlah Luqman kata, 'Mak, Luqman dah bersetuju dengan kawan-kawan nak bawak Sirap!' Ha..jujur gitu ayatnya. Aku pulak macam nak tergelak, dalam banyak-banyak benda makan, Sirap juga yang 'dipersetujui' oleh kawan-kawan Luqman.
.
So pagi tadi jadilah aku juara pembancuh sirap. Malangnya, umah aku takde pulak bekas air yang ada corong paip tu, jadi aku bancuh dalam jag yang gedabak punya besar (kalo masukkan sekor kucing pun muat rasanya!). Sebelum tu, nak jadi cerita, pencelup sirap pun tinggal nyawa-nyawa ikan. Air gula dalam peti ais lebihan raya aritu pun tinggal suku botol je. Memang tak cukup lah. Aku ingat nak tukar idea jadi air Sarsi sebab ada sebotol lagi perisa Sarsi dah siap bergula tu cuma buh ais je. Tapi Luqman taknak. Air oren Sunquick pun ada lebih kelasss la dari sirap, pun dia taknak. 'Luqman nak sirap,sirap,sirap jugak!'.
.
Maka dalam 'waktu kecederaan' tu terpaksa la aku masakkan juga air gula seperiuk kecil, dan pencelup sirap tu aku tuangkan air panas ke dalam nya dan goncang supaya habis semua sirap tu keluar sehingga ke titisan terakhir! Ginilah aksi seorang juara, pendek cerita, siaplah sirap mu, nak..
.
Sambil nak bawa ke kelas Luqman tu semua orang menjeling ke Sirap yang aku bawa 'Napa dik? ko nak ke? Air ni takde kelass dik, bukan macam air ribena iklan maria tunku sabri tu' kataku dalam hati. Sebenarnya aku malu dan nak cepat-cepat 'melepaskan hazab' bawak jag gedabak ni ke kelas Luqman. Dan berjayalah ia mendarat di belakang kelas, tempat budak-budak ni mengumpulkan potluck dorang. Memang betul, ada yang dah bawa bihun, karipap, keropok, roti dan sebagainya. Tapi takde yang bawa air.
.
Nasib baik kawan-kawan bersetuju supaya Luqman bawa Sirap. kalo tidak, tercekik budak-budak ni nanti ye....

12 comments:

Ummi said...

pandai budak-budak kecil ni skrg ye,

warna merah tu attractive kot,

cuba offer budak kecik air sirap ngan air oren, mesti depa pilih air sirap :)

~ yus ~ said...

hehe..bagus idea Luqman....sirap tu mesti habis dulu, dalam cuaca panas, syok minum sirap berais, lega.

kakLuna said...

kak ummi : rasanya depa tak reti nak pikir air lain, air sirap tu air yg femes..so sirap pun sirap lahhhhh hahaha

Tukang cerita said...

sebab warna merah kot...sebab tu nak sirap gak...
merah itu menawan....
:)

Purpleheart said...

kelas ko luna..air sirapp..kalo tak ada sirap tak meriah kenduri..tk ada air sirap, menyirap tekak masing2 sbb tk ada air..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

pujan sirap dulu dula popular

Diarihatiku1976 said...

terliur tgk air sirap tuuu

MushroomCute@Mariea said...

Nak sirappp...

Air paling popular di kala kenduri2 kawen..tetap popular sehingga kini.. hidup sirappp

p/s : warna merah adalah warna yang membangkitkan selera. Saya pon baru tahu..tiu rahsia sirap rupanya..

kakLuna said...

nurul : haha mmg merah tu mencetuskan rasa selera..

habis licin ayor nye weh..


sue : a'ah kan..kalo air perisa lain kureng mendapat sambutan wpun air tu sedap


b.r.u.t.a.l.s.o.l.o : hehe peminat Ujang mestilah tahu :D

diarihatiku : kalo tghari panas2 ni mmg terliur kalo time hujan x mau lah..demam nnt hehe

mus : a'ah mmg warna merah pencetus selera..sbb tu restoran makanan segera mesti ada unsur merah

MOKCIK AZWA said...

Sirap masih juara...ribena pun tak bleh nak kalahkan hehehe

potluck kelas anak2 dara mokcik pun mokcik siapkan dorang air sirap dengan kek lapis..

oren said...

hikhik..kelakarlah oman nih..baguih jugak tu..at least bebudak nih ada la sirap nak minum..kut tercekik, jenuh laa..

walopun cuma air sirap, tapi kegunaannya besaq

Ummu Auni said...

muaha. dalam banyak2 benda, sirap juga dipilihnya, tapi mujur sirap, tetiba luqman janji lasagne bolognaise ke, nganga kak luna weh!