Tuesday, October 5, 2010

sticker mu sticker ku

Lama jugak tak cerita pasal 'hotel' pondok merpati aku ni kan? Seganlah nak citer, bukan nya umah lawa pun, tapi kecik, perabot pun tak berapa nak ada. Tapi sebab tak datang idea nak update apa, meh kita sembang-sembang pasal dekorasi umah lah. Kalo tak berupdate nanti mula lah sifat malas tu bertambah kembang, nanti silap-silap orang tak tau beza, ini, blog ke, kubur ke? Senyap sangat. Eh, melampau tu analoginya.
.
.
Aku dalam bidang deko-deko ni minatlah jugak. Dari zaman Deko bersama Eric tu lah aku start suka. Bila tengok umah yang dipaparkan, ala-ala terkagum tahap lapan gitu. 'Wah kreatip nye..' ..'uii cantiknya...' 'eh pandainya buat macam tu' sambil mulut ni nganga tak reti nak tutup. Maklum lah umah orang, duit orang tu banyak, boleh la dia deko-deko macam hotel. Kita ni duit sikit, nganga je banyak. Kot-kot angin leh masuk perut, tukaq jadi duit, tiba masa nak 'melabur' masuk lah 'bank' leh draw itu duit banyak-banyak dan hias rumah macam depa tu. Haih! merapu apa nih. Busuk sikit lah.
.
Selain dari tengok kat tv, suka gak tengok-tengok kat website syarikat cat ke, majalah deko ke (harus majalah pinjam atau tumpang baca, nak beli, macam tak perlu kot). Sekarang ni style tak cat dinding dah kan? tapi pasang Wall Sticker. Apa? Dah lama dah style ni? Aku ketinggalan keretapi? Hehe, ye memang dah lama dah dalam 2-3 tahun kebelakangan ni selain dari wallpaper tu, berduyun-duyun orang sekarang ni meng-WallSticker kan umah depa. Ada yang gambar burung dalam sangkar, bunga dandelion, world map, pokok-pokok, gaya retro dan sebagainya. Yang bezakan ialah sticker tu mahal ke murah. Yang mahal off course la nampak vogue dan tahan lama. Kalo yang murah tu? Dapat tahan sampai setengah tahun pun dah kira seribu rahmat lah. hahaha.
.
Ok sekarang merujuk pada gambarajah di atas, ada 2 jenis sticker di situ. Satu kat wall kaler kuning tu sticker nya adalah rama-rama dan yang kedua, kat wall kaler merah coklat tu bulat-bulat ala retro. Kononnya lah. Cantik ker? *Eh Chop!chop makcik yang baju merah tengah baca blog ni dia tanya 'dik yang dinding purple tu, rama-rama putih tu sticker jugak ke?' . Oh yang itu,? yang itu bukan kak, yang itu kami hentam kromo gunting manila kad sekeping RM1.00 (dulu sekeping 30 sen je kau..) dan white tape, tampal-tampal, cat-cat, tanggalkan tape. Dah. Sekali lagi tanya; 'cantik ke?' tak cantik? Oklah, babai. Sambil merajuk.
.
Pastu aku tahu, jauh di sudut hati korang-korang ni (ye termasuk makcik baju merah tuuu) Mesti kata 'apa konsep umah budak ni? kaler warna warni macam tadika la pulak. Tadika pun tak kaler warna warni macam ni'. Oh, itu yang bermain di fikiran korang ye? Kenapa tak main jauh-jauh, nak main jugak kat dalam fikiran. EH tapi takpe, ku sudi menjawab soalannya. Tau kan nama aku apa..LUNA. Luna tu apa? Kaler kan? Bistu, dah empunya umah nama Luna, rumah pun mestilah kaler Luna. ha ha ha. tak lawak. tak lawak.
.
Setakat ni, umah kengkawan yang aku tau ada sticker ialah umah kawan UUM aku sebab dia pun jual gak sticker nih, harga dealer katanya. Dan umah kak Oren! nyeh nyeh nyeh. Wall Sticker umah kak oren versi mesra anak-anak. Ada pokok-pokok, pagar-pagar, rumput-rumput gitu. Comel, macam anak-anak beliau. *Kak, saya bodek ni leh dapat sticker free tak? hahaha. Lagi umah sapa yang ada? Cepat ngaku lekas! Leh aku intai-intai, komen-komen dan tiru-tiru. Tapi ada sticker banyak-banyak pun nak watpe, macam la banyak dinding nak tampal? ceh!.
.
Pasni next project aku untuk bilik tidur aku ni pulak. Dinding sekarang ni cat asal putih seputihnya. Ntah camne ntah nak bagi happening sikit? Korang ada idea? Makcik yang pakai tudung arianni kaler grey tu, macam nak bagi cadangan je...hah kalo berani, cakap lah..
.
Sekian. - L

17 comments:

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Lawak la lawak..Luna ni pandai sungguh. Bercerita di belog sambil berinteraksi dengan audien satu pendekatan yg boleh digunapakai hehe...
nak ngaku gak rmh akak ada ws ni beli online 5engit sekeping(tu blom masuk kos pos)..sekali gi paso malam depa jual 3keping seploh engit..
pss.. kenan la cadar yg munge2 pink tu,

kakLuna said...

kak tie ; pakai baju merah kah? hahaha


kak, sticker kami kan...RM5 dua keping tau...diulang skali lagi..rm5 2 keping...

Cikgu ILi said...

Kreatifnya rama-rama tu....saya suke!

Zareda Norman said...

oh ye ke sekarang trend sticker sticker... sungguh ketinggalan diriku ini sebab mmg tgh memerah otak nak cari idea deci rumah ni.. tengok rizalman punya blog walllahh suka sangat style modern n komtemporary dia tu..

kakLuna said...

ili ; rama-rama putih tu ke..hehe tgk jauh2 santekk, tp tgk dekat2 alamak..ni rama2 ke gorgon? hahaha


kak zar : tu la..pesen skrg..kadang2 wall x payah cat pun..just bubuh sticker dah nampak cantik

Angah said...

ketinggalannye aku haha..deko rumah aku skrg ni..minimalis dan fungsional. tema deko "ikut bajet" nan ado perhiasan yang sekadar untuk perhiasan. bg lapang..langsir pun nan ado yg ropol2 nih..bunga pun 1 jek haha..

kakLuna said...

angah : aku pun tgk budget ler ni.. x de maknanya la nak sedondon perabot dgn karpet,langsir,cadar smua tu..mana yg sempat *yg penting mana yg murah, sambar je..hehehe

AyunasiA said...

dalam rumah ada taman? ada orang nak datang tu, banyak rama2 masuk rumah...

ermmm aku belum sampai tahap nak menwallstickerkan dinding lagik. tp, dah plan nak mendecoupagekan kabinet dapo.

kakLuna said...

ayunasia : ko ni, slow2 la sikit, aku baru jek blajo bab ws ni ko dh masuk bab coupage2 pulak..aku copa cabana aku tau la..


rama2 mmg sinonim dgn org nak dtg umah tp aku x nak la pulak (buat masa ni) segan weii..ku x de loteng..hihihi

oren said...

ada la lagi 2 sticker kut tak guna lagi..hat jenis retro tuh la..

suami akak mmg bengang sbb akak suka lekat sticker nih..mcm tadika katanya..laaahh..dh anak ramai, mesti la konsep tadika :P

bilik si kakak byk katun ala2 princess..bilik the boys ada transport dan spiderman..hikhikhik..

ingat lagi ek sticker rumput tuh? bebudak nih dok cabut selai2 daunnya..rama2 pun dah hilang seko :P

akak buh sticker bunga kat pintu masuk (sbb pintu kaler putih, so buh sticker bunga tu mcm perasan lawa..hahaha..) rupanya, jiran sebelah pun tiru..hikhikhik...

Unknown said...

luna, rajin juga yer mendeko2...
rumah kakyong ni.. usah di cakap le.. huhuuu... sampey org leh kata 'eh rumah sewa ker..?'

Ummu Auni said...

biru muda kak!

Unknown said...

Kak Luna..bilik letak kaler purple gelap n cerah..perghhhh nyamannn...

Kak Zar..jejalan ke GM Plaza lah..gerenti meroyan tengok wall sticker yg cun2 lagi murah...

Aini Razali said...

kaler ape??? ko suke kaler lembut ke atau striking??? kalo nak lomentik kaler lembut looo.. tapi satu dinding tu leh guna kaler terang cthnya maroon + kaler beige/pink lembut... nanti dah siap psang WS leh psang lilin aromaterapi....

Anonymous said...

Good day!This was a really outstanding theme!
I come from roma, I was luck to seek your topic in google
Also I get much in your topic really thank your very much i will come later

kakLuna said...

kak oren ; hahaha..tu rama2 tu dh singgah umah saya kot??tu yg ilang satu persatu dr umah akak

kakyong : kalo bahan2nya sy mampu beli, rajin le jd nya kak, kalo mahal kemain sy wat donno je..hehehe

ummu auni ; biru muda ek sesuai?mcm warna keadilan tu ke? akak pun suka! :D

mush : purple antara warna yg dipikirkan...sbb match dgn cadar ek? hehe

aini : a'ah cadang2 nk camtu la..feature wall (belakang katil) kaler gelap, tepi2 kaler lembut. terima kasih atas cadangan

Fizah said...

menarik ni...jom cerita2

http://susunatursioca.blogspot.com/2013/04/sticky-post-giveaway-istimewa-mei-jom.html