Thursday, November 25, 2010

Perempuan dan game


Sebenarnya aku bukanlah kaki gamers yang semulajadi. Hidup aku yang penuh sederhana sejak dari kecil ni tak memungkinkan aku menjadi seorang yang sentiasa update dengan perkembangan terkini.
.
Masa sekolah rendah, ada kawan kelas bercerita pasal game Super Mario Brothers, pacman ke hapa haram aku tau. Brick game pun aku takde walaupun hati tu teringin nya lah. Dok main tikam-tikam pun tak penah mengena! haha. Play station? Jauh sekali, aku taktau pun menatang tu wujud. Masa sekolah menengah la baru bergaul dengan kawan yang agak loaded yang mak bapak dorang mampu belikan brick game dan dia bagi la kitorang pinjam main bergilir-gilir. Kadang-kadang sampai bergadohan sebab tak dapat giliran main. Dapat dek pengawas, habis lah. Game adalah 'benda haram' di asrama selain dari mee maggi, iron dan juga walkman!
.
Bila aku start tau pasal game ni? Hm, masa kat UUM lah sebab dah tau guna komputer, internet kan masa tu. Tapi habis-habis terer pun main freecell dan pinball tu je la. Tapi bila kuar pekan dengan kengkawan dorang 'up' kan skill aku, ajar main game kat shopping complex. Bertuah punya kawan, kan. Ajar benda-benda tak berfaedah! hahaha. Tapi takpe, seronok masa tu, muda remaja. Ingat budak lelaki je ke tau main Daytona? Kita girls pun tau lorrr.... Pastu bila dah cintan-cintun, sharing knowledge pulak dengan Am. Budak laki suka main game apa? Fuh sharing knowledge gitu. Dari situ baru tau install macam-macam game dalam komputer. Antara yang paling digemari ialah Virtua Cop! Bising gila menembak-nembak macam hapa je. Punah mouse dalam masa seminggu.
.
Habis zaman tu, sekarang ni hp pun dah ada game canggih-canggih. Nak apa, bayar dan download je. Tapi aku tak suka main game hp. pening kepala sebab skrin kecik. Sekarang ni hp aku cuma ada 4 games termasuk Quadrapop (ni kira dah outdated ni) dengan Racing2010.
.
Memang aku bukan kaki games cuma sekarang trend main game kat fesbuk kan, so aku involve la sikit tapi aku main 1 je, farmville (asalnya 3 tapi tak larat nak maintain). hehe ramai jugak bloggers lain main FV dan jadi neighbour. Memang mengasyikkan main FV ni sampai ada kes pasangan bercerai disebabkan game FB. Tapi aku dan kawan-kawan yang lain takdelah sampai macam tu kot. Benda ni macam pisau lah. Kalo guna berpada-pada, tak lah sampai menjadi keburukan.
.
Tapi aku tau ramai juga yang sinikal, yang tak suka main games pastu tak suka sekali orang yang suka main games. Buang masa, takde faedah, bukan dapat hadiah pun, unsur mengancam akidah, antara komen yang pernah diberikan. Bagi aku, aku terima je pendapat tu dengan terbuka hati. Dah tua-tua ni, aku jadi tak kisah. Tak sentap dan tak pula defensive mempertahankan apa yang aku buat. Dan tak pulak aku nak mempengaruhi orang supaya main game ni. Sapa-sapa nak main sampai addicted macam ada sorang kawan aku main FV yang berbayar, mainlah. Dia mengaku belanja lebih kurang RM400 sebulan untuk game. Fuh! sanggupnya. Tapi aku suka, sebab pemain-pemain FV berbayar ni dorang boleh beli macam-macam rare animals yang bila animals ni breed, aku leh tumpang rembat anak-anaknya! hehe.
.
Game sama macam perkara-perkara lain yang datang dalam hidup kita, kalau kita guna cara baik, baik lah hasilnya. Kalau sebaliknya, buruklah hasilnya. Aku happy kerana main FV eratkan lagi hubungan dengan kawan-kawan FB tak kira senior atau junior. Leh belajar tentang nama tumbuhan dan haiwan, boleh meningkatkan kreativiti menghias halaman dan kebunan (kebunan?). Lagi apa? Ha, boleh jugak belajar time management, sempat ke tak kita nak harvest dan grab special offer dia dan macam-macam lah. Macam orang kata, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, bila suka semua indah bila benci semua buruk. Aku pun tak tahu bila nak berhenti, sekarang dah level 68 tapi katanya level sampai 999 haha. Sampai bercucu ke nak main FV? Hehe tak kot.....kita hidup ni bersederhana saja lah, kan... - L

11 comments:

WanShila said...

hi..salam perkenalan,

Wah..terror u main game nih..i dah try byk kali tapi tak jugak pandai2..huh

kakLuna said...

wanshila : terima kasih sudi baca :)

'terer' sbb dh level 68 ke? x de lah terer cuma hari2 ada tanam,harvest,tanam harvest, XP pun naik lah sampai naik level. bkn sbb dpt mengharungi cabaran pun..hehehe

AyunasiA said...

aku pernah terima anugerah solitaire oleh rakan sekursus gara2 asik curik2 main solitaire dalam kelas hahaha. freecell pulak, mula2 main dulu aku pernah main bermula dari game no.1.

kakLuna said...

not ; dulu zaman hingusan penah jugak terkejut tgk org main judi selamba je depan kawan2 haha.

Ummi said...

bila nak stop main fv ye luna? semakin hari semakin semangat akak menanam tapi bak kata luna berpada-padalah

ada instal fv bonus checker tak? boleh gak grab bonus orang :)

kakLuna said...

Ummi ; oh ye ke. nnt nk check bonus checker tu...sy sign up fuel by email, dpt fuel banyak lani sy fuel ada 178..hehe tu yg senang lenang je mengharvest..cepat :D

kakyong said...

luna,
farmville kakyong dah kering kontang kot, dah berbulan tak jengah... hahahah, xdan nak jengah... x mampu dah nak jd petani maya.. dulu2 syok gak layan... ;)

kakLuna said...

kakyong : hehe dlm aktiviti harian kita mesti ada kos yg melepas. mcm sy selalu online di FB dh jrg update blog.tp kakyong hari2 ada entry blog kan :D

Farra said...

sy tak minat game and of course gagal dlm game2 ni..lg satu sy pon gagal gak bab gadget/IT ni..agaknya sbb passion hanya pada memasak ehehhe

Ummu Auni said...

saya tak pernah main. kuno betul. hihi

kakLuna said...

farra ; dlm FB akak penah gak main game masak2 di Restaurant City dengan Cafe World...menarik jugak utk org yg passionnya memasak :D

aini : hehe x main pun x pe... :P