Sunday, December 5, 2010

ada beberapa bunyi yang buat aku rindu

Malam tadi, eh pagi tadi aku tido agak lewat. Sejak ada netbook yang bermodem wifi ni, aku anak beranak dah jadi pengguna internet dengan jayanya. Jika tak sebelum ni bersabar-sabar saja lah dengan giliran. Biasanya waktu untuk aku ialah lepas magrib sampai kul 10 atau paling lama kul 11. Selebihnya giliran Am, dia takpelah memang spesis burung hantu. Tido lambat macam mana pun, esok pagi senang lak bangun pagi.
.
Pagi tadi aku tido kul berapa tau? Hampir pukul 2! Haha. Ralit pulak berchatting dengan Kak Wa macam tak cukup masa yang lain untuk bersembang di alam cyber.
.
Di tengah malam yang dingin itu sayup-sayup aku dengar bunyi paluan kompang. Eh ni bukan citer hantu, tapi memang aku pasti itu paluan kompang. Maybe ada group buat rehearsal untuk majlis kenduri tengahari itu. Alamak, memori betul la. Dulu-dulu masa kecik memang aku tahu ada grup kompang kat kawasan rumah lama aku. Maklumlah kawasan Perak Tengah, kompang dan kenduri kahwin tak dapat dipisahkan. Bila pindah ke kawasan utara ni, takde kumpulan seumpama itu. Grup marhaban pun takde, rasanya lah? ke aku yang bongek taktau aktiviti kampung? Kih kih kih.
.
Ralit mendengar paluan kompang, membuatkan aku terfikir banyak juga benda yang aku dah lama tak dengar atau alami. Selain dengar bunyi latihan kompang malam-malam, aku rasa dah jarang dengar bunyik burung tukang? Agaknya, sebab sini kawasan sawah padi dan pokok-pokok kelapa, bukan habitat untuk burung tukang. Itu telahan aku lah. Sini yang ada dengar pun bunyi lotong dalam hutan nipah. Ut ut ut bunyinya. Kalau bagi budak-budak, sungguh menakutkan bunyi tu. Sama la juga konsep burung tukang masa adik-adik aku kecik-kecik dulu, deme cukup takut kalo terdengar bunyi tuktuk tuktuk tuktuk. Jadi masa nak bagi adik aku tido, senang je. bagitau je nanti burung tukang datang umah tuktuk tuktuk ketuk umah. Ha, kecut deme terus tarik selimut, tutup muka dengan bantal. hehe.
.
Bunyi ketiga yang dah pupus ialah bunyi katak dalam perigi atau selepas hujan. Dulu masa kat kampung gajah selalu dengar bunyi ni. Orang kata, bunyi je kuat, tapi katak yang buat bunyi-bunyi tu kecik aje. tapi tak penah la pulak aku tengok betul-betul.
.
Dan last sekali 'bunyi' yang aku rindu ialah bunyi 'teng-teng'. Amende tu? hehe bukan sejenis binatang ataupun mainan teng-teng tu. Tapi bunyi India jual roti dan makanan ringan. Tak tahulah aku apa nama sebenarnya. Cuma refer pada bunyi besi yang dia ketuk tu tiap kali datang 'teng teng teng'. bebudak pun kalo dengar terus panggil skuadron masing-masing. Eh dulu-dulu bukan je ada orang jual roti atau aiskrim secara bergerak tapi ada jugak orang jual tempoyak, buah teratai, ubi sengkuang, jambu batu dan ikan pekasam! tapi sekarang ni yang ada cuma aiskrim, kuih muih, laksa dan rojak macam Rojak Pak Su yang masuk Majalah 3 tak berapa lama dulu.
.
Ikutkan sebenarnya ada banyak lagi bunyi yang aku dah tak dengar sekarang. Bunyi cina jual paper, bunyi siren kat tempat lama aku dulu, sebenarnya siren tu untuk waktu bekerja dan rehat pekerja di opis dan bengkel syarikat lombong tapi jadi tanda masa untuk kitorang jugak. kami panggil bunyi 'On'. kalo On pukul 7, itu tandanya waktu pegi sekolah pagi. On pukul 12 tanda dah terlewat pegi sekolah petang. Bunyi On pukul 4 petang tanda apa? haha, itu tandanya setengah jam lagi ada citer Moero Attack! Ah rindunya pada bunyi-bunyi tu semua.. - L

6 comments:

Irtiyah said...

Salam

Bunyi 'lagu' kompang ikut kawasan tak sama kan?

Saya suka version kat kampung saya. Kat tempat saya sekarang, saya dengar tak sedap pulak. Hehehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
kerindangan yek

katak_78 said...

lyn amat rindukan bunyi ayam berkoko pagi2....mana ada ayam dah kat town skarang..yg ada jam loceng..krinnnnnggggggggggggggggggg!!!hahha..selamat berkenalan!

kakyong said...

kat area taman kakyong ni masih ade bunyi burung tukang.. sesekala memang ade bunyi nyer.. lebih2 lagi time tgh bulan.. huhuu.. time bulan penuh.. adeiii.. kakyong dr kecik sampai dah nak masuk 40's siries ni pun masih takut dengor bunyi burung tukang... hahaha...

misza said...

bila balik kampung mil masih boleh dengar bunyi burung hantu. depa panggil 'kokok beluk'. anak² takut.

kakLuna said...

irtiyah ; haha ye ke..maybe la sbb lagu2 nya pun ikut loghat negeri kan..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o ; kerendangan

katak_78: oh bunyi ayam tu still ada lagi..bunyi anjing pun ada..kadang2 seram dengar..hehehe

kak yong ; a'ah kan bunyi burung tukang dia mcm sayup2 tp bunyi mcm dekat...tak tau dr mana arahnya

misza ; oo kokok beluk..baru tau :)