Monday, December 20, 2010

tak tau nak suka ke nak apa, confused!

Perhatian : Untuk bacaan kaum wanita sahaja

'Kawan baik' aku baru-baru ni betul-betul mensuspen kan aku. Sebelum ni aku dah faham sangat perangai dia sejak azali datang sesuka hati kadang-kadang tak datang langsung 2-3 bulan.

Cuma sejak aku ikuti rawatan hepatitis B aku tahun ni, kawan baik datang tepat pula pada masanya. Mungkin kerana efek pengambilan asid folic ubat tambah darah tu. sejak sebelum puasa sampai la bulan 11 memang tetap aje 11hb atau 12hb.

Sebelum ini, datang tak datang si kawan baik bukanlah perkara yang besar. Keinginan nak tambah anak memang tak pernah padam. Sebenarnya dari dulu pun macam ni. takde tapis-tapis takde planning-planning. Tiap kali berkebun tu memang tujuannya nak menuai hasil tapi belum la juga tumbuh buahnya. Takpe lah belum rezeki. Kebetulan baru habis rawatan hepatitis B, Dr memang nasihatkan kalau nak berkebun untuk tambah hasil seeloknya selepas 6 bulan tamat rawatan. Supaya kesan-kesan kimia ubat tu habis sepenuhnya dari tubuh. Bukan apa, ubat tu tak pernah diuji ke atas wanita mengandung, jadi Dr pun tak dapat nak bagitau apa risikonya jika mengandung semasa rawatan atau sejurus tamat rawatan. Maka lebih baik risiko dijauhkan.

Tapi tahun ni dek sebab minta kpli lagi, dan tak sangka pula dapat interview tu. Maka hasrat asal pun ditukar kepada penangguhan penuaian hasil. Korang tau la kpli ni automatik reject kalau calon-calon mengandung. Alasannya, pengisian kpli tu melibatkan aktiviti fizikal yang aktif dan berat, tak sesuai untuk calon yang mengandung. Hm, ramai juga yang berputih mata terpaksa tolak tawaran bila mendapati perut berpenghuni. ye lah, kedua-dua pun memang impian, tapi kalau dah berisi tu, takkan nak buang?

Dan interview pun dah dilakukan sehabis baik dengan harapan Allah makbulkan doa dapat masuk bidang ni. Dari segi penilaian peribadi, macam ada harapan, tapi AllahuA'lam. Interview 13hb dan kawan baik masih belum datang. Mula pikir mungkin kerana nervous nak interview. Tapi ada hikmahnya juga kawan baik lebih lambat dari 13hb, dapatlah buat solat sunat beberapa kali sebelum interview. Tamat interview, rasa lega, puas hati dan berserah kepada Allah.

14hb, kawan baik belum datang, 15hb pun belum, 16hb pun takde. Ah sudah. Takkan lah? Selepas 8 tahun, kali ni pula ada? Bukan menidakkan kuasa Allah cuma ingin mencari kepastian. Petanda lain semacam tidak ada. Tidak ada kelainan pada perut. pening loya pun tidak.Cuma adalah sehari tu je MC, demam. Perasaan mula bercampur dan rencam. Bukan kerana tak mahu. Kalau ada, memang berita gembira, cuma bila mengingatkan hal kpli tu, hati jadi walang. Takut tidak dapat redha pada ketetapan Allah. Andai rezeki begitu murah, mungkin dapat dua-dua tapi wajib lah memilih yang satu ini. Sungguh dilema.

Kepada Allah aku memohon pertolongan dan petunjuk supaya hati ini cepat redha dengan apa jua yang diberikan. Setelah hampir 2 tahun rasanya tak beli upt tu, akhirnya aku rasa perlu menamatkan teka-teki yang sedikit menekan perasaan ini. Supaya tidak ada ruang untuk syaitan membisikkan kejahatan dan menyalahkan takdir Allah.

selepas 30 saat keluarlah garisan halus. Bukan 2 tapi 1. Perasaan jadi begitu lega. Namun patutkah aku lega. Dulu, kalau upt bergaris satu, biasanya sedih dan frust sikit. Tapi kali ni tidak. Apa yang aku harus pikirkan, rasakan sebenarnya? Tapi ada yang berkata, keputusan upt tak semestinya tepat mungkin 'baru' lagi. Aduhai, betulkah. Perasaan tak lega semula. Susahlah macam ni.

Tapi, Allah itu sangat memahami, sangat mengetahui yang terbaik, sangat mendengar doa sang hamba yang amat berharap. hanya kepadaNya aku mengadu,mengharap ditunjukkan jalan dan menjadikan hati ini redha pada ketetapanNya. Ya Allah berilah aku petunjuk...

Akhirnya pada 19hb kawan baik yang ditunggu yang dijangka-jangka, datanglah jua menjenguk diri. Cukup seminggu selepas tarikh sepatutnya. Ya Allah Engkau sangat memahami, mengaturkan apa yang hamba perlukan. Yang terbaik untuk diri ku. Dapatlah fikiran ini tenang semula sehinggalah tarikh keputusan interview itu nanti. Sehingga saat itu, apakah perasaan yang harus aku rasai sekarang, nak suka ke nak sedih, lega atau bagaimana. Memang confused! - L

8 comments:

risanur said...

memang mendebarkan apabila kawan yg ditunggu tidak kunjung tiba...kekadang tu kita terlalu berharap namun belum ada rezki Allah hanya ingin menduga....
dah lama tak guna UPT tu...rindu...huhuhu...

Ummi said...

baca kat atas, tersengih akak, bila dah baca kat bawah, tak jadi rupanya

tak pe, Allah bagi ikut keperluan bukan ikut keinginan, nanti dah habis KPLI, usaha lagi hehehehe :)

Ummu Auni said...

kalau mengandung, anggaplah itu rezeki. Allah tahu yang terbaik untuk diri kita :)

kakLuna said...

risanur ; hehe tu la aku pun dah lama kemain tak beli upt. sebab tiap bulan ada period cuma tarikh tak tetap.

kak ummi : hehe..ingatkan berjangkit ye kak? :D

kakLuna said...

aini ; pastinya, nak2 pulak dah lama menanti...akak dgn suami mmg bersedia, cuma org keliling yg mengharap sgt akak jd cikgu berbanding harap akak dpt tambah anak...susah nak bg org faham...tp Allah amat memahami rencam di dalam hati....skrg dh tak dilema dh... :)

MOKCIK AZWA said...

Mungkin stress sebab nak interview tu yg kawan baik terlambat datang luna...takper...semoga berjaya kedua2nya..KPLI dan selepas KPLI menambah zuriat aminnn...

kakLuna said...

kak azwa ; insyaAllah harapan mcm tu la kak..bkn takat zuriat, cdgnya nak sambung blaja lagi setelah jd cikgu..dan mencapai kejayaan setinggi yg mungkin..

HappyIrfa said...

oh!ada unsur saspen sekejap disitu