Saturday, December 18, 2010

pengalaman kerja di agensi maid

Aku jarang bercerita tentang pengalaman kerja aku tapi kali ni aku nak cerita satu pengalaman aku bekerja di sebuah agensi pekerjaan - senang citer, Agensi maid. Setahun bekerja di situ banyak juga perkara yang aku tahu terutama sepak terajang dunia seorang amah yang banyak dipaparkan cerita negatif berbanding positif. Aku akui 'industri' maid ni bukanlah industri yang sihat. Malah ada sesetengah masa, semacam jenayah pemerdagangan manusia! Cuma mungkin nampak bermoral kerana kelulusan melibatkan agensi kerajaan dan perundangan (imigresen).

Biasa dengar dalam berita, tentang maid yang membuat onar. Walaupun mengikut pemerhatian dari pengalaman aku, dalam 10 kes maid buat onar, 9 darinya adalah masalah majikan atau agen atau masalah luar berkaitan. Cuma, dengan kuasa yang ada bagi majikan untuk membawa suara mereka kepada umum, menjadikan masalah berpunca maid lebih ketara. Jika majikan yang membuat onar, dapatkah maid ini mengadu? Memang susah kecuali maid ni nekad untuk minta bantuan dan melarikan diri. Ya, aku tak nafikan memang ada maid yang berniat jahat dan melakukan kejahatan tetapi semua ini aku tahu ada puncanya!

Salah satu sebab yang aku rasa kenapa dunia maid ni 'kotor' sekali, ialah proses kemasukan pada awalnya ada unsur-unsur tidak sihat - rasuah. Dulu kalau Marketing personal yang jadi agen maid ni nak cepatkan permohonan, call je pegawai imigresen si polan si polan ajak makan, bagi hadiah. Ni semua aku tengok dan dengar depan mata. Lelaki perempuan tak kira, semuanya minta disuap! Dalam dunia membekalkan maid sama saja dengan dunia perniagaan yang lain. Apatah lagi bukan Islam, rasuah tak rasuah belakang kira, janji maid (sales) masuk dan pelanggan dapat dibekalkan maid secepat mungkin. Masuk cepat maknanya bayar cepat. Bukan murah nak dapat maid, tahun 2002 sahaja seorang RM4,000, dari situ, RM 500-1000 adalah komisen salesman, siapa yang tak mahu! Kalau aku lah, sebulan buat sales 5 orang Maid jadilah. Kalau komisen RM500 dah dapat RM2500. Banyak tu.

Kedua, ialah cerita latar belakang pendidikan maid. Maid ni kebanyakannya setakat SD (sekolah Daerah) SD ni macam sekolah rendah la , setakat tau baca dan menulis. Ilmu lain hapah takde. Walaupun Islam tapi bab agama ni main cincai je. Sebab tu tak kisah jadi maid walaupun tahu risiko dapat majikan bukan seagama. Jadi kadang-kadang aku pelik juga tengok majikan yang expect macam-macam dari maid. Nak kena pandai itulah inilah. Pikirkan lah tahap ilmu maid tu dan umurnya. Dalam biodata memang kata 25tahun (sebab ini umur minima yang boleh diluluskan undang-undang negara kita untuk menjadi maid), tapi umur sebenar ada yang 14 tahun! Lagipun bagi gaji RM400-600 (ada ke yang 600?) tu bukanlah banyak sangat nak suruh kerja macam lembu. Siang malam tak henti, Ahad tak cuti. Apa ingat maid robot ke takde perasaan. Isk, ni memang aku selalu tengok, melayu ke bukan melayu ke, layan maid macam babu. Wah mentang-mentang ada maid, korang eksyen tahap dewa boleh memperhambakan manusia lah? Ha, emo aku di situ. hehehe.

Tapi, tapi, ha ada tapinya. Aku akui juga kalau ada maid yang bermajikan Melayu memang selalu menghadapi masalah maid yang buat onar. Ni pun aku pelik jugak. pelik tang maid tu lah. Kalau aku la dapat majikan melayu sudah pasti Islam, aku syukur sangat. Bab makan bab solat dah tentu takde masalah. kalau majikan bukan Islam, nak sembahyang pun susah. Telekung, al-qur'an, yaasin semua awal-awal dah dicampak dibuang masa sampai ke agen Malaysia dulu. (ye, agen ni campak buang telekung, segala buku agama maid ni sesuka hati saja dan bagitau awal-awal majikan tak bagi sembahyang, so you all sembahyang dalam hati saja 2 tahun ni, Ok?) Gitu pesanan agen pada maid. Yang buat aku rencam dan bertindak berhenti kerja sebab inilah. Penghinaan terhadap agama ku yang terang-terangan. taknak dah aku bersubahat walaupun kerja aku bahagian pentadbiran bukan menjual beli maid. Berbalik pada maid tu tadi, bila dah dapat majikan Islam, tak tau pulak bersyukur. Malah kebanyakannya naik tocang. Memang orang melayu ni sangat lembut berbanding bukan melayu. Kalau keje dengan majikan lain, pagi kena bangun pukul 4, bukak kedai makan, siapkan anak majikan sekolah, tengahari kena jadi pelayan kedai, basuh pinggan, cuci jamban. Malam, tutup kedai, cuci kedai, pukul 11-12 baru dapat tido, esok ulang balik sampailah minima kontrak 2 tahun. Memang kesian bila dipikirkan. Lagi satu dorang ni kalau ada maid, segala mesin kat rumah akan dioff kan. Sudah ada maid kan? Nak buat apa rugi duit bayar bil letrik untuk mesin basuh, buaian elektrik anak tu semua? Kalau bab makan lagi sedih sebab ada majikan bukan Islam yang tak faham. maid sebagai orang Islam tak boleh makan babi. ye itu dorang faham tapi fahaman dorang takat ni saja; 'OK, u makan kuah dia saja, itu babi u tinggal tepi lah' Hmm...

Ironisnya kalau majikan tu melayu Islam, maid naik tocang kerana tahu orang melayu takkan kerah dorang buat keje teruk macam lembu. Memang boleh beza lah maid orang melayu dengan bukan. Lepas 2 tahun, tengok tangan pun tahu. Kebanyakannya kalau majikan melayu, tangan maid nya lembut sekali! Berbanding yang maid bukan melayu, tangan dorang dah tak serupa tangan. Berkuping, berkudis, kasar berkarat dan menyakitkan. Bila dah tengok betapa susahnya dorang bekerja dengan majikan bukan melayu, tak pula dorang insaf dan bekerja sebaik mungkin dengan majikan melayu. Hm, ni lah, berbalik kepada background pendidikan tadi. Orang kalau berakal panjang sikit memang lah akan bersyukur, tapi disebabkan belajar tak tinggi tu tadi, apalah nak diexpectkan. Kesimpulan yang aku buat, dorang rajin sebab takut. Jadi kalau kawan-kawan melayu yang ada maid ni, garanglah sikit tapi jangan mendera.

Itulah seba serbi kisah pengalaman aku dengan dunia maid ni walaupun sampai hari ni aku tak penah ada maid. hehe. Maid manusia biasa ada baik dan buruk macam tu jugak majikan. Nobody is perfect. Kalau benar-benar perlu nak amik maid, amik. Untung baik dapat maid ok. Maid tu pun untung baik dapat majikan baik. Aku tulis ni pun bukan nak kata sapa betul sapa salah, sapa buat rasuah, sapa perlu amik tindakan. Aku pun tak amik butiran semuanya, benda pun dah lama berlaku, dah 8 tahun aku meninggalkan pekerjaan di situ. Cuma, setahun di situ, inilah sebahagian pengalaman yang aku alami. - L

12 comments:

attyfir said...

belum pernah ada maid lagi..

kakLuna said...

kty : kalo x perlu..x payah..

AyunasiA said...

aku cerewet, tak sesuai bermaid kot. kang aku lak yg darah tinggi.

mikamusz said...

aku pulak jenis x samai hati... kalau x puas hati aku buat sendiri.. sudahnya cam aku plak jadik maid

kakLuna said...

not : aku ni pulak masa keje kat agensi tu ramai nak jadi maid aku..dorang suka sbb tau rumah aku kat kampung..hahaha

musz : tu la, mmg kita org melayu berhati lembut sikit..kalau org lain, dorg x bg peluang..

Unknown said...

begitu ya alkesah maid ni... :)

dulu ade mertua suruh amik maid.. masa tu kerja lagi... tp kita ni lebih suka buat koje rumah sendiri.. len macam plak rasa kalo org lain yg kemaskan rumah kita.... hahahhaaa.a..

kakLuna said...

kakyong : zmn skrg zmn ngejor duit sama la mcm maid pun tu yg skrg ni rame x brapa nak khoje...

annur said...

akak salute awak, dik. quit from the corrupt world.
akak pun geram bila melayu muslim pun depan mata dok makan suap. hiiiiiiisssyyy
na'uzubiLlah.
BTW nanti fb akak fb cikgu khadijah ya

kakLuna said...

annur : byk sgt yg menyakitkan mata dan hati masa keje situ bkn sbb rasuah tu saja..tp itulah 1 pglmn berharga yg boleh mengajar yg mana baik yg mana buruk

annur said...

yes dear. pengalaman mmg mentor yg setia

Irfa said...

panjang lebar ye ko menulis ttg maid ni..aku nak LIKE pasal komen Mummy Darin..tak pandai nak suruh orang buat keje..silap hari bulan maid goyang kaki aku pulak yg jd maid..hehe

Aini Razali said...

aku pun sama luna. tak smpai hati.. cian kat maid.. apelah gaji RM400-500 tu kalo dibandingkan ngan keje yg dia buat. memang as majikan kita untung tak yah bayo duit nurseri tapi berbaloi ka?
lagi satu aku tak suka pasang maid sbb tak privacy. hati ini ada syak wasangka sket lah... manalah tau tetibe maid pacaran ngan laki aku. menangis karang aku huwawawa...