Saturday, December 4, 2010

prihatin eh?

Setiap orang, apabila ada je 'kekurangan' mengikut kaca mata orang lain, pasti akan dihujani banyak unwanted questions, macam;
.
dah kawin - bila nak beranak?
dah beranak 1 - bila nak tambah?
dah beranak perempuan 2 orang - tak teringin anak lelaki?
dah beranak ramai-ramai - tak control ke?
.
dan lagi dan lagi dan lagi.
.
Bila manusia yang kekurangan ni meluah masalah kat mana2, especially kat FB nanti ada 1-2 komen mesti suruh 'baik sangka' dengan soalan macam tu. Katanya, dorang tu prihatin, bukan nak menyibuk.
.
Ok lah prihatin. Tapi hari ni aku tak nak lah citer panjang sebab rasanya orang yang faham dengan orang yang tak faham tu, lebih ramai lagi yang faham,kan. Jadi nak buat apa kita susah hati dengan minoriti yang tak memahami ni kan. Walaupun ku rasa memang dorang tak faham! haha.
.
Tapi ada satu kejadian yang tak boleh blah telah berlaku. Lucu pun ye. sedih pun ye juga.
.
Venue nya dalam bas Rapid Penang (ah, aku kan suka membawa anak aku berjalan naik bas, merasai kehidupan marhaen, memerhati gelagat orang dan menimbulkan keinsafan dan kesyukuran. wah panjang lebar gitu rasional nya bawak anak naik bas. padahal nya takde pilihan, sebab keta Am bawa dan aku pula tak amatur lagi nak drive di penang.)
.
Uncle driver tu sangat peramah la pulak. Aku naik bas, duduk dekat depan senang nak turun naik. Dia pun tanya nak pegi mana, keje mana pastu tanya 'sorang saja anak?'. Ah aku mula memasang mode *bersedia dengan soalan maut* namun ku jawab juga 'a'ah la uncle, sorang saja' Uncle 'cukup ka?'. Aku 'cukup, senang mau bawak pi mana-mana'. Dia kata sambil tu pitt pitt loceng bas berbunyi *oh ada indon nak turun. Ok sambung. 'mana cukup 1 orang....sekarang boleh la bawa pegi mana-mana, nanti sudah tua, siapa mau jaga you?' 'Eh hari-hari ada projek tak?' Mak oii soalan 18sx. Aku pun jawab gelak-gelak 'ini hal mana boleh cakap, uncle..' Dia terus gak bagi 'nasihat' 'hari-hari mau projek la baru dapat anak' Ah aku malas dah la nak layan uncle nih. Hai bila la nak sampai queensbay nih...
.
Uncle terus bagi nasihat pelan perancangan keluarga yang sungguh unggul. Sambil tu aku defensive jugak cakap 'ala uncle, anak ramai pun belum tentu semua boleh jaga parent. tengok sana rumah orang tua-tua ada anak ramai tapi tinggal mak bapak dekat situ'. Pastu aku tanya lak uncle tu sebab dia banyak tanya sangat, kan 'Uncle berapa orang anak?' Tiba-tiba mode *muram* di wajahnya. 'Aku takda anak. Kawin lambat..sekarang sudah 3 tahun kawin, pun sudah tua, bini aku tak boleh beranak' Oh, macam tu la pulak. Tiba-tiba ku rasa bersalah lak tanya soalan tu laju-laju dan macam bunyi marah. Rimas sebenarnya dengan soalan macam tu. Tapi rupanya kali ni salah langkah la pulak. Sekali dia takde anak lah weh....huhu kesian jugak.
.
Pastu aku cuba nak meneutralkan keadaan (kononnya) 'bistu you tak projek hari-hari ka?' Dia jawab 'hari-hari pun projek tapi tak boleh jugak...' hahaha. 'Hm tu la nak buat macam mana kan uncle, bukan tak mau anak tapi belum dapat...' Takkan nak cerita bab qada' dan qadar kan. Bukan dia faham. Bas pun dah sampai Queensbay, aku turun sambil wat kesimpulan, Ok lah, dalam 4,5,6,10 orang yang tanya macam orang tak faham tu rupa-rupanya ada yang betul-betul prihatin, macam uncle driver rapid penang. Mungkin dia tak nak aku rasa macam yang dia rasa, sepi dan terancam dengan ketaktentuan di masa tua nanti, tanpa insan bernama anak, di sisi. Hm, prihatin eh? - L

3 comments:

kak Erna said...

salam luna..perkara2 yang tak boleh dielakkan..solan2 yang tu lah..
akak pernah jugak..dulu..sebelum dapat anak..bila nak beranak..akak dak dapat..ada 3 hero..ditanya lagi..tak kan lelaki je..
pernah sekali..akak jawab..biar lah lelaki semua..asalkan ada anak..daripada takde lansung..
lepas tu nyesal pulak..rupanya mak cik yang cakap tu...anak dia ada yang dah kawin puluh tahun tak dapat anak..

Aini Razali@ Ainor said...

aku pun jenis prihatin gak luna... heheh

misza said...

sama pulak macam kak Erna. tapi saya 4hero. memang teringin sgt anak perempuan tapi terima je la apa yang dah ada sekarang. bila org tanya saya akan jawab kalau saya beranak lg sampai 12pun belum tentu saya akan dpt anak perempuan.