Tuesday, December 21, 2010

tidur

Ahad tadi aku tengok rancangan Oprah, masa segmen Tanya Dr Oz tu dorang cakap masalah sleeping disorder ataupun insomnia. Memang susah kalau ada masalah ni, badan letih tapi mata tak mahu lelap. Besok pagi bangun, muka jadi zombie. Tapi alhamdulillah so far aku belum mengalami masalah ini tapi dari rancangan oprah tu dapat jugak tau tentang penyakit ni.

Bagi aku, aku perlukan sekurang-kurangnya 6 jam barulah aku rasa cukup tidur. Tidur pukul 11 bangun pukul 5.30 pagi atau 6.00 pagi. Tapi adakalanya aku terlebih tidur sampai 9 jam. haha tu mesti selepas isyak tu aku ngantuk giler tak peduli lah langit runtuh atau banjir dah hanyut sampai ke Mesopotamia, aku tetap 'lebuh' selebuh-lebuhnya.

Dan aku sebenarnya lebih suka tidur dalam gelap segelap-gelapnya. Tapi sebab aku banyak duduk kat umah mak aku, terpaksa la aku 'beralah' dengan lampu ruang tengah rumah yang wajib di pasang atas perintah mak aku, sebab dia takut tak nampak jam dan nanti terlajak tidur. Lampu tengah tu akan menyusup masuk cahayanya ke bilik-bilik. Jadi kadang-kadang untuk elak mata aku nampak silau, aku tidur terbalik, ataupun tekap muka dengan bantal dan toto. Sungguh aku tak boleh tidur dengan cahaya.

Tapi sebenarnya, manusia seharusnya tidur di dalam gelap. Ini kerana, badan manusia akan menghasilkan hormon melatonin ketika waktu tidur. Kebetulan hari yang sama, ada rencana dari German tentang tidur kat tv1, katanya antara faktor kanser cepat merebak kerana manusia zaman sekarang terlalu terdedah kepada cahaya buatan dan tidak tidur pada waktu malam. 1 daripada 10 orang pekerja di German bekerja shift yang mana tidur di waktu siang dan bekerja di waktu malam. Ini menyebabkan penghasilan hormon melatonin menjadi tertekan. Hormon ini sebenarnya membantu melawan sel kanser, dan jika manusia tidur waktu siang atau dalam cahaya yang terang, hormon ni tak akan atau kurang terhasil.

Itu tentang melatonin. Macam mana pula nak menghadapi insomnia. Yang ni rasanya banyak info dari artikel dan rancangan kesihatan. Tapi aku pernah baca peranan solat membantu tidur. Tidur adalah nikmat Allah yang harus kita syukuri. Jika kita menjadi sukar untuk tidur, pasti ada sebab-sebabnya. Ada kes disebabkan gangguan jin tapi kebanyakannya kerana kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah sepanjang hari itu sebelum kita melelapkan mata. Sebab itu, saat solat Isyak, pohonlah ampun dari Allah tak kira kita merasakan ada atau tidak dosa pada hari itu. Kita tahu, adakalanya nikmat ditarik kerana dosa, jadi untuk mendatangkan semula nikmat, tingkatkanlah taqwa kita dengan cara mendirikan solat dan melakukan ibadah yang lain. Jika kita keuzuran waktu itu, memadailah kita berdoa kepada Allah. Itulah penting membaca doa sebelum dan setelah tidur, kerana hidup kita dalam perhatian Allah, walaupun benda ni nampak mudah dan kecil tapi itulah yang memberi kesan besar pada diri kita, untuk mendapatkan nikmat tidur yang cukup. - L

9 comments:

nanonano said...

tenxs 4 sharing kak ;)
sy mule2 ade ank hr tu xley tdo dlm gelap,
susah nk bf,
skrg dia dah pndai cari sdiri,
lenanye tdo dlm gelap..hehe
sejuk pun sejuk :p

kakLuna said...

nano ; hehe ye la masa baby kecik mmg kena alert..nnt silap sikit pun besar padahnya..eloklah pasang lampu sikit utk keselamatan..

AyunasiA said...

aku tido 8 jam baru puas. kalo kurang, ganti time weekend dan membawa kpd terlebih tido pula. pening! ku lagi rela tido lmbt drpd bangun awal. tido siang, cafe, teh, air gas pula penymbang kpd xleh tido. zzz

kakLuna said...

not : tu la maksud aku..aku paling kurang yg aku leh tahan ialah 6 jam tp biasanya mmg aku lebih! tido kul 10 bangun kul 6...kalau x cukup mmg kena qadho waktu cuti tp biasanya waktu cuti nk bjalan2 la pulak

HappyIrfa said...

masa keje shift dulu..3 shift..so time tido mmg lari gila-gila..
kadang2 hari cuti tido sehari suntuk..

sekarang keje opis hour..masa tido lebih teratur ;-) i like

tq krn berkongsi maklumat

kakLuna said...

happyirfa : ko x nak tulis blog lagi ke irfa,,

Ummu Auni said...

baguslah info dalam ni. hehe, saya baru tahu ni. thanks akak!

em, kalau tak dapat tidur tu, ubatnya mudah sahaja, banyakkan tahajud. kan Allah dah janji akan terima doa pada 1/3 malam. teringat para sahabat, kalau bulan puasa, satu malam beribadah, sampai sahur pun terkejar2 takut habis waktu. Rasulullah SAW tahajud sampai pecah tumit, bila Aisyah tanya kenapa, sebab Rasululullah SAW Nak jadi hamba bersyukur.

syahdunya duk fikir diri yang mudah sangat tidur, tak ingat apa ni..huhu

azlin hashim said...

hurm... good info! tp sy tak boleh langsung tido dlm gelap.. lemas!

HappyIrfa said...

jawapan utk soklan ko di atas..
tiap hari aku bukak blog..rasa macam nak tulis..tapi,merayap ke blog kengkawan smpai lupa yg aku juga ada blog..tengoklah nanti ;-)