Saturday, September 4, 2010

Drama TV lagi...

Hari ni cerita pasal rancangan TV lagi lah. Bukan...bukan pasal Timah Najwa dan bapanya yang tak suka orang Melaka tu. Hehe dah tahu dah sebab-sebabnya, dan dah habis pun siri tu. Thanks to KakPB sebab hari tu susah-susah je sms pasal Timah. kekeke. Berkesan jugak cerita tu eh?
.
Sekarang ni aku tahu ramai layan cerita Epilog Syurga Cinta ni petang-petang. Terutama nak tengok aksi si cute Mia tu. Aku pun kalau ada part Mia je aku tengok. Part cinta-salah faham-merajuk-baik balik antara cikgu Syuhadah dengan Irham tu, idak le aku layan sangat.
.
Ni nak cakap pun pasal part cintan-cintun dalam rancangan TV lah. Aku rasa dah kekurangan 'nafsu' untuk melayan drama sebegitu. Baik yang tempatan atau yang luar negara. Entah, aku jadi rimas pulak. Gaduh sikit untuk menambah plot, kemudian-kemudian baik pulak. Masa gaduh tu macam dah takde harapan dah, siap nangis semua dan tak nak hubungi dah si kekasih. Tapi senang pulak berdamai...
.
Cerita omputih pun sama macam Gossip Girl XOXO tu dan Vampire Diaries. Eii tak kenan la aku. Asal ada sikit je hal yang wat salah faham, dahhh merajuk-rajuk, bergaduh bagai nak rak pastu declare dah clash. Pastu cakap pasal kepercayaan dah takde la, pengorbanan tak dihargai lah. Tapi omputih memang budaya cenggitu kot. Sebab dorang ni dalam hubungan, zina-zina tu takde masalah. Kesucian dan kesopanan bukan lagi ukuran. Apa yang dorang pentingkan sangat ialah kepercayaan. Eh tapi semua hubungan antara manusia pun begitu,kan? Tapi point aku kat sini, ialah tak suka melihat hal yang kecil dibesar-besarkan padahal esok-esok ko nak jugak kat orang tu. Hahaha. macam orang tua lak aku ni membebel. Eleh, memang dah tua pun sebab tu dah tak berapa nafsu dengan kisah cinta.
.
Begitulah kebiasaan kita manusia, yang mementingkan cinta manusia dari cinta Allah. Terlalu bergantung kepada manusia untuk membahagiakan hati ini. Padahal, kebahagiaan itu sangat subjektif dan bersifat universal. Kalau orang dah tak sayang, tak bermakna kita tak boleh beri kasih sayang kepada orang lain. Dan Allah tu kan dalam mencipta setiap perkara adalah berpasangan. So masa orang tak sayang kita, kita sayang orang lain yang juga berhak macam anak-anak kita, ibu bapa kita, atau anak-anak yatim, orang miskin jadi kasih sayang tu akan terimpak lah semula dari sumber yang lain. Kasih sayang Allah ni meluap-luap weh....Dia beri kita lebih dari yang kita minta, betul tak?
.
So berbaik kepada drama cinta tadi, memang tak salah kalo menonton drama tu lagipun garapan dan skripnya juga baik cuma cinta sesama manusia tidak kekal, kita cuma menumpang nikmat kasih sayang sahaja. Sentiasa harapkan petunjuk Allah dalam menjalani cinta manusia, InsyaAllah bahagia. Bak kata pepatah 'cinta pada bunga, bunga kan layu, cinta pada harta, harta kan musnah, cinta kepada manusia, manusia akan mati. Cintailah Allah, Cinta yang kekal abadi.'

7 comments:

Ain said...

aku setujuuuuu.....

kadang manusia ni serahkan seluruh hati dan perasaan cinta dia pada pasangan, bila dah ditakdirkan berpisah (hidup atau mati), mula la hilang pertimbangan.....

suka tau tak suka, hidup didunia ini hanya sementara, akhirat jugak yang kekal selamanya....

kakLuna said...

Ain ; a'ah..selalulah praktiskan...lepaskan lah sedikit2 cinta manusia dan bergantung kebahagiaan pd Allah..insyaAllah akan dpt merasa kedua2nya (cinta manusia dan cinta Allah)

Aku adalah aku said...

Aku setuju sesangat ngan kau Na....ari ni aku belajar sesuatu lagi....

kakLuna said...

elly : hehe ko ni setuju aje..tp takpe..aku pun suka :)

Anonymous said...

aku sesekali je suke tengok cite cinta tapi aku suke cita penyiasatan... cam CSI ke, ni cam nak kena cari polis buat calon ni... kekeke :D

kueh bakar said...

oh rafidah!!!

kakLuna said...

itah : hehe aku pun...aku suka citer mcm desperate housewives,CSI,fringe,bones,ghost whisperer,NCIS..ish banyak lah

tapi lani musim citer remaja je (yg omputih la)..aritu Glee (tp ok lah Glee), pastu vampire diaries dan gossip girls. khamis 10 things i hate about you..arhhhh..boring..asyik2 sex,sex,sex


kueh bakar: suke ek sepupu dato' ct tu?