Saturday, September 18, 2010

'Jangan Ambil sekerat-sekerat'


Assalamualaikum...
.
Lately aku selalu terbaca komen dalam FB berkaitan masalah sosial yang melibatkan orang yang bertudung.
.
Biasa sangat dengar 'Bertudung tak semestinya baik malah lebih teruk yang tak bertudung..tengok kat youtube tu berlambak-lambak orang bertudung perangai tak senonoh'. Aduh, pedihnya dengar walaupun sepatutnya kalo kita tak buat kita tak perlu terasa. Namun, pedih dan pahit itulah kenyataan yang telah memalit semua orang yang bertudung dengan imej yang hina. Dari situ, jawapan balas yang selalu diberikan 'Yang bertudung tak semestinya beriman, tetapi yang beriman pasti bertudung (menutup aurat'. itupun ada jua yang tidak faham dan mencemuh, akhirnya, seperti timbul persepsi, yang tidak menutup aurat itu betul dan yang menutup aurat itu salah.
.
Bukan membela golongan yang bertudung tapi buat maksiat ini. Samada menutup aurat tapi buat maksiat atau buat baik tapi tak menutup aurat, kedua-duanya adalah tidak Islamik. Tidak mengikut apa yang Allah perintah dalam Qur'an. Allah suruh tutup aurat dan buat baik bukan buat baik tapi tak tutup aurat, atau tutup aurat tapi mungkar. Pemakaian tudung (menutup aurat) datang bersama iman. Bila mengaku beriman kepada Allah, dan mengaku memahami apa itu Rukun Iman, sepatutnya sedar suruhan Allah. Anjuran menutup aurat bukan paksaan manusia....bukan juga Nabi atau Malaikat tapi dari Allah SWT dalam kitab Al-Qur'an yang menjadi pegangan kita. Justeru tidak timbul soal 'belum datang seru' atau 'tidak mahu hipokrit' kerana ini bukan suruhan manusia, tetapi Allah....Allah, sayang...Allah!..
.
Selama ini, apa yang Allah dah beri pada kita? Banyakkan? Malah lebih dari yang kita minta. Allah beri kesihatan, beri rezeki, beri zuriat, beri kekuatan kaki dan tangan, kecukupan anggota badan, beri pendengaran yang baik, mata yang jelas melihat, rupa yang cantik. Macam-macam lagi yang tak habis kita hitungkan. Tetapi mengapa bila Allah meminta kita mematuhi arahanNya, kita engkar...atau kita buat, tapi separuh-separuh, demi kepentingan kita. Walaupun masih mengaku beriman kepadaNya!
.
Ini adalah peringatan sesama insan...peringatan untuk diri aku sendiri juga...jangan diambil hukum Allah separuh-separuh, tetapi seluruhnya...kerana kalau Allah dah perintahkan, sudah pasti kebaikannya untuk kita. Teguran ini bukan kerana benci, tapi kerana sayang...Sayangkanlah Nabi Muhammad SAW...penuhilah hasrat Baginda untuk kita ramai-ramai umat Islam memenuhi syurga...dengan mengikut perintah Allah SWT dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Kerana hidup ini cuma sementara...Jika ada peluang berbuat baik, bertaubat dan berubahlah.

2 comments:

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong Luna, Selamat hari raya Eidulfitri. Haa ni kes menutup aurat yg paling pelik dan lawak! Teman pokior deme confused dgn konsep menutup aurat ni! Er...camner sambutan ari raya Yong? Teman sambut dgn meriah di rumah mak di Parit, Perak. Ziarah blog teman baca camner orang Parit sambut hari rya. Dan camner orang kat Turki sambut ramadhan dan hari raya...ada beza sikit Yong!Sudi ziarah http://mohkembara.blogspot.com

edyan7 said...

I look into this seriously.

Perjalanan aku untuk pakai tudung pun agak susah dan byk halangan, jadi kalau dah bertudung jgn bukak2 dah... skang ni aku fikir nak improve lagi cara bertudung dan aurat2 di bahagian lain pulak.

bukan permintaan sapa2, sbb biasanya kalau tak de kesedaran diri sendiri, aku cepat jemu nak cuba. Bertudung ni permulaan. Kemudian improve dan seterusnya baiki akhlak. betul kata ko tu... bertudung tak semestinya beriman, tp beriman pasti bertudung...hmmmm

I'm glad that u highlight this issue.