Tuesday, September 21, 2010

UPSR...19 tahun yang lalu..


Hari ni, budak-budak darjah 6 pun menghadapi peperiksaan besar pertama dalam alam persekolahan mereka. Aku pegi hantar Luqman ke sekolah tadi, tengok ramai juga mak bapak datang bagi sokongan kat anak-anak. Suasana yang janggal dibandingkan dengan zaman aku dulu. Tapi Alhamdulillah tu tanda ibu bapa hari ini makin prihatin.
.
19 tahun lalu, tahun 1991 aku batch ketiga menjalani UPSR, tapi batch kedua yang ambil 4 subjek saja. UPSR yang pertama ada 5 subjek termasuk matapelajaran Agama (eh ye ke? sapa-sapa lahir 1977 boleh sahkan?).
.
Tak silap aku dulu UPSR buat bulan 7, tapi sejak-sejak katanya lepas periksa budak-budak ni enjoy sangat sehingga cuti sekolah maka dilanjutkan tarikhnya ke bulan 9. Lagipun subjek makin bertambah kan, maka elok lah tarikh nya pada September, boleh cover semua silibus.
.
Zaman aku dulu, takde lah tumpuan extra ordinary dari mak ayah macam zaman sekarang. Memang mak ayah ada tanya macam mana persekolahan? tapi takat tu je la, takde beria-ria antarkan ke tuisyen swasta, kursus motivasi semua tu. Kalo ada pun tuisyen buat kat sekolah untuk pelajar yang berpotensi (macam aku la..dulu la..rekod zaman purba hehe). Ada lebih kurang 10 orang pelajar harapan nya, Alhamdulillah 6 orang dapat 4A, dan jumlah yang paling ramai dapat 4A masa tu. Sekarang ni aku tak pasti la pulak prestasi sekolah aku camne.
.
Persediaan untuk peperiksaan? Hm, selain tuisyen tu, ikhtiar dengan air penawar buat penerang hati. Biasanya mak angkat (dah arwah) aku yang buatkan air penawarnya. Pastu kakak aku masa tu dah abis SPM, masa dia nak SPM kat sekolah taayah dulu dia ada pinggan yang ditulis ayat suci Al-Qur'an untuk diminum air dari situ. Lupa lak aku siapa yang buatkan. Dia macam pinggan guna dakwat Zafaran zaman sekarang ni lah. So, pagi-pagi minum air pinggan tu, selawat dulu 3 kali. Makanan tambahan pun takde. Ubat kecerdasan minda macam examo,brainto pun tak wujud lagi masa tu. Masa sekolah menengah baru kenal Examo dan Brainto. Jadi, rutin yang dilakukan ialah; makan kismis. Kismis yang jenama 'Sultanate' tu lah jadi santapan nya. Dulu mana ada orang jual kurma, kismis macam Yusuf Taiyoob tu hehe. Kurma madu pun tak penah dirasai sepanjang tahun 1980an dan awal 90an.
.
Setelah siap semua persediaan, mula lah perjuangan yang mendebarkan itu. Semasa kami exam, cikgu pun jawabkan soalan tu untuk mengetahui samada kami jawab soalan dengan betul. Aku lupa prosesnya camne, tapi lepas habis UPSR, cikgu cakap Matematik aku markahnya cuma 80. Cikgu kata, harap-harap graf turun je nak dapatkan A. Risau sangat masa tu tapi Alhamdulillah keputusan sangat memuaskan, di situ lah orang kata perasaan gembira yang pertama aku penah rasai walaupun selepas itu aku menghadapi saat turun naik kehidupan yang masih belum berkesudahan. Tapi itu kisah lain. Doa aku agar adik-adik (eh ke anak-anak?) yang mengambil UPSR dapat menjawab soalan dengan tenang dan akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang. Amin Ya Rabbul Alamin... - L

11 comments:

Tukang cerita said...

UPSR buat aku bangga...
sebab exam tu je yg result aku lagi power dari result laki aku...
hahhahhahha...

AyunasiA said...

ada exam pengesanan jugak, kan? tulisannya kelabu.

kakLuna said...

nurul ; haha..aku kiranya menang semua dr laki aku hahaha

ayunasia : a'ah tulisan warna hijau petronas lah..utk pilih kemasukan ke sekolah berasrama penuh kan?

Ummi said...

ye luna betul kami yang tua sikit dari luna ni ambik lima subject dan bila kbsr bermula kena ambil 4 subject hehehehe

akak belajar benda ni skrg hehehehe

Mak Su said...

maksu amek pepereksaan darjah 5, belum ada upsr masa tu, lahir tahun '69.hahaha, tua sangat dah.

kakLuna said...

kak ummi : hehe ye la zmn kakak saya..penilaian darjah 5..kak dpt brp? *suka2 je tanya hehe


mak su : oh tua 10 thn..ala umo je tua....jiwa belum tentu tua.. :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sudah tua akak akak aku nih

Angah said...

angah thn 77. Subjek agama takde. yang ada cuma

BM (kefahaman, lisan, karangan )
BI
Math

sekian dimaklumkan hehe

Unknown said...

Setahu kak yus UPSR batch pertama utk mereka yg lahir 1976, batch kak yus lah tu...masa tu mmg ada 5 subjek, termasuk Ujian Lisan Bahasa Melayu. Ujian lisan ni lah kantoi sikit dapat B..sampai ayah kak yus kata, nko cakap Jawa ker dgn cikgu tu..apsal yg ni satu lak leh dpt B..huhu

melur said...

Akak amik penilaian drjH 5...UPSR x de lagi...hehe

kakLuna said...

brutalolso : tua tanda matang hehehe

angah : eh korang 1st batch ke 2nd batch ..aku cam konpius lak sbb kak yus tu komen dia pun upsr


kak yus : dr zmn kak yus ek?lupa lak saya..

kak melur jelita ; ni zmn2 tatarakyat lah ni..hehehe