Friday, November 12, 2010

Entri klise, tak payah baca! :P

Syukur Alhamdulillah, hari ini mengikut bulan omputih, umur Luqman sudah pun cukup 8 tahun. Aku balik keje awal sikit tadi, dan belikan kek black forrest untuk dia. Sambutan kecil-kecilan bersama keluarga je.
.
.
.
8 tahun umur, darjah 2 di alam persekolahan. Memang dah banyak lah perkembangannya dan fikiran makin matang. Boleh dijadikan teman berbual dan bercerita. Tinggal lagi belum bersunat je hehe. Tengok keadaan anu nya memang gred A. Dah boleh sangat kata mak aku. Tapi kalo tanya dia, tak nak je. Semoga Allah mudahkan urusan ini dan bukakan hatinya untuk dikhatankan, kalo boleh cuti sekolah ni jugak. Senang sikit bila dah bersunat boleh solat satu saf dengan orang tua-tua!

Hadiah yang diperolehi dari mak cik, mak ude dan mak ucu nya. Sebuah beg sekolah, Alhamdulillah memang cadang nak beli yang baru sebab beg dia dah rosak teruk benar kat bahagian zip. Beg murah. Tapi yang ni rasanya boleh tahan lama kot. Terima kasih mak menakan-mak menakan semua kerana bagi hadiah kat Luqman.
.
Ini pelakon tambahan tapi macam pelakon utama. Dia yang beria-ria happy masa potong kek tadi.
Anak mak....doakan anak ku ini sentiasa dilindungi Allah SWT, dikurniakan rezeki yang murah, kesihatan yang baik, akal yang cergas dan kejayaan di dunia dan di akhirat...

15 comments:

Unknown said...

Selamat Hari Ulangtahun Luqman. Tahun ni nak sunat ye? Aqil masih belum mahu dikhatankan juga. Setiap kali tanya, nanti dulu, cuma kali ni dia cakap darjah 4....:D

Tukang cerita said...

happy bestday oman...
semoga berjaya dunia akhirat..
amin!

Zareda Norman said...

Happy Birthday Luqman

InsyaAllah dipermudahkn segala urusan dunia dan akhirat..

risanur said...

hepi besday Luqman...moga akan menjadi sorang anak yang solehah, mithali dan berguna...jgn kecewakan hati sorang mak dan ayah...

Acik Erna said...

happy birthday oman..amin..semoga semua doa2 ibu dimakbulkan..

Purpleheart said...

semoga Luqman menjadi anak yang soleh, amiin..

Unknown said...

hepi besday luqman..
semoga menjadi anak soleh yg membahagiakan ibu ayah..

Ummi said...

semoga luqman berjaya di dunia dan akhirat, amin :)

Ummu Auni said...

besar dah luqman. pejam celik dah 8 tahun...mudahan jadi anak soleh :)

Irtiyah said...

Salam

Selamat Hari Lahir Luqman... hehe

Aku adalah aku said...

Selamat Hari Lahir Luqman......


p/s:lambat tul wish nye....

Unknown said...

Happy Besday Luqman.. Besarnya beg sekolah..mcm beg balik baju kampung..huuhu

Masy said...

EPY BELATED SEBEDAY OMAN!

MOKCIK AZWA said...

Happy belated birthday Oman...aminnnkan doa Luna utk Oman.

kakLuna said...

thanks smua krn mendoakan :)