Wednesday, November 10, 2010

erti kejayaan bagi seorang anak...


Hari ni ada hari kecemerlangan akademik sekolah Luqman tapi Luqman tak dapat apa-apa hadiah jadi hari ni dia tak sekolah. Huhu sedih betul, ingatkan boleh la tengok dia naik pentas macam tahun lepas. Walaupun bukan hadiah kedudukan terbaik dalam kelas, dapat hadiah matapelajaran terbaik pun dah cukup menggembirakan aku.
.
Entah lah anak ku ini, tak mau langsung menurun sifat aku masa zaman persekolahan dulu. Zaman aku kecik, mak ayah aku bukan educated sangat pun, mak aku surirumah sepenuh masa tapi semangat untuk belajar bersungguh-sungguh tetap ada dalam diri anak-anak. Berbanding Luqman ni, aku rasa aku lebih tekun bertanya tentang pelajaran dia, ajar dia. Masa buat latihan nampak macam faham, boleh buat. Time exam bila tanya 'boleh jawab?' Dia jawab 'Boleh' saja. Susah ke senang? katanya 'senang'. Tapi bila tengok markah, alahai, secukup makan, kalo paling tinggi pun 86 markah kertas BM nya. Yang lain tu malas cerita lah, cumanya takde lah failed.
.
Sebagai emak, tentulah aku kecewa walaupun memang aku tidak mahu memaksa anak aku untuk mencapai sesuatu yang bukan kemampuannya. Potensi kanak-kanak ada dalam pelbagai bidang dan dalam zaman yang serba canggih ini, untuk mengimbangkan didikan ke atas anak-anak adalah sesuatu yang amat mencabar. Cuma aku terkilan sikit sebab perbezaan 'nilai kejayaan' antara aku dengan dia. Aku dah kata pada dia, 'masa mak sekolah dulu, tiap-tiap tahun maktok tengok mak naik pentas, masa zaman maklong (kakak aku) pun macam tu. Kalo dapat markah 80 pun dah sedih sangat, mesti belajar pandai-pandai lagi dan lawan dengan orang lain supaya tak jatuh nombor periksa.' *masa ni aku dah terpilu sikit, suara pun dah tuning lari..haha, mak, mak..sensitif beno!
.
Ayah dia pun pernah warning awal-awal, kalo turun kelas (sekarang Luqman kelas Bestari kira kelas pandai), takde dah internet, cd, basikal pun jangan harap. hm itulah ayah...bagi target takat 'jangan turun kelas'. Anak pun rasa kalo takat tak bagi turun kelas, tu...hm dia boleh je.. Kat sini aku kena terima hakikat yang Luqman ni typical budak lelaki. Tengok macam ayah dia pun sama, aku tak la kata laki aku tak terer masa sekolah. (tak la pandai sangat tapi kira boleh masuk U tu ok la kan....bukan senang orang lelaki yang bercita-cita nak masuk U ni). Luqman kalo ada mood, rajinlah dia, nampak brilliant lah dia. Tapi bila dia rasa tak nak, buat macam mana pun dia pi takat tu je. Nama kata nak macam kita ni perempuan ada sensitiviti sikit. Bila mak sedih tengok markah kita sikit, pasti lah kita rasa bersalah dan tercabar, dan berusaha lagi untuk bagi mak gembira. Kesungguhan yang tidak dipaksa-paksa. Dan Alhamdulillah rasanya aku dah bagi yang terbaik semasa zaman persekolahan dulu. Tapi anak lelaki, tidak begitu.
.
Maka kelatlah muka mak nya ini semalam bila diberitahu 'mak esok Luqman tak payah sekolah sebab cikgu kata yang tak dapat hadiah tak payah datang' Muka ceria pulak tu. Alahai anakku, tak terkesan apakah dengan perkataan 'tak dapat hadiah' itu? Tak rasa malu kah tahun lepas naik pentas, tahun ini tidak? Tapi seperti mana tajuk cerita ni tadi, bila aku menegur dia kerana markah peperiksaan yang teruk, dia cuma jawab 'asalkan tak turun kelas kan mak?' Aha, ye lah, yelah...asalkan Luqman tak turun kelas....huhuhu - L

14 comments:

Zareda Norman said...

Ala Luna.. rilekss... anak kak zar tiap tiap tahun tak naik pentas, memanglah sebagia mak kita sedih. Tapi bagi kak zar asalkan dia menten markah dan tak turun kelas sudah cukup baik.. kecemerlangan anak bukan pada naik pentas tiap tiap tahun, dia mendengar kata, mengaji pandai, solat tak tinggal, pandai amik hati kita pun tak besar hati ke kita sebagai mak ayah.. tu masih kecik lagi sok sok dah sekolah menengah lagi banyak kriteria cemerlang ni kita nak put on roof..

lagi banyak ujian masa tu macam dadah, seks bebas, arak, rempit.. macam macam lagilah.. so jangan sedih sedih ok.. doakan aje yang baik baik untuk anak anak insyaAllah cemerlang dia dunia dan akhirat

Ummi said...

luna,

batrisya pun tak pernah naik pentas, memanglah akak sedih macam luna cakap tu, mulalah cakap kenapa dia tak menurun kita dulu-dulu

tapi bagi akak, akak dah jadi biasa dah immune, sistem persekolahan kita yang mementingkan exam ni yang buat mak dan anak-anak banyak yang kecewa, itu belum lagi cikgu yang pilih kasih dan saingan yang hebat dari kawan-kawan sekelas

akak simple aje skrg asal anak akak beriman, bersopan dan berjaya di dunia dan akhirat dah mencukupi, akak nak dia tahu yang bila akak mati esok, dia boleh berdoa dan mengaji untuk akak

tapi sebagai mak akak nak dia berjaya di dunia dan akhirat, kalau tak boleh jadi doktor pun jadilah orang yang berguna yang boleh berjasa kepada akak dan keluarga :)

semoga anak-anak kita tergolong dalam anak-anak yang bertuah

kakLuna said...

kak zar ; tu lah...blajar terima hakikat bhw pndangan anak x kan sama dgn pandangan ibu..

betul kata kak zar, kejayaan tu subjektif..insyaAllah setakat ni bab agama, solat, mengaji dia pun buat..hehe...luahkan kesyahduan di hari kecemerlangan akademik yg x dpt dihadiri..hihi

kakLuna said...

kak ummi ; betul tu..kalo sekolah bandar tu mmg sy x bharap tinggi sgt sbb tau anak2 org lain mmg terer gila masing2...sbb luqman sekolah kampung sy rasa dia boleh capai tahap cemerlang tp rupanya mmg dia boleh pi takat tu je. kalo paksa2 suh dia belajaq sampai naik pentas karang tension pulak kawan tu kan.. :)

Irfa said...

salam luna..
emm dalam kes ni aku rasa betul kot bila org kata 'anak pompuan tak sama ngan anak lelaki' w,pun aku berkali2 cuba mengatakan zaman sekarang anak lelaki ngan anak pompuan sama je..

anak dara aku tu..bila cakap soal hati mmg cukup terkesan..boleh nampak air muka dia

tapi hero..adui,(tak citer lebih2la)ada masa okey..ada masa dia wat dunno je

si kakak ada cakap 'kakak tak sabar tunggu minggu depan..dapat naik pentas cikgu kata'..aku pun tak tahu atas sebab apa dia naik pentas'..tengok la nanti..

kalau betul ini adalah kali pertama setelah 3 tahun sekolah

achik said...

takpe la kak, at least dia penah gak naik pentas kan.. budak2 lelaki biasanya kurang skit berdaya saing banding ngan budak pompuan..

err saya plak sedih dulu2 naik pentas mak bapak x datang pun.. huhuhu..

kakLuna said...

irfa : tu la..aku dulu adik beradik smua ppuan mmg sifat kami sama je bab ni..bab belajar tu mmg x dipaksa pun, dan seronok utk bersaing..tp luqman ni, lgsg x rasa apa bila markah flip flop tp yg banyak flop la..huwaaaaaa


achik : alalala..ye ke...takpe..org berjiwa blues ni berhati kental! kan :)

risanur said...

jgn terlalu emo luna...nak wat came kita tak bole nak stresskan anak2 ni...kena byk bersabar...nati bile dah besar sikit insya'allah luqman akan berubah...

kakLuna said...

risa : hehe mmg x emo sgt cuma meluah rasa...setakat ni mmg syukur dpt anak mcm Luqman, dgr ckp, pandai amik hati, pandai berlawak, cuma tang belajar tu,sederhana je..Amiinnn doa risa tu..

~ Lady ell ~ said...

lex je luna...mungkin kepandaiannya dlm bidang lain..bkn akedemik..:)

kakLuna said...

lady ell ; dia bab FB-ing, Youtube-ing mmg terelll :D

MOKCIK AZWA said...

Luna...alahai anak mokcik pun kadang2 jer dapat naik pentas..usah la sedey...mcm Luna kata tu, yang penting jangan turun kelas.

Kalau part akademik anak kita tidak seperti yang kita inginkan, beri motivasi untuk ikuti kemahiran vokasional. Lihatlah siapa yang lebih berjaya sekarang nie? mereka adalah bekas2 pelajar vokasional yang dulu2 dapat SPM 3...skang ada yang pakai Brabus! kita yg blajar sampai ke unibersiti pun setakat mampu pakai vios jer pun dah syukur dah hehehe

Paling penting adalah keinginan dan semangat untuk memperbaiki diri sendiri jadi 'orang'.

Ummu Auni said...

relax lah akak :) luqman tu budak laki, memang konsentrasi dalam kelas kurang. tunggu dia masuk sek men nanti

kakLuna said...

kak azwa : betul tu...mmg kejayaan tu subjektif kan dan idup mcm roda..mudah2an anak sy tetap berjaya dunia akhirat

aini ; hehe..tak sabar nk tunggu dia besar..