Wednesday, November 24, 2010

Perempuan dan Memasak

Adalah sinonim. Dalam blog pun boleh dikatakan setiap 10 blog tu, ada 1 blog tentang memasak (suka ati kajian aku je ni hehe). Dari cupcakes ke masakan bergoreng dan western food. Selain kisah memasak ramai juga rajin cerita tips dan alatan memasak yang sesuai. Cerita pasal jenama oven yang bagus, cerita pasal hajat nak beli produk tefal, cerita pasal mencuba resepi dan macam-macam. Seronok juga tengok blog orang yang pandai memasak dan rajin memasak ni. Untung nya family dorang ni, kalau nak makan macam kat restoran, nah kat rumah pun boleh. Baguslah kalau pandai memasak ni sebab memasak adalah fitrah perempuan. Kalau nak kawin pun bakal mertua tanya dulu 'tau memasak ke tak?' Kalau dah passed memasak tu, kira passed la jugak lesen untuk berkahwin.
.
Tapi zaman sekarang ni ada juga bakal mertua yang tak tanya samada bakal menantu perempuan tu pandai memasak ke tak. Mungkin kerana kemodenan, mak mertua tu sendiri pun tak tau memasak! Ye lah zaman sekarang ramai dah mampu pakai maid. Jaga rumah maid, jaga anak maid, jaga perut keluarga pun maid, cuma jaga suami je yang orang tak bagi maid jaga. haha. Tak pun sebab dah mampu sangat untuk makan kat luar setiap hari dan tak nak kotor-kotor kan dapur, keperluan untuk memasak ni, dah tak menjadi penting.
.
Bagi aku bab memasak ni, sekurang-kurangnya kena lah tahu yang asas. Aku cukup rimas kalau anak-anak dara yang buat kerja terkial-kial. Pegang sudip pun tak tahu. Balik ikan goreng pun terjerit-jerit. Over lah. Pastu mengaku tak reti masak sambal tumis, tanpa rasa bersalah! Memang la tak salah dari segi undang-undang, tapi kalau pandai memasak tu, satu bonus untuk disayangi suami dan ahli keluarga yang lain. Tapi kang ada cakap 'Suami I tak kisah kalo I tak masak, kami memang suka makan kat restoran'. Ok lah, tapi jangan sebut depan aku. Aku rimas. tetiba jer. haha.
.
Aku pun tak pandai memasak sangat-sangat. Idak le aku tahu camne nak buat nasi beriyani, nasi mandy ke, atau menghias cupcakes. Pizza pun aku tak reti macam puan Ayunasia kita, dia pandai buat pizza wooo.. Oh kalau kak Pnut, Najah tu memang lain citer la. Dorang dah taraf chef...memang aku puji dorang ni kerana kemahiran yang mantap itu.
..
Cuma aku tahulah apa-apa resepi yang mak aku ajar atau mak mertua aku. Eh mak mertua aku lagi la terer, memang penah berniaga lauk pauk. Nasi tomato, mee kari, laksa beliau antara yang tersedap penah aku makan. Kalau kenduri pun dia juga selalu jadi kepala tukang masak. 'Nahas' la kalo jadi menantu dia tapi tak tau masak walaupun yang basic, kan. Alhamdulillah, aku dah start belajar masak dari sekolah menengah walaupun aku dok asrama. Tapi tiap kali balik kampung tu, aku try masak lauk pauk, kuih muih yang mak aku penah buat. Disebabkan aku yang sederhana je bab memasak ni, aku rimas juga dengan orang yang pandai memasak ni tapi jenis tak boleh ditegur atau apa. Macam perfectionist. Ni aku cakap berdasarkan pemerhatian secara umum dan pengalaman aku masa memasak dengan orang lain. Ko tak boleh improvise, ko tak boleh potong sayur cara lain, ko tak boleh tambah sikit garam hatta secubit, kena ikut dia punya resepi juga. Ni pun aku rimas. Huh kalo banyak songel sangat aku tinggal je pisau dan papan pemotong tu kat situ. haha. Aku pun banyak songel jugak tau.
.
Aku suka style memasak macam Rachel Ray tu. Tak de sukat-sukat main campak-campak je. Asalkan nampak sedap dan memang sedap. Tap tap tap klung klang klung klang, dah siap! Aku suka juga belajar resipi yang baru, kadang-kadang aku belajar dari TV tapi aku cerita kat mak aku, dia yang masakkan! hehe kelakar. Sebab kadang-kadang mak aku pun dah takde idea nak masak apa. Eh sebenarnya dari dulu-dulu lagi aku jadi pencetus idea untuk menu makanan. Mak aku ikut je. Tapi ada setengah lauk yang hanya tangan mak aku je buat jadi sedap. Contohnya ikan cencaru sumbat, daging masak ros dan ayam musalmah (camtu la nama resipinya). So biarlah yang pakar saja melakukannya. Mak aku pandai masak sebab dulu penah keja kat umah orang. Majikan dia lah yang ajar pelbagai jenis resipi yang sedap-sedap. Buat kuih muih pun belajar masa tu. Masa aku sekolah rendah, mak aku jual kuih muih dan nasi lemak juga. Dari situ la 'aura'nya turun kat aku. Cuma aku je tak 'datang seru' nak menceburi bidang berniaga kuih muih ni. Takat nak buat untuk makan sendiri tu, boleh.
.
Jadi, bab memasak ni ada orang yang passionate nya dalam bidang tu, ada yang sekadar tau yang asas, ada yang rajin memasak tapi tak sedap, ada yang masak sedap, tapi malas, ada yang tak reti langsung memasak! Jangan lah jatuh dalam kategori ni, malu la sebagai orang perempuan kalau tak pandai menjadi suri dapur. Tapi jangan pula cerewet sangat sampai tak boleh ditegur. Masak campak-campak macam Rachel Ray tu pun jadi lah...glamer lagi, ahaks! - L

12 comments:

Unknown said...

Alamak..terkecur sambal tumis ikan bilis lah plak baca entry akak ni. Haruskah ku masak sambal tumis ikan bilis petang ini? Dahlah berazam tak moh mkn nasi ni...

MOKCIK AZWA said...

Luna, mokcik gelak baca tang bakal mak mertua tak kesah bakal menantu pandai masak atau tak kerana kot2 bakal mertua juga barangkali tak pandai memasak hahaha...

Tapi rasanya tak jadi masalah besar kalau tak pandai masak pun masa nak kawin tu. Dengan syarat lepas kawin ada kemahuan untuk belajar...kami adik beradik sebelum kawin pun bukanlah tergolong dlm kategori pandai masak...setakat yg basic2 bak kata luna tu la...tapi secara sendirinya bila dah berkawin skill memasak tu datang hehhe

yang payah kalau takde kesedaran dan keinginann untuk berubah...hah yang tu memang tak dapek nak nolong...

achik said...

err saya pandai memasak lepas abis dip kot.. sementara tanam anggur, jadi tukang masak.. ;p

aida said...

saya pandai masak lepas datang uk, semua resipi bantai try.. hahaha, terukkan

kakLuna said...

maria ; haha..takut kena smash kalo x tau msk sambal tumis ek? :P

kak azwa ; tp mmg ada kak, sejak sy zmn sekolah lagi, penah pegi umah kawan, tp kami disuruh makan kat luar je sbb mak dia taktau masak utk jamu tetamu

achik ; aritu g korea patut blaja resipi korea sekali! :D

aida : aida pandai la masak!! dulu aida selalu masak nasi ayam kan, campak2 je tp akak tau mesti sedap kan

Acik Erna said...

luna..akak pun..tau masak..sejak sekolah lagi..tau..maknanya..tak la pandai sangat..tapi dah tak de sape nak masak..mak pulak..pi menoreh tolong bapak..jadi mau atau tidak..akak mesti kena masak..sebelum pi sekolah..kalau sekolah petang dan bila balik sekolah..waktu sekolah pagi..
dah kawin pulak..first time balik rumah mertua..terus suruh masak..nasib baik..memang memasak tu kerja akak ..dikampung sendiri..
sekarang pulak..anak2 sume hero..masak2 lagi,,tah bila nak pencen masak2 ni tak tau lah..

kakLuna said...

kak erna : sy jrg memasak di umah mertua sbb 'tak reti' cara dapur org meniaga ni. hanya tuan punya dapur tahu handle nya. dia pun x penah minta sy masak wpun sy teringin. tp penah juga sekali sy bpeluang masak, hati sy berbunga2 sbb mmg dh lama nk ckp kat dia yg sy pun boleh memasak

AyunasiA said...

adoiyaiii... toksah la citer psl piza yg x berapa nak jadi tu. malu weiii...

Farra Da Smiley said...

sy ngidam brg tefal gak!! dlm masa terdekat ni mmg nak beli brg tefal..tunggguuuuu ehehhe :)

mmg suka msk! syokkk2

AuntieYan said...

Salam Luna,

Auntie dah lama terperasan pasal hal orang sekarang yang tak kisah nak ambil tahu pasal masak memasak ni (tak semua, okey)...malah ada yang rasa bangga pulak kalau dia tak tahu masak. Betul kata Luna, rimasss dengar kan???

Tapi, Auntie salute lah dengan mereka-mereka yang dok overseas....terrer memasak, apa lagi masakan Mat Saleh...sebut aja semua tau....cuba pi tengok kat blog depa, ada saja masakannya.

Auntie ni, dah tua pun tak le yebat mana, takat nak jamu keluarga tu kira boleh le....masak kari, asam pedas, masak lemah...tuuu kira terrer jugak lah...;-)

Ayaq said...

Haha betul..jangan la sampai tak reti masak langsung kan? Setakat ni Alhamdulillah la saya masak takde orang keracunan makanan lagi huahuahua. Tapi saya tak reti masak gulai. Saya orang Penang yg tak suka makan gulai. Haha!

kakLuna said...

not : asalkan ada rekod buat pizza, okey! hahaha

farra ; masa akak buat entry ni, blog farra antara dlm kepala hotak ni. hahaha

auntie yan ; terima kasih sudi baca blog ni! terharu..sbb selama ni dok jd silent reader auntie yan..hehe

bab memasak ni, jgnkan org lain, ada sedara terdekat pun camtu. pdhl mak nya bukan main terer masak tp anaknya goreng telur pun terjerit2 eii tak suka lah

ayaq ; ayarrrkkk..buat kari pun x reti ka...kalo dpt laki suka mkn kari camna?hahahaha