Saturday, December 18, 2010

bila cikgu menegur di chat FB, hiks, malulah! :P


Bila semakin ramai kawan lama mula muncul di FB, perasaan memang lah seronok. Bukan saja kawan-kawan, cikgu-cikgu pun ada.

Tapi bila dah mula meng'add' cikgu-cikgu, perasaan bercampur baur. Gembira, rindu tapi segan pula. Maklumlah sebagai cikgu kebiasaannya pasti nak tahu perkembangan bekas anak didik. Sudah kawin dan beranak ke, duduk di mana dan bekerja apa? Bab soalan dah kawin ke belum tu insyaAllah pasti dijawab tapi yang bekerja di mana tu agak rendah diri lah nak memberitahu. Pekerjaan sekarang tidaklah sehebat rakan yang lain. (Ye, aku tahu orang kata, bukan pekerjaan menjadi ukuran kejayaan, tapi kebanyakan orang mengukurnya di situ, jadi aku harus juga merasa rendah diri).


Sudah 2 orang cikguku menegur di chat FB. Kedua-duanya pula adalah cikgu yang terkenal garang semasa zaman persekolahan. Tapi kegarangan mereka benar-benar mendidik! Memang tak patut mereka yang tegur aku dulu di chat FB, sepatutnya akulah yang menegur, tu kan cikgu... Tu lah, masalah aku punya low self-esteem dan aku rasa masa sekolah rendah dan menengah tu aku bukan top student, tak aktif sukan, tak aktif persatuan, aku sangka, cikgu manalah nak ingat aku. Tapi rupa-rupanya nilai kemuliaan seorang cikgu itu sangat tinggi, mereka masih mengecam setiap anak murid mereka! Kagum!

Cikgu yang pertama tegur aku ialah cikgu Khadijah yang mengajar di SMKASAS. Dia tak pernah mengajar aku, tapi sebagai sebahagian cikgu disiplin, kelibat cikgu Khadijah memang mendatangkan 'gempa kecil' di hati kami. Dengan pakaian jubah bertudung labuh dan mukanya memang serius itu selalu buat aku kecut perut padahal tak buat salah pun. Itulah penangan seorang cikgu yang ditakuti kerana rasa hormat. Setelah masa berlalu, barulah aku berpeluang menilai hati budi cikgu Khadijah dengan lebih dekat, walaupun hanya melalui chat FB. Aku tak sangka, cikgu Khadijah, yang amat aku takuti tu, boleh bertanya dan bercerita pelbagai perkara lewat ruang chat itu. Baik rupanya cikgu Khadijah (ye lah, takkan jahat pulak? hehehe).

Cikgu yang kedua yang aku baru add tak sampai sebulan, ialah cikgu Noraini, guru kelas aku masa darjah 2 (1987). Dia juga tinggal di kejiranan aku di A.A.Tin dulu. Sebagai ketua darjah, jika ada buku-buku atau alatan yang perlu cikgu bawa ke sekolah, aku lah yang bertanggungjawab mengambilnya di rumah cikgu dan membawanya ke kelas. Biasanya buku-buku latihan yang telah siap dirait. Cikgu Noraini memang garang. Trademark beliau ialah cubitan naga berapi (ok, aku exaggerate di situ) kat perut. Selalunya yang kena, budak-budak lelaki lah kerana malas siapkan keja sekolah. Aku ingat lagi sorang kawan aku, Azman namanya. Dia dah la kurus, selalu kena cubit kat perut. Tiap kali semasa dicubit tu, badan dia sampai terjengket-jengket menahan sakit. Tapi kelakar juga, cikgu di kelas memang garang, tapi tiap kali aku pergi ambil buku di rumahnya, (aku sekolah sessi petang) kadang-kadang dia sedang sidai kain. Atau baru lepas kemas rumah atau tengah memasak. Terserlah juga keibuan di situ. Dan apabila aku mengimbau kembali kenangan 'cubit perut', cikgu Noraini terus ketawa besar katanya kerana lucu bila ada anak murid yang masih ingat peristiwa itu.

Aku tak tahulah samada aku ni menjadi kebanggaan cikgu-cikguku itu. Tapi bagi aku, aku sangat berbangga dengan mereka kerana sudah berjaya mendidik ramai murid menjadi insan yang berguna. Kegarangan mereka tidak pernah menjadi isu zaman persekolahan dulu. Tak macam zaman sekarang, murid langsung tak boleh disentuh. Jika disentuh, esok cikgu terimalah surat saman. Sungguh mencabar dunia pendidikan sekarang. Apapun aku merasa terharu dan malu dengan teguran awal oleh cikgu, yang sepatutnya aku yang mulakan dulu. Maafkan saya kerana terlalu merendah diri sehingga memakan diri. Selepas ini saya tidak akan mensia-siakan peluang jika dapat online lagi. Kerana saya sebenarnya ada banyak lagi yang hendak dikongsi dan berkongsi! - L

6 comments:

Zareda Norman said...

luna

sepatutnya bangga tau sebab cikgu masih kenal dan ingat anak murid macam luna hehhehe

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Luna,

Ada cikgu kat FB Luna? Teman kalau student minta add, tengok dulu. Kalau kenal baik add. Ada orang kampung mintak add, tapi tak kenal, pun tak add. Bukan apa, segan nanti deme baca aktiviti teman, bukan kenal rapat pun. Ad 21 request add, malas teman nak jawab.

Irtiyah said...

Salam

Mesti Kak Luna budak baik masa kat sekolah dulu. :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kak cikgu tu ibarat mak tiri..baik mak tiri

kakLuna said...

kak zar ; bangga eh? kecut perut lg ada..hehehe

yong halimah : a'ah teman pun skrg tgh menapis smula kwn2 FB ,yg mana x sesuai tu teman unfriend je

irtiyah ; hahaha mmg 'baik' lah sangat kakak ko ni irtiyah... :P

brutalsolo : hm kenapa mak tiri dlm BI tu stepmother ek?*tiba2 lak nak tahu.

Aini Razali said...

eh chegu tu nama aku lah hehe...