Tuesday, September 28, 2010

Carta pujaan Sirap..


Hari ni kelas Luqman ada buat jamuan raya. Dari hari tu memang dia dah bagitau tapi dia tak tetap fikiran nak suruh bawa apa. Kaedahnya jamuan ni tema 'potluck' lah (aku ni dah tua-tua baru dengo perkataan potluck padahal dah buat bertahun-tahun).
.
Dari minggu lepas aku cadang nak buat kan bihun goreng tapi semalam Luqman kata ada kawan dia yang bawa bihun. Aku nak pikir benda lain memang takde masa dah, sebab tak ingat nak beli bahan!!! Bertuah punya mak Luqman. Tapi mujurlah Luqman kata, 'Mak, Luqman dah bersetuju dengan kawan-kawan nak bawak Sirap!' Ha..jujur gitu ayatnya. Aku pulak macam nak tergelak, dalam banyak-banyak benda makan, Sirap juga yang 'dipersetujui' oleh kawan-kawan Luqman.
.
So pagi tadi jadilah aku juara pembancuh sirap. Malangnya, umah aku takde pulak bekas air yang ada corong paip tu, jadi aku bancuh dalam jag yang gedabak punya besar (kalo masukkan sekor kucing pun muat rasanya!). Sebelum tu, nak jadi cerita, pencelup sirap pun tinggal nyawa-nyawa ikan. Air gula dalam peti ais lebihan raya aritu pun tinggal suku botol je. Memang tak cukup lah. Aku ingat nak tukar idea jadi air Sarsi sebab ada sebotol lagi perisa Sarsi dah siap bergula tu cuma buh ais je. Tapi Luqman taknak. Air oren Sunquick pun ada lebih kelasss la dari sirap, pun dia taknak. 'Luqman nak sirap,sirap,sirap jugak!'.
.
Maka dalam 'waktu kecederaan' tu terpaksa la aku masakkan juga air gula seperiuk kecil, dan pencelup sirap tu aku tuangkan air panas ke dalam nya dan goncang supaya habis semua sirap tu keluar sehingga ke titisan terakhir! Ginilah aksi seorang juara, pendek cerita, siaplah sirap mu, nak..
.
Sambil nak bawa ke kelas Luqman tu semua orang menjeling ke Sirap yang aku bawa 'Napa dik? ko nak ke? Air ni takde kelass dik, bukan macam air ribena iklan maria tunku sabri tu' kataku dalam hati. Sebenarnya aku malu dan nak cepat-cepat 'melepaskan hazab' bawak jag gedabak ni ke kelas Luqman. Dan berjayalah ia mendarat di belakang kelas, tempat budak-budak ni mengumpulkan potluck dorang. Memang betul, ada yang dah bawa bihun, karipap, keropok, roti dan sebagainya. Tapi takde yang bawa air.
.
Nasib baik kawan-kawan bersetuju supaya Luqman bawa Sirap. kalo tidak, tercekik budak-budak ni nanti ye....

Tuesday, September 21, 2010

UPSR...19 tahun yang lalu..


Hari ni, budak-budak darjah 6 pun menghadapi peperiksaan besar pertama dalam alam persekolahan mereka. Aku pegi hantar Luqman ke sekolah tadi, tengok ramai juga mak bapak datang bagi sokongan kat anak-anak. Suasana yang janggal dibandingkan dengan zaman aku dulu. Tapi Alhamdulillah tu tanda ibu bapa hari ini makin prihatin.
.
19 tahun lalu, tahun 1991 aku batch ketiga menjalani UPSR, tapi batch kedua yang ambil 4 subjek saja. UPSR yang pertama ada 5 subjek termasuk matapelajaran Agama (eh ye ke? sapa-sapa lahir 1977 boleh sahkan?).
.
Tak silap aku dulu UPSR buat bulan 7, tapi sejak-sejak katanya lepas periksa budak-budak ni enjoy sangat sehingga cuti sekolah maka dilanjutkan tarikhnya ke bulan 9. Lagipun subjek makin bertambah kan, maka elok lah tarikh nya pada September, boleh cover semua silibus.
.
Zaman aku dulu, takde lah tumpuan extra ordinary dari mak ayah macam zaman sekarang. Memang mak ayah ada tanya macam mana persekolahan? tapi takat tu je la, takde beria-ria antarkan ke tuisyen swasta, kursus motivasi semua tu. Kalo ada pun tuisyen buat kat sekolah untuk pelajar yang berpotensi (macam aku la..dulu la..rekod zaman purba hehe). Ada lebih kurang 10 orang pelajar harapan nya, Alhamdulillah 6 orang dapat 4A, dan jumlah yang paling ramai dapat 4A masa tu. Sekarang ni aku tak pasti la pulak prestasi sekolah aku camne.
.
Persediaan untuk peperiksaan? Hm, selain tuisyen tu, ikhtiar dengan air penawar buat penerang hati. Biasanya mak angkat (dah arwah) aku yang buatkan air penawarnya. Pastu kakak aku masa tu dah abis SPM, masa dia nak SPM kat sekolah taayah dulu dia ada pinggan yang ditulis ayat suci Al-Qur'an untuk diminum air dari situ. Lupa lak aku siapa yang buatkan. Dia macam pinggan guna dakwat Zafaran zaman sekarang ni lah. So, pagi-pagi minum air pinggan tu, selawat dulu 3 kali. Makanan tambahan pun takde. Ubat kecerdasan minda macam examo,brainto pun tak wujud lagi masa tu. Masa sekolah menengah baru kenal Examo dan Brainto. Jadi, rutin yang dilakukan ialah; makan kismis. Kismis yang jenama 'Sultanate' tu lah jadi santapan nya. Dulu mana ada orang jual kurma, kismis macam Yusuf Taiyoob tu hehe. Kurma madu pun tak penah dirasai sepanjang tahun 1980an dan awal 90an.
.
Setelah siap semua persediaan, mula lah perjuangan yang mendebarkan itu. Semasa kami exam, cikgu pun jawabkan soalan tu untuk mengetahui samada kami jawab soalan dengan betul. Aku lupa prosesnya camne, tapi lepas habis UPSR, cikgu cakap Matematik aku markahnya cuma 80. Cikgu kata, harap-harap graf turun je nak dapatkan A. Risau sangat masa tu tapi Alhamdulillah keputusan sangat memuaskan, di situ lah orang kata perasaan gembira yang pertama aku penah rasai walaupun selepas itu aku menghadapi saat turun naik kehidupan yang masih belum berkesudahan. Tapi itu kisah lain. Doa aku agar adik-adik (eh ke anak-anak?) yang mengambil UPSR dapat menjawab soalan dengan tenang dan akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang. Amin Ya Rabbul Alamin... - L

Saturday, September 18, 2010

'Jangan Ambil sekerat-sekerat'


Assalamualaikum...
.
Lately aku selalu terbaca komen dalam FB berkaitan masalah sosial yang melibatkan orang yang bertudung.
.
Biasa sangat dengar 'Bertudung tak semestinya baik malah lebih teruk yang tak bertudung..tengok kat youtube tu berlambak-lambak orang bertudung perangai tak senonoh'. Aduh, pedihnya dengar walaupun sepatutnya kalo kita tak buat kita tak perlu terasa. Namun, pedih dan pahit itulah kenyataan yang telah memalit semua orang yang bertudung dengan imej yang hina. Dari situ, jawapan balas yang selalu diberikan 'Yang bertudung tak semestinya beriman, tetapi yang beriman pasti bertudung (menutup aurat'. itupun ada jua yang tidak faham dan mencemuh, akhirnya, seperti timbul persepsi, yang tidak menutup aurat itu betul dan yang menutup aurat itu salah.
.
Bukan membela golongan yang bertudung tapi buat maksiat ini. Samada menutup aurat tapi buat maksiat atau buat baik tapi tak menutup aurat, kedua-duanya adalah tidak Islamik. Tidak mengikut apa yang Allah perintah dalam Qur'an. Allah suruh tutup aurat dan buat baik bukan buat baik tapi tak tutup aurat, atau tutup aurat tapi mungkar. Pemakaian tudung (menutup aurat) datang bersama iman. Bila mengaku beriman kepada Allah, dan mengaku memahami apa itu Rukun Iman, sepatutnya sedar suruhan Allah. Anjuran menutup aurat bukan paksaan manusia....bukan juga Nabi atau Malaikat tapi dari Allah SWT dalam kitab Al-Qur'an yang menjadi pegangan kita. Justeru tidak timbul soal 'belum datang seru' atau 'tidak mahu hipokrit' kerana ini bukan suruhan manusia, tetapi Allah....Allah, sayang...Allah!..
.
Selama ini, apa yang Allah dah beri pada kita? Banyakkan? Malah lebih dari yang kita minta. Allah beri kesihatan, beri rezeki, beri zuriat, beri kekuatan kaki dan tangan, kecukupan anggota badan, beri pendengaran yang baik, mata yang jelas melihat, rupa yang cantik. Macam-macam lagi yang tak habis kita hitungkan. Tetapi mengapa bila Allah meminta kita mematuhi arahanNya, kita engkar...atau kita buat, tapi separuh-separuh, demi kepentingan kita. Walaupun masih mengaku beriman kepadaNya!
.
Ini adalah peringatan sesama insan...peringatan untuk diri aku sendiri juga...jangan diambil hukum Allah separuh-separuh, tetapi seluruhnya...kerana kalau Allah dah perintahkan, sudah pasti kebaikannya untuk kita. Teguran ini bukan kerana benci, tapi kerana sayang...Sayangkanlah Nabi Muhammad SAW...penuhilah hasrat Baginda untuk kita ramai-ramai umat Islam memenuhi syurga...dengan mengikut perintah Allah SWT dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Kerana hidup ini cuma sementara...Jika ada peluang berbuat baik, bertaubat dan berubahlah.

Friday, September 17, 2010

'Syoknya jadi janda...'


Assalamualaikum...
.
Wah ayat... macam ada provokasi di situ. Bukan, bukan tujuannya mengata tapi cuma berkata-kata. haha macam skrip pulak, citer apa ntah?
.
Tapi memang tak nak bercakap pasal negatif pun malah nak puji lagi. Berkaitan gambar tu - orang meniaga. Tapi bukan orang dalam gambar tu. Ia cuma hiasan.
.
Nih, nak habaq pi, kat kampung aku ni kan ada 1 kedai jual kuih-muih tu yang sangat laku. Kedai tu baru je 1-2 bulan dibuka sebelum puasa aritu, kat tepi jalan. Rekod kampung aku ni, kalo bab-bab menjual makanan ni, jarang yang laris! Tak macam kat pekan macam parit buntar tu, banyak gerai, kat depan market, kat hujung lorong, kat depan sekolah, kat depan masjid, heh boleh kata macam-macam pilihan dan ramai pembelinya.
.
Tapi kat kampung aku ni susah sikit, kalo ada kedai makan pun tak glamer, 1-2 bulan bukak, pastu tutup sebab takde sambutan. So tinggallah kedai-kedai yang memang dah lama bertapak contohnya macam kedai corner, roti canai, murtabak dan peniaga karipap, cucur badak dan pulut udang tu. Kuih-kuih kat sini pun jarang 'yang berjenis' (hei, ngutuk kampung sendiri ke?). Nasi lemak pun begitu, macam tangkap muat, asal jual sudah. Jadi aku jarang dengar la orang kata 'orang tu jual nasi lemak sedap atau kuih itu sedap kuih ni lembut dan lain-lain' .
.
Lagi satu sebab kenapa kedai tak laku ialah kebanyakan orang sini, masak sendiri walaupun untuk makan pagi apatah lagi tengahari. Orang jarang makan kat luar kalo nak makan kat luar pun depa pi ban pecah ataupun parit buntar lah (macam aku, yang dah khatam restoran-restoran kat parit buntaq nuu).
.
Ok sambung cerita pasal gerai jual kuih tu. Aku kenai penjual tu, sorang jiran aku, sorang lagi mak kawan Luqman. Jiran aku tu isteri orang, ada 4 orang anak. Yang mak kawan Luqman tu, janda! Ha di situlah tarikan gerai tu. Kakak tu bukan berhias pun, biasa je orangnya macam kita-kita ni ler. Dia pun tak le gatal macam orang selalu sinonimkan janda ni dengan 'gatal'. Ish jahat sungguh mulut orang kita kan. Tapi dengan title itulah, rezeki perniagaan dorang ni sangat murah. Seronok aku tengok pagi-pagi orang berkerumun macam kedai nasi lemak antarabangsa nun. tapi kuih-muih yang dia buat tu sedap la jugak. Ada kualiti macam tepung talam, roti john, puteri ayu, karipap. 'berjenis' la kuihnya. tak la macam 'tangkap muat', asalkan jual, sudah.
.
Aku tau la jugak sikit-sikit kisah kakak tu di sebalik perceraian dia tu. Dan bila tengok dia berniaga, mencari rezeki untuk anak-anak dia buat aku kagum dengan ketabahan dia dan usaha dua orang tu dalam perniagaan. Jiran aku tu pun ada kegetiran hidupnya sendiri, suaminya OKU tapi masih boleh bekerja cuma tidak lah mewah, setakat cukup makan pakai dan keperluan tempat tinggal. Kesimpulannya, aku memang salute pada dua wanita ini yang bangkit dari kepayahan dan berusaha untuk mengubah nasib kehidupan dengan tangan sendiri. Sehinggakan terkeluar lah ayat ni masa sembang sambil makan pagi dengan mak ayah aku aritu ' Syok nya jadi janda kan sebab jadi pelaris.' Ayah aku pun lani selalu beli kuih-kuih dari situ je. Mak aku kata 'hai maklumlah...kedai janda...' pastu kitorang semua gelak-gelak.

'Is it our satisfy or Allah satisfy?'


Assalamualaikum..
.
Hehe sejak-sejak dah ada cd Maher Zain ni, ayat rujukan pun dari lirik lagu maher zain. Sungguh menginsafkan dan banyak peringatan di dalamnya.
.
Macam lirik di atas tu mengingatkan kita tentang kebiasaan kita ni...yang terlupa bahawa apa yang kita lakukan bukanlah untuk orang suka atau tak suka. Selalu kita cakap, 'nanti apa orang kata?'padahal yang penting bukan apa orang kata, tapi adakah Allah redha dengan perbuatan tu. Kalo perbuatan tu memang perbuatan yang baik, dibenarkan syarak, pasti Allah redha, jadi lakukan saja.
.
Tentang kehendak-kehendak kita juga...mahukan harta, kekayaan, pangkat dan nama...adakah kita lakukan untuk kepuasan kita sahaja....atau untuk kepuasan Allah? Apa yang Allah beri kepada kita, adakah kita infaqkan ke jalan yang benar, atau sedekah kepada yang memerlukan. Atau kita makan seorang diri kita dan kerabat-kerabat kita sahaja. Kalo semua orang kaya membelanjakan hartanya ke jalan yang baik, dengan bersedekah atau membantu membina pusat pendidikan, masjid atau tempat tinggal bagi mereka yang kekurangan, insyaAllah tiadalah orang miskin lagi di dunia ini...kerana semua orang kaya, menyedari kelebihan yang mereka ada sebenarnya adalah hak orang-orang miskin. pada zaman Nabi, sahabat Nabi yang kaya iaitu Abdul Rahman bin Auf AS tidak meninggalkan sedikit pun harta dia melainkan diinfaqkan demi dakwah Islam. Kita bagaimana...ingatlah semakin banyak harta semakin lama lah kita akan dihisab ke atas satu-satu harta yang kita ada....untuk kita menerangkan di hadapan Allah, ke mana ia dibelanjakan...
.
Selalulah ingat 'is it our satisfy...or Allah satisfy..?' - L

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri 1431H


.
Kami sekeluarga, Luna, Am dan Oman mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri untuk sahabat-sahabat blogger dan pembaca blog yang setia. Doa kami semoga hari kebesaran ini dirayakan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Rayakan kemenangan ini tanpa melepasi batas-batas syariat, sayangilah dan bantulah mereka yang kekurangan dan memerlukan supaya Syawal ini bertambah berkat dan menyempurnakan lagi ibdah dalam bulan Ramadhan yang lalu.
.
Kullu Am wa Antum Bikhoir. Minal Aidil Wal Faizin...


Tuesday, September 7, 2010

Aku dan balik kampung...

Di ketika dan saat ini (cewahh apa kah motif?), aku tau ramai dah sampai kampung masing-masing terutama yang cikgu-cikgu dan budak-budak yang duduk asrama. Yang bukan cikgu pun ada amik cuti awal seminggu sebelum raya dan mula keje seminggu lepas raya. Kira 2 minggu lah tu. Ada yang travel jauh dan dekat. Berkereta sendiri ataupun naik kenderaan awam. Seronoknya menikmati perjalanan bersama-sama insan lain yang sama destinasi. Tentu banyak kisah yang boleh dikongsi.
.
Dalam hal ni, aku lah paling takde pengalaman, untuk balik kampung yang jauh dan merasai saat-saat cemas, lega, gembira bila membeli tiket pulang berhari raya.
.
Ini kerana, dari zaman aku kecil, sampai aku bersekolah, masuk U hinggalah dah bekerja, berkahwin dan beranak, jarak tempat aku bermastautin dengan kampung tidak lah jauh mana. Kata orang, 'balik hari' pun boleh.
.
Zaman kanak-kanak aku di A.A.Tin, kampung aku hanyalah di Kampung Gajah, rumah opah aku. Cuma 20 minit perjalanan. Tapi, walaupun dekat, dek sebab kekurangan, kereta pun takde, amatlah jarang kami sekeluarga pulang ke kampung kecuali hal-hal yang mustahak seperti kematian. Sesekali balik, berbondong lah kami adik beradik menaiki bas pendek warna merah itu dengan beg-beg pakaian yang besar. Bila balik dari kampung pula, muatan bertambah besar kerana mengangkut segala hasil tanaman terutama pisang 2 tandan. Kalo tak semua ahli keluarga yang pergi dan cukup satu teksi, maka teksi lah jadi sasaran.
.
Kemudian, zaman bersekolah asrama, pun tidak lah jauh Seri Iskandar - A.A.Tin tu. Bertukar 3 bas loncat, sampai lah sudah. Cuma mulai tahun 1993 aku sekeluarga dah berpindah ke Tanjung Piandang ni adalah 'jauh' sikit balik kampung nya, menaiki bas ekpress Ipoh-Taiping dan bas loncat ke Parit Buntar. Zaman tu, tokwan masih ada, biasanya tokwan akan amik aku dari Parit Buntar dengan teksinya.
.
Zaman UUM, pun tak lah jauh, malah tak pernah pun naik bas trip malam macam kawan-kawan yang balik pantai timur dan selatan. Adakalanya aku lihat kawan-kawan ada yang cemas ketika tiket sudah kehabisan, mencari-cari lah mereka tiket tersebut dari Changlun sampai ke Alor Star malah ke Penang demi untuk sampai ke kampung dengan selamatnya. Tapi aku melihat situasi tu sebagai 'nikmat' sebab aku tak pernah merasainya! Keluar jam 11 pagi dari UUM, insyaAllah pukul 4-5 petang sudahlah sampai ke Parit Buntar. Bak kata orang, tak sempat panas punggung pun dah sampai. Tapi ada jugak hari nya kami yang 'jauh' ni perasan nak jadi macam orang lain, bila naik bas chartered! hehe dapat gak rasa 'kekalutan' nak bubuh nama....macam la jauh sangat...tapi jadilah, dapat gak merasa kejap walaupun ntah apa-apa je, kan?
.
Zaman dah berkahwin, dapat orang utara, pun tak jauh lah, pun dah ada kereta lah. Cuma sesekali je nak bagi Luqman merasa naik bas, jadi aku bawalah dia ke Penang menaiki bas, sampai Penang, Am tunggu di jeti. Tujuannya untuk mendidik 'kesusahan' juga untuk anak aku, sebab dalam bas tu, pelbagai pengalaman, gelagat orang dapat dilihat. Luqman pun sebenarnya kalo boleh nak naik bas selalu, tapi mak nya inilah yang pancit. Sekali sekala boleh lah..melepas gian. hehehe.
.
Begitulah kisah balik kampung berhari raya aku yang 'sangat jauh' nya. Apapun, bagaimana juga cara kita pulang, semoga semuanya di bawah lindungan Allah SWT dan pergi dan balik dengan selamatnya...Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf zahir batin. - L

Saturday, September 4, 2010

Drama TV lagi...

Hari ni cerita pasal rancangan TV lagi lah. Bukan...bukan pasal Timah Najwa dan bapanya yang tak suka orang Melaka tu. Hehe dah tahu dah sebab-sebabnya, dan dah habis pun siri tu. Thanks to KakPB sebab hari tu susah-susah je sms pasal Timah. kekeke. Berkesan jugak cerita tu eh?
.
Sekarang ni aku tahu ramai layan cerita Epilog Syurga Cinta ni petang-petang. Terutama nak tengok aksi si cute Mia tu. Aku pun kalau ada part Mia je aku tengok. Part cinta-salah faham-merajuk-baik balik antara cikgu Syuhadah dengan Irham tu, idak le aku layan sangat.
.
Ni nak cakap pun pasal part cintan-cintun dalam rancangan TV lah. Aku rasa dah kekurangan 'nafsu' untuk melayan drama sebegitu. Baik yang tempatan atau yang luar negara. Entah, aku jadi rimas pulak. Gaduh sikit untuk menambah plot, kemudian-kemudian baik pulak. Masa gaduh tu macam dah takde harapan dah, siap nangis semua dan tak nak hubungi dah si kekasih. Tapi senang pulak berdamai...
.
Cerita omputih pun sama macam Gossip Girl XOXO tu dan Vampire Diaries. Eii tak kenan la aku. Asal ada sikit je hal yang wat salah faham, dahhh merajuk-rajuk, bergaduh bagai nak rak pastu declare dah clash. Pastu cakap pasal kepercayaan dah takde la, pengorbanan tak dihargai lah. Tapi omputih memang budaya cenggitu kot. Sebab dorang ni dalam hubungan, zina-zina tu takde masalah. Kesucian dan kesopanan bukan lagi ukuran. Apa yang dorang pentingkan sangat ialah kepercayaan. Eh tapi semua hubungan antara manusia pun begitu,kan? Tapi point aku kat sini, ialah tak suka melihat hal yang kecil dibesar-besarkan padahal esok-esok ko nak jugak kat orang tu. Hahaha. macam orang tua lak aku ni membebel. Eleh, memang dah tua pun sebab tu dah tak berapa nafsu dengan kisah cinta.
.
Begitulah kebiasaan kita manusia, yang mementingkan cinta manusia dari cinta Allah. Terlalu bergantung kepada manusia untuk membahagiakan hati ini. Padahal, kebahagiaan itu sangat subjektif dan bersifat universal. Kalau orang dah tak sayang, tak bermakna kita tak boleh beri kasih sayang kepada orang lain. Dan Allah tu kan dalam mencipta setiap perkara adalah berpasangan. So masa orang tak sayang kita, kita sayang orang lain yang juga berhak macam anak-anak kita, ibu bapa kita, atau anak-anak yatim, orang miskin jadi kasih sayang tu akan terimpak lah semula dari sumber yang lain. Kasih sayang Allah ni meluap-luap weh....Dia beri kita lebih dari yang kita minta, betul tak?
.
So berbaik kepada drama cinta tadi, memang tak salah kalo menonton drama tu lagipun garapan dan skripnya juga baik cuma cinta sesama manusia tidak kekal, kita cuma menumpang nikmat kasih sayang sahaja. Sentiasa harapkan petunjuk Allah dalam menjalani cinta manusia, InsyaAllah bahagia. Bak kata pepatah 'cinta pada bunga, bunga kan layu, cinta pada harta, harta kan musnah, cinta kepada manusia, manusia akan mati. Cintailah Allah, Cinta yang kekal abadi.'

Wednesday, September 1, 2010

Hidup tak selalunya indah

Dua tiga hari ni aku tak online sebab aku balik Penang. Isnin tu aku ada interview kat MPPP. Am antar aku dan Luqman pagi tu tapi balik kami naik bas sebab Am keja. Alhamdulillah interview tu berjalan lancar. Boleh dikatakan interview paling senang yang penah aku lalui. Aku bukan nak riak atau over confident, sebab ada kontra nya jugak interview sesenang ini. Sebab, calon yang lain pun pendapat yang sama. Jadi. ntah ada kah peluang? Wallahu'alam, tapi aku dah buat yang terbaik dan menjawab semua soalan. Selebihnya aku tawakal kepada Allah kerana Dia yang akan menentukan rezeki setiap makhluk.
.
Semasa tunggu bas tu, ada seorang makcik duduk sebelah aku. Pakaiannya baju kurung kedah, berkain batik dan bertudung kuning diikat di leher. Disebabkan bas masing-masing belum sampai, kami terus bersembang. Dia kata dia ada cucu umur lebih kurang macam Luqman. Tapi ada dua orang. Mak cik ni bukan peminta sedekah tapi kisah dia sangat meruntun hati aku. Katanya, dia datang Komtar nak cari kerja kot ada macam tukang-tukang sapu ke, pembantu kedai makan ke tapi tak dapat. Kat umah tu dia mengasuh 2 orang cucu nya. Ibu bapa kepada cucu ni eksiden (tapi aku tak pasti si bapa tu meninggal atau apa), anak Mak Cik ni ialah ibu budak-budak tu, yang juga sedang mencari-cari pekerjaan. Anak makcik ni 2 orang, sorang lagi lelaki, tapi keje driver bas kilang saja, takat lepas makan dia, bolehlah. Sebab tu makcik yang tua ini terpaksa keluar mencari nafkah.
.
Aku pun ada tanya dia 'kalo mengasuh anak orang dekat-dekat umah takdak ka makcik?' Dia kata 'takdak nak, lani orang antaq anak kecik-kecik lagi pi sekolah (nurseri). Dulu makcik ngasuh gak anak orang tapi lani depa besaq dah la makcik tak mengasuh dah'. Makcik tu sambung lagi 'la cukup susah cari keja, kot makcik dah tua (65tahun) depa tak mau.'. 'Memang pun makcik, memang lani susah cari keja, saya pun baru balik intw ni makcik..tatau leh dapat ka dak..'. 'Makcik bukan apa sebab dok jaga cucu tu. Depa bukan tau apa. tau nak makan, nak makan...ni tatau nak makan apa hari ni..tambang ni pun kawan makcik yang bagi' sambil tunjuk beberapa keping duit syiling kat tangan.
.
Alahai, sungguh kasihan. Dan aku tak merasakan makcik ni menipu dan sengaja bercerita kisah nya untuk minta sedekah, kerana dia memang tak sebut pun nak meminta dari aku. Tapi kerana kasihan aku hulurkan RM10 kepada dia. RM10, apalah sangat. Mengenangkan umurnya 65 tahun sebaya ayah aku, aku terbayangkan ayah aku tapi ayah aku lelaki, masih ada kudrat untuk bekerja, tapi ni seorang makcik, kerja apa lah yang bisa dilakukan demi mencari sesuap nasi untuk dia dan mulut-mulut kecil yang menanti di rumah. Makcik tu ucap terima kasih banyak kali kat aku dan kata 'hanya tuhan dapat membalas jasa anak..' Aku kata 'makcik, saya dapat bagi banyak ni saja, kalo ada lebih lagi, memang saya nak bagi, tapi setakat ni saja yang saya ada'. Makcik tu kata 'takpalah yang ni pun dah banyak cukup la nak bagi makan kat cucu-cucu'
.
Kebetulan lepas aku bagi, bas makcik tu pun datang dan dia berlari-lari anak mengejar dan menyusup masuk ke dalam perut bas. Dan aku yang masih menunggu, menginsafi segala kejadian tadi sambil menerangkan kepada Luqman. 'Tengok Oman, bukan semua orang senang, ada yang susah sampai nak makan pun takdak duit. Mak pun rasa kita susah tapi hari ni Allah tunjuk ada juga yang lagi susah. Oman jangan selalu nak minta-minta tapi banyakkan bersyukur sebab kita tak macam makcik tu...' Luqman diam saja mungkin memikirkan perkara yang baru dipelajarinya. Aku terlupa pula nak amik nombor telefon atau alamat makcik tu. Menyesal pula rasa, jika tidak, boleh lah aku cari dia dan tanya khabar lepas ni.
.
Hidup tak selalunya indah, di saat-saat sukar itulah kita belajar mensyukuri nikmat pemberian Allah....