Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Oh assignment ku dan assigment mu...

Cuti-cuti ni yang membuatkan aku patah kaki tak leh ke mana bukan lah kerana masalah kereta meragam ke apa, tapi mengerjakan assignment yang tak siap-siap.

Yang paling 'hazab' sekali ialah portfolio inilah yang kena disediakan dengan penuh kasih sayang, kesenian, kekreatifan dan kerajinan. Masalah nya, aku takde ciri-ciri semua tu. Aritu, lecturer ada la bagi contoh portfolio student yang lepas-lepas. Mak aih...lawa giler. Kreatif betul dorang ni buat fail tu dengan macam-macam rekaan. Taruh bunga lah, kulit kerang lah. Tapi, no wonder lah sebab depa tu major nya PSV, memang nak jadi cikgu lukisan pun. Kami ni minor memang tak hadap la benda camtu. Tangan pun keras semacam jek. Tapi nak wat camna, assignment dah diberi, kena lah buat juga.


Bila nak jadi cikgu, otak pun kenalah jadi budak-budak sikit. Be in their shoes, depa kata... Amacam sneak preview portfolio aku ni? Lawa dak kolaj kain aku, dengan anyaman tikaq aku tuh? Wei, puji la sikit. Hang pa tak tau berapa kurun aku nak wat benda nih. Tu pun jenuh nak cari masa yang betul-betul lapang, tenang, 'serene' kata omputih. Mana tak nya, umah ada budak-budak. Kita kalut gunting-gunting depa pun kalut nak kaler lah nak lipat-lipat lah. Memang mencabar nya lah study time dah ada anak nih. Tu aku yang baru anak satu (dan anak-anak menakan yang sama menyibukkan diri nak 'menolong' - tolong kacau ja....) Bagi yang ada anak lebih 2 tuh, memang salute ah leh sambung belajaq, sambung tinggi-tinggi pulak lagi. Masa adalah time, mana nak ligan masak nya, lipat kain nya, cuci kasut sekolah anak lah, nak sapu sampah bawah pokok mangga lah, nak cuci kereta lah. All in one lah supermom hari ni. (orang lain lah. aku supermoMster).

Dan assignment macam ni macam tak cukup lagi kan, aku kena pula buat assignment untuk akak aku yang sambung belajar (cikgu jugak). Yang tu lagi kelam kabut. Dia punya grup pakat lepas tangan belaka, akak aku lah yang dok kelam kabut pikir dan last-last mesti cari aku punya lah. Ni lah 'malangnya' jadi the only adik beradik yang ICT-savvy. Huhu. Padahal aku dah cakap dah, 'hang pa tatau hang pa blajaq lah. memang camni la cabaran sambung belajar, semua orang kena mahir dalam ICT, internet buat blog bla,bla,bla' aku membebel (tapi depan blog depa yang aku kena buat kan tu la). depan akak aku, aku menmousekan diri. Adik-beradik ni...payah nak tolak. Tambah jenis cam aku ni malas nak panjang-panjang cerita. Walaupun aku sibuk jugak dengan keja aku sendiri tapi tahap simpati, empati aku lebih tinggi, pong pang pong pang ping pong ping pong. Nah, siap jugak lah blog ala kadar untuk akak aku tu.

Cuti aku masih berbaki seminggu lagi. Bagi orang lain memang la rasa best. Lama tu. Budak-budak cuti 2 minggu tapi cikgu maktab cuti 3 minggu! Sapa tak jeles. Tak caya tanya Tiara. Budak tu mesti jeles sakan dengan aku. hahahaha. Aih, tak leh gelak-gelak dah. Mulai arini aku kena tekan gear 5 dah (eh lupa, aku Auto kihkihkih). Nak buat assignment, nak cari kayu..nak buat assignment, nak cari kayu...nak buat assignment..nak cari kayu...ok bye. jumpa lagi.

Tuesday, June 7, 2011

Kedai dah buka semula

Seperti mana yang dijanjikan (ada janji ke idak eh?), bila dah cuti sekolah ni kedai ni pun dibuka lah. Ni pesen kedai PJJ namanya. Time cuti dia On time orang On dia cuti. Ada macam-macam menu nak cerita tapi rasanya dah basi sebab semua dah dikaborkan dalam fesbuk.

KPLI aku pun dah nak sampai penghujung, silibus dah abis belaja, ada yang dah exam pun. Cuma tinggal nak praktikum bulan 7-10 dan final exam dan pastu insyaAllah baru la bergelar cikgu. Rasa cam kejap je ye? Memang orang lain rasa kejap tapi kitorang nak mengabiskan study tu rasa ya Allah hazab nya. Memang inilah cabaran cuma eiii tak sangka lah awad susah sangat??? Masa kengkawan lain yang amik KPLI sebelum-sebelum ini takde le pulak deme kabo KPLI rope ini. Pack giler. Ke deme memang nak mengenakan aku..ish ish ish. tohmahan tohmahan. Dek sebab tension kadang tu kan, aku dan kengkawan pakat menung-menung, pikir-pikir nak cari keje lain nak ganti RM80,000 dalam agreement sebab merasakan susah sangat nak jadi cikgu nih. Pam tayar ketapi ke...kira bulu beruang ke...asalkan leh kuar dari 'neraka'ni hahaha..tapi itu gurauan saja lah sekadar menghibur hati time penat lelah mengikuti program.

Nak merungut pun tak leh juga. Orang keliling ni tunggu masa jek nak menghentam. Ye lah kami kan KPLI je, yang jadi cikgu sebab tak dapat keje lain. Kami tak pandai, tak de jiwa pendidik, tak perform, banyak menyusahkan pihak sekolah. Huhuhu..sentap dan sentimen! hehe. Tapi aku tak pikir gitu....InsyaAllah tidak. Walaupun memang wujud nya situasi di mana ada jurang antara guru-guru mengikut kelulusan tapi bagi aku, hidup ada pilihan. Cara berfikir, bertindak pun, ada pilihan. Tak kira le sapa kita, apa yang orang kata tentang kita, yang penting ialah, apa yang kita percaya? Kita pun tak boleh nak halang orang menilai diri kita macam mana, kita amik yang positif aje cukup. Bila orang perhati kita, judge kita makna nya orang amik tahu, ye dak. Kita just buat yang terbaik, dan tahu tanggungjawab kita iaitu menyampaikan ilmu. After all, ia hanya sekadar secebis ujian dunia yang Allah beri mengikut kemampuan kita. Tak gitu, akak yang pakai lipstik SilkyGirl tu? Cantiknya kaler..Pink karer lagi!

Jadi, apakah yang telah berlaku sepanjang kedai aku tutup nih? Antaranya...berat badan naik. Eii menci-menci! Sepatutnya bukan ke dah teruk-teruk buat aktiviti lasak minor PJK ...dah gi hiking kat Cameron bagai, pegi kayak le apa le. berjalan le. Kan sepatutnya makin slim? Ni apsal naik tak hengat dunia ni. Marah ku pada tubuhku yang tak bersalah mengikut seksyen 18 akta slim river. Hm tu lah kan Dr aku pun dah bilang, bila dah stop treatment Hep B tu berat badan akan kembali semula kepada asal (asal tu bukan berat asal zaman anak dara, tapi berat asal sebelum treatment lah...) Sila saksikan transformasinya...jeng jeng jeng

Ini tahun 2010. Indahnya saat ini...rasa chantek macam kak Nani Rostam pulak. (haha contoh tak boleh blah!)


Mei 2011 - Hohoho. apa sudah jadi. Waktu inilah, alat penimbang akan dituduh rosak tanpa bukti! Sib baik bertenggek atas besi kalau pokok ceri tu...ranap dah tu...

Takpelah, pasni aku berazam (kat kelas aku dulu kan, ada nama budak badrul azam borhan sekarang pegawai kat JPN Ipoh..iklan kejap hikhikhik) untuk maintain jangan lebih dari 55 kg. Jika tidak.....jika tidak.....aku belanja korang twisties yang sepeket ada 10 peket kecil beli kat Tesco tu. Hahaha supaya aku senang hati sebab korang pun tak boleh maintain hahahaha (ni apa pesen punya azam....berhasad dengki ada la...).

Selain dari pertambahan berat badan, dalam tempoh tutup kedai ni, insyaAllah ilmu pun bertambah le juga terutama masa belajar. Susah tu memang la susah tapi bagi aku, banyak benda yang aku belajar malahan aku rasa masih dahagakan kasih sayang ilmu sebab tempoh belajar KPLI ni sangat singkat. Tak sampai setahun pun. Korang pun bukannya nak speakang dengan aku. Camna aku nak terel? *huh, menyalahkan orang lagi! Aku pun rasa sangat bertuah sebab dapat belajar dari lecturer-lecturer yang terbaik dalam bidang masing-masing. Terutama 2 orang lecturer aku yang pencen tahun ni selepas lebih 30 tahun pengalaman mengajar. Jadi batch kami dikira bertuah sebab dapat 'sentuhan' terakhir dan yang terbaik dari mereka berdua. Jauh di sudut hati ni pun berharap dapat mencontohi mereka yang bukan saja menyampaikan ilmu, tapi menyentuh perasaan anak didik untuk mencintai ilmu. Itulah guru sejati nama nya. Perghh..puitis. Sekali sekala. eheh.

Sebagai penutup (sebab aku tatau camna nak ending entry ini dan ini adalah masalah negara yang aku hadapi dalam dunia penulisan iaitu tatau buat ending pastu aku end up dengan merapu) so sebelum aku merapu meh aku tutup dengan pantun;

berus tandas disangka hanger,
sebab tengok tak pakai spek,
lain kali kita berjumpa,
bila datang idea merepek.

Ah sudah lah. full stop.

Friday, February 18, 2011

berblog dengan limited wifi...hah satu bar aje?

Aku buat entry ni sambil tunggu Am datang amik aku nak balik tg piandang. Bukan kat bilik ni, tapi kat surau semata-mata nak dapat access wifi. Kat bilik langsung takdak line. Yillek Potchit! kata kengkawan satu course English SJKT aku nih. Aku tau, kalo dah susah macam ni patut amik berokband satu, tapi I have enough with berokband. Umah tg piandang pun stre*myx, umah penang pun stre*myx wifi. sapa nak bayar? hakuuuu jugak. Nak terminate salah satu tak boleh jugak sebab talian internet ni satu keperluan. Aku tak kesah tak de blackberry ke cherry bery ke janji ada internet tenet tenet. Sapa setuju angkat baldi. Woi woi tu baldi aku tu! Kang aku nak basuh kain kang takde baldi lak.

Yang sebenarnya patut ada satu lagi entry sebelum ni. Tentang kenduri kak Lady yang aku attend hari tu lah. Tapi nya kan macam dah basi jek nak citer kan. Dalam facebook pun dah upload 1 album dan dah dikomen-komen pun oleh orang yang ditag. Rasanya penceritaan kat sana dah cukup afdhol lah kan.

Pejam celik naik turun bukit dengan penat giler, dah dekat sebulan dah aku kat sini. Tolak cuti seminggu aritu, kelas dah start 2 minggu dah la tapi rasa macam lama gilerrr. Tak sabar rasanya nak abis KPLI ni. Assignment memang lah sangat banyak tapi kebanyakannya group assignment la yang mana kena diskus sana sini, dan hari paling sesuai ialah weekdays. Sebab on weekend kat sini macam sunyi giler semua orang cabut balik umah la. Aku tak penah la lagi weekend kat sini sebab aku memang balik kampung. Tapi roomate aku la yang citer sebab dia 'try' weekend kat sini walaupun dia pun orang parit buntaq boleh balik every weekend. Memang bosan giler kata dia, dah la cafe tak bukak kena tumpang kafe recsam tuh. Life is totally hectic during weekdays but turn to totally bored during weekends! So, ada masa, lebih baik balik lah ke pangkuan keluargamu yang menanti..hukhukhuk...

Aku pulak weekdays yang ada free-free sikit pun aku calling2 la boifren aku tu suh amik dan balik umah penang. Hehe macam newly wed couple gitu. Tapi being a mother kan (lately aku banyak baca entry blog guna perkataan 'being' lah. apsal ek apsal ek. Musim?hahaha) takde lah, betul la hukum grammar being tu kan. Ok back to the story, being a mother kan, mana leh selalu tak jumpa anak. At least sehari sekali mesti tepon dengar report harian. Kesian anak aku... dalam minggu ni 2 hari dia demam tapi aku takde di sisi. Huhu. Ni yang tak sabar nak balik ni. Awad la boifren tak mai mai lagi nih?

Course aku ni major dia memang BI tapi minor dia PJK dan PSV. Sepatutnya aktiviti berkaitan major la yang paling aktif dilakukan kan? Tapi kat sini tak le. Yang subjek minor tu yang lebih sudu dari kuah. Tapi.....aku suke!! Saya mesti pilih!! Sebab banyak buat outdoor. Awal-awal aritu dah senam-senam kat botanical garden. Best giler, maklumlah 3 jam weh kelas tu macam tak payah buat apa, malahan gi jenjalan jek. Hehehe. InsyaAllah pasni pun ada outdoor projects lagi tentatively will be going to teluk batik, cameron highland untuk PJK dan kelantan untuk subjek PSV konon kembara apresiasi seni gitu...insyaAllah. Being me (being lagi..) yang memang kaki jalan (KJ), sangat lah mengalu-alukan kedatangan tuan ke majlis kami itu nanti. Eh apa yang aku merapu nih?

So far ada jugak la suara-suara sumbang yang ngeluh-ngeluh tentang ke'pack'an kos ni dan kepenatan nak gi kelas sebab naik turun bukit, kelas jauh-jauh. Aku faham dan aku pun alami semua tu. Tapi sebab aku penah melalui pengalaman kerja dalam sektor swasta yang jauh lebih susah dan bagai melukut di tepian gantang, insyaAllah semua yang aku lalui kat maktab ni aku anggap sebagai cabaran dan boleh melakukannya. Lagipun banyak benda Allah dah bagi mudah kat aku. Contohnya dapat maktab dekat, umah pun ada kat sini, proses pembelajaran pun setakat ini rasanya semua aku leh catchup walaupun aku antara yang otai kat sini. Dorang bila dengar aku ada anak darjah 3, tokojut gilo! Bila citer dah berapa kali mintak KPLI lagi la hampir2 pengsan rasanya (hehe takde lah. exaggerate je tu). Tapi kengkawan alhamdulillah semua baik walaupun kami ni minoriti jek ...5 orang perempuan Melayu dan seorang je teruna melayu terakhir. Maksud aku untuk KPLI ambilan kali ni lah. Sebab kos kpli yang buat kat sini cuma BI SJKT, Mate SJKC dan Sains SJKT. Yang kos Mate tu semua chinese, yang Sains semua Indian cuma BI je ada terselit kami ni. Setakat ni syukurlah sebab takde pun rasa diketepikan oleh kengkawan bangsa lain tu. Semua supportive dan understanding.

Start 28hb ni aku dah kena gi sekolah untuk school based experience, kira macam intro-intro untuk praktikum la, amik angin dulu orang kata. Aku kena kat satu SJKT jalan Scotland ni, tak jauh dari maktab dan rasanya dalam grup aku ni aku la yang kena drive sebab dorang semua bukan penangites, kalau susah-susah sangat aku suh jek teruna melayu tu drive kan, bukan apa, jalan kat penang ni sangat lah jammed terutama pagi-pagi. Jalan Scotland tu yang menuju jalan masjid negeri jalan ke ayer itam aiyakkkk memang jammed la. Hopefully if I were to drive, the traffic will not so heavy.

Dan bukan takat traffic je yang aku risaukan, tetapi kami pelatih yang baru belajar ni dapat diterima dan diberikan tunjuk ajar yang sewajarnya, maklumlah, aku ni experience pun takde cuma ada passion untuk menyebarkan ilmu kepada yang memerlukan. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Ustaz Pendidikan Islam ku kata 'biarlah hari ni kita menangis agar bila kita keluar nanti dan mendidik anak-anak sehingga berjaya, kita akan tersenyum melihat kejayaan mereka' sekian, saya dahului surat ini dengan ucapan terima kasih.

Monday, January 31, 2011

Ehem ehem, teacher Luna dah datang!

Amboi, baru masuk maktab seminggu dah kerek giler kan? Padahal ni baru sebelah kaki jek dalam bidang keteacheran ni, sebelah kaki lagi tungguuuu satu tahun lagi, insyaAllah.

Cuti dah masuk 5 hari, baru hari ni dapat bernafas nak menjenguk blog ni. Sebelum ni menyetelkan bab perjanjian yang tak boleh silap sikit pun. Kalo problem bab perjanjian ni, lambatlah teacher dapat elaun. Huhu. Teacher pun tongah pokai ni ha, mengharap belas kasihan orang yo nak menampung kehidupan duo tigo bulan ni. Tak dapek la laie teacher nak belanjo orang-orang kampung seantero Zimbabwe makan nasi lomak ikan bilis campur telur robus.

So far, kehidupan teacher kat sana adalah lancar (eh aci ke nak bahsekan diri teacher? Ke ngada? Ke muntah? Nyampah? Gedik? dan rasa nak ketuk dengan pensel 2B laju2?). Masa orientasi memang pack giler. Kena mandi laju-laju, makan laju-laju, jalan laju-laju pastu malu-malu segan-segan boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang kat 'senior' yang muda belia. Macam masuk U dulu-dulu lah. Cuma beza nya sekarang teacher ni mahasitua la kat kolej tu. Untuk pengetahuan murid-murid semua, batch teacher kali ni, hanya 4 orang je perempuan melayu terakhir yang KPLI-SR (full time) yang lain semua J-Qaf. They all ni masuk maktab time cuti jek, jadi dorang cuma ada secara berjemaah untuk register dan orientasi. Lepas cuti ni, tinggal lah teacher dan 3 orang lagi yang KPLI kat kolej tu. Memang maktab ada bagi opsyen nak stay dalam atau dok luar. Dan pada mulanya teacher nak dok luar sebab dekat je kan dengan umah teacher tu, tapi bila pikir yang kami ni ada 4 orang je, susah sonang biarlah bersamo, nak buek esaimen pun sonang sikit. Lalu, teacher pun decide la dok kolej. Cumo bilo raso boring-boring tu, teacher koling-koling la laki teacher kot nak mengajak berdating? haih!

Seminggu dok maktab tu berbagai perkara yang teacher tengok, observe dan pikir. Awal-awal memang ketua HEP dah taklimat supaya jangan lah kami ni compare life kat sini dengan masa kat U. Memang totally different. The way of thinking pun lain. They have this kind of 'look' towards KPLI student. Tak pasti kenapa. Mungkin kami belum kenal sesama diri sepenuhnya. Orang kata 'tak kenal maka tak kenal lah'. hehe. Itu den punyo tagline. Tapi lebih kurang lah, sebab kenal tak semestinya cinta. Kalo cinta, ia suatu bonus. Apapun segala kekurangan perlu disabari dan diterima dengan sepenuh hati. Takpe lah ni semua teacher anggap sebagai cabaran ler. Kita kan nak jadi teacher, kalau nanti kot posting kat sekolah ulu banat mungkin lebih daif kemudahannya, macam mana? Jadi haruslah kami semua bersyukur seadanya. Dah dapat masuk bidang ni pun dah kira besar rahmat dari Allah. Lagipun bukan semuanya kurang, dan yang penting ialah ilmu yang kita akan dapat dari situ bukan nya fasilitinya. Tak lama pun...6 bulan jek. Sem 2 memang wajib dok luar semasa praktikum.

Tentang roomate teacher. Hihi. Ni nak habaq pi, roomate teacher orang parit buntaq jugak, kebetulan adalah kawan sekolah adik teacher. La...sekampung rupanya! Keciknya donia. Kami dok sebilik 2 orang. Yang lagi 2 orang selang 3 bilik dari kami. Sorang Kelantanese nama Asma (nak kawin bulan 3 ni) sorang nama Ina orang Johor (baru kawin). Athirah roomate kami tu single tapi rasa-rasanya not available hehe. Motif citer kat sini? Entahlah kot ada yang nak beradik iparkan cikgu? Ku habaq la awai-awai. Hehe.

Bab makanan pun so far best jugak. Memang sesuai amat dengan tekak teacher. Kalo rasa nak taste lain, Penang kan Food Heaven! Bolehlah merayap kat mana-mana after class. Kalo tak pi jauh pun, jalan kaki belakang surau je dah sampai tesco! Tapi sini memang penat sikitlah sebab naik turun bukit dengan jaya nya. Bukit Combee (bunyiknya Komb, tau) Kami dulu pun ingat bunyiknya 'Chombee' , sebab kebetulan kat Penang kan, mungkin sempena nama Chombi mana-mana ke. Rupa-rupanya tu nama Mat Salleh sapa ntah yang founder tempat tu ke apa ke ntah. Pun lupa sejarah nya. hehe.

Program orientasi tu pun pengisiannya mantap la jugak. Batch kami banyak kena puji sebab adanya semangat kerjasama antara kaum, kreatif buat persembahan dan cepat memberi respon dan berinisiatif. Ceh dah macam slogan la pulak. Masa persembahan kebudayaan tu, grup teacher dapat Koir. So kami pilih nak nyanyi Medley 4 bahasa. BM,BI,Mandarin,Tamil. hehe sampai sekarang teacher terngiang-ngiang lagu Tamil dan Mandarin tu. Kerjasama dari bangsa lain amat baik dan sporting sekali. Harapnya situasi ni berterusan sampai bila-bila. Kan 1 Malaysia katanya.hehe.

Lepas ni InsyaAllah teacher akan update lagi sebab teacher pun bawak netbook ke kolej. Senang nak buat assignment kan. Balik ni macam-macam khazanah teacher nak angkut. Carpet, penyapu, mop, baldi, bantal (lagi?), baju dan stok makanan yang enak sekali. Maklumlah dah masuk asrama kan...so, jadi budak asrama la balik untuk 6 bulan ni.. hehehe - L

Thursday, January 20, 2011

Akhirnya

Berita yang ditunggu-tunggu sudah pun diterima. Mungkin ramai yang dah tau melalui FB aritu. Ye, syukur Alhamdulillah, rezeki menjadi guru didorong oleh Allah menjadi milikku.

Tarikh 17hb Januari memang memberi debaran yang bukan kepalang. Dari pagi aku dan kawan-kawan tak putus2 merefresh laman web MOE tu. Dari pukul 8 pagi ke 10 pagi, dari 12 ke 2 petang, penantian yang sangat sengsara. Akhirnya jam 4.33 petang tertera lah keputusan dan nama aku terpilih!

Syukurnya ya Allah tak dapat nak gambarkan. speechless bila penantian selama 9 tahun, ye dari zaman isi borang atas kertas sampailah ke sistem online, dari umur aku 23 hingga aku 32 sekarang ni lah baru berjaya dapat KPLI. Terharu usah cakap lah. Masa solat asar dan sujud syukur sekali air mata ni jatuh berderu-deru. Mengenangkan usaha yang bertahun, mengenangkan kesulitan yang dilalui, mengenangkan 8 tahun lalu yang berlalu dirasakan terlalu lama tapi kini semua itu insyaAllah telah berlalu. Terasa pantas pula.

Kerana tawaran nya yang suntuk, aku terpaksa membuat notis berhenti 24 jam. Walaupun menyedari dalam syarat pekerjaan aku tidak ada notis 24 jam untuk pekerja yang telah confirm. Mesti kene notis 1 bulan. Namun aku terpaksa juga berdepan dengan HR menghulurkan notis berhenti. Panjang juga leteran yang aku terima tapi semua tu aku anggap bagai angin. Yang aku dengar 'Kena tolak gaji'. Seperti dijangka lah. Itulah nilai seorang pekerja yang telah memberi sumbangan kepada syarikat selama 5 tahun. Aku sedih tapi aku akur itu telah termaktub dalam employment letter, biarlah aku hilang ganjaran yang sedikit ini demi memenuhi ganjaran yang lebih besar yang telah lama aku mohon dari Allah untuk diperkenankan.

Kerana kesuntukan masa juga aku tak dapat nak umumkan lebih awal kat blog ni. Hari terakhir aku bekerja ialah Selasa yang lalu. Pada malamnya aku baru sempat melihat borang-borang dan buku panduan yang didownload dari internet. Begitu banyak perkara perlu dilakukan. Aku baca setiap butir dalam buku permohonan dan checklist. Jadi, hari pertama aku bergelar penganggur semula, aku berkejar ke IP4 mengambil borang medical checkup. Kemudian aku balik semula ke Perak mencari klinik yang sesuai untuk medical tapi semuanya tak sempat siap sebelum 24hb. 'Masalah'nya punca sebab hari ni cuti. Kalo tak cuti, mungkin aku leh buat semua tu hari ni. Kemudian aku pikir kalo klinik swasta pun siap 2-3 hari, lebih baik aku buat di hospital gomen? Sememangnya medical checkup tu diberi kelonggaran dihantar dalam tempoh 30 hari selepas daftar, cuma kita ni kalau boleh settle semua, lebih baik la settlekan,kan? Aku pun berkejar pulak ke hospital Parit Buntar, yang pastinya lepas seminggu baru dapat keputusan medical, cuma yang tak best nya dia kata, checkup boleh buat hari itu juga tapi kena datang semula 25hb untuk jumpa Doktor. Last kawan aku cadangkan buat hari Jumaat, di sebuah klinik di penang. Maka esok aku kan berkejar ke Penang lagi untuk selesaikan semua.

Jadi selepas tak boleh nak buat medical tu, aku balik rumah, pegi BSN buat akaun bank. Lepas tu aku amik gambar 14 keping dengan muka penat dan buruk giler ah lantak, janji ada gambar! Photostate segala surat, sijil, nak 5 set semua nya. Kemudian ke pejabat pos beli setem hasil. Total Lost hampir RM200.00 untuk itu saja belum medical checkup lagi. Nanti nak register kena bayar RM300 pulak. Aduh sapa la nak derma kat aku barang sekupang dua ni..huhuhu. aku acah je. InsyaAllah ada rezeki di mana-mana.

Settle semua tu baru lah aku start isi borang yang banyak helai tu. Sepanjang dari 17hb tu sampai sekarang tak putus orang sms dan call. Ada yang ucap tahniah, terima kasih banyak-banyak. Dan selebihnya call dari kawan-kawan sama interview yang dapat juga KPLI. Dalam grup intw aku aritu, 2 melayu, 2 india dan 1 cina. Aku dengan 2 orang kawan Indian tu yang dapat. Yang chinese tu aku tengok communication skill dia not bad jugak, malahan terbaik dari kitorang ni tapi dia tak dapat. Yang 2 orang Indian ni lah Kalaivani dan Punitha dari lepas interview sampai sekarang still in contact dan mujur la sorang tu dapat IP4 sama aku, jadi banyak la boleh kongsi maklumat. Yang sorang lagi dapat IPG di Terengganu. Dan syukur, Lizaleen juga dapat KPLI kali ni. Seronok sangat.

Dengan dapatnya KPLI ini, adakah aku harus bersenang lenang kerana semuanya telah selesai? Tidak. Ini bukan pengakhiran tapi ini adalah permulaan satu episod baru yang lebih besar tanggungjawabnya. InsyaAllah aku akan melakukan yang terbaik. Sebenarnya cita-cita aku lebih tinggi dan aku menjadikan bidang perguruan ni sebagai tapak untuk mencapai impian tersebut. Tapi tidak bermakna aku nak berlewa-lewa saja. Cita-cita aku yang dihadapan tetap memerlukan aku berbuat yang terbaik dalam kerjaya aku sebagai guru ini. Dan aku mohon kawan-kawan pastikan aku tidak leka dengan apa yang Allah telah berikan ini. Tegurlah aku kalo aku berlebihan, bangunkan aku kalo aku terlena supaya aku sedar apa jua yang diberi adalah pinjaman dari Allah semata-mata, kita sebagai hambaNya harus mempergunakan peluang ini untuk mencari keredhaan Allah bukan sebaliknya.

Doakan aku berjaya dalam episod yang baru ini. - L

Saturday, December 18, 2010

bila cikgu menegur di chat FB, hiks, malulah! :P


Bila semakin ramai kawan lama mula muncul di FB, perasaan memang lah seronok. Bukan saja kawan-kawan, cikgu-cikgu pun ada.

Tapi bila dah mula meng'add' cikgu-cikgu, perasaan bercampur baur. Gembira, rindu tapi segan pula. Maklumlah sebagai cikgu kebiasaannya pasti nak tahu perkembangan bekas anak didik. Sudah kawin dan beranak ke, duduk di mana dan bekerja apa? Bab soalan dah kawin ke belum tu insyaAllah pasti dijawab tapi yang bekerja di mana tu agak rendah diri lah nak memberitahu. Pekerjaan sekarang tidaklah sehebat rakan yang lain. (Ye, aku tahu orang kata, bukan pekerjaan menjadi ukuran kejayaan, tapi kebanyakan orang mengukurnya di situ, jadi aku harus juga merasa rendah diri).


Sudah 2 orang cikguku menegur di chat FB. Kedua-duanya pula adalah cikgu yang terkenal garang semasa zaman persekolahan. Tapi kegarangan mereka benar-benar mendidik! Memang tak patut mereka yang tegur aku dulu di chat FB, sepatutnya akulah yang menegur, tu kan cikgu... Tu lah, masalah aku punya low self-esteem dan aku rasa masa sekolah rendah dan menengah tu aku bukan top student, tak aktif sukan, tak aktif persatuan, aku sangka, cikgu manalah nak ingat aku. Tapi rupa-rupanya nilai kemuliaan seorang cikgu itu sangat tinggi, mereka masih mengecam setiap anak murid mereka! Kagum!

Cikgu yang pertama tegur aku ialah cikgu Khadijah yang mengajar di SMKASAS. Dia tak pernah mengajar aku, tapi sebagai sebahagian cikgu disiplin, kelibat cikgu Khadijah memang mendatangkan 'gempa kecil' di hati kami. Dengan pakaian jubah bertudung labuh dan mukanya memang serius itu selalu buat aku kecut perut padahal tak buat salah pun. Itulah penangan seorang cikgu yang ditakuti kerana rasa hormat. Setelah masa berlalu, barulah aku berpeluang menilai hati budi cikgu Khadijah dengan lebih dekat, walaupun hanya melalui chat FB. Aku tak sangka, cikgu Khadijah, yang amat aku takuti tu, boleh bertanya dan bercerita pelbagai perkara lewat ruang chat itu. Baik rupanya cikgu Khadijah (ye lah, takkan jahat pulak? hehehe).

Cikgu yang kedua yang aku baru add tak sampai sebulan, ialah cikgu Noraini, guru kelas aku masa darjah 2 (1987). Dia juga tinggal di kejiranan aku di A.A.Tin dulu. Sebagai ketua darjah, jika ada buku-buku atau alatan yang perlu cikgu bawa ke sekolah, aku lah yang bertanggungjawab mengambilnya di rumah cikgu dan membawanya ke kelas. Biasanya buku-buku latihan yang telah siap dirait. Cikgu Noraini memang garang. Trademark beliau ialah cubitan naga berapi (ok, aku exaggerate di situ) kat perut. Selalunya yang kena, budak-budak lelaki lah kerana malas siapkan keja sekolah. Aku ingat lagi sorang kawan aku, Azman namanya. Dia dah la kurus, selalu kena cubit kat perut. Tiap kali semasa dicubit tu, badan dia sampai terjengket-jengket menahan sakit. Tapi kelakar juga, cikgu di kelas memang garang, tapi tiap kali aku pergi ambil buku di rumahnya, (aku sekolah sessi petang) kadang-kadang dia sedang sidai kain. Atau baru lepas kemas rumah atau tengah memasak. Terserlah juga keibuan di situ. Dan apabila aku mengimbau kembali kenangan 'cubit perut', cikgu Noraini terus ketawa besar katanya kerana lucu bila ada anak murid yang masih ingat peristiwa itu.

Aku tak tahulah samada aku ni menjadi kebanggaan cikgu-cikguku itu. Tapi bagi aku, aku sangat berbangga dengan mereka kerana sudah berjaya mendidik ramai murid menjadi insan yang berguna. Kegarangan mereka tidak pernah menjadi isu zaman persekolahan dulu. Tak macam zaman sekarang, murid langsung tak boleh disentuh. Jika disentuh, esok cikgu terimalah surat saman. Sungguh mencabar dunia pendidikan sekarang. Apapun aku merasa terharu dan malu dengan teguran awal oleh cikgu, yang sepatutnya aku yang mulakan dulu. Maafkan saya kerana terlalu merendah diri sehingga memakan diri. Selepas ini saya tidak akan mensia-siakan peluang jika dapat online lagi. Kerana saya sebenarnya ada banyak lagi yang hendak dikongsi dan berkongsi! - L