Wednesday, June 8, 2011

'Anak Beri Hadiah Harap Ayah Pulang'

Macam bunyi tajuk berita dalam harian metr0 pulak. Kesian pun ada, kan. hehe ...saja je bagi gempak tajuk.

Motip sebenarnya nak cerita perasaan terharu sebab anak dah pandai bagi hadiah, dari sudut hati nya sendiri, tanpa disuruh atau diberi idea.

Ceritanya, bulan ni kan bulan hari-hari istimewa, sekurang-kurangnya bagi kami sekeluarga lah. Bermula dari bulan 5 hari tu dah istimewanya. Hari anniversary dan hari Ibu. Bulan 6 ni pulak besday aku dengan Am dan hari Bapa.

Anak dah 9 tahun, makin observe pemikirannya dan semakin memahami nilai perasaan. Inilah yang berkembang dalam diri Luqman. Dia observe dan pikir bahawa hari istimewa patut diraikan sebab dari situ orang yang diraikan akan merasa gembira. Sebelum ni bukan dia tak tahu erti hari jadi, hari ibu dan hari bapa cuma pemikirannya belum ke tahap macam mana nak meraikan hari tersebut. Tapi bukan amalan sangat pun dalam family aku ni nak buat celebration ke apa. Abis,abis kuat pun takat beli kek dan makan satu keluarga. Kad-kad ni semua, ikut keadaan. Ada tu ada la, takde pun tak apa.

Untuk Mak

Jadi, baru-baru ni Luqman ikut rombongan sekolah nya ke Perlis dan Kedah. Aku bekalkan dia duit RM10 sahaja sebab aku fikir setakat dia nak beli jajan cukup lah. Duit tambang semua memang dah bayar awal-awal. Lagipun Luqman bab-bab tukar duit ni dia tak cekap sangat lagi walaupun sentiasa ajar dia setiap kali kami pegi beli barang. Kalau suruh dia beli dan duit itu berbaki, kenalah bagitau berapa baki yang sepatutnya dapat. Rupa-rupanya kat sana, kawan teringin membeli souvenir! Aku dah bagitau dia duit tu untuk beli makanan atau minuman, tak payah beli barang apa sebab aku risau nanti dia tatau nak bagi duit berapa. Salah aku juga lah, underestimate anak sendiri. Kawan dah besar, dah pandai tengok barang dah tahu nilai hadiah. Dia sebenarnya nak beli hadiah untuk aku, sempena hari Ibu.Huhu. Ye lah kan, kalau dia beli hadiah tu sama-sama dengan aku, tak surprise le pulak. Sebab, mak yang beli, mak yang bayar.

Akhirnya dapat lah juga dia sesuatu yang sesuai dibeli, dan cukup dengan baki wang yang ada. Dia belikan aku hadiah ni. Perhiasan dalam botol ni ha. Huk alah....comelnya. Tak sabar dia menunggu aku balik hujung minggu untuk bagi hadiah ni. Terus aku peluk dan cium dia sebab tak sangka dia ingat kat aku masa dia pergi rombongan tu. Dia kata dia nak beli benda lain tapi duit tak cukup. Alalala anak ku, murah mahal bukan lah ukuran. Even hadiah tu harga sen-sen pun aku rasa cukup hargai. Sebab dia dah tahu untuk menggembirakan aku. Syukur Alhamdulillah.


Untuk ayah

Disebabkan minggu ini aku sibuk menyiapkan assignment PSV aku, jadi banyaklah kertas warna, sugar paper, manila kad yang aku tumpang letak di meja Luqman. Bila aku letih, aku tinggalkan sekejap dan aku tidur. Bila aku bangun aku tengok Luqman tengah mengerjakan kertas warna dan beberapa alat tulis aku. Berselerak dengan cebisan kertas potong yang terbang merata-rata ditiup kipas. Mula lah aku nak naik hangin sebab dia mengusik barang-barang aku. Mujur la angin aku tak banyak sangat sebab aku nak tengok jugak dia buat apa. Rupa-rupanya kawan menyiapkan kad hari bapa untuk ayahnya. Huk alah....terharu nya. Kebetulan ayah nya tak balik pulak semalam. *Tu yang tiba-tiba datang idea tajuk entry tuh. Ni ayah dia lum tengok lagi ni, agak-agak apa perasaan ayah dia,kan.

Kad nya walaupun tak kemas tapi sesuai lah dengan tahap seorang kanak-kanak 9 tahun. Aku dulu pun buat kad ucapan failed juga. Ni pandai jugak la dia mereka kata-kata 'I Love You, Father You are my choice' hehe. dalam terharu, rasa lawak juga kan. Yang pastinya, aku bersyukur kepada Allah kerana Luqman sudah mengerti bahawa kebahagiaan yang sebenar ialah bila kita membahagiakan orang lain.

9 comments:

achik said...

happy belated birthday kak luna..

sweetnya la Oman.. err tang you are my choice tu mmg x tahan.. ;p

Irfa said...

akhirnya kedai dah bukak.anak dara aku sibuk mintak nak gi rombongan ke MELAKA hujung bulan ni..tapi aku cakap tunggu darjah 6.dia siap cakap bagi rm20 pun takpe..kakak nak beli keychain je.alahai

komen sikit..
susah nak baca tulisan bila pakai template ni(aku kan rabun)tapi usaha baca sampai abes ;-) jgn marah yer

kakLuna said...

achik : haha tu la.lawak giler..you are my choice..mcm lady's choice pulak hahahaha


irfa : hmm bagi la dia 'lepas'...insyaAllah cikgu2 semua boleh jaga..mcm anak aku,1 cikgu = 10 murid-murid.mula2 aku skeptikal juga mcm2 pk tp aku rasa apa salahnya bg peluang.cam aku pun nak jd cikgu juga nnt apa perasaan kalau parent macam x percaya kpd cikgu atau sekolah?

template ni..hehe..nnt aku pk2 ye

Angah said...

Happy belated birthday Luna..

Arief bagi poster gambar dia pegang tangan ibu dan ucapan "selamat hari ibu daripada abang"

betul kan..bukan harga yang jadi ukuran tapi ingatan tu. untuk budak berumur 7 tahun buat sendiri tanpa disuruh tu dah satu pencapaian kan..

eh kejap je dah dekat setahun ye cikgu luna hihi..

Mulan said...

happy birthday luna... besar dah luqman, bijak la tu... masa mula2 blogging dulu, kecik je dia..

kakLuna said...

angah : a'ah sbb tak bg idea pun yg hari ibu atau hari bapa kena bg hadiah tp dia yg make the effort, pilihkan hadiah dan buatkan kad..isk terharu lah sbb masa aku kekecik dulu x de pun wish kat mak aku..huk huk huk

sis mulan : hehe gigi pun dh tumbuh..aritu rongak je

risanur said...

bestnye dan sweet sgt bile dah ada anak ni...akan ingat hari ibu, bapa dan besday...
risa juga la yg lum ada rezki..huhu..

kakLuna said...

risa : saya selalu berdoa agar kawan2 lain cpt juga diperolehi zuriat...jgn berputus asa..selalulah berdoa, hanya Allah maha mengetahui apa yang kita perlukan

Pengalaman Naik Kereta said...

kak luna kok dah lama ngga update cerita lagi, semoga selalu sehat ya kak.