Friday, July 30, 2010

Durian? Thanks, but No Thanks

Dalam keluarga aku, ada pelbagai kategori penggemar durian. Samada;
.
1. makan durian, makan tempoyak
2. makan durian, tak makan tempoyak
3. tak makan durian&tempoyak tapi makan kuah durian dan cucur durian
4. tak makan durian, tak makan tempoyak
5. tak makan durian tapi tak kisah dengan bau
6. tak makan durian dan apa2 jua berkaitan dan sangat kisah dengan bau
.

Sejak aku kecil sehingga sekarang aku masuk dalam kategori No.3 dan No.5. Walaupun durian sepatutnya sinonim dengan orang Perak, tetapi aku terkecuali. Di kala musimnya, orang lain cukup excited menanti acara 'pulun durian', aku rileks je. Bukan aku tak penah cuba, bukan tak diajar, tetapi tidak lah menjadikan aku sukaaaa sangat semacam aku menyukai rambutan. Kalo rambutan atau buah mata kucing, aku sanggup habiskan 1 guni seorang sekali hadap! haha. Tapi tak pernah lah buat begitu (makan sekali hadap), tapi 1 guni aku sorang tu pernah.
.
Walaupun aku bukan penggemar, berlainan pulak dengan Luqman. Oh sebelum tu ingin ku beritahu, Am adalah kategori No.2 sama macam ayah aku. Ni bermakna subset kepada aku dan Am ialah tidak makan tempoyak (hehe belajar matematik pulak). Ironinya, Luqman tidak mengikut mana-mana tetapi jatuh kepada kategori No.1!.
.
Semasa bulan 6 dan bulan 7 musim durian sudah tiba di kawasan utara. Dari awal lagi Luqman sudah membayangkan nak makan durian tetapi belum tertunai kerana kami menunggu durian pemberian kakak ku kerana bapa mertuanya ada kebun durian, cuma lambat sikit masaknya, di jangka hujung bulan 6. Tetapi untuk tidak menghampakan Luqman, kami pun beli lah dulu durian yang selonggok RM10 tapi isinya tak seberapa, dapatlah 3-4 ulas, yang lain, samada *mangko ataupun busuk. Dari beberapa ulas tu, Luqman mengajak aku makan. Kalau korang tengok Luqman makan, memang macam orang tua, duduk bersila sampai tunduk, setiap ulas durian tu, dikulum-kulum, licin bijinya! Sambil tu dia promote kat aku 'mai la mak, sedap wooo, hmm,hmm'. Mulanya kutolak-tolak, tapi setelah dipujuk-pujuk aku pun join makan seulas. Tiba-tiba, kali ni lain pulak pikiran aku tentang durian. 'Eh, sedap juga ye?' Aku pun ambil lagi seulas. 'Uhh, manis, lemaknya...' kataku pada Luqman. 'ha, tu la mak, oman kata sedap, kan betul pikiran Oman..' sambung Luqman pulak.
.
Sejak itu, aku pun mulai menunggu saat-saat untuk menjamah durian lagi. Kali ni aku nak jamah banyak sikit sebab rasanya aku 'dah boleh terima' durian ni. Mungkin aku sudah 'naik' ke kategori 2 penggemar durian dalam keluarga?
.
Rupa-rupanya tak perlu tunggu lama, seminggu selepas tu, Yong aku pun bagitau durian kat kebun mertuanya dah mula luruh dan kalau nak makan, dia suruh datang ke rumah. Kebetulan 10 Julai tu, adik aku ada barang nak bagi kat kakak aku, so kami pun menumpang pergi sama. Kakak ku hidang durian, aku sangat excited. Adik-adik aku semua kategori 6. Dorang muka sampai naik hijau sebab tak dapat menahan bau, anti sungguh dorang pada durian! Tapi sebab aku masih kenyang, aku jamah 5 ulas (lebih 3 ulas dari percubaan pertama), itupun sudah banyak sebab setiap ulasnya besar dan berisi tebal. Kalau disusun dalam pinggan, nampak berlonggok juga. Aku pun makan, makan dan makan tanpa meminum sedikit air dengan kulit durian. Petua katanya mengelak panas tapi aku fikir aku makan sikit je, 5 ulas bukan 5 biji! Dan kami pun pulang ke rumah dengan sukaria.
.
Tiba malam, barulah aku tahu rasanya 'penangan durian'. Kepala aku pening berdenyut-denyut, badan aku ni rasa macam tak kena. Nak kata demam panas bukan nak kata sejuk bukan. Kalo ikutkan hati, mau saja aku terus telan panadol tapi aku teringat orang kata jangan makan panadol lepas makan durian, bahaya dan boleh bawa maut! Jadi aku pun terus bersabar dan cuba untuk tidur, tapi tak boleh. Minyak cap kapak tu dah hampir separuh botol kecil tu ku tonyoh di kepala. Gelisah tidak keruan. Sehingga pukul 2 pagi aku masih **gelibang-gelibu, sampai 1 saat aku rasa macam nak mati pun ada! haha. Memang tak selesa, akhirnya dekat pukul 3, aku fikir 'durian yang aku makan tadi mesti dah selamat proses, hmm ok kot kalo aku telan panadol'. Tak dapat bertahan lagi, aku pun menggagau pagi-pagi buta mencari panadol. telan 2 bijik, hah, barulah mata ku terasa mengantuk sehingga subuh.
.
Mengenangkan kejadian itulah, aku jadi tak berani lagi makan raja buah ini. Aku takut,risau dan fobia mengingatkan betapa tak selesa dan gelisahnya bila 'panas tak keluar' tu. Dan betapa tingginya risiko ku ambil ketika nak menelan panadol itu. taknak lah, rasanya macam nak mati! Walaupun aku tatau macam mana rasa nak mati? Tapi cukuplah, aku tak sanggup lalui lagi.
.
Selepas ini kalo orang mengajak aku makan, aku hanya mampu berkata ' Durian? Oh Thanks, but No Thanks...'

.
Diksi (chewah ada nota diksi pulak entry aku ni)
* mangko - belum cukup masak, keras
** gelibang gelibu - gelisah macam mat salleh kata 'butterfly in my stomach'

Wednesday, July 28, 2010

sehari selembar blog...


Lama-lama menjadi buku?
.
Aku lum cerita kenapa dalam bulan 6 hari tu aku tiba-tiba nak sambung blog balik, pastu entri awal aku ialah tentang motivasi, inspirasi dan nasihat-nasihat (yang tak seberapa pun) dan aku citer sikit tentang cita-cita yang belum tercapai.
.
Ehem,ehem, *ish malu nak citer ni, sebenarnya, lepas aku curi-curi baca (nak beli, tak mampu, T-T..) beberapa helai mukasurat Chicken Soup for the Soul kat Borders hari tu, aku jadi teruja pulak nak mengugel tentang kisah-kisah inspirasi lain yang ada dalam internet. Hasil dari gugelan aku tu, aku terjumpa video-video motivasi dalam youtube termasuk 1 video dari Mark Victor Hansen (gambar). Siapakah beliau ini? beliau ialah penulis dan penceramah motivasi terkenal dan orang yang bertanggungjawab di belakang kejayaan buku The Chicken Soup For The Soul bersama Jack Canfield. Dari situ, tiba-tiba macam ada Law of Attraction gitu (ni mesti Asiah kata 'tak abis-abis la ko dengan LOA' kehkehkeh) untuk mencapai cita-cita sebagai Penulis.
.
Tapi sebelum tu, flash back sikit, dari kecik-kecik dulu aku memang minat sangat menulis, dalam kad 001 pun rasanya ada jugak bubuh bahagian Cita-cita tu nak jadi Penulis Cerpen. Ni pengaruh dari Nyah aku jugak ni, kakak aku suka sangat baca cerpen dan novel dan selalu gak buat cerpen syok sendiri, tak hantar pun kat mana-mana. Jadi, aku pun terikut. Masa darjah dua aku mula menulis cerpen, you... memang bodoh dan sangat cute *sikit* dengan ayat-ayat pertama dalam cerpen aku tu. Malangnya, mak aku telah terjumpa cerpen aku tu dan pi habaq kat jiran-jiran sembangan nya di bawah pokok ketapang tentang ayat cerpen aku yang berbunyi;
.
'Aku mempunyai kulit yang putih melepak sehingga kawan-kawan ghairah melihat aku'. camtu lah lebih kurang. Maka, jadi glamer lah perkataan 'Ghairah' tu, aku ingat lagi ketika ditertawakan oleh jiran-jiran aku termasuk Cik Cah yang aku takuti kerana kegarangannya. Sejak tu aku putus asa, maklumlah budak-budak 8 tahun masa tu, bila dah kena 'under estimate' memang dah tak nak teruskan lagi, malu, marah dan merajuk!.
.
Dipendekkan cerita dari tu, minat ni walaupun ada, tapi tak pula aku teringin memanjangkan jadi cita-cita sebenar, (bukan sekadar mengisi kad 001). Cuma aku sedar dan perasan juga hahaha, yang karangan ku kerap mendapat pujian cikgu ketika sekolah menengah. Tapi aku ni mempunyai 1 sikap yang tak berapa bagus sebenarnya ialah tak boleh dipuji. Bila dipuji, aku jadi malu dan aku pun tak teruja lagi untuk berkarya. Lantas minat tersebut bagai terkubur.
.
Sehinggalah aku melihat video motivasi dan tips yang diberi oleh Mark ni tentang How To Write a Book, antara tipsnya;
.
1. membaca 2 buku seminggu
2. membaca jurnal setiap hari (macam baca blog-blog yang menarik dari segi penulisannya)
3. mengulas tentang buku, di dalam jurnal sendiri
4. realisasikan jurnal kepada blog
5. menulis sekurang-kurangnya 1 minit dalam sehari (maksudnya mesti menulis!)
6. memberi tajuk yang menarik
dan beberapa tips lagi,

.
dan aku rasa, InsyaAllah, aku boleh buat, kerana memang aku minat. Kalo aku baca blog-blog yang bercerita tentang pandangan tentang sesuatu objek atau subjek, aku jadi minat dengan cara penulisan mereka yang bernas, tidak merapu atau perasan sendiri, memberi ilmu dan indah susunan ayatnya. Jauh di sudut hati, aku kagum dan bercita-cita menulis seperti itu.
.

Bolehkah aku berjaya dalam cita-cita ini? ha, kalo pakar motivasi tentu akan berkata 'setiap orang memang berpotensi untuk mencapai apa yang dia mahu, asalkan dia percaya dia boleh melakukannya'. Pedulikan faktor umur, faktor terlambat bermula, kerana apa yang kita mulakan tidak penting, yang peting bagaimana kita menghabiskannya! Ok, Setuju? doakan aku...

Tuesday, July 27, 2010

dilema seorang kawan


Aku ada seorang kawan, aku namakan Cik Markonah (off course la bukan nama sebenar, ni nama cikgu dalam komik Bujal lah). Baru-baru ni Markonah menceritakan 1 masalahnya yang sangat rumit bak kata status dalam fesbuk tu 'It's Complicated'. Soalnya...soal jodoh lah.
.
Cik Markonah baya-baya dengan aku, jadi umur macam ni memang paling ngetop menjadi bahan pertanyaan, pergossipan dan pernyibukkan orang keliling yang asik tanya 'Bila nak kawin?Bila nak kawin?Bila nak kawinnnnn?????'. Tapi, cik markonah bukan tak laku. Wajahnya manis putih gebu bercermin mata. Ah pasti menjadi impian ramai jejaka. Aku juga heran bagaimana dia pun terjebak dalam masalah 'It's Complicated' ni sedangkan dengan paras rupanya itu dan sifat-sifat baiknya, mampu mendapat pasangan dengan lebih cepat. tapi, itulah orang kata, bahagian masing-masing, lancar tang tu, tak lancar tang ni. Happy tang nun, tak happy tang tuttt. Cik Markonah bukan tidak ada berkawan tetapi inilah masalah beliau.
.
1) Markonah amat mencintai seorang lelaki, dan lelaki itu amat menchintai beliau. Tapi lelaki itu adalah.....berlainan agama! Sepanjang perhubungan memang markonah cuba memujuk agar lelaki itu yang bernama Vellpari (juga bukan nama sebenar, nama tipu pun bukan haha) supaya memeluk agama Islam tetapi Vell nggak mahu. Belum mendapat hidayah mungkin. pada mulanya markonah bersabar tetapi memandangkan usia makin meningkat, Markonah rasa hubungan ini sukar diteruskan, dan Markonah cuba menjauhkan diri dari Vell namun, kerana mereka 1 tempat bekerja, proses ini menjadi sukar! Markonah terus menchintai Vell begitu juga Vell terhadap Markonah.
.
2) Ibu dan bapa Markonah adalah orang baik-baik, mereka tidak mengetahui yang Markonah adalah mencintai Vellpari, mereka telah mencarikan seorang lagi calon untuk Markonah. Sebelum ini mereka telah carikan tetapi Markonah tiada bersetuju sebab masalah jauh lah, muda lah dan lain-lain. kali ini calon itu adalah jiran sekampung, tidak lah tua tidaklah muda, dari segi umur amat sesuai. lelaki ini, Encik Amirul Arham (nama rekaan ku) seorang duda tiada beranak, pekerjaannya sebagai Salesman kereta.
.
3) dalam masa yang sama, Markonah yang merasai hubungan dengan Vellpari mungkin sukar direalisasikan, Markonah berkawan pula dengan seorang duda beranak 2, tetapi hubungan ini masih di peringkat awal. Mungkin ini juga escapism buat Markonah bila hubungan dengan Vellpari tiada jalan penyudah.
.
Dalam hal ini aku rasa pilihan ke 3 tu tak berapa mendominasi permasalahan ini tapi antara 1 dan 2 itulah soal utamanya. Hm, jadi bagaimana? Untuk menolak pilihan mak ayah nya sudah tentu akan mengecilkan hati orang tua, tetapi bagaimana ingin menerima jika hati tiada sayang? telah ku kabarkan, pilihan ibu bapa itu adalah terbaik, kerana ibu bapa manalah yang tidak mahu anaknya bahagia. tetapi hati Markonah tetap pada Vellpari, dan berharap agar masalah berkaitan agama itu dapat diselesaikan dengan cara terbaik. Tapi soal agama bukan main-main kan kawan-kawan? Bukan berpandangan negatif cuma dari segi realitinya itu, kalo bertukar agama hanya kerana nak kawin, banyak masalah timbul dan akhirnya bercerai.
.
Apapun, aku menyokong apa jua pilihan Markonah, cuma ku harap sekali memilih jangan sekali berpatah balik. Aku memahami betapa sukar membuat pilihan kerana sebagai manusia kita lemah untuk mengetahui apa yang bakal terjadi di masa depan. Risiko ini terlalu besar dan perlukan kekuatan jitu untuk menghadapinya. Apakah pilihan terbaik bagi Markonah? Adakah Markonah perlu bersabar untuk bersama Vellpari atau Markonah tamatkan sahaja status bujang nya dengan pilihan mak ayahnya? Uhh...Its totally, totally Complicated!

Friday, July 23, 2010

Hanya Di Radio...

Sebagai kanak-kanak 80an dan 90an, selain dari tv, radio lah dunia aku bagi memenuhi waktu-waktu lapang. Dah la umah aku dulu tu, penah ada tv hitam putih yang tukar channel putar-putar tu, pastu rosak la pulak masa tahun 1984. Tahun 1988 barulah dapat beli tv baru National. bayangkan 4 tahun takde TV, kalo nak tengok kene tumpang umah orang. Sebab tu lah radio lah jadi 'nadi hiburan' waktu itu sampai aku kenal la para DJ nya dan rancangan-rancangan radio yang dikeudarakan.
.
Tahun 80an-90an tu mak aku selalu pasang radio tiga Ipoh (atau RMI) Start dari pagi pukul 5 tu siaran radio 1 kot yang ada senaman bagai. Masa tu la mak aku sibuk menyiapkan nasi lemak dan kuih muih untuk dihantar ke kedai, dan aku lah yang akan menghantarnya. Kemudian, dengarlah celoteh DJ OBA (Omar Bin Ahmad), atau Azizi atau Latifah Sidek (pastu LS tukar ke Shah Alam). Pukul 9-12 camtu ada rancangan untuk wanita adalah berbagai petua dan maklumat diberikan. Pukul 12 akan ada drama radio Fajar di Bumi Permata, No.5 persiaran satu dan macam-macam lagi tapi 2 drama ni la paling femes. Dulu dengar drama radio ni macam orang menonton AF kat Astro cam sekarang ni lah. melekat! kadang-kadang bertangguh dulu keje-keje memasak membasuh kain.
.
hari ahad paling ditunggu sebab ada Pujaan 1o Nescafe, ini ramai orang tahu. Jiran depan umah aku walaupun dah beranak dua masa tu tapi macam orang bujang, pasang radio punyalah kuat sebab tu bila aku dengar lagu-lagu lama macam Isabella, lagu Shidee dan sebagainya aku mesti terbayang jiran aku sebab 'thanks to her' aku hafal lagu-lagu 90an. haha.
.
Waktu mendengar biasanya berhenti sekejap sehingga pukul 5-6 petang. Waktu petang adalah diperuntukkan untuk rancangan TV terutama drama-drama alih suara Ixora, Marina, Moero Attack, Angelito, Mansion, kartun-kartun Mobidick, Thundercats, Jem dan lain-lain. Petang dekat senja terutama kalo bulan puasa lah, radio memainkan peranan. Dulu sebelum waktu buka puasa akan disiar nasyid-nasyid puasa macam 'ramadhan..bulan yang suci...'enggg (ni bunyi muzik dia) ataupun iklan ASB 'bulan ramadhan yang mulia,umat Islam berpuasa menunai rukun ke tiga..' Entahlah korang ingat ke idak tapi memori aku ni kan power, masih terngiang-ngiang lagi lagu ni macam mana.
.
Kalo balik kampung (umah aku sekarang ni), kat tanjung piandang ni boleh dapat radio Alor Star, tapi tak dapat pulak radio Ipoh walaupun masih negeri perak. hehe agaknya siaran tak sampai bila melalui bukit larut kat taiping nuuu. Sebab selalu dengar radio Alor Star, aku pun kenal DJ-DJ di sana. Yang femes, pak Din dan Mak Ngah. Ada sorang lagi DJ perempuan aku tak ingat nama tapi aku ingat dia ni pakai gelang bunyi-bunyi, jelas sangat bunyinya kat radio. Suara dia pun menggoda taktau lah rupa dia camna.
.
Tentang radio ni, dulu aku suka amik bahagian. Kadang-kadang hantar lagu pilihan atau sampaikan salam. Gunalah poskad dan setem 20 sen untuk hantar kan, kalo dah sampai, DJ-DJ dulu akan cakap lah contohnya 'Poskad bergambar Bangunan Sultan Abd Samad ni datangnya dari..' maklumlah dulu takde siaran langsung dari konti yang tunjuk kat TV atau 3G macam sekarang. Jadi DJ pun nak amik hati pendengar akan describe kan poskad tu macam mana. Sebab tu lah pun bukan semua poskad terpilih, ye lah nak mendescribekan 1 poskad pun amik masa, inikan pula nak menunaikan permintaan ribuan poskad yang lain. Selain antar poskad, aku rajin juga menelepon radio untuk menujukan lagu. bayangkan dulu telefon rumah takde, gigih ni bawak basikal ke kedai Pak Awi, sebab depan kedai Pak Awi lah baru ada public Phone kaler oren tu. tapi bukan senang dapat talian, tapi ada sekali tu, dah dapat, tiba-tiba nervous! terus cakap 'eh tak dengar lah, tak dengar..' padahal boleh dengar DJ tu kata 'ye,nak bercakap dengan Tuan M ke..? (masa tu segmen apa ntah tetamunya orang besar la jugak) haha bodoh betul. Selain dari tu, penah jugak jawab soalan melalui poskad dan menang pula. hehe itulah pertama kali menang (hadiah nya kamus Dewan), dari stesen radio.
.
Bila dah remaja, kenal dengan Radio Muzik, Pilihan Bersama dan kenal dengan DJ Isma Halil. malam-malam dengan ruangan dia tu lah, yang sentimental benar tu. Rajin juga hantar pilihan bersama, sampai ada orang hantar surat nak berkenalan, you! Aku ingat lagi masa tu form 3 dah pindah tanjung piandang. dapat surat nak berkenalan tapi orang tu salah dengar nama aku dia tulis 'NOOR HUSNA BINTI ISMAIL' Husna tu pulak adalah nama sepupu aku. Dah la jadinya ayah aku 'tuduh' aku berkenalan dengan lelaki, tapi guna nama orang lain. haha. Takut juga masa tu sebab ayah aku marah buat benda-benda camtu tapi bila ingat balik rasa kelakar.
.
Sekarang ni aku dengar juga radio, tapi waktu macam waktu drive dan di opis. Channel paling suka sekarang ni tentulah SinarFM terutama waktu pagi dan waktu Abby fana. SuriaFM waktu Linda Onn dan RedFM. Tapi radio sekarang, macam tv juga, dah banyak iklan kadang-kadang bosan juga. Banyak juga dah berubah terutama sudah takde drama radio kalo ada pun hanya hari raya. tapi aku dengar kat radio bahasa Cina masih ada tau, drama radio. radio Tamil aku tak pasti sebab jarang dengar tapi radio ni paling senang dapat dan paling clear!, kan?.
.
Sambil aku taip ni, aku dengar channel SinarFM sebab ada Abby Fana yang aku kenal dari zaman THR dan masih meminati beliau dan dia lah DJ yang bagi aku, tiada yang serupa dan tiada penggantinya. Dan aku baru terdengar dia membaca sms falsampah 'hendak seribu DAIA tak hendak seribu FAB' buat aku gelak sensorang.

Thursday, July 22, 2010

Nak tapi Malu, Malu tapi nak...

Ni citer tentang facebook.
.
Dalam facebook tu orang kata, hubungan takde sempadan. Kita boleh add sesiapa yang kita suka sebagai friends tak kira orang tu somebody atau nobody. Dan dari 1800++ friends aku, lebih kurang 200 aku masukkan dalam kategori 'Idols'. Ada pemimpin politik, ada artis, penulis buku, blogger terkenal, bekas pendidik, pembaca berita. pendek kata, selebriti dan 'somebody' lah bagi aku.
.
Aku juga suka mencari nama-nama somebody yang aku kenal atau penah baca tentang dorang. Contohnya nama artis 80an, pembaca berita dan model 80an. baru-baru ni aku add dan dah diapprove oleh Puan Susan Roses Yusof anak pelakon 6oan dayang Sulu. Korang kenal ke dia? Aku kenal dia sejak aku sekolah sebab dia penah masuk pertandingan Dewi Remaja dan dia sungguh cantik. Aku suka cari nama peragawati dulu-dulu sebab nak tengok adakah dorang masih cantik,dan kebanyakannya memang ya. Selain Susan Roses aku juga add dengan Encik Rosli Dahamin pembaca berita TV3.
.
Jadi apa masalahnya di sini?
.
takde la masalah besar, cuma aku la jadi bertambah segan memunculkan diri kat facebook dengan status yang tak bertamadun. Aku selalu fikir, alamak, kalo Idols ni terbaca status aku, apalah dorang pikir ye. Kot dorang kata 'eh dia ni hari-hari posting pasal anak, macam la dia sorang ada anak'. Ataupun 'la..lapar pun nak citer ke. makan je lah'. hehe. korang mesti kata perasannya aku, macam la selebriti tu semua ada masa nak tengok status aku tu. haha memang betui, setengah idols especially pemimpin politik tu ada 300k fans nya mesti tak terkilas langsung dengan status aku. kalo sempat nampak pun maybe dalam 1 saat lepas tu dah tak jadi 'Most Recent' dah. tapi aku tak leh elak rasa rendah diri ni.
.
Lagi satu kan, bila nak post kan kat wall selebriti tersebut contohnya 'terima kasih sebab accept saya as friends, saya sangat minat dengan buku tulisan tuan sejak saya sekolah' atau 'terima kasih sudi add, puan memang masih cantik macam dulu..' yang ni, aku segan lak kalo member-member lain terbaca. haha. susah betul lah! Nanti aku risau kawan aku PM aku 'ececeh ngko....post kat wall selebriti tuuuuu~'. Tu yang aku tak nak tu. Kalo ternampak, duduk diam-diam tak leh ke, mesti nak sibuk cakap. Untuk mengelaknya, aku pun tumpang komen je kat wall post orang lain yang bermaksud yang sama. Kalo wish besday pun camtu lah, tumpang kat post orang, jadi takde la dominan sangat kot post dari aku. Err, susah aku punya low self-esteem ni kan? Nak, nak tapi malu, ke malu, tapi nak? haih!

'Bisikan Rahsia'

Malam tadi;
.
Aku tengah berfacebook tiba-tiba Luqman datang dekat.
.
'Mak, Oman lupa nak bagitau mak sesuatu' katanya macam berbisik. Aku pun tanya macam bisik-bisik 'Apa dia?'
'Tapi, mak janji, jangan kata 'wahhhh bagusnyaaa!'
Haha, apalah benda yang dia nak bagitau tu ye. so aku pun janji.
'Ok, mak takkan kata 'wahhh bagusssnya' kat luqman'
.
Pastu dia pun datang dekat lagi kat telinga aku dan bisik;
'
'psst..psst..Luqman dapat 5A 1B, pastu sekarang cikgu bagi duduk kat tengah, boleh dapat kipas'
.
'Ohhh...' aku mula-mula nak tercakap 'wah bagusnya' tapi eh teringat janji tadi aku pun kata
'Alhamdulillah...'.
.
Aku pun tengok result Ujian Selaras 2 nya itu memang betul dia dapat 5A 1B dan pagi ni aku hantar dia sampai kelas, tempat duduk pun dah berubah, dia duduk kat tengah, kawasan yang boleh dapat rasa kipas...
.
Hehe, Luqman,Luqman..

Wednesday, July 21, 2010

alkisah pengacara...


Ini bukanlah entry gossip.
.
Sebenarnya nak cerita pasal bidang pengacaraan kat negara kita ni especially rancangan tv. sekarang ni banyak rancangan tv amik artis jadi pengacara. mungkin strategi atau mungkin jua penerbit merasakan hanya artis mengenal tentang artis lain jadi lebih eloklah rancangan hiburan tu pengacara nya artis juga. Yang tu tak kisahlah sebab aku pun kurang layan rancangan hiburan, takde benda yang bermanfaat pun yang aku nak tahu.
.
yang aku kurang suka (bagi aku je lah, kalo orang lain suka, tak kisah lah) bila rancangan tu ada isu-isu semasa atau subjek yang memerlukan orang yang rajin mencari maklumat dan dapat mengulas dan memberi pendapat yang baik untuk disampaikan kepada penonton. Senang citer aku bagi contoh lah; macam rancangan nasi lemak kopi O tu kadang-kadang ada segmen pasal perubatan, rawatan kesihatan dan diacarakan oleh Sharifah Shahira.
.
Aku minat sharifah shahira ni sebab beliau selamba, lakonannya memang lawak tak kering gusi tapi dalam bidang pengacaraan topik serius macam ni, pada aku dia kurang sesuai. Dia tidak serius dan nampak tak buat homework hanya bergantung pada skrip, dan kalo dia improvise skrip tu hanyalah dengan tambahan gurauan yang kadang-kadang tak perlu. Aku tahu, rancangan NLKO tu rancangan yang santai, kalo serius pun tak seronok juga cuma aku harap kalo sesuatu segmen yang berunsur pendidikan kepada penonton ni, biarlah pengacaranya ada 'passion' yang sama untuk mendapatkan ilmu dan boleh mengupas dengan baik. Ni satu contoh lah.
.
lagi satu ialah Sehati Sejiwa kat tv1 tu pengacaranya Misha Omar. rancangan SS tu antara yang mendapat rating yang tinggi (terutama masa Ulangan nya malam Isnin), tapi Misha Omar sebagai pengacara, sungguh tak sesuai. Dulu Scha Al-Yahya, pun aku rasa lebih kurang je dengan Misha Omar, tak pandai kupas dan menggunakan ayat-ayat yang menarik. Aku sukakan rancangan talk-show, sebab ia akan menunjukkan kebijaksanaan peserta dan pengacaranya mengupas sesuatu isu, yang bila kita dengar pengacaranya bertanya soalan pun kita leh cakap 'wow! hebatnya soalan dia!'. tu belum jawapan nya lagi.
.
Contoh terakhir ialah rancangan Nona pengacara Maya Karin. Oh aku tahu ramai yang mungkin tak setuju dengan aku, cuma aku tak faham motif amik Maya Karin sebagai pengacara Nona sedangkan bukankah Nona pernah melahirkan ramai pengacara berbakat dari pertandingan pengacara jemputan Nona? ke mana mereka? takkan lah amik yang juara saja, yang menang tempat kedua ketiga atau top-ten pun ada kelebihan masing-masing.
.
Aku tak la kata Maya karin tak pandai jadi pengacara tapi maya karin adalah pelakon yang sibuk, nak-nak pula sekarang kisah rumahtangga beliau masih diperkatakan, aku tak rasa maya karin punyai masa untuk membuat homework peribadi tentang segmen yang akan diacarakan, tetapi hanya bergantung pada skrip semata-mata. Mungkin dia ada buat homework,tapi sebagai penonton, aku tak nampak melainkan Nona amik Maya Karin kerana popularitinya.
.
Pengacara yang sekarang ni yang aku rasa menepati ciri-ciri yang aku suka; ialah A.G. Aku tengok dia mengacara rancangan Jom Ronda bersama Proton sangat fluent dan berpengetahuan. tak kisah lah ia kerana skrip nya atau apa tapi apabila dia bersembang bersama tetamu jemputan dalam rancangan tu, dia tanya soalan-soalan yang tepat dan cara dia ulas pun lancar. takde 'errr' 'hmm' yang banyak. AG ni bagi aku taraf macam Azwan Ali dan Pak Nil, yang tahu dan faham apa yang nak disampaikan dan kalo tak faham aku tahu dorang ada buat homework peribadi untuk kebaikan diri sendiri dan juga penonton yang menonton.
.
bagi korang pula macam mana?

Yang baik tu memang susah

Itu adalah fitrah. Sebab, kesusahan itu lah yang akan memberi nilai kepada kebaikan yang kita dapat tu. Umpama sebiji durian, kata orang, di luarnya neraka, di dalam nya syurga. Kalo takde duri-duri tu semua durian tak kan jadi special, tak kan digelar Raja buah. begitulah dalam kehidupan kita, kalo didatangi kesulitan, bersabar dan jangan lah mengeluh kerana kesulitan itulah memberi nilai kepada kejayaan atau apa yang kita mahukan yang akan atau telah kita dapati. Banyak juga aspek kita boleh aplikasikan dari durian ni. contohnya dalam rumahtangga, pasti ada perselisihan faham, kecurangan, kelemahan yang menyakitkan hati, dan kita berasa sakit. Kenapa kita sakit? sebab kita nakkan yang terbaik dari rumahtangga tu, kita sayang rumahtangga tu. Kalo kita tak peduli dan tak sayang tentu kita tak merasa apa-apa. jadi kesakitan itu adalah proses yang kita perlu lalui dengan sabar. benda baik takkan dapat dengan mudah, kan? tapi kalo nak dapat benda jahat, atau nak buat jahat, senang. itulah fitrah kejahatan/keburukan. Allah juga berfirman;
.
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Al-Imran: 200)

Monday, July 19, 2010

Raden Galoh - tiada pengganti


Terkejut, sedih dan bingung tatkala membuka facebook hari ni, tersiar dalam status Puan Sri Diah tentang pemergian Raden Galoh, seorang pejuang melawan getir sebagai pesakit kanser, yang sangat kita kenali.
.
Walaupun tidak pernah bertemu dan mengenali secara peribadi, tapi blog beliau adalah santapan harian ku yang menjadikan beliau seolah-olah sangat dekat, penuh kasih dan sangat mendidik jiwa ini. membaca catatan beliau lah,aku menjadi positif dan optimis menghadapi dugaan hepatitis B yang apalah sangat berbanding dugaan yang dihadapi beliau.
.
Kini, pergilah sudah seorang Srikandi, yang telah memberi inspirasi, kekuatan dan semangat. yang mengajar bagaimana menangani ujian, mengajak insan lain mendekati Allah, mengenali Allah, dan memahami kasih sayang Allah melalui takdir. Allah beri semua tarbiyyah ini di dalam diri seorang yang bernama Dalilah Tamrin untuk insan sekeliling, untuk kita yang membaca blog beliau. .
.
Dan kuasa Allah yang maha mengatur perjalanan kehidupan, maha mengetahui tika dan saatnya untuk mengambil puan Dalilah ke sisiNya walaupun kita merasakan masih memerlukan dorongan dan didikan dari beliau. Namun di sudut hati ku, dan dari perkongsian cerita lisan dan catatan teman-teman rapat beliau, aku sungguh pasti penghujung nyawa beliau adalah husnul khotimah. ya Allah, ampunilah dosa-dosa puan Dalilah Tamrin, ya Allah ganjarkan beliau dengan kenikmatan syurgaMu kerana betapa tinggalan beliau memberi manfaat pada insan-insan yang masih hidup di dunia ini. Kasihanilh dia ya Allah dan tempatkan dia di kalangan orang-orang yang Engkau kasihi...

bagai rama-rama monarch

Semalam aku tengok cerita 'dancing at harvest moon' kat TV2. Sungguh indah jalan cerita dan skripnya. Romantis, dan bersahaja. Ada juga bahagian yang memberi inspirasi, ketika usaha-usaha mencapai impian Maggie membina semula Harvest Moon, terpandang seekor rama-rama monarch sedang hinggap di sekuntum bunga. John si kekasih lantas berkata 'Seperti rama-rama monarch, walaupun kepaknya lembut, tetapi penuh keazaman untuk berhijrah beribu-ribu batu jauhnya. Engkau juga memiliki kekuatan yang sama dalam mencapai impian mu, lembut tapi berjiwa kental'.
.
Rama-rama monarch, adalah makhluk Allah yang melaluinya Allah beri tarbiyyah supaya kita sebagai manusia, walaupun merasakan diri lemah tak berdaya, tetapi dengan keazaman, impian yang besar itu bukan lah sesuatu yang mustahil. Manis kan?

Thursday, July 15, 2010

husnu zhon adalah law of attraction


Semua orang tahu Law of attraction ialah tentang apa jua yang kita fikir - baik atau buruk, akan menarik segala di sekeliling kita dengan impak yang lebih besar. makna kata, kalo kita fikir positif, contohnya 'hari ni aku seronok', dengan izin Allah, apa juga yang berlaku pada hari itu akan menjadikan kita ceria dan orang keliling pun ceria. Begitu jugak kalo pagi-pagi datang keje kita pikir 'aduh nyampahnya aku dengan boss aku ni', nescaya (tu dia ayat...NESCAYA ko..) apa yang berlaku selepas tu pun semua menyampah,menyampah dan menyampah.
.
law of attraction bukan perkara baru. dalam agama kita memang dah diajar konsep berfikir yang baik-baik supaya, apa yang akan datang kepada kita pun baik-baik malah dengan impak yang lebih besar. nama konsepnya ini ialah 'husnu zhon'. Dan yang paling baik sekali ialah kita husnu zhon kepada Allah. Bila kita diuji, kita husnu zhon dengan mengingatkan kepada sunnatullah menjadikan sesuatu itu berpasangan. Misalnya Allah jadikan lelaki dan perempuan, siang dan malam, hujan dan panas. Yang Satu hanya Dia. Oleh itu, bila Allah berikan kesulitan, ia bermakna ada datang sekali dengannya pertolongan. Allah tidak akan memberi sesuatu itu sia-sia, cuma kita perlu sabar, berbaik sangka dan sentiasa bergantung harap kepada Allah kerana Allah tidak akan pernah mempeduli hambaNya yang meminta dariNya.
.
Konsep Law of Attraction ni juga banyak berlaku masa zaman Rasullullah SAW dan para Sahabat. Contoh 1 kisah tentang perjanjian Hudaibiyah. yang ni aku baca dalam majalah Solusi 21 artikel tajuk 'Mengalah bukan erti kalah'. penulis tak sebut pasal law of attraction, cuma aku saja yang kaitkan kerana memang ianya law of attraction.
.
Kisahnya gini, 5 tahun selepas penghijrahan, org islam pun berhajat nak balik semula ke Makkah. tapi masa tu kaum Quraisy masih menaruh kebencian dan tak suka pada Nabi dan Muslimin yang lain. Di sini la kesukarannya nak masuk ke Makkah sebab tak dibenarkan oleh kaum Quraisy. jadi sebelum nak masuk tu masing-masing hantar wakil untuk bincang. wakil dari Quraisy namanya Suhail bin Amru. Di sini lah mulanya yang aku katakan Law of Attraction tu. nama Suhail bermaksud 'mudah' jadi Nabi pun sebut 'dengan izin Allah pasti urusan ini menjadi mudah'. Nabi sangat optimis dan positif semasa melafaz ayat itu. Alhamdulillah, memang benar-benar perjanjian Hudaibiyah disetujui dan disaksikan dalam keadaan yang mudah dan damai. termeterailah syarat-syarat yang adil bagi kedua-dua pihak Muslimin dan juga kafir Quraisy di Makkah. Ada satu lagi husnu zhon /law of attraction yakni Muslimin berfikir dapat masuk Makkah, ya memang termeterai juga lah perjanjian membenarkan Muslimin masuk Makkah walaupun cuma tertunai 2-3 tahun kemudian. tapi, pokoknya, dari fikiran positif tadi telah menarik keadaan-keadaan positif malahan jauh lebih baik.
.
jadi apa halangan kita untuk tidak berfikir secara positif, dan husnu zhon? Sedangkan Allah dengan janji Nya 'Inna Maal usri yusro' dan Nabi telah menunjukkan pelbagai contoh yang baik, pemikiran yang optimis dan positif, dan telah terlihat hasilnya, kita juga berpeluang untuk mendapat kebaikan yang kita mahukan,asalkan kita, dengan ikhlas berfikiran positif, husnu zhon kepada Allah dan sentiasa melafazkan kata-kata positif dalam kehidupan seharian.

Monday, July 12, 2010

semua orang boleh berjaya

Aku memang suka membaca artikel, buku-buku berbentuk motivasi sebab buku-buku macam ni sangat menarik minat aku. Kalo aku pegi kedai buku, rak yang aku selalu tuju ialah 'self-enrichment' atau 'motivational', mana yang aku mampu memang aku beli. tapi korang tau lah, buku-buku motivasi ni harga camna. nak-nak yang dari luar negeri. Dan motivator-motivator terkenal kat dunia ni macam Stephen R Covey, Dale Canergie, Tony Robins, Jack Canfield, semuanya dah jadi billionaire belaka. Sebab, apa yang dorang 'jual' adalah apa yang manusia perlukan - iaitu motivasi untuk kita mengenali diri kita dan potensi diri kita. Motivator Muslim tak kurang hebatnya, macam Dr Aidh Abdullah Al-Qarni yang femes dengan buku la tahzan. kat Malaysia pun kita ada terutamanya Dr.Hj Fadhilah Kamsah, Dr HM Tuah Iskandar, Puan Rozieta Shaari. Dorang ni antara yang aku paling suka baca artikel dorang.
.
Sebab apa aku suka, sebab aku pun manusia biasa ada waktu-waktu sukar, rendah diri, gelap macam orang lain. Dan kadang-kadang aku pun tersasar lupa yang setiap yang Allah beri itu ada hikmah sebaliknya.
.
Dan sebagai insan biasa, aku juga punya impian aku sendiri yang masih belum tercapai, dan aku rasa jalannya penuh onak dan duri. Selalu aku pikir bila baca kisah orang lain dalam blog, facebook, citer orang sambung belajar, citer orang naik pangkat, dapat baby, dapat hadiah dan sebagainya. seronoknya hidup bila dapat penghargaan, dapat sesuatu yang hebat, sedangkan aku rasa apa yang aku ada adalah biasa-biasa saja.
.
Sebab tu aku selalu mencari bahan-bahan macam ni di samping tambahkan ilmu, aku pun suka nak share dengan kawan-kawan 'rakan sepengaduan' (haha ada ke rakan sepengaduan?) kerana aku tau dorang pun rasa apa yang aku rasa. Dan bila set-set cam kami ni baca dan tengok bahan macam ni, baru lah rasa terkesannya. Itulah indahnya ujian, dalam perjalanan untuk keluar dari kesukaran, banyak kata-kata manis, kata-kata menaikkan semangat yang membentuk pemikiran kita. Kalo orang yang dah berada di atas atau orang yang mudah je dapat apa yang dihajati, manakan rasa indahnya perjalanan ini,kan?
.
video ni aku jumpa masa aku cari tentang chicken soup for the soul. Aku nak sangat memiliki buku-buku chicken soup for the soul, apakan daya harganya yang mahal, tapi agaknya sebab aku terlalu memikirkan hajat tu maka minda separa sedar aku telah menerimanya sebagai sesuatu yang penting dan ntah macam mana aku terdetik nak cari kat internet. Sungguh banyak sebenarnya inspirational stories yang boleh dibaca, dan inspirational videos yang boleh ditonton, malahan percuma pula!. Law of attraction kata orang. Bila kita terlalu berfikir sesuatu yang kita nak atau tak nak, minda kita akan memprosesnya sebagai sesuatu yang penting dan tanpa sedar apa jua yang kita pikir secara mendalam tu akan datang pada kita. Tapi sebagai orang Islam, inilah namanya lintasan hati yang ikhlas, tidak terburu-buru dan sandaran kita hanya pada Allah, nescaya Allah memakbulkannya. malah lebih baik!
.
Oleh itu, sejak aku melayan kisah-kisah motivasi di internet mcm kat InspirationalStories tu, dan klip2 kat Ytube, aku semakin termotivasi untuk mencapai apa yang aku impikan. macam dalam klip ni, katanya kita semua boleh berjaya, kalo kita percaya kita boleh berjaya. Yang penting, kita fikir sesuatu yang baik yang kita hajati dengan perasaan yang ikhlas dan pergantungan kepada Allah, pasti perkara yang baik itu akan datang kepada kita dengan impak yang berganda.
.

Sunday, July 11, 2010

'tanaman adalah sedekah'

Sebenarnya lepas aku buat tanaman cabai fertigasi-tapi-tak-la-fertigasi-sangat tu, aku cuba pulak tanam pokok-pokok lain. Agaknya dah biasa dulu aktiviti pagi petang tengok pokok. Bila dah tak buat, alahai cam something missing pulak. Aku penah tanam timun, tomato, terung dan sawi. Alhamdulillah dah merasa semua sayuran tu hasil tanaman sendiri, pastu ada setengah sedekah kat sedara mara dan jiran.
.
.
Sekarang ni aku tanam bendi dan kacang panjang. Pastu tok aku pulak, tangannya jenis 'sejuk', dia tabur je benih pokok, insyaAllah, tak lama kemudian, pokok tu mesti naik. Contohnya; pokok-pokok cabai ni bukan lebihan benih cabai yang aku wat dulu tapi Tok aku yang menyemai benihnya. Bila pokok dah besar sikit aku cuma pindahkan je ke tempat lain.
.
.
Selain tu, Tok aku jugak la yang campakkan benih labu kat tepi umah dan kat depan umah. Amboi ai, berlingkar-lingkar naiknya. Ada yang melata tapi kebanyakannya menjalar naik ke tiang umah, penyidai baju. Subhanallah, cepat sungguh. Pastu, tau2 je dah kuar buah. Pokok labu paling elok adalah melata, baru la buahnya membesar macam pokok tembikai tu.Tapi pokok labu tok aku nih hyper-aktif, suka manjat-manjat. Bistu, macam mana buahnya nak besar,
kalau tumbuhnya tergantung? Tapi ok lah, dapat besar sikit dari penumbuk. Banyak hasilnya, tak payah beli labu kat market...kalo dibuat serawa labu atau cucur labu, jadi juga!
.
.
.
Yang ni pokok kacang panjang tapi tak nampak lak buahnya sebab aku dah kutip. Lupa lak nak snap masa buahnya bergayut-gayutan. Sambil kutip, buat teka-teki kat Luqman 'apa benda kalo kita potong pun dia panjang jugak?' Luqman pun pikir,pikir. Ntah apa-apa jawapan di bagi, keretapi lah, rumah la, padahal kita dah bagi clue depan-depan tu. Aku pun bagitau lah jawapannya 'kacang panjang la...kan kalo kita dah potong-potong pun orang still cakap 'sayur kacang panjang' bukan kacang pendek..' hehehe.
.
.
Tanaman ni semua walaupun berjenis, idak le pulak cukup untuk dikomersilkan. Sejak dari tanam cabai dulu pun tak berniat nak jual. Cuma untuk sedekah dan makan sendiri. Kan macam hadis Rasulullah s. a. w bersabda:
.
"Barang siapa yang menanam suatu tanaman, kemudian ada burung atau siapapun yang mencari rezeki, yang makan dari tanaman itu, maka bagi penanam tersebut adalah sebagai sedekah.’’ Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Ibnu Khuzaimah.

.
Lagipun kepuasan dapat tanam, kutip hasil dan sedekah sambil makan sendiri ni lain rasanya. Sambil siram pokok tu pun ada satu perasaan ikatan sesama makhluk. Aku selalu fikir betapa pokok ni berterima kasih sebab bagi kita peluang mereka untuk tumbuh dan berguna kepada makhluk yang lain. Mungkin mereka juga berdoa 'ya Allah berilah aku peluang untuk menjadi berguna kepada makhluk lain dan beribadat kepadaMu' Allah Maha Mendengar, maka melalui manusia, diberikan lintasan hati untuk menanam benih tumbuhan tersebut, dan menjaganya hingga berhasil. Kita ni sebagai asbab saja, tapi hasilnya, buahnya tumbuh, dapat sedekah pada orang lain dan mungkin sedekah bagi binatang-binatang di samping pokok tu mendoakan kesejahteraan kita. Itulah 'hasil' yang lebih bernilai dari hasil dalam bentuk wang atau harta.


Friday, July 9, 2010

petang-petang dulu, petang-petang sekarang..

Petang-petang dulu;
.
Pukul-pukul macam ni, kalo tido sedapnya tapi jarang dapat tido, pukul 4 petang pegi amik bakul kuih kat kedai dan kutip hasil jualan. pastu main kejap dengan kawan, masuk pulak rumah sebab citer Moero Attack dah start. Kalo ada lebihan kuih tak terjual, mengkudap-kudap la karipap, cucur badak, kasturi, abuk-abuk, seri muka tepung, cucur kucai kat depan TV. pastu semayang asar, kuar pulak balik ajak kawan main galah panjang ke aci ligan ke, tuju kasut ke sampai bau busuk masam balik umah.
.
Petang-petang sekarang;
.
keje, keje, keje...
.
Bosannya.
.
Dah. Itu je citernya. Panjang sikit je dari status facebook.

bersihkan jiwa, tambahkan ilmu, mantapkan iman


Orang kata, iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa, ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai.
.
sebab tu, ada orang anak tok Imam tapi perangai cam setan. Kenapalah jadi camtu ek. adakah kehidupan ini tak perlu untuk beramal baik, adakah kesudahan setiap makhluk cuma kematian, tanpa pembalasan.
.
Setengah orang, dah tahu dosa pahala, tahu tentang wajibnya menutup aurat, tahu kalo tak solat, tak masuk syurga, tapi still jugak buat. Bila dinasihat, melatah pula dan suruh jaga tepi kain sendiri. dan jawapan paling klise 'bukan tak nak buat (cthnya tutup aurat,baca Qur'an) tapi tak de 'seru'' takde seru katanya, sedangkan ajakan ke arah kebaikan tu setiap kali waktu solat tersebar melalui azan. 'marilah bersolat,marilah menuju kejayaan'. kejayaan dunia dan akhirat, itulah seruan. Ataupun, seru maksudnya 'hidayah'. Tak dapat hidayah? Jika sudah tahu tak dapat hidayah, tidak kah terasa malu dan mahu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya?. Malangnya, mereka ini hanya tahu berkata-kata tapi tidak memikirkan secara dalam betapa peluang untuk mendapat hidayah terbuka luas, cuma kita yang tak mahu mencarinya.
.
Dalam keadaan keporak-perandaan dunia hari ini, dengan masalah ekonomi nya, sosial nya, bencana alam, hanya satu saja jalan penyelesaian, kembalilah pada Allah. Lihat semula apakah yang kita buat Allah redho, kalo kita tak tahu, carilah jalan untuk tahu. berkawan dengan orang yang boleh memberi nasihat yang baik. menambah ilmu dengan bacaan. Syukur pada Allah, dalam kemelut masalah hari ini, kita kat Malaysia masih ada kelompok yang menerbitkan bahan bacaan yang sangat memberi kesedaran, ilmu dan disampaikan dengan cara yang paling mudah difahami. Contohnya majalah Solusi dan majalah I. kalo pembacaan berat tu amat sukar dilakukan, nah, melaburlah sikit saja untuk membaca majalah seperti ini. Di samping, menjadikan membaca Al-Qur'an sebagai kebiasaan. Walaupun kita tak memahami ayat yang dibaca, tetapi membaca Qur'an umpama membawa air dalam bekas kotor yang bocor. Meskipun air yang dikumpul mungkin sedikit, tetapi bekas yang kotor akhirnya bersih. Itulah umpama kesan membaca Qur'an ke dalam qalbu kita. Qalbu menjadi bersih dan terang. Justeru, sedikit ilmu yang kita tahu, akan mudah difahami dan diamalkan.
.
Bila kita dah membaca dan faham barulah kita akan nampak jalan penyelesaian untuk pelbagai masalah. selama ni kita buntu kerana kurang membaca dan kurang ilmu. malas pula membaca Qur'an. Cubalah jadikan membaca satu tabiat, mencari ilmu sebagai hobi, bercakap perkara baik sebagai aktiviti harian, mendekati kawan yang banyak ilmu untuk berkongsi. InsyaAllah, akan datanglah hidayah yang kita harapkan.

memori aku yang 'luar biasa' ...kata orang la


Ini adalah gambar aku semasa zaman tadika. Biasalah, sejak dah ramai kengkawan dapat dijejak-kasih kat facebook, masing-masing pun mengeluarkan la khazanah gambar lama-lama untuk ditayangkan dan ditagged kan kepada kengkawan. Ada yang tagged gambar zaman jahiliyyah tak tutup aurat. huhu, aku tak penah la kena dan tak pernah buat dan insyaAllah aku takkan buat. Sebab aku sudah baca artikel UZAR 'dosa-dosa di facebook'. jangan menganiaya orang seh..
.
Tajuk aku di atas adalah berkaitan dengan baru-baru ni aku search kat FB, dan jumpa Cikgu sekolah rendah yang penah jadi jiran aku. masa tu takde Rumah Guru jadi, cikgu-cikgu yang bujang ni menyewa lah di rumah kampung ataupun rumah taman. Cikgu Halina dan ustazah Jamilah, adalah 2 orang pendidik yang menyewa di sebelah rumah aku itu. Apabila dah berjiran, jadi hubungan kami sekeluarga dengan cikgu tu is beyond the teacher-student relationship ler. Masa dorang pindahkan barang-barang masuk, mak ayah cikgu-cikgu ni pun ada sekali jadi kami pun kenal jugak ahli keluarga cikgu tu. Bila bulan puasa, selalu jugak bagi juadah kat cikgu. Ustazah Jamilah pun rajin memasak atau bawak lauk dari kampungnya dan sedekah kat keluarga aku. Dipendekkan citer, dah macam sedara mara la sebab tu aku leh ingat nama penuh cikgu tu untuk diriki-riki (hehe 1st time guna word ni dlm blog) dalam FB.
.
Alhamdulillah, jumpa cikgu Halina dan dapat tengok gambar-gambar terbaru. Cikgu tu lepas kawin, ikut suaminya mengajar kat Sarawak. jadi sejak 1992 tu lah kami terputus hubungan sampai la minggu lepas dapat trace di FB. Happynya perasaan tu apatah lagi dapat citer dengan mak aku sambil-sambil imbau kenangan. *Inilah kelebihan facebook yang tak dapat ku nafikan, iaitu boleh jadi modal cerita mengimbau kenangan indah waktu lalu. pastu aku pun chat dengan kawan aku, 'ingat tak cikgu halina?' pastu kawan aku kata 'ingat,camne jumpa' aku pun citer la aku ingat nama bapak dia. pastu aku teringat kisah cikgu ni sebelum kawin ada sorang cikgu lelaki suka kat dia, tapi cinta tak kesampaian. hehe. ha, bila citer tang gossip cikgu tu la kawan aku cakap 'wah, hebatnya memori ko, luna. sampai yang tu pun ko ingat..' Ntah la, aku pun perasan jugak, aku terlalu ingat banyak perkara yang ramai orang dah lupa. Apakah memori aku sebanyak 800 juta gigs? tapi kenapakah aku tak pandai?kahkahkah.
.
Ok, itu satu contoh. Sebenarnya 'rekod' memori aku ni yang masih menjuarai carta Otak aku ialah - memori kasut hanyut masa mandi sungai di Relau, kedah. Aku masih ingat masa tu mandi-mandi, dengan mak aku dan mak njang aku dengan anaknya. Tiba-tiba kasut aku hanyut, aku ingat lagi kasut tu jenis bunyi-bunyi (bukan loceng) pit,pit,pit bunyinya, kaler putih susu. Pastu masa tiba-tiba teringat tu, aku citer la kat mak aku 'mak ingat dak kita mandi sungai,pastu kasut orang hanyut..' pastu mak aku kata 'eh tu masa kamu 3 tahun, boleh kamu ingat lagi?' 'Ha'ah' kata ku, malahan aku ingat detail peristiwanya.
.
Disebabkan memori super power root ni, aku jadi 'geram' sangat bila ada orang tak ingat sesuatu peristiwa. Biasanya aku geram kat kakak-kakak aku la. Bila citer pasal jiran-jiran lama, mesti jenuh dorang nak ingat. Lebih kurang '4 tahun' selepas tu, barulah dorang ingat. Time tu, dah tak best dah nak ulang citer. grrrr... Kadang-kadang, jangankan orang yang kami sama kenal, kawan-kawan dorang pun, aku yang ingatkan!. :P
.
Apapun setakat ni, idak la aku merasa terbeban ke apa dengan 'kelebihan' ni, malah, kalo memori aku leh membantu kawan-kawan untuk mengecam semula kengkawan yang lain, sangat lah aku suka. InsyaAllah, nama-nama kawan-kawan masa sekolah rendah, menengah dan nama-nama cikgu-cikgu aku ingat dengan bin-binti nya sekali. mungkin kerana, memori bersama itu banyak yang indah sebab itu ia kekal dalam memori...

Tuesday, July 6, 2010

dah setahun dah rupanya...


Bila dah masuk 2010, start dari bulan 4 hari tu maknanya ada banyak peristiwa besar yang genap setahun. Huhu, cepatnya masa berlalu (dah tau masa berlalu begitu cepat, tapi banyak gak amalan-amalan berpahala yang lum terbuat). aduhai...
.
Antara peristiwa besar yang takkan aku lupa; tentulah, pemergian Almarhum tokwan aku. Inilah pertama kali, aku merasai pemergian insan yang sangat-sangat aku sayang. Bukannya insan lain yang telah pergi terdahulu aku tak sayang, cuma inilah, pertama kali dalam hidup aku impak nya yang cukup besar. kerinduan sangat mendalam. meskipun sudah setahun lebih tokwan dah takde, tapi dalam kesunyian, keseorang meredah malam ataupun ketika memandu, air mata aku tetap mengalir mengingati tokwan. bukan aku tak redho, inilah suratan kehidupan, cuma kenangan yang indah itu sangat sukar aku lepaskan.
.
selepas tokwan, mak Cho aku pula menyusul, kemudian Tok Long Leh, dan Ayah We diakhiri dengan Tok Lang Ali yang pergi masa bulan Disember. Kesemua arwah pernah mewarnai kehidupan aku. terimbas kenangan masa kecil, dengan tokwan paling banyak lah, tak terkira. Bila cuti sekolah, balik kampung, (masa tu aku duduk di tg tualang, dan kampung ialah umah aku sekarang ni), bermanja puas-puas dengan tokwan. Tokwan bawak teksi, petang-petang pukul 2-3 tunggu tepi jalan kalau-kalau tokwan singgah dan hon tanda tokwan ada belikan sesuatu macam aiskrim, coklat atau keropok. Pukul 5 atau 6 baru tokwan balik. malam, tidur dengan tok dan tokwan, sambil tok carikan kutu kat kepala aku, tokwan pulak cerita macam-macam kisah dari citer hantu sampai citer masa jadi british Army. tepat jam 6 pagi, tokwan bangun dan aku pasti terjaga sekali sebab nak turun umah bawah dengan tokwan, tokwan akan meng'kok-kong' (dukung kat belakang) aku menuruni tangga. manjanya..memang aku manja sangat dengan tokwan walaupun aku dah beradik masa tu. Banyak lagi kenangan kalo nak citer dan leh wat aku menangis tapi itu semua hanya dalam memori yang hanya boleh diimbas tak boleh diulang.
.
Arwah mak cho, kenangan balik kampung gajah waktu hari raya. Mak cho ku walaupun kadang2 kalo smash, fuh, makan dalam juga, tapi hatinya baik, cekap dan rajin dan roti canai buatan beliau, tiada tolok banding nya! arwah Tok Long Leh pula suka bergurau dan mendengarnya berceloteh tak kering gusi. Arwah Ayah We, abang mak aku pun tak kurang mencuit hati dan arwah Tok Lang Ali yang banyak berjasa sebagai orang tengah urusan nikah kawin, pinang meminang, kenduri keluarga kami atau waktu-waktu pendaftaran ke sekolah asrama, sungguh banyak urusan yang dibantu oleh arwah. hilang lah sudah figure-figure yang menjadi tonggak keluarga, yang tinggal cuma kisah-kisah semasa mereka hidup. Al-fatihah dan doa ke atas ke semuanya...
.
Selain dari peristiwa kehilangan, ni, kisah aku dan hepatitis B aku yang didetect pada Mac lepas pun dah setahun. Aku start rawatan masa bulan posa tahun lepas dan insyaAllah 15hb Julai ni tamat lah..dah lebih 40 batang jarum ubat mencocok-cocok kawasan perut ku ini. Sakit kah? takde lah, macam gigit semut je. Lagipun seminggu sekali. Kalo orang diabetic lagi susah kan, kene cucuk insulin hari-hari. Selain cucuk, rutin aku sebulan ialah 1. pegi buat blood test (biasanya aku gi hospital kulim hari Ahad so tak payah apply cuti), 2. lepas blood test baru jumpa pakar pada hari Khamis sekali dalam sebulan. 3. kalo supply jarum ubat dah abis, kene gi jugak hospital (biasanya aku pilih Ahad jugak). menjinjing la beg kalis terma tu sebab ubat aku ni maha sensitif, takleh kene panas, dan boleh kekal elok dalam suhu bilik selama 24 jam je. kene cepat-cepat masuk dalam freezer dlm suhu 4 darjah (tempat letak sayur tu). ubat memang kene topup sebulan sekali (dia bagi 4 batang jarum je sekali) disebabkan super sensitive nya tu dan kos nya yang mahal. tak berani dorang nak bagi sekali harung. Kalo ko rosakkan 1 jarum meninggal la ko nak mengganti nya. ratus2 tu 1 jarum.. Dalam tempoh tu, banyak perubahan berlaku pada fizikal aku terutamanya berat aku dah susut 10kg,. best nya kata beberapa orang (ye aku dengar tu,..hehehe). rambut aku gugur dengan jaya nya, sekali sikat, ada la segulung benang bulu kambing tu jatuhnya..hahaha.. apa yang tinggal lagi? ada la rambut lagi, cuma dah nipis. Mujur je aku spesis rambut hitam tebal, jadi tak lah ketara sangat..tapi Alhamdulillah, sebab perkembangan darah aku semakin baik, kuman Hep B semakin kurang. Dr pun tiap kali aku jumpa cakap 'your report is very good, you look much healthier rather than other patient, you're so different, i believe u have great inner strength!' chewah, gitulah gaya Dr Kiew atau Dr Chin memuji-muji. Tu lah kadang-kadang aku pun tatau nak citer apa kat dorang. sebab setakat ini aku rasa biasa je, takde lah demam, stress seperti mana diterangkan oleh Dr masa mula-mula amik rawatan. Memang dalam 'pakej ubat' aku pun ada sekali panduan nak guna dan kesan-kesan pengambilan, nasihat-nasihat psikologi camna nak menghadapi kesan sampingan especially dengan macam mana partner kita harus menanganinya bersama-sama kita. Syukur, Allah mudahkan aku bab ni, dengan aku sendiri pun selalu bagitau diri aku yang aku sihat, tak de apa yang perlu dirisaukan, life is not end yet! kenapa nak risau kan? think positive, think positive, dan hadapi dengan ceria! its all in our mind. Kalo kita tak sakit tapi kita percaya kita sakit, memang la rasa sakitnya. Cuba kalo sebalik nya....? Itulah yang aku lakukan..
.
Apapun Dr kata side effects ni sementara ja, lepas ni balik kepada normal. Maksudnya kalo aku gemuk dulu, pasni gemuk la balik. Kalo rambut gugur, pasni tumbuh la balik. heh, boleh ke aku maintainkan keadaan ni (terutama berat badan ni lah). Boleh tak boleh ko tunggu lah setahun pulak lagi, camne aku jadi. hehehe