Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Satu Jam yang sungguh berharga


1 jam yang aku maksudkan ialah dari 6.30 pagi hingga 7.30 pagi. Alhamdulillah sejak akhir-akhir ni 1 jam pemberian Allah ini sangat-sangat aku nikmati.
.
Sepanjang 1 jam itu lah aku dapat menyiapkan anak aku ke sekolah (seusai solat Subuh), dapat memasak untuk sarapan anak dan mak ayah aku, dapat hantar Luqman ke sekolah dan dapat pula tunaikan Solat Sunat Isyraq dan Dhuha sebelum ke opis pada jam 7.40 pagi. Gambar di sebelah adalah masakan aku pagi ini, Bihun Goreng Singapore, dimakan bersama-sama mak ayah dan anak-anak saudaraku.
.
Dulu, rasanya tak akan pernah sempat 'mengejar' semua ini. Ada saja alasan dan halangan. Yang betul nya, tak pernah mencuba! Tapi ralit dengan bisikan syaitan yang mahukan kita lalai. Alhamdulillah sebelum Ramadhan yang lalu, datang motivasi untuk melakukan perubahan. Hasil pembacaan majalah bermanfaat, dengar ceramah agama, cd Nasyid, Wirid dan Zikir, kisah-kisah di blog atau facebook banyak membantu mencapai 'nikmat' ini.
.
Sebelum ni, selalu aku meratapi diri aku yang menjawat kerja yang tak seberapa. Cemburu dan berpura-pura gembira dengan kesenangan orang lain. Aku manusia biasa. Perasaan rendah diri ini tidak akan pernah hilang sampailah aku merasakan telah mendapat sama seperti apa yang orang lain ada! MasyaAllah aku telah lupa, nikmat 1 jam yang Allah beri pada aku, yang tidak sama dengan orang lain. Terutama, waktu bersama mak ayah tercinta, memasakkan makanan pagi, menjamu mereka sehingga kenyang, dan punya masa untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa melalui solat sunat pagi. Aku yakin, tidak ramai dapat melakukan perkara ini meskipun menikmati gaji ribuan setiap bulan! Maka inilah nikmat yang wajib aku insafi dan syukuri yang tidak ternilai harganya walaupun cuma dalam satu jam. Pelbagai perkara baik yang dapat ku lakukan.
.
Sesungguhnya sesiapa yang bertaqwa kepada Allah pasti Allah dorongkan jalan keluar. Niat yang baik pasti ada jalan. Jika ada sesiapa yang ingin berubah ke arah lebih baik, cuba lah dan pohonlah dari Allah SWT, pasti ada jalannya. - L

Tuesday, October 5, 2010

sticker mu sticker ku

Lama jugak tak cerita pasal 'hotel' pondok merpati aku ni kan? Seganlah nak citer, bukan nya umah lawa pun, tapi kecik, perabot pun tak berapa nak ada. Tapi sebab tak datang idea nak update apa, meh kita sembang-sembang pasal dekorasi umah lah. Kalo tak berupdate nanti mula lah sifat malas tu bertambah kembang, nanti silap-silap orang tak tau beza, ini, blog ke, kubur ke? Senyap sangat. Eh, melampau tu analoginya.
.
.
Aku dalam bidang deko-deko ni minatlah jugak. Dari zaman Deko bersama Eric tu lah aku start suka. Bila tengok umah yang dipaparkan, ala-ala terkagum tahap lapan gitu. 'Wah kreatip nye..' ..'uii cantiknya...' 'eh pandainya buat macam tu' sambil mulut ni nganga tak reti nak tutup. Maklum lah umah orang, duit orang tu banyak, boleh la dia deko-deko macam hotel. Kita ni duit sikit, nganga je banyak. Kot-kot angin leh masuk perut, tukaq jadi duit, tiba masa nak 'melabur' masuk lah 'bank' leh draw itu duit banyak-banyak dan hias rumah macam depa tu. Haih! merapu apa nih. Busuk sikit lah.
.
Selain dari tengok kat tv, suka gak tengok-tengok kat website syarikat cat ke, majalah deko ke (harus majalah pinjam atau tumpang baca, nak beli, macam tak perlu kot). Sekarang ni style tak cat dinding dah kan? tapi pasang Wall Sticker. Apa? Dah lama dah style ni? Aku ketinggalan keretapi? Hehe, ye memang dah lama dah dalam 2-3 tahun kebelakangan ni selain dari wallpaper tu, berduyun-duyun orang sekarang ni meng-WallSticker kan umah depa. Ada yang gambar burung dalam sangkar, bunga dandelion, world map, pokok-pokok, gaya retro dan sebagainya. Yang bezakan ialah sticker tu mahal ke murah. Yang mahal off course la nampak vogue dan tahan lama. Kalo yang murah tu? Dapat tahan sampai setengah tahun pun dah kira seribu rahmat lah. hahaha.
.
Ok sekarang merujuk pada gambarajah di atas, ada 2 jenis sticker di situ. Satu kat wall kaler kuning tu sticker nya adalah rama-rama dan yang kedua, kat wall kaler merah coklat tu bulat-bulat ala retro. Kononnya lah. Cantik ker? *Eh Chop!chop makcik yang baju merah tengah baca blog ni dia tanya 'dik yang dinding purple tu, rama-rama putih tu sticker jugak ke?' . Oh yang itu,? yang itu bukan kak, yang itu kami hentam kromo gunting manila kad sekeping RM1.00 (dulu sekeping 30 sen je kau..) dan white tape, tampal-tampal, cat-cat, tanggalkan tape. Dah. Sekali lagi tanya; 'cantik ke?' tak cantik? Oklah, babai. Sambil merajuk.
.
Pastu aku tahu, jauh di sudut hati korang-korang ni (ye termasuk makcik baju merah tuuu) Mesti kata 'apa konsep umah budak ni? kaler warna warni macam tadika la pulak. Tadika pun tak kaler warna warni macam ni'. Oh, itu yang bermain di fikiran korang ye? Kenapa tak main jauh-jauh, nak main jugak kat dalam fikiran. EH tapi takpe, ku sudi menjawab soalannya. Tau kan nama aku apa..LUNA. Luna tu apa? Kaler kan? Bistu, dah empunya umah nama Luna, rumah pun mestilah kaler Luna. ha ha ha. tak lawak. tak lawak.
.
Setakat ni, umah kengkawan yang aku tau ada sticker ialah umah kawan UUM aku sebab dia pun jual gak sticker nih, harga dealer katanya. Dan umah kak Oren! nyeh nyeh nyeh. Wall Sticker umah kak oren versi mesra anak-anak. Ada pokok-pokok, pagar-pagar, rumput-rumput gitu. Comel, macam anak-anak beliau. *Kak, saya bodek ni leh dapat sticker free tak? hahaha. Lagi umah sapa yang ada? Cepat ngaku lekas! Leh aku intai-intai, komen-komen dan tiru-tiru. Tapi ada sticker banyak-banyak pun nak watpe, macam la banyak dinding nak tampal? ceh!.
.
Pasni next project aku untuk bilik tidur aku ni pulak. Dinding sekarang ni cat asal putih seputihnya. Ntah camne ntah nak bagi happening sikit? Korang ada idea? Makcik yang pakai tudung arianni kaler grey tu, macam nak bagi cadangan je...hah kalo berani, cakap lah..
.
Sekian. - L