Tuesday, March 1, 2011

selepas sebulan...

Sebagai mukaddimah nya nak citer, aku dah ada name tag! yeay yeay! aku dah ada name tag yeay yeay! (sambil lompat bintang 13 kali) ...tu dia aih..punya la jak*n (tak leh elak nak guna word ni sebab dah biasa, dulu tak penah jadi isu sekarang ni apa pun jadi isu, silap2 kang ada lak orang bakar blog pulak). Sekian lama lah tak de benda alah ni, macam mana la makcik tak jak*n dan perak (bukan Perak negeri ku), gunakan e taling ye murid-murid...sekarang ni aku tengah jalani SBE, atau PBS atau setengah maktab tu panggil ROS. Dalam bahasa kampung aku, School Based Experience, kalau orang Amerika cakap lak Pengalaman Berasaskan Sekolah.

Kira-kiranya ala-ala intro kepada praktikum gitu, tapi tak perlu ngajar, cuma observe-observe je. Tapi bebudak sekolah ni dorang tak kira ah, semua pun dorang panggil cikgu jugak. Bistu bila dah masuk sekolah, kenalah pakai name tag baru lah orang leh kenal nama nya. Tapi serius, mula-mula agak culture shock le bagi aku, selalu terlupa nak pakai dan bila pakai tu, orang pun tengok kat situ, ada rasa malu-malu pulak. hehe. Sebab nama aku kan cam agak lain sikit (konon nama cam Arab la kan), dorang tengok bukan sekali, tapi banyak kali. Bila dah tau, depa tanya pronounce nya pulak. Aiyoo pening la cikgu. Kan senang kalau nama aku ialah Mahani atau Aminah atau Murni? (ewah, ayu nya).

Memperkenalkan inilah member aku, the only Malay girls dalam kos ni termasuk le aku. Dari kiri orang Kelantan, Asma nama dia, pastu Athirah budak parit buntaq then Ina dari Johor tapi suami dia orang Sg Petani. Asalnya ada 4 orang je, pastu ada 2nd intake masuk sorang, namanya Nadia yang baju kaler putih, pastu minggu lepas ada sorang lagi masuk, tapi tak sempat kenal-kenal pun sebab sekarang dah SBE, menjadikan Malay girls ada 6 orang. Barulah rasa meriah sikit.



SBE ni 2 minggu, abis SBE dah cuti sekolah. Kiranya dapat lah rehat sikit selepas hari-hari pembelajaran yang sangat memenatkan tu. Weekend aritu ada lak jogathon. Tak sempat nak mengcooling down dan merehat-rehatkan tubuh badan yang dah crammed dek aktiviti kos minor iaitu PJK, kenalah kerah lagi untuk berjogging. Tapi kami tak mampu dah nak jogging, melenggang je le makciks2 ni semua.


Konon penat giler la


Ni pulak gambar HM kat sekolah aku SBE tu. HM ni dah 30 tahun jadi cikgu dan kat sekolah tu dia berkhidmat dari 2007, kebetulan kami baru masuk 2 hari, dia pulak last day pada hari ini, dah nak bersara. Sob-sob. Sedih jugak masa perhimpunan khas pagi tadi. Budak-budak buat persembahan khas untuk dia. Walaupun aku tak faham, tapi kawan aku Priya tolong jadi Google Translate sikit-sikit, aku dapat agak yang performance tu very sad songs and poems to send off a very generous HM and saying Good Bye to her. Mdm Sarojini is very nice lady, soft spoken tapi tegas. pergh tiba-tiba cakap BI lak. Walaupun baru kenal tapi dia dan cikgu-cikgu lain cepat mesra dan boleh terima kitorang especially aku dan Hadi yang berbangsa Melayu.

Anak-anak murid pun sangat baik dan sekolah tu sangat bersih dan kemas! Masa perhimpunan pun boleh duduk disebabkan lantai nya yang licin berkilat. Perangai kanak-kanak sama lah juga dengan murid-murid sekolah lain. Dorang ni tak kenal warna kulit, yang dorang mahukan cuma lah perhatian. Lagi senang sebenarnya bila kita minoriti mengajar yang majoriti sebab dorang sentiasa nak tarik perhatian kita dan sangat senang bekerjasama. Pendek kata, baik lah budak-budaknya.



gambar closed up dengan Madam Sarojini yang tak putus-putus bagi nasihat dan ucapkan selamat berjaya kat kitorang supaya menjadi guru yang berkaliber, dicontohi, berdisiplin, disayangi dan lain-lain (haha ayat tu saja je tambah, penyedap rasa).

Esok dan sehingga habis 2 minggu ni rasa macam banyak benda nak belajar dan tak sabar rasanya nak jadi cikgu even kat SJKT sebab pengalaman tu sangat baru dan menarik rupa-rupanya. Dorang pun dapat ubah pandangan dorang terhadap bangsa lain begitu juga kita terhadap mereka ke arah lebih positif. Fuh! ending tak boleh blah! - L