Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Debaran dan teruja...

InsyaAllah, jika tiada aral melintang secara tiba-tiba, malam ini aku akan bertolak ke Putrajaya bersama Luqman dengan menaiki bas untuk memeriahkan kenduri perkahwinan putera sulung kak Lady dan bertemu sahabat blogger dan kakak-kakak yang blog mereka berikon di bawah.

Teruja dan berdebar, kalah si pengantin! Setelah hampir masuk tahun ke-5 mengenali mereka dari dunia blog hingga ke FB, inilah pertama kali akan bersua muka, mengeratkan silaturrahim InsyaAllah...

Yang menjadi tuan rumah;


Sudah lama ingin ketemu;

Aku akan 'bertandang' di rumah kak Hanisumayyah. Ini pertemuan kedua kami selepas tahun 2008 ketika majlis Konvokesyen adik aku di UPM. Tapi inilah kali pertama aku akan bertemu si comel yang manis ini dan adiknya.


Dengar khabarnya teman blogger ini juga akan menghadiri di majlis yang sama;




InsyaAllah, pertemuan kali kedua dengan Kak Zar.. :)


Dan agak teruja bila kakak blogger ini akan memeriahkan majlis yang sama; Suka sangat.. :D


Dan sahabat blogger yang banyak berkongsi suka dan duka lewat ruang maya dan melalui telefon. InsyaAllah ini pertemuan kedua, tetapi pertama kali akan bertemu si comel dalam gambar itu.


Dan akhir sekali mudah-mudahan dapat bertemu kak Azwa untuk kali pertama..


Semoga urusan ini dipermudahkan.... - L

Wednesday, December 1, 2010

mencari husnul khotimah

Baru -baru ini aku terkejut dan sedih dengan berita ayah kawanku yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lenggong pada 9 November yang lalu. Ada beritanya dalam harian metro dan kosmo.
.
Tapi aku tahu pun selepas 2 minggu, terkilan jugak dengan diri sendiri sebab tak peka dengan dugaan yang menimpa kawan sendiri. Sejurus tahu, aku menghantar mesej kepadanya di FB. Alhamdulillah kawan aku sudah kuat, tabah dan redha dan mampu menceritakan perkara yang berlaku.
.
Dalam sedih, aku turut berasa 'seronok' mendengar keadaan arwah yang tidak seperti mangsa kemalangan. Kawan aku sendiri pada mulanya tidak sanggup menatap wajah arwah buat kali terakhir, khuatir akan melihat sesuatu yang tidak sanggup dilihat, tapi sangkaannya meleset. Melihat wajah ayah tersayang yang tenang seperti orang yang sedang tidur, dari situlah datang kekuatan untuk meredhai pemergian seorang ke pangkuan Ilahi.
.
Tahulah kawanku itu, bahawa sebenarnya sudah janji Allah umur ayahnya setakat itu, cuma mencari suatu sebab sahaja walaupun pada asasnya arwah tidaklah cedera parah, cuma sedikit retak di kepala dan bahu. Luka dan lebam juga tiada. Dari mesej kawan aku;
'
..menurut cerita adik aku Ayah aku berlainan sgt hari tu. tk byk ckp. ms diaorg nk bertolak balik lps lunch tu masuk je kereta Ayah aku duduk kt seat dpn. adik aku turunkan seat skit utk dia tido. Ayah aku tido dr Ipoh smpai le kemalangan berlaku tk bangun2. adik aku ckp tangan dia dh mmg dia Qiamkan dr awal lg. smpai kereta terbabas pun tgn tu mmg dlm keadaan Qiam. adik aku ckp ayah tidur mcm lena sgt so dia pun mls nk kacau ayah aku...ayah aku mcm dh tau kematian tu dtg menjemput dia. kami semua macam terfikir ALLAH amik nyawa dia ms dia tgh tidur...wallahualam..hanya ALLAH maha mengetahui...

Nampak kan...cantiknya cara jemputan Allah terhadap hamba yang disayangiNya ini. Walaupun aku tak pernah bertemu arwah tetapi hubungan dengan kawan ku itu sangat baik dan kami saling bercerita tentang keluarga masing-masing ketika masih bersama dulu. Memang arwah ayahnya seorang yang baik, banyak beramal, tegas dalam mendidik anak-anak terutama dalam soal agama.
.
Seorang hamba yang baik telah dijemput pulang oleh Sang Pencipta, dengan cara kematiannya yang menurut akal kita ni, itulah dinamakan husnul khotimah. Gambarannya sangat jelas, untuk kita yang masih hidup ini yakin wujudnya pembalasan yang baik bagi orang yang beramal baik dan pembalasan yang buruk kepada yang berbuat jahat. Husnul khotimah itu yang kita harus kejarkan, bukan nama, bukan pangkat dan bukan harta.
.
Al- fatihah

Tuesday, November 30, 2010

manakan sama kita dengan orang lain....

Bila aku bukak FB, tengok gambo zaman sekolah dulu, selalu aku berhasrat nak bertemu semula dengan kawan-kawan lama, secukup-cukup korum seperti mana sekolah dulu.
.
Tapi aku tahu, sukar untuk merealisasikannya. Kalo ada pun mungkin seorang dua sahaja dapat bertemu. Yang lain punya alasan masing-masing yang aku faham benar. Yang dah berkeluarga dengan faktor sendiri, yang belum berkeluarga pun mungkin beralasan kesibukan kerja, menjaga ahli keluarga dan sebagainya.
.
Tapi bagi aku, andainya ada jemputan untuk bertemu, aku pasti akan usahakan. Aku tak mahu orang berkira-kira dan berat hati untuk memberitahu aku kerana memikirkan aku sudah bekeluarga jadi aku tentu sukar mengatur masa. Tidak, aku tidak begitu. Cubalah dulu mencari aku, InsyaAllah akan aku tunaikan permintaan itu.
.
Bila aku begini, kadang-kadang timbul juga bisikan jahat di hati ini merasa terkilan, tak suka dan merajuk dengan sahabat-sahabat yang selalu beralasan. Dan aku tak faham kenapa ada sang suami yang tidak memberi izin kepada isteri untuk keluar bertemu kawan. Bukan nak ajak pergi berdisko, berjoget tak tentu hala pun. Bukan berhari-hari atau berbulan pun. Cuma satu hari. Satu hari yang sangat istimewa. Hari pertemuan semula.
.
Bagi aku lagi, amat benarlah pepatah 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih' itu. Nyatakan saja keberatan hati mu untuk menghadirinya. Bukan kerana anak kuat menangis. Bukan kerana anak buas tak boleh duduk diam. Alahai, kanak-kanak memanglah begitu. Lagipun majlis yang kita nak buat bukanlah rasmi benar. Takde jemputan VVIP untuk merasmikan. Cuma kita dan kengkawan borak kita. Masing-masing yang ada anak akan membawa 'gerabak' masing-masing. Kita aturkan tempat yang sesuai, ada ruang untuk anak-anak kita 'lepas', ada ruang untuk suami kita berkumpul dengan rakan bersembangnya. Soalnya, adakah kau mahu kita bertemu semula? Dari situlah titik tolak keputusan.
.
Bla,bla,bla,bla hati ini terus membebel tetapi terhenti di dalam hati saja. Hati kawan perlu dijaga. Tidak apalah kalau anakmu terlalu buas. Aku faham. tak apalah kalau kereta mu belum servis, aku juga faham. Tak apalah kalau suamimu tak mengizinkan. Huhu. Apalah dayaku, hanya seorang teman yang ingin ketemu semula sahabat yang lain. Walaupun dulu kita sama berfikir, sama perangai tapi masa telah merubah segalanya. Aku tetap sama, tapi manakan sama orang lain dengan cara kita. Namun kutetap sayang semua sahabat-sahabatku. - L

p/s : termasuk dlm gambar di atas ialah kawan aku Marsyita Abd Wahab, yang dah berjaya dan menjadi pengasas kosmetik Sensaoil

Thursday, November 11, 2010

Angkat

Dalam kehidupan purata setiap orang mesti ada seseorang yang bergelaran 'angkat'. Samada anak angkat, mak angkat, adik angkat, abang angkat atau apa-apa je yang di'angkat' menjadi sebahagian keluarga sendiri. Cuma mungkin darjah kemesraan itu yang berbeza. Kalo anak itu diangkat dari kecil boleh jadi dia disusukan dan menjadi anak susuan maka pasti lah hubungan itu lebih erat seperti anak sendiri. Tapi bagi yang 'diangkat' semasa zaman persekolahan, contohnya di sekolah asrama ada sistem mentor-mentee, fasilitator ada juga yang beradik-kakak-abang angkat yang terus rapat ada yang setakat zaman sekolah itu saja.
.
Dalam hidup aku pula, ada kedua-dua jenis 'angkat' itu. Aku pernah dijadikan anak angkat oleh jiran aku yang aku panggil mereka Pak Tua dan Mak Tua (dalam gambar). Dorang memang takde anak, dan memang suka mengambil anak angkat. Ada 2 orang anak angkat nya yang sudah seperti anaknya sendiri dan anak-anak mereka umpama cucu-cucu mereka juga. Selebihnya adalah anak-anak jiran sebaya aku yang diangkat kerana kasih sayang mereka yang melimpah terhadap anak-anak kecil. Dengan status angkat itu, banyak keistimewaan, kelebihan rezeki mereka yang dapat juga aku tumpangi. Selain tu, mak tua aku seorang yang pandai mengubat dan membuat air penawar. Setiap kali adik-beradik aku demam atau bila aku akan menduduki peperiksaan, mak tua lah yang membuat air penawarnya menggunakan ayat suci Al-Qur'an. Dia juga rajin bercerita dan menasihat. Selalu membelikan hadiah dan mengadakan majlis hari jadi untuk anaknya, yang mana, itulah peluang aku dapat merasa makan-makan yang sedap dan kek icing. Terlalu istimewa hubungan ini sampai sekarang aku tak melupai jasa dan kasih sayangnya walaupun mak tua ku sudah tiada dan pak tua sekarang tinggal dengan anaknya di Klang. Eh tiba-tiba ku sedih pulak, sebenarnya nak citer pasal 'angkat-mengangkat'.
.
Angkat-mengangkat aku yang kedua, masa aku sekolah rendah aku amik adik kawan aku sebagai adik angkat. Namanya Hafeez. Sementelah kononnya aku takde adik lelaki kan, teringin rasanya nak rasa macam mana ada adik lelaki. Dan sampai sekarang pun aku dengan kawan aku dan adiknya tu masih berhubung dan tahun lepas aku pegi menghadiri kenduri kawin adik angkat ku itu. Zaman sekolah menengah pun aku ada adik angkat, yang diangkat dari program adik-beradik ke program apa ntah tapi setiap form tu ada 'adik beradik' kita. pemilihan dibuat semasa minggu orientasi form 1, yang form 2 akan cabut nama adik angkatnya dan dari situ berulang lah prosesnya untuk generasi seterusnya. Tapi 'adik beradik' aku terputus bila 'kakak' atas aku dan atas dia, sudah bertukar sekolah ketika tingkatan 4. Dan program tu pula stop setakat tahun 1993. Jadi dalam talian 'adik beradik' aku tu, tinggal aku dan Salhana saja lah. Seronok jugak ada adik angkat, rasa diri disayangi. hehe. Dan sampai sekarang aku dengan Salhana masih berhubungan, kebetulan dia pun masuk UUM juga tahun 1999 tu.
.
Itulah akhirnya satu hubungan angkat yang aku pernah ada. Aku selalu gak dengar orang kata pakwe angkat, makwe angkat, bini angkat. Boleh ke? Ada jugak mulanya beradik-abang angkat yang kemudiannya terangkat kain jadi hubungan terlarang. Tapi ada juga hubungan adik angkat yang berakhir di jinjang pelamin dengan suci dan diredhai. Sapa yang macam tu? Cuba angkat tangan? - L

Friday, October 15, 2010

Tips mendapat kawan....

Rentetan dari tak puas hati pasal semalam kan, aku terperasan satu faktor sepunya terbesar (FSTB) eheh macam belajar Mate form 1 pulak, kenapa dorang yang suka serbu buat business tak pakai helmet kat aku ialah, kerana dorang tengok aku ramai Friends. hahaha. Aku riak dan takabbur ni. Ye, aku rasa 70% punca nya ialah itu. Orang yang ramai Friends perlu didekati, untuk memudahkan, meringkaskan penambahan networks!
.
Tak payah buat homeworks, tak payah kenal-kenalan lebih rapat, tak payah selami hati budi, dia ramai kawan nih, konfem boleh masyukkkk!!!
.
Mana boleh macam tu, apa dia ingat aku senang-senang ke dapat kawan, sahabat, kawan blog, kawan FB, kawan yahoogroups, kawan sekolah, kawan UUM, kawan kampung sebanyak ini?
.
Ia adalah proses yang panjang!
.
Mari aku nak ajar camne kita boleh mendapat kawan yang ramai. Ia bertitik tolak dari peribadi. Dengan peribadi yang baik dan diterima, andai kita berjualan sekalipun, tak perlu membuat promosi hebat, memaksa-maksa, menpsiko-psiko, tetapi orang ramai lah yang akan mendekati kita dengan sukarela.
.
Antara tips untuk menghadapi peperiksaan nya ialah;
.
  • Apa yang kita tak suka orang buat kat kita, macam tu lah orang pun tak suka kita buat kat dia. So jangan buat apa-apa yang kita tak suka pada orang lain.
  • Tunjuk atau tulis apa yang orang nak tengok dan baca bukan apa yang kita nak tengok dan baca sahaja
  • Buat homeworks sikit tentang orang tu, tentang keluarganya ke, kegemarannya ke, jangan menonong-nonong terus nak jual barang
  • mengamalkan sikap positif, cakap yang positif
  • ambil berat tapi jangan dibuat-buat
  • pergantungan kepada Allah, bukan manusia, dengan cara ni, bila kita direject kita boleh cepat redha. Kita dah berusaha, tapi belum rezeki untuk barang itu terjual, ada hikmah di sebaliknya.
  • Jangan berlebihan, dalam menegur atau memuji, dalam membantu ataupun membiarkan. Ingat, sesuatu yang melampaui batas, Allah tidak suka meskipun ianya perkara baik.
.
Rasanya itulah 'tips' yang boleh aku kongsikan. Aku pun bukan orang pandai. Kalo aku orang pandai dengan kawan-kawan seramai ni, pasti aku pun dah jadi peniaga yang berjaya! Tapi aku berkawan dengan niat ikhlas bukan nak amik kesempatan. Aku pun bukan masyarakat peniaga, namun andainya, aku tercebur (boleh ek, tercebur?) dalam bidang ni, insyaAllah cara gini lah aku amalkan, iaitu, persaudaraan dahulu, baru perniagaan.
.
Bukan sebaliknya. - L

Thursday, October 14, 2010

'Maaf, saya tidak berminat.' Titik

Agaknya memang ini style sesetengah orang sekarang buat bisnes? Desperate! Aku highlight kan ini kerana bukan semua bersikap demikian.
.
Dah lama aku memerhatikan perkara ni, bukan aku saja tapi ada kawan-kawan yang menerima 'nasib' yang sama. Terutama business online ataupun affiliates (jenis nak cari kaki bukan jual barang sangat pun). Aku telah disapa seorang kenalan lama di FB, aku fikirkan tujuannya untuk bertanya khabar, rupanya tidak, dia memasang serampang business nya tanpa basa-basi!
.
Aku kecewa dengan pendekatan itu dan aku menolak. Aku tidak berminat. Setiap orang berhak untuk menerima atau menolak sesuatu tawaran itu, atas sebab peribadi orang tersebut. Full stop. Fahamilah dan hormatilah.
.
Tidak perlu diperpanjangkan dengan mengatakan;
.
'Siapa tak ambik peluang ni memang rugi'
'Ni lah masalah orang Melayu, terlalu cepat selesa'
.
Aku menjawab 'Rugi itu subjektif, tidak semestinya menolak 1 bermaksud rugi keseluruhan kehidupan. Kerugian yang mutlak adalah manusia yang tidak berbuat amal baik sebelum mati'. Aku cuba mengatur alasan yang berlapik walaupun hati aku memang tidak terbuka dengan tawarannya.
.
Ditepis lagi 'Tapi Allah tak suruh kita buat amal je tapi suruh berusaha seolah-olah hidup lama'
'Aku cuma nak bagi peluang, ko pun bukan orang senang'.
.
Cukup! Apakah maksud kata-kata itu? Apakah kerana 'dosa' aku menolak tawaran, ko berhak menilai aku sedemikian rupa. Aku bukan orang senang? Ye, memang aku bukan orang senang, tetapi tak semestinya aku perlu menerima 'kesenangan' dari ko. Kesenangan juga subjektif.
.
Sudut pandangan ko, kesenangan itu, material. Perlu kaya, perlu ada harta, perlu ada masa untuk bersenang-senang di rumah menunggu duit bertimpa-timpa, perlu melancong dan sebagainya?
.
Bukan semua mempunyai ukuran kesenangan yang sama seperti pandangan ko. Aku sebenarnya memang tidak mahu berbalas hujah, kerana hati ini memang tidak berminat, tidak mahu dengan tawaran ko. Apatah lagi dengan pendekatan ko. Bila direject, ko menempelak dengan kata-kata negatif. inikah cara 'close sales' yang beretika? Bukankah seorang bergelar Businessman itu perlu jiwa yang besar dan kental, fikiran yang positif, kesabaran yang tinggi dan kata-kata yang manis?
.
Aku betul-betul tersinggung dan kecewa. Dan aku tahu aku akan bertemu lagi dengan situasi ni, berulang dan berulang kerana 'business' zaman sekarang tiada sempadan. Aku bukan mahu mengajar, tetapi bagi yang terlibat, belajarlah lagi, belajar berbudi bahasa, bukan hanya memikirkan keuntungan sahaja! - L

Friday, September 17, 2010

'Syoknya jadi janda...'


Assalamualaikum...
.
Wah ayat... macam ada provokasi di situ. Bukan, bukan tujuannya mengata tapi cuma berkata-kata. haha macam skrip pulak, citer apa ntah?
.
Tapi memang tak nak bercakap pasal negatif pun malah nak puji lagi. Berkaitan gambar tu - orang meniaga. Tapi bukan orang dalam gambar tu. Ia cuma hiasan.
.
Nih, nak habaq pi, kat kampung aku ni kan ada 1 kedai jual kuih-muih tu yang sangat laku. Kedai tu baru je 1-2 bulan dibuka sebelum puasa aritu, kat tepi jalan. Rekod kampung aku ni, kalo bab-bab menjual makanan ni, jarang yang laris! Tak macam kat pekan macam parit buntar tu, banyak gerai, kat depan market, kat hujung lorong, kat depan sekolah, kat depan masjid, heh boleh kata macam-macam pilihan dan ramai pembelinya.
.
Tapi kat kampung aku ni susah sikit, kalo ada kedai makan pun tak glamer, 1-2 bulan bukak, pastu tutup sebab takde sambutan. So tinggallah kedai-kedai yang memang dah lama bertapak contohnya macam kedai corner, roti canai, murtabak dan peniaga karipap, cucur badak dan pulut udang tu. Kuih-kuih kat sini pun jarang 'yang berjenis' (hei, ngutuk kampung sendiri ke?). Nasi lemak pun begitu, macam tangkap muat, asal jual sudah. Jadi aku jarang dengar la orang kata 'orang tu jual nasi lemak sedap atau kuih itu sedap kuih ni lembut dan lain-lain' .
.
Lagi satu sebab kenapa kedai tak laku ialah kebanyakan orang sini, masak sendiri walaupun untuk makan pagi apatah lagi tengahari. Orang jarang makan kat luar kalo nak makan kat luar pun depa pi ban pecah ataupun parit buntar lah (macam aku, yang dah khatam restoran-restoran kat parit buntaq nuu).
.
Ok sambung cerita pasal gerai jual kuih tu. Aku kenai penjual tu, sorang jiran aku, sorang lagi mak kawan Luqman. Jiran aku tu isteri orang, ada 4 orang anak. Yang mak kawan Luqman tu, janda! Ha di situlah tarikan gerai tu. Kakak tu bukan berhias pun, biasa je orangnya macam kita-kita ni ler. Dia pun tak le gatal macam orang selalu sinonimkan janda ni dengan 'gatal'. Ish jahat sungguh mulut orang kita kan. Tapi dengan title itulah, rezeki perniagaan dorang ni sangat murah. Seronok aku tengok pagi-pagi orang berkerumun macam kedai nasi lemak antarabangsa nun. tapi kuih-muih yang dia buat tu sedap la jugak. Ada kualiti macam tepung talam, roti john, puteri ayu, karipap. 'berjenis' la kuihnya. tak la macam 'tangkap muat', asalkan jual, sudah.
.
Aku tau la jugak sikit-sikit kisah kakak tu di sebalik perceraian dia tu. Dan bila tengok dia berniaga, mencari rezeki untuk anak-anak dia buat aku kagum dengan ketabahan dia dan usaha dua orang tu dalam perniagaan. Jiran aku tu pun ada kegetiran hidupnya sendiri, suaminya OKU tapi masih boleh bekerja cuma tidak lah mewah, setakat cukup makan pakai dan keperluan tempat tinggal. Kesimpulannya, aku memang salute pada dua wanita ini yang bangkit dari kepayahan dan berusaha untuk mengubah nasib kehidupan dengan tangan sendiri. Sehinggakan terkeluar lah ayat ni masa sembang sambil makan pagi dengan mak ayah aku aritu ' Syok nya jadi janda kan sebab jadi pelaris.' Ayah aku pun lani selalu beli kuih-kuih dari situ je. Mak aku kata 'hai maklumlah...kedai janda...' pastu kitorang semua gelak-gelak.

Friday, August 6, 2010

Bukan perkara luar biasa...


Akhir-akhir ini aku banyak mendengar kisah rumahtangga kawan-kawan yang aku sayangi mengalami masalah. Bukan niat aku menjaja cerita mereka di sini, cuma aku ingin meluah rasa sedih yang aku tak boleh elak ini.
.
Dulu (ketika umur pertengahan 20an) usia ni kurasakan sangat muda dan sudah tentu mereka yang sebaya aku belum lagi melalui keluh kesah, sepak terajang rumahtangga. Apatah lagi Bercerai???. fikirku, saat-saat ini tentu sedang enak diulit bahagia, mula menimang zuriat, mula memulai kehidupan, menikmati hasil gaji pekerjaan pertama dan sebagainya. Melewati gambar-gambar di facebook atau blog, Alhamdulillah, nampak bahagia, sungguh-sungguh bahagia.
.
Rupa-rupanya 'Yang Terindah Hanya Sementara', satu persatu aku mendengar runtuhnya mahligai di sana, ranapnya mahligai di sini. Padamnya api cinta di situ, pedihnya hati yang menahan di mana-mana. Kawanku, apa sudah terjadi?
.
Ada yang bersuamikan lelaki pemalas, mengharapkan poket isteri. Ada yang beristerikan seorang yang tak pandai menjaga mulut, mulut pantas mencerca suami dan sentiasa mengungkit kesalahan yang kecil. Ada yang suami berubah menjadi pendiam dan menjauh hati, secara tiba-tiba. Suami yang mengasari isteri. Dan sejumlah besar kerana kecurangan yang mendatangkan perasaan benci dan tidak bisa lagi bersatu atas nama Suami dan Isteri.
.
Usia masih muda, perjalanan masih panjang, anak-anak masih kecil tapi perpisahan tetap berlaku. Aku simpati dan sedih dengan nasib anak-anak, tapi aku tetap memberi sokongan, jika itu keputusan yang terbaik, siapalah aku untuk menghalang. Sebagai makhluk Allah, janganlah jadikan perpisahan sebagai titik kehidupan. Matlamat kehidupan ini tidak lain adalah untuk mencari keredhaan Allah baik sebagai bujang, isteri, isteri bermadu, janda atau apa, matlamat kita tetaplah mencari keredhaanNya.
.
Teruskanlah pencarian, bahagia itu ada di mana-mana.

Tuesday, July 27, 2010

dilema seorang kawan


Aku ada seorang kawan, aku namakan Cik Markonah (off course la bukan nama sebenar, ni nama cikgu dalam komik Bujal lah). Baru-baru ni Markonah menceritakan 1 masalahnya yang sangat rumit bak kata status dalam fesbuk tu 'It's Complicated'. Soalnya...soal jodoh lah.
.
Cik Markonah baya-baya dengan aku, jadi umur macam ni memang paling ngetop menjadi bahan pertanyaan, pergossipan dan pernyibukkan orang keliling yang asik tanya 'Bila nak kawin?Bila nak kawin?Bila nak kawinnnnn?????'. Tapi, cik markonah bukan tak laku. Wajahnya manis putih gebu bercermin mata. Ah pasti menjadi impian ramai jejaka. Aku juga heran bagaimana dia pun terjebak dalam masalah 'It's Complicated' ni sedangkan dengan paras rupanya itu dan sifat-sifat baiknya, mampu mendapat pasangan dengan lebih cepat. tapi, itulah orang kata, bahagian masing-masing, lancar tang tu, tak lancar tang ni. Happy tang nun, tak happy tang tuttt. Cik Markonah bukan tidak ada berkawan tetapi inilah masalah beliau.
.
1) Markonah amat mencintai seorang lelaki, dan lelaki itu amat menchintai beliau. Tapi lelaki itu adalah.....berlainan agama! Sepanjang perhubungan memang markonah cuba memujuk agar lelaki itu yang bernama Vellpari (juga bukan nama sebenar, nama tipu pun bukan haha) supaya memeluk agama Islam tetapi Vell nggak mahu. Belum mendapat hidayah mungkin. pada mulanya markonah bersabar tetapi memandangkan usia makin meningkat, Markonah rasa hubungan ini sukar diteruskan, dan Markonah cuba menjauhkan diri dari Vell namun, kerana mereka 1 tempat bekerja, proses ini menjadi sukar! Markonah terus menchintai Vell begitu juga Vell terhadap Markonah.
.
2) Ibu dan bapa Markonah adalah orang baik-baik, mereka tidak mengetahui yang Markonah adalah mencintai Vellpari, mereka telah mencarikan seorang lagi calon untuk Markonah. Sebelum ini mereka telah carikan tetapi Markonah tiada bersetuju sebab masalah jauh lah, muda lah dan lain-lain. kali ini calon itu adalah jiran sekampung, tidak lah tua tidaklah muda, dari segi umur amat sesuai. lelaki ini, Encik Amirul Arham (nama rekaan ku) seorang duda tiada beranak, pekerjaannya sebagai Salesman kereta.
.
3) dalam masa yang sama, Markonah yang merasai hubungan dengan Vellpari mungkin sukar direalisasikan, Markonah berkawan pula dengan seorang duda beranak 2, tetapi hubungan ini masih di peringkat awal. Mungkin ini juga escapism buat Markonah bila hubungan dengan Vellpari tiada jalan penyudah.
.
Dalam hal ini aku rasa pilihan ke 3 tu tak berapa mendominasi permasalahan ini tapi antara 1 dan 2 itulah soal utamanya. Hm, jadi bagaimana? Untuk menolak pilihan mak ayah nya sudah tentu akan mengecilkan hati orang tua, tetapi bagaimana ingin menerima jika hati tiada sayang? telah ku kabarkan, pilihan ibu bapa itu adalah terbaik, kerana ibu bapa manalah yang tidak mahu anaknya bahagia. tetapi hati Markonah tetap pada Vellpari, dan berharap agar masalah berkaitan agama itu dapat diselesaikan dengan cara terbaik. Tapi soal agama bukan main-main kan kawan-kawan? Bukan berpandangan negatif cuma dari segi realitinya itu, kalo bertukar agama hanya kerana nak kawin, banyak masalah timbul dan akhirnya bercerai.
.
Apapun, aku menyokong apa jua pilihan Markonah, cuma ku harap sekali memilih jangan sekali berpatah balik. Aku memahami betapa sukar membuat pilihan kerana sebagai manusia kita lemah untuk mengetahui apa yang bakal terjadi di masa depan. Risiko ini terlalu besar dan perlukan kekuatan jitu untuk menghadapinya. Apakah pilihan terbaik bagi Markonah? Adakah Markonah perlu bersabar untuk bersama Vellpari atau Markonah tamatkan sahaja status bujang nya dengan pilihan mak ayahnya? Uhh...Its totally, totally Complicated!