InsyaAllah, jika tiada aral melintang secara tiba-tiba, malam ini aku akan bertolak ke Putrajaya bersama Luqman dengan menaiki bas untuk memeriahkan kenduri perkahwinan putera sulung kak Lady dan bertemu sahabat blogger dan kakak-kakak yang blog mereka berikon di bawah.
Teruja dan berdebar, kalah si pengantin! Setelah hampir masuk tahun ke-5 mengenali mereka dari dunia blog hingga ke FB, inilah pertama kali akan bersua muka, mengeratkan silaturrahim InsyaAllah...
Yang menjadi tuan rumah;

Sudah lama ingin ketemu;

Aku akan 'bertandang' di rumah kak Hanisumayyah. Ini pertemuan kedua kami selepas tahun 2008 ketika majlis Konvokesyen adik aku di UPM. Tapi inilah kali pertama aku akan bertemu si comel yang manis ini dan adiknya.

Dengar khabarnya teman blogger ini juga akan menghadiri di majlis yang sama;

InsyaAllah, pertemuan kali kedua dengan Kak Zar.. :)

Dan agak teruja bila kakak blogger ini akan memeriahkan majlis yang sama; Suka sangat.. :D

Dan sahabat blogger yang banyak berkongsi suka dan duka lewat ruang maya dan melalui telefon. InsyaAllah ini pertemuan kedua, tetapi pertama kali akan bertemu si comel dalam gambar itu.

Dan akhir sekali mudah-mudahan dapat bertemu kak Azwa untuk kali pertama..

Semoga urusan ini dipermudahkan.... - L
14 comments:
Amin..semoga dipermudahkan..dan selamat perjalanan..dan insyaallah..
NAk ke rmh kak Lady ke? Kak nida dok ikut blog dia dan Blog kak Sya dah lama dah. SElamat bergombira ya Luna. Ambik gambar byk2 nanti masukkan dlm N3 .Boleh tumpang tgk pun jadilah.
semoga selamat sampai dan kembali serta dirahmati oleh Allah apa yang dirancang...
kak erna ; insyaAllah kita ketemu ye
kak nieda ; tu la..sy pun dulu start dr silent reader pastu ada blog sdiri dan kenal2 dgn kak lady dan kak sya..baru ni lah pertama kali nak jumpa
risanur ; jom join sekali? :)
Lor.... turun sini rupanya... camno boleh den tak perasan, padahal hari2 online... belum rezeki kita kot na... so, camne trip, mesti best punyer kan?
meriah khabarnya kenduri walimah tu.. mungkin belum rejeki nak jumpa buat kali kedua dengan luna.. insyaAllah next time kot
lama tunggu sebab nak jumpa ko tapi tak dapat borak lama..
nantilah aku gi penang jumpa ko lagi yer
i like it!
Salam Yong Luna, semoga bersonok dgn kawan2 blogger sambil makan nasi minyak!
Alahai Luna..teringin sangat2 jumpa dengan geng2 blogger, apakan daya, belum jodoh untuk kita bertemu. InsyaAllah dikesempatan lain kita bertemu ya...
camne kak, dpt jumpe semuanya?
oh, turun sini ke hari tu?
melepas lagi nak jumpa akak..
jumpa tak?
kita tau luna nak pi.. tapi kita last minit baru dapat pi.. tak de rezeki jumpa kan.. next time la.. ni la kes pi awal bebenor..
Post a Comment