Monday, January 31, 2011

Ehem ehem, teacher Luna dah datang!

Amboi, baru masuk maktab seminggu dah kerek giler kan? Padahal ni baru sebelah kaki jek dalam bidang keteacheran ni, sebelah kaki lagi tungguuuu satu tahun lagi, insyaAllah.

Cuti dah masuk 5 hari, baru hari ni dapat bernafas nak menjenguk blog ni. Sebelum ni menyetelkan bab perjanjian yang tak boleh silap sikit pun. Kalo problem bab perjanjian ni, lambatlah teacher dapat elaun. Huhu. Teacher pun tongah pokai ni ha, mengharap belas kasihan orang yo nak menampung kehidupan duo tigo bulan ni. Tak dapek la laie teacher nak belanjo orang-orang kampung seantero Zimbabwe makan nasi lomak ikan bilis campur telur robus.

So far, kehidupan teacher kat sana adalah lancar (eh aci ke nak bahsekan diri teacher? Ke ngada? Ke muntah? Nyampah? Gedik? dan rasa nak ketuk dengan pensel 2B laju2?). Masa orientasi memang pack giler. Kena mandi laju-laju, makan laju-laju, jalan laju-laju pastu malu-malu segan-segan boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang kat 'senior' yang muda belia. Macam masuk U dulu-dulu lah. Cuma beza nya sekarang teacher ni mahasitua la kat kolej tu. Untuk pengetahuan murid-murid semua, batch teacher kali ni, hanya 4 orang je perempuan melayu terakhir yang KPLI-SR (full time) yang lain semua J-Qaf. They all ni masuk maktab time cuti jek, jadi dorang cuma ada secara berjemaah untuk register dan orientasi. Lepas cuti ni, tinggal lah teacher dan 3 orang lagi yang KPLI kat kolej tu. Memang maktab ada bagi opsyen nak stay dalam atau dok luar. Dan pada mulanya teacher nak dok luar sebab dekat je kan dengan umah teacher tu, tapi bila pikir yang kami ni ada 4 orang je, susah sonang biarlah bersamo, nak buek esaimen pun sonang sikit. Lalu, teacher pun decide la dok kolej. Cumo bilo raso boring-boring tu, teacher koling-koling la laki teacher kot nak mengajak berdating? haih!

Seminggu dok maktab tu berbagai perkara yang teacher tengok, observe dan pikir. Awal-awal memang ketua HEP dah taklimat supaya jangan lah kami ni compare life kat sini dengan masa kat U. Memang totally different. The way of thinking pun lain. They have this kind of 'look' towards KPLI student. Tak pasti kenapa. Mungkin kami belum kenal sesama diri sepenuhnya. Orang kata 'tak kenal maka tak kenal lah'. hehe. Itu den punyo tagline. Tapi lebih kurang lah, sebab kenal tak semestinya cinta. Kalo cinta, ia suatu bonus. Apapun segala kekurangan perlu disabari dan diterima dengan sepenuh hati. Takpe lah ni semua teacher anggap sebagai cabaran ler. Kita kan nak jadi teacher, kalau nanti kot posting kat sekolah ulu banat mungkin lebih daif kemudahannya, macam mana? Jadi haruslah kami semua bersyukur seadanya. Dah dapat masuk bidang ni pun dah kira besar rahmat dari Allah. Lagipun bukan semuanya kurang, dan yang penting ialah ilmu yang kita akan dapat dari situ bukan nya fasilitinya. Tak lama pun...6 bulan jek. Sem 2 memang wajib dok luar semasa praktikum.

Tentang roomate teacher. Hihi. Ni nak habaq pi, roomate teacher orang parit buntaq jugak, kebetulan adalah kawan sekolah adik teacher. La...sekampung rupanya! Keciknya donia. Kami dok sebilik 2 orang. Yang lagi 2 orang selang 3 bilik dari kami. Sorang Kelantanese nama Asma (nak kawin bulan 3 ni) sorang nama Ina orang Johor (baru kawin). Athirah roomate kami tu single tapi rasa-rasanya not available hehe. Motif citer kat sini? Entahlah kot ada yang nak beradik iparkan cikgu? Ku habaq la awai-awai. Hehe.

Bab makanan pun so far best jugak. Memang sesuai amat dengan tekak teacher. Kalo rasa nak taste lain, Penang kan Food Heaven! Bolehlah merayap kat mana-mana after class. Kalo tak pi jauh pun, jalan kaki belakang surau je dah sampai tesco! Tapi sini memang penat sikitlah sebab naik turun bukit dengan jaya nya. Bukit Combee (bunyiknya Komb, tau) Kami dulu pun ingat bunyiknya 'Chombee' , sebab kebetulan kat Penang kan, mungkin sempena nama Chombi mana-mana ke. Rupa-rupanya tu nama Mat Salleh sapa ntah yang founder tempat tu ke apa ke ntah. Pun lupa sejarah nya. hehe.

Program orientasi tu pun pengisiannya mantap la jugak. Batch kami banyak kena puji sebab adanya semangat kerjasama antara kaum, kreatif buat persembahan dan cepat memberi respon dan berinisiatif. Ceh dah macam slogan la pulak. Masa persembahan kebudayaan tu, grup teacher dapat Koir. So kami pilih nak nyanyi Medley 4 bahasa. BM,BI,Mandarin,Tamil. hehe sampai sekarang teacher terngiang-ngiang lagu Tamil dan Mandarin tu. Kerjasama dari bangsa lain amat baik dan sporting sekali. Harapnya situasi ni berterusan sampai bila-bila. Kan 1 Malaysia katanya.hehe.

Lepas ni InsyaAllah teacher akan update lagi sebab teacher pun bawak netbook ke kolej. Senang nak buat assignment kan. Balik ni macam-macam khazanah teacher nak angkut. Carpet, penyapu, mop, baldi, bantal (lagi?), baju dan stok makanan yang enak sekali. Maklumlah dah masuk asrama kan...so, jadi budak asrama la balik untuk 6 bulan ni.. hehehe - L

Friday, January 21, 2011

Luqman 'demam nak berpisah' dan pelbagai perasaan

Aduhai, hati mana lah tak runtun bila saat-saat nak berpergian ni, anak pulak demam. Bila ditanya apa sebab, katanya 'ye lah, sebab nak berpisah dengan mak..'

Menjawab komen kak Wa aritu tentang adjustment kehidupan keluarga kecil aku selepas aku masuk IPG nanti; sebenarnya tiada perancangan yang tetap. hanya mengikut kaki melangkah dan situasi semasa.

Buat masa ini, keputusannya, samada aku duduk kampus atau di luar, Luqman tetap tinggal di umah mak aku di tanjung piandang. Segala urusan sekolah, makan minum, makan pakainya, mak dan ayah, dan adik bongsu aku yang dah abis SPM tu uruskan. Sungguh besar pengorbanan yang mereka bakal lakukan takkan dapat aku balas sebaiknya. Mak aku cakap jangan susah hati hal Luqman, yang penting aku buat yang terbaik dalam pembelajaran. Bukan nya lama. pejam celik pejam celik dah setahun. Tu belum masuk cuti-cuti yang banyakkkk sekali.

Bercakap tentang perasaan, semua yang di keliling aku pastilah amat gembira dan bersyukur dengan rezeki ini. Am pun begitu juga. Bila dikenang balik betapa susah sebelum ni bekerja dari satu tempat ke satu tempat. Dari agensi pekerjaan ke kilang Pensonic kemudian aku jobless selama 11 bulan sebelum mendapat pekerjaan yang terakhir aku di NIG tu. (bukan ING ye..). Berbosskan bangsa lain. Mendapat layanan tidak adil, bagai melukut di tepi gantang, dikerah keja banyak, cuti yang sikit dengan gaji tak berpatutan adalah rutin yang pernah dilalui. Jadi suami mana lah yang tidak gembira dan bersyukur bila si isteri mendapat peluang yang lebih baik dan insyaAllah yang kekal, tidak perlu memikirkan lagi tentang pekerjaan. sebab kesusahan aku kesusahan dia juga kegembiraan aku, dia lebih rasa berganda.

Selain itu, aku ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada sahabat-sahabat yang memberikan nasihat dan tips berguna. semua nasihat ku patuhi kerana aku amat bersungguh dan serius untuk memasuki bidang perguruan ini. Terutama kepada sahabat UUM ku, faridah hanum yang Allah dorongkan dia menasihati aku memilih bidang yang sepatutnya. Allah Maha Mendengar, aku memohon sungguh-sungguh berilah aku jalan. Dengan takdirnya didatangkan seorang sahabat yang semasa di UUM kami tak saling mengenal. Dia cuma add aku sebab kami ada ramai mutuals. Satu hari dia menegur aku di chat FB dan kami bersembang sehingga bab KPLI. Sungguh-sungguh dia nasihatkan aku menukar opsyen (sebelum ni aku memilih PraSekolah) Dia juga yang mencetuskan idea menyediakan alat bantu mengajar semasa interview dan aku ikut nasihatnya. Nasihat ini aku perpanjangkan pula kepada Leen yang sama-sama berjuang memohon KPLI ni. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan untuk kami.

Selain itu kawan-kawan yang memberikan idea topik dan isu semasa yang perlu dibaca, Alhamdulillah semuanya 'masuk'. Dan tips kak zar tentang pakaian semasa interview mengikut hari tu pun aku ikut. Hari tu Selasa pakaiannya berwarna putih. ye kan kak zar? Lalu aku pilih baju kurung bercorak hijau bertanah putih, tudung awning hitam dan hijau, berkasut hitam dan berfail hijau. Eh matching semuanya. :)

Sehingga sekarang pun apa jua nasihat dan peringatan aku ambil supaya aku tidak lupa diri dan sentiasa mengingati kesusahan waktu dulu. Walaupun ada mengatakan bidang perguruan ini susah, maka jangan cepat merasa lega dan gembira. jangan pula cepat melupakan janji 'sanggup segalanya' tapi bila diberi sedikit ujian sudah merungut dan tak puas hati. InsyaAllah. Sebab, bukan aku mendabik dada, tapi ni hakikat (mengikut pengalaman aku), sesusah mana dalam bidang guru, susah lagi di bidang swasta kerana di mata majikan hanya duit,duit,duit yang menjadi sasaran, sumber manusia? langsung tidak dipedulikan. Stephen R Covey juga pernah membuat kajian bahawa seramai 75% majikan tidak tahu menghargai pekerjanya. Aku sudah merasai semua itu cuma aku jarang cerita kerana bagi aku tak guna pun aku cerita, at the end of the day aku jua yang menghadapinya, seorang. Dan ini akan menjadi sumber untuk aku bersungguh dan menghargai peluang keemasan ini dan mencabar diri untuk membuat lebih baik dari semasa ke semasa.

Berbalik semula kepada nak meninggalkan anak teruna yang seorang itu. Alahai, bolehkah dia.(sebenarnya, bolehkah aku? hihihi). Hm, memujuk diri, aku bukannya kena hantar ke Timbuktu, kan? Tapi cuma ke penang tu ha. Webcam, telefon kan ada. rasa-rasa rindu, call takpun chat aje. Cuti-cuti Oman datanglah Penang. Boleh lah ye. jangan demam-demam lagi, nanti mak pulak yang susah hati, maklumlah ..Mak yang manja, bukan anaknya. hehehe. - L

Thursday, January 20, 2011

Akhirnya

Berita yang ditunggu-tunggu sudah pun diterima. Mungkin ramai yang dah tau melalui FB aritu. Ye, syukur Alhamdulillah, rezeki menjadi guru didorong oleh Allah menjadi milikku.

Tarikh 17hb Januari memang memberi debaran yang bukan kepalang. Dari pagi aku dan kawan-kawan tak putus2 merefresh laman web MOE tu. Dari pukul 8 pagi ke 10 pagi, dari 12 ke 2 petang, penantian yang sangat sengsara. Akhirnya jam 4.33 petang tertera lah keputusan dan nama aku terpilih!

Syukurnya ya Allah tak dapat nak gambarkan. speechless bila penantian selama 9 tahun, ye dari zaman isi borang atas kertas sampailah ke sistem online, dari umur aku 23 hingga aku 32 sekarang ni lah baru berjaya dapat KPLI. Terharu usah cakap lah. Masa solat asar dan sujud syukur sekali air mata ni jatuh berderu-deru. Mengenangkan usaha yang bertahun, mengenangkan kesulitan yang dilalui, mengenangkan 8 tahun lalu yang berlalu dirasakan terlalu lama tapi kini semua itu insyaAllah telah berlalu. Terasa pantas pula.

Kerana tawaran nya yang suntuk, aku terpaksa membuat notis berhenti 24 jam. Walaupun menyedari dalam syarat pekerjaan aku tidak ada notis 24 jam untuk pekerja yang telah confirm. Mesti kene notis 1 bulan. Namun aku terpaksa juga berdepan dengan HR menghulurkan notis berhenti. Panjang juga leteran yang aku terima tapi semua tu aku anggap bagai angin. Yang aku dengar 'Kena tolak gaji'. Seperti dijangka lah. Itulah nilai seorang pekerja yang telah memberi sumbangan kepada syarikat selama 5 tahun. Aku sedih tapi aku akur itu telah termaktub dalam employment letter, biarlah aku hilang ganjaran yang sedikit ini demi memenuhi ganjaran yang lebih besar yang telah lama aku mohon dari Allah untuk diperkenankan.

Kerana kesuntukan masa juga aku tak dapat nak umumkan lebih awal kat blog ni. Hari terakhir aku bekerja ialah Selasa yang lalu. Pada malamnya aku baru sempat melihat borang-borang dan buku panduan yang didownload dari internet. Begitu banyak perkara perlu dilakukan. Aku baca setiap butir dalam buku permohonan dan checklist. Jadi, hari pertama aku bergelar penganggur semula, aku berkejar ke IP4 mengambil borang medical checkup. Kemudian aku balik semula ke Perak mencari klinik yang sesuai untuk medical tapi semuanya tak sempat siap sebelum 24hb. 'Masalah'nya punca sebab hari ni cuti. Kalo tak cuti, mungkin aku leh buat semua tu hari ni. Kemudian aku pikir kalo klinik swasta pun siap 2-3 hari, lebih baik aku buat di hospital gomen? Sememangnya medical checkup tu diberi kelonggaran dihantar dalam tempoh 30 hari selepas daftar, cuma kita ni kalau boleh settle semua, lebih baik la settlekan,kan? Aku pun berkejar pulak ke hospital Parit Buntar, yang pastinya lepas seminggu baru dapat keputusan medical, cuma yang tak best nya dia kata, checkup boleh buat hari itu juga tapi kena datang semula 25hb untuk jumpa Doktor. Last kawan aku cadangkan buat hari Jumaat, di sebuah klinik di penang. Maka esok aku kan berkejar ke Penang lagi untuk selesaikan semua.

Jadi selepas tak boleh nak buat medical tu, aku balik rumah, pegi BSN buat akaun bank. Lepas tu aku amik gambar 14 keping dengan muka penat dan buruk giler ah lantak, janji ada gambar! Photostate segala surat, sijil, nak 5 set semua nya. Kemudian ke pejabat pos beli setem hasil. Total Lost hampir RM200.00 untuk itu saja belum medical checkup lagi. Nanti nak register kena bayar RM300 pulak. Aduh sapa la nak derma kat aku barang sekupang dua ni..huhuhu. aku acah je. InsyaAllah ada rezeki di mana-mana.

Settle semua tu baru lah aku start isi borang yang banyak helai tu. Sepanjang dari 17hb tu sampai sekarang tak putus orang sms dan call. Ada yang ucap tahniah, terima kasih banyak-banyak. Dan selebihnya call dari kawan-kawan sama interview yang dapat juga KPLI. Dalam grup intw aku aritu, 2 melayu, 2 india dan 1 cina. Aku dengan 2 orang kawan Indian tu yang dapat. Yang chinese tu aku tengok communication skill dia not bad jugak, malahan terbaik dari kitorang ni tapi dia tak dapat. Yang 2 orang Indian ni lah Kalaivani dan Punitha dari lepas interview sampai sekarang still in contact dan mujur la sorang tu dapat IP4 sama aku, jadi banyak la boleh kongsi maklumat. Yang sorang lagi dapat IPG di Terengganu. Dan syukur, Lizaleen juga dapat KPLI kali ni. Seronok sangat.

Dengan dapatnya KPLI ini, adakah aku harus bersenang lenang kerana semuanya telah selesai? Tidak. Ini bukan pengakhiran tapi ini adalah permulaan satu episod baru yang lebih besar tanggungjawabnya. InsyaAllah aku akan melakukan yang terbaik. Sebenarnya cita-cita aku lebih tinggi dan aku menjadikan bidang perguruan ni sebagai tapak untuk mencapai impian tersebut. Tapi tidak bermakna aku nak berlewa-lewa saja. Cita-cita aku yang dihadapan tetap memerlukan aku berbuat yang terbaik dalam kerjaya aku sebagai guru ini. Dan aku mohon kawan-kawan pastikan aku tidak leka dengan apa yang Allah telah berikan ini. Tegurlah aku kalo aku berlebihan, bangunkan aku kalo aku terlena supaya aku sedar apa jua yang diberi adalah pinjaman dari Allah semata-mata, kita sebagai hambaNya harus mempergunakan peluang ini untuk mencari keredhaan Allah bukan sebaliknya.

Doakan aku berjaya dalam episod yang baru ini. - L

Saturday, January 15, 2011

Kalut Sikit

Luqman darjah 3, aku rasa ada sedikit kalut. Mungkin sebab ada pertambahan aktiviti contohnya;

  1. 1. Luqman kena bangun pagi lebih awal sebab Solat Subuh. Dulu kul 6.30 sekarang pukul 6.00.
  2. 2. Mak Usu Ain (adik aku) sejak-sejak abis SPM, dah pencen dari menolong ironkan baju sekolah Oman. Selalu dia yang ironkan sekali dengan baju dia. Sekarang ni 2 pasang lak kena iron, sepasang baju sekolah dan sepasang baju KAFA. Oman pulak ada 2 pasang baju je untuk sekolah dan KAFA tu. Hari-hari tukar, jadi hari-hari kena basuh dan iron.
  3. Membuat breakfast yang berat setiap hari.

Adakah ini alasan kekalutan? Bukan macam tu, aku senang hati membuat semua perkara tu setiap hari. Lagipun satu perkara bertambah, satu perkara dah berkurang, iaitu perkara memandikan Oman. Sebelum ni, mandi nak kena layanan 1st class, sediakan air panas bagai dan siap mandikan sekali. Kalau tak meragam, ok. Cepat je selesai. Kalau meragam, 'berperang' jugak la pepagi. Aku mulut memang tak cakap banyak tapi siap la jari ketam aku ni dengan penampar hikmat aku ni singgah kat mana-mana anggota badan yang difikirkan sesuai. Sungguh tak leh tahan, bila pagi-pagi kita kalut nak ligan itu nak ligan ini nak kemas bilik nak sediakan baju, nak buat breakfast, dia buat hal pulak? Hmm, memang kena la. Tapi tahun ni takde lagi air panas-air panas ye. Dah besar panjang. Sedangkan Ammar yang tadika pun mandi air sejuk. So malulah sikit, jangan nak manja-manja sangat. Gitu tazkirah pagi ku kepada Luqman sekarang ni.

Seperkara lagi, setakat ini, aku dah tak perlu hantar Luqman sampai kelas dah. Malahan, setiap hari Tok Ayah nya yang hantar. Tak macam tahun lepas, 2 bulan pertama tiba-tiba buat hal tak nak sekolah. Oh sungguh trauma saat itu siap drama bagai di tangga sekolah. Selidik-selidik rupanya kawan tu nak mak hantar macam kawan-kawan lain. Tak amik pun takpe, asalkan, hantar. Huhu. Syahdu di situ, lalu aku pun menunaikan janji nak hantar sampai kelas. Dapatlah eksesais naik turun tangga dan kurus sekejap pada tahun lalu.

Luqman pun dah banyak berubah sekarang. Matang la sikit, dah besar kan. Darjah 1 dengan 2 memang tak nampak beza tapi darjah 3 ni walaupun baru 2 minggu, ada nampak 'eh dah besar anak aku..dah pandai berkata-kata yang unsangkarable'. Contohnya masa aku kata muka peserta Pilih Kasih macam Que Haidar, lalu di sambut beliau dengan ayat 'Mak, itulah dinamakan pelanduk 2 serupa..' Hebat kan? hahaha. Baru-baru ni aku tanya macam mana cikgu Rozaida mengajar, best ke? Rozaida adalah kawan UUM aku yang mengajar di sekolah Luqman. Luqman kata 'Cikgu Rozaida dah tak mengajar sebab mengandung' Eh ye ke? tak sangka kawan ku itu akhirnya dimakbulkan hajatnya untuk mendapatkan zuriat. Aku baru nak sms kunun-kunun nak cakap tahniah la. Rupa-rupanya kat FB sana dah bagitau pun Rozaida dah selamat bersalin. Oo..maksud Luqman cikgu Rozaida tak datang kelas sebab 'mengandung' tu adalah maksudnya 'bersalin'. Lagi satu ayat, ketika aku leka dengar dia bermain dengan kawan-kawannya kat luar rumah tiba-tiba dia berlari masuk sambil kata 'Oh no! I've got to pee!' hahaha, kelassss anak aku.

Tahun ni dia pun start masuk Ko-Kurikulum. Cikgu pilih dia masuk Pengakap, Persatuan Pendidikan Islam dan Olahraga. Ntah apa kriteria pemilihan tak pasti lah tapi aku tak kisah, asalkan dia happy, cikgu happy, we are happy... happy-happy.. *macam lagu merapu Mat Salleh la pulak. Ko-K setiap Rabu jadi kena cuti KAFA untuk 1 hari setiap minggu.

Dengan pembentangan aktiviti-aktiviti di atas maka tak dapat dielak ada hari yang sedikit kalut. Contohnya pada hari Khamis ada PJ waktu pertama maka baju sekolah perlu disimpan dalam plastik dan dalam beg. Seperti tahun lepas, aku selitkan plastik baju sekolah di celahan depan sekali. Duit belanja selit dalam poket baju. Ntah macam mana pada 1 hari yang kalut itu, (Luqman la yang kalut). Masa dia nak salin baju sekolah, dia tarik plastik tu, tapi baju nya melurut jatuh ke dalam beg. Dia kata aku yang tak masukkan baju. Dia check beg tu pun idak! Gitulah orang lelaki. Semua kita kena bagitau. Bila aku balik terus dia jatuh hukum kat aku 'mak ni dah la tak masukkan baju sekolah, duit belanja pun takde!' Amboi, senang-senang tuduh mak ek? Maka aku pun siasat, pastu aku rasa nak luku kepala dia 18 kali sebab tak nak check betul-betul. Ha padan muka kan dah tak leh belanja dan kena pakai baju PJ dengan seluar sekolah je sampai waktu tamat.

Ada sedikit mengah bila anak dah makin besar, diri pun semakin tua. Huk huk huk. batuk makcik. betul weh, sekarang cepat aje nak pancit. Kenapa eh? kenapa eh? Eh tanya pulak. Biasa la tu, badan dah lama pakai, sikit-sikit mesti ada kene repair kat mana-mana. Berat dah naik 3 kg huhu nanges 3 hari. Terus rasa nak main badminton. Rasa je tapi tak start pun lagi. Kononnya sebab kalut aktiviti-aktiviti tadi lah...kalut la sangat? - L

p/s : sebenarnya nak update lepas 17 hb sebab kan 17hb tu hari penentuan keputusan KPLI. Tapi sebab rindu kat kawan-kawan blog dan para pembaca nya (silakan terharu..). Maka aku update hari ni...doakan aku ... Ya Allah hanya kepada Mu aku berserah...

Thursday, January 6, 2011

Syukurlah aku duduk di kampung...

Terlewat benar rasanya nak mengucapkan selamat tahun baru 2011 ye? Selepas posting yang yang last tu, sebenarnya ada bahan nak cerita pasal aktiviti masa cuti tahun baru tu, kitorang pi Pesta Penang. Amik gambaq punya sakan. Tup-tup memory kad rosak weh.. tak dapat lah nak berbangga-bangga cerita itu ini, tunjuk barang-barang yang dibeli, mainan yang dicuba dan booth yang dituju. Padan muka la kan sebab niat tu nak menunjuk. Sekarang, apah pun tak mandang! Kene keluor duit pulak nak membeli memori kad. Hai, benda-benda ni cam tau-tau je ye kita berduit (tak banyak beno le tapi ada la lebihan dari bonus tu) ? Time tu jugak dia nak rosak!

Bistu bila dah kena beli kad yang baru, udah rasa nyampah pulak nak bergambo. haha. Kaedah apakah itu? Kebetulan awal bulan kita pun sibuk dengan anak nak sekolah, kerja opis pun melambak, maka itulah alasannya kelewatan membuat entry ni. Bukan main lewat nya kau...dari 2010 sampai ke 2011 baru nak update! Setahun tu...! hihihi

Hari ni lah baru rasa lega sikit, sambil catchup blog kengkawan yang lain. Kebanyakan cerita pasal persekolahan anak-anak lah. Itu normal. Kemudian ada cerita orang baru kawin, baru dapat baby dan baru tambah baby. Antaranya kak PB...best nya dia dah dapat baby boy, di petang tahun baru pula tu.

Tentang persekolahan anak-anak, Luqman sekarang dah darjah 3. Alhamdulillah, masih kekal dalam kelas Bestari. Tahun lepas dah janji, kalau darjah 3, mesti solat subuh! Alhamdulillah setakat ni, dia memang mudah bangun dan menunaikan janji itu. Selain tu, Luqman dah naik Al-Qur'an jugak dalam bulan 12 hari tu. Seronok sangat perasaan sebagai ibu tengok dia baca Qur'an dengan tok ayah. Walaupun kalau dibandingkan aku, aku 'menang' lagi sebab naik Qur'an darjah 1 dan khatam darjah 3. Hehe tapi aku kena bandingkan didikan aku dengan didikan Ayah aku juga, dari segi ketegasan dan penyediaan ilmu agama, ayah ku lebih tegas dan mantap didikannya! Luqman belajar mengaji pun di tangannya, dan sekarang dah naik Qur'an pun dah cukup bagus berbanding kawan-kawannya yang lain yang masih membaca Iqra'. Aku syukur...

Perbelanjaan untuk persediaan ke sekolah, ha ini yang berkaitan dengan tajuk entry aku ni. Aku melawat-lawat blog kawan ada yang ceritakan berapa banyak duit yang lebur (eh bukan lebur, tapi labur..) demi memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Persediaan pakaian, alat tulis, kasut sahaja dah beratus, pendaftaran sekolah pula ada yang melebihi RM500, pendaftaran nursery atau tadika lebih mahal. Ada yang mencecah RM1000! Itu belum masuk yuran bulanan. Ya Allah, kalau aku di tempat dorang ni memang aku pengsan tak dapat hantar anak aku ke sekolah.

Perbelanjaan aku untuk Luqman, sederhana seadanya! Sesuailah dengan kami ni yang berpendapatan sederhana juga. Mujur pun anak baru seorang (kalau dapat lebih seorang, syukur juga). Tapi Allah lebih mengetahui hikmah nya anak seorang. Baju sekolah Luqman aku beli sehelai saja. Baju darjah 2 masih muat lagi. Tengok harga mula-mula RM 9.90 selai, bila scan rupa-rupanya RM 7.90 sahaja (sebab dah last minute, dorang bagi harga runtuh, kot). Kasut sekolah sepasang harga RM 20.00. Alat tulis termasuk pensil box lebih kurang RM 10 je. Seluar tak beli, sebab Yong aku bagi seluar anak-anaknya yang dah tak pakai. Beg sekolah pun pemberian adik-adik aku sebagai hadiah harijadi Luqman hari tu. Alhamdulillah jimat di situ. Jadi, untuk persediaan ke sekolah Luqman, aku belanja kira-kira RM 30 sahaja.

Untuk pendaftaran dan yuran. Buku latihan cuma RM 12.00, buku teks dapat percuma disebabkan status sekolah tu sekolah luar bandar jadi semua pelajar dapat SPBT. Yuran RM81. Tahun ni juga aku daftarkan Luqman kelas KAFA walaupun dah terlambat, tapi Ustaz tu kata, tak mengapa, sebab silibus pelajaran nya lebih kurang sama dengan di sekolah rendah, jadi Luqman tidaklah ketinggalan banyak sangat. Apatah lagi mengetahui yang Luqman dah naik Qur'an, Ustaz tu kata itu satu bonus sebab ada pelajar yang KAFA dari darjah 1 sampai darjah 5 masih bertatih-tatih membaca Al-Qur'an. Aku syukur... Yuran KAFA adalah RM 120.00, bulanan ada kah? haha tak pasti la pulak. Kelas KAFA bermula 10hb ni. Dan cadangnya nak beli baju melayu putih aku budget bawah RM30. Kesimpulannya, perbelanjaan untuk persekolahan Luqman, tidak melebihi RM 300. Cukup sederhana,kan?

Syukur sangat sebab Allah mudahkan aku dalam hal ini. Walaupun sebenarnya aku tidaklah berniat nak tinggal dengan mak aku untuk selama-lamanya. Perancangan tu memang nak duduk di Penang terus, rumah pun dah ada kan. Tapi itulah, aturan Allah adalah yang terbaik. Buat masa sekarang aku masih lum mampu untuk menghadapi kehidupan di bandar yang besar, yang sudah tentu menuntut perbelanjaan yang tinggi, untuk sekolah, yuran bas, kelas petang dan sebagainya. Selagi aku belum mendapat pekerjaan yang lebih baik dan di Pulau Pinang, selagi itulah rutin kehidupan aku begini. Paling lama aku rancang ialah sehingga Luqman tamat darjah enam. Namun, keputusan terakhir aku serahkan pada Allah, jika ada jalan yang lebih baik, aku pasti syukur dan terima!

Sebagai penutup entry ini, aku buh gambar pertambahan 3 hiasan kat umah aku yang kononnya kreatif la sangat! hahaha.

ikut jam ; sepasang tirai buluh (yang harganya RM16.00 satu), cat hijau di dinding sinki dan hiasan daun plastik yang berharga 80 sen ke singgit satu ntah?, dan gambar hiasan dinding sebelah lemari yang berharga RM 20 sekeping tapi cantik,kan. Ala-ala Italian gitu. (sapa lagi nak puji umah aku kalo bukan akuuuuu jugakkk, kan.....)