Thursday, January 20, 2011

Akhirnya

Berita yang ditunggu-tunggu sudah pun diterima. Mungkin ramai yang dah tau melalui FB aritu. Ye, syukur Alhamdulillah, rezeki menjadi guru didorong oleh Allah menjadi milikku.

Tarikh 17hb Januari memang memberi debaran yang bukan kepalang. Dari pagi aku dan kawan-kawan tak putus2 merefresh laman web MOE tu. Dari pukul 8 pagi ke 10 pagi, dari 12 ke 2 petang, penantian yang sangat sengsara. Akhirnya jam 4.33 petang tertera lah keputusan dan nama aku terpilih!

Syukurnya ya Allah tak dapat nak gambarkan. speechless bila penantian selama 9 tahun, ye dari zaman isi borang atas kertas sampailah ke sistem online, dari umur aku 23 hingga aku 32 sekarang ni lah baru berjaya dapat KPLI. Terharu usah cakap lah. Masa solat asar dan sujud syukur sekali air mata ni jatuh berderu-deru. Mengenangkan usaha yang bertahun, mengenangkan kesulitan yang dilalui, mengenangkan 8 tahun lalu yang berlalu dirasakan terlalu lama tapi kini semua itu insyaAllah telah berlalu. Terasa pantas pula.

Kerana tawaran nya yang suntuk, aku terpaksa membuat notis berhenti 24 jam. Walaupun menyedari dalam syarat pekerjaan aku tidak ada notis 24 jam untuk pekerja yang telah confirm. Mesti kene notis 1 bulan. Namun aku terpaksa juga berdepan dengan HR menghulurkan notis berhenti. Panjang juga leteran yang aku terima tapi semua tu aku anggap bagai angin. Yang aku dengar 'Kena tolak gaji'. Seperti dijangka lah. Itulah nilai seorang pekerja yang telah memberi sumbangan kepada syarikat selama 5 tahun. Aku sedih tapi aku akur itu telah termaktub dalam employment letter, biarlah aku hilang ganjaran yang sedikit ini demi memenuhi ganjaran yang lebih besar yang telah lama aku mohon dari Allah untuk diperkenankan.

Kerana kesuntukan masa juga aku tak dapat nak umumkan lebih awal kat blog ni. Hari terakhir aku bekerja ialah Selasa yang lalu. Pada malamnya aku baru sempat melihat borang-borang dan buku panduan yang didownload dari internet. Begitu banyak perkara perlu dilakukan. Aku baca setiap butir dalam buku permohonan dan checklist. Jadi, hari pertama aku bergelar penganggur semula, aku berkejar ke IP4 mengambil borang medical checkup. Kemudian aku balik semula ke Perak mencari klinik yang sesuai untuk medical tapi semuanya tak sempat siap sebelum 24hb. 'Masalah'nya punca sebab hari ni cuti. Kalo tak cuti, mungkin aku leh buat semua tu hari ni. Kemudian aku pikir kalo klinik swasta pun siap 2-3 hari, lebih baik aku buat di hospital gomen? Sememangnya medical checkup tu diberi kelonggaran dihantar dalam tempoh 30 hari selepas daftar, cuma kita ni kalau boleh settle semua, lebih baik la settlekan,kan? Aku pun berkejar pulak ke hospital Parit Buntar, yang pastinya lepas seminggu baru dapat keputusan medical, cuma yang tak best nya dia kata, checkup boleh buat hari itu juga tapi kena datang semula 25hb untuk jumpa Doktor. Last kawan aku cadangkan buat hari Jumaat, di sebuah klinik di penang. Maka esok aku kan berkejar ke Penang lagi untuk selesaikan semua.

Jadi selepas tak boleh nak buat medical tu, aku balik rumah, pegi BSN buat akaun bank. Lepas tu aku amik gambar 14 keping dengan muka penat dan buruk giler ah lantak, janji ada gambar! Photostate segala surat, sijil, nak 5 set semua nya. Kemudian ke pejabat pos beli setem hasil. Total Lost hampir RM200.00 untuk itu saja belum medical checkup lagi. Nanti nak register kena bayar RM300 pulak. Aduh sapa la nak derma kat aku barang sekupang dua ni..huhuhu. aku acah je. InsyaAllah ada rezeki di mana-mana.

Settle semua tu baru lah aku start isi borang yang banyak helai tu. Sepanjang dari 17hb tu sampai sekarang tak putus orang sms dan call. Ada yang ucap tahniah, terima kasih banyak-banyak. Dan selebihnya call dari kawan-kawan sama interview yang dapat juga KPLI. Dalam grup intw aku aritu, 2 melayu, 2 india dan 1 cina. Aku dengan 2 orang kawan Indian tu yang dapat. Yang chinese tu aku tengok communication skill dia not bad jugak, malahan terbaik dari kitorang ni tapi dia tak dapat. Yang 2 orang Indian ni lah Kalaivani dan Punitha dari lepas interview sampai sekarang still in contact dan mujur la sorang tu dapat IP4 sama aku, jadi banyak la boleh kongsi maklumat. Yang sorang lagi dapat IPG di Terengganu. Dan syukur, Lizaleen juga dapat KPLI kali ni. Seronok sangat.

Dengan dapatnya KPLI ini, adakah aku harus bersenang lenang kerana semuanya telah selesai? Tidak. Ini bukan pengakhiran tapi ini adalah permulaan satu episod baru yang lebih besar tanggungjawabnya. InsyaAllah aku akan melakukan yang terbaik. Sebenarnya cita-cita aku lebih tinggi dan aku menjadikan bidang perguruan ni sebagai tapak untuk mencapai impian tersebut. Tapi tidak bermakna aku nak berlewa-lewa saja. Cita-cita aku yang dihadapan tetap memerlukan aku berbuat yang terbaik dalam kerjaya aku sebagai guru ini. Dan aku mohon kawan-kawan pastikan aku tidak leka dengan apa yang Allah telah berikan ini. Tegurlah aku kalo aku berlebihan, bangunkan aku kalo aku terlena supaya aku sedar apa jua yang diberi adalah pinjaman dari Allah semata-mata, kita sebagai hambaNya harus mempergunakan peluang ini untuk mencari keredhaan Allah bukan sebaliknya.

Doakan aku berjaya dalam episod yang baru ini. - L

20 comments:

Anem Arnamee said...

Salam. tahniah,ya ALLAH, dapat rasa kesyukuran tatkala membaca entri ini, kak. tahniah sgt. Anem pun turut rasa happy baca :)

nak jugak, try minta lah nanti.nak belajar kesabaran dari akak !Yakin dengan ALLAH,pasti ALLAH tlg, buktinya dengan kejayaan akak dpt tawaran ni. anem skong :)

p/s: anem belum nikah,netau akak yg akan ngajar anak anem satu hari nanti, wallahua'lam kan.Tuhan maha tahu.

kakLuna said...

Anem : betul nim,jangan putus asa, cuma buat yg terbaik, teruskan berdoa, kalo org bg tips intw, ikut dan buat persediaan. Allah tidak zalim membiarkan hambaNya yg telah bersungguh2 pulang dgn perasaan yg hampa..

nanonano said...

knape sy sebak bace entry akak kali ni??
hummm mungkin sbb sy pun nk menangisi(betul ke ayat ni? :p) kegembiraan same2 ngn akak, hehe
btw, slamat menempuh kehidupan yg baru itu..
gud luck kak :)

Hanisumayyah said...

Luna,

Lama jugak dah kita berhubung melalui Maya ini, dan akak dapat letakkan diri pada perasaan dan emosi luna, terasa sedikit cemburu pula dengan kegembiraan Luna dapat berhijrah ke fasa baru dalam kehidupan...bukan cemburu geram tapi cemburu yg positif ni...apapun, tak sabar nak mengikuti perkembangan hidup Luna seterusnya mesti banyak benda nak share dan nak citer...Oman macamana....terus duk ngan tok lah yer? Kenapa dlm entry ni tak citer perasaan Oman dan ayahnya....heheee sajer nak tau camana nak adjust jadual hidup keluarga kecil Luna lepas ni?

Unknown said...

Tahniah Luna.

Saya percaya awak boleh jadi guru yang baik nanti...

Zareda Norman said...

luna
Tahniah dan selamat melalui satu fasa baru. Ini adalah permulaan satu kehidupan baru..

kakLuna said...

na : akak pulak sebak balik bila na sebak. :)


kak wa : nak tulis lagi satu entry 'terima kasih' khusus utk kawan2 yg membantu. mungkin akan masukkan psl adjust hidup mcm mana..

alah,akak sy manusia biasa..takde apa nk dicemburu

kak yus : terima kasih kak

kak zar : thanks kak zar bg tips ttg pakaian, yg tu pun sy ikut

AinulMalik said...

alhamdulillah kakluna, tahniah!saya gembira sgt bace entry kali ni, berbagai2 perasaan dapat rasa melalui entry ni. gudluck kakluna!take care!

Ms.Lilies said...

congrats beb!
am hepi for u...
tingat lagik ko cerita2 dkt ym dgn aku dulu

kakLuna said...

ainul : terima kasih..

mimi : tu la..saat yg sedih sudah berlalu..alhamdulillah

risanur said...

tahniah luna..akhirnye cita2 yang diidamkan akhirnya akan diperolehi tidak lama lagi...insya'allah..

jadilah sorang guru yg terbaik untuk mendidik anak murid yang akan membina masa hadapan...

Diarihatiku1976 said...

tahniah... allah dah janji akan berikan rezeki kepada kita tetapi dengan syarat berusaha.. so dengan usaha itu anda berjaya.. tahniah sekali lagi..

Aini Razali said...

tahniah sekali lagi... aku tak nak komen apa2 sbb apa yg aku nak taip org dah taipkan hehe...
yg penting, sentiasa berpegang pd niat dan tujuan, jgn lupa diri, sederhana, natural...
aku doakan ko berjaya mencapai PHD. Insya Allah... doakan aku jugak yer dptkan ijazah...

Ummi said...

luna,

selamat mendidik anak bangsa, nanti jumpa kat UPSI, Ambil master kat sana ye :)

Ayaq said...

Kak Luna congrats!!!! :):):)

shafarina said...

Tahniah.

Mmg ramai minta KPLI. Tapi lepas penempatan rata2 muncung bibir. Harap tak jadi kat Kak Luna ye. Harap dapat tempat yg diingini.

Moga berjaya mendidik anak bangsa kita. Cabaran jadi guru sgt tinggi sekarang.

Syukur.

kakLuna said...

wan : insyaAllah aku penah lalui kesusahan dlm bidang swasta, aku pun penah tgk situasi cikgu yg ko kata tu bila diberi penempatan muncung bibir.secara logiknya jika membenci sesuatu x kan lah kita akan melakukannya pula

~Airieda~ said...

Tahniah Luna...Hmm biler laa agaknya saya pun berkesempatan seperti Luna..sedari kecil bercita-cita mahu menjadi cikgu...namun masih belum berkesempatan lagi...Umur semakin meningkat, takut2 melepasi umur kelayakan utk masuk KPLI...Anyway all the best!! selamat menjadi pelajar sblm menjadi pengajar...

kakLuna said...

airieda : insyaAlalh boleh! ida try apply subjek BI utk SJKT/SJKC, ada peluang yg lebih besar. bulan Jun ni ada ambilan lagi. cuba ya!

Anonymous said...

Tahniah Luna..akhirnya berjaya juga..selamat maju jaya! :)