Monday, January 31, 2011

Ehem ehem, teacher Luna dah datang!

Amboi, baru masuk maktab seminggu dah kerek giler kan? Padahal ni baru sebelah kaki jek dalam bidang keteacheran ni, sebelah kaki lagi tungguuuu satu tahun lagi, insyaAllah.

Cuti dah masuk 5 hari, baru hari ni dapat bernafas nak menjenguk blog ni. Sebelum ni menyetelkan bab perjanjian yang tak boleh silap sikit pun. Kalo problem bab perjanjian ni, lambatlah teacher dapat elaun. Huhu. Teacher pun tongah pokai ni ha, mengharap belas kasihan orang yo nak menampung kehidupan duo tigo bulan ni. Tak dapek la laie teacher nak belanjo orang-orang kampung seantero Zimbabwe makan nasi lomak ikan bilis campur telur robus.

So far, kehidupan teacher kat sana adalah lancar (eh aci ke nak bahsekan diri teacher? Ke ngada? Ke muntah? Nyampah? Gedik? dan rasa nak ketuk dengan pensel 2B laju2?). Masa orientasi memang pack giler. Kena mandi laju-laju, makan laju-laju, jalan laju-laju pastu malu-malu segan-segan boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang kat 'senior' yang muda belia. Macam masuk U dulu-dulu lah. Cuma beza nya sekarang teacher ni mahasitua la kat kolej tu. Untuk pengetahuan murid-murid semua, batch teacher kali ni, hanya 4 orang je perempuan melayu terakhir yang KPLI-SR (full time) yang lain semua J-Qaf. They all ni masuk maktab time cuti jek, jadi dorang cuma ada secara berjemaah untuk register dan orientasi. Lepas cuti ni, tinggal lah teacher dan 3 orang lagi yang KPLI kat kolej tu. Memang maktab ada bagi opsyen nak stay dalam atau dok luar. Dan pada mulanya teacher nak dok luar sebab dekat je kan dengan umah teacher tu, tapi bila pikir yang kami ni ada 4 orang je, susah sonang biarlah bersamo, nak buek esaimen pun sonang sikit. Lalu, teacher pun decide la dok kolej. Cumo bilo raso boring-boring tu, teacher koling-koling la laki teacher kot nak mengajak berdating? haih!

Seminggu dok maktab tu berbagai perkara yang teacher tengok, observe dan pikir. Awal-awal memang ketua HEP dah taklimat supaya jangan lah kami ni compare life kat sini dengan masa kat U. Memang totally different. The way of thinking pun lain. They have this kind of 'look' towards KPLI student. Tak pasti kenapa. Mungkin kami belum kenal sesama diri sepenuhnya. Orang kata 'tak kenal maka tak kenal lah'. hehe. Itu den punyo tagline. Tapi lebih kurang lah, sebab kenal tak semestinya cinta. Kalo cinta, ia suatu bonus. Apapun segala kekurangan perlu disabari dan diterima dengan sepenuh hati. Takpe lah ni semua teacher anggap sebagai cabaran ler. Kita kan nak jadi teacher, kalau nanti kot posting kat sekolah ulu banat mungkin lebih daif kemudahannya, macam mana? Jadi haruslah kami semua bersyukur seadanya. Dah dapat masuk bidang ni pun dah kira besar rahmat dari Allah. Lagipun bukan semuanya kurang, dan yang penting ialah ilmu yang kita akan dapat dari situ bukan nya fasilitinya. Tak lama pun...6 bulan jek. Sem 2 memang wajib dok luar semasa praktikum.

Tentang roomate teacher. Hihi. Ni nak habaq pi, roomate teacher orang parit buntaq jugak, kebetulan adalah kawan sekolah adik teacher. La...sekampung rupanya! Keciknya donia. Kami dok sebilik 2 orang. Yang lagi 2 orang selang 3 bilik dari kami. Sorang Kelantanese nama Asma (nak kawin bulan 3 ni) sorang nama Ina orang Johor (baru kawin). Athirah roomate kami tu single tapi rasa-rasanya not available hehe. Motif citer kat sini? Entahlah kot ada yang nak beradik iparkan cikgu? Ku habaq la awai-awai. Hehe.

Bab makanan pun so far best jugak. Memang sesuai amat dengan tekak teacher. Kalo rasa nak taste lain, Penang kan Food Heaven! Bolehlah merayap kat mana-mana after class. Kalo tak pi jauh pun, jalan kaki belakang surau je dah sampai tesco! Tapi sini memang penat sikitlah sebab naik turun bukit dengan jaya nya. Bukit Combee (bunyiknya Komb, tau) Kami dulu pun ingat bunyiknya 'Chombee' , sebab kebetulan kat Penang kan, mungkin sempena nama Chombi mana-mana ke. Rupa-rupanya tu nama Mat Salleh sapa ntah yang founder tempat tu ke apa ke ntah. Pun lupa sejarah nya. hehe.

Program orientasi tu pun pengisiannya mantap la jugak. Batch kami banyak kena puji sebab adanya semangat kerjasama antara kaum, kreatif buat persembahan dan cepat memberi respon dan berinisiatif. Ceh dah macam slogan la pulak. Masa persembahan kebudayaan tu, grup teacher dapat Koir. So kami pilih nak nyanyi Medley 4 bahasa. BM,BI,Mandarin,Tamil. hehe sampai sekarang teacher terngiang-ngiang lagu Tamil dan Mandarin tu. Kerjasama dari bangsa lain amat baik dan sporting sekali. Harapnya situasi ni berterusan sampai bila-bila. Kan 1 Malaysia katanya.hehe.

Lepas ni InsyaAllah teacher akan update lagi sebab teacher pun bawak netbook ke kolej. Senang nak buat assignment kan. Balik ni macam-macam khazanah teacher nak angkut. Carpet, penyapu, mop, baldi, bantal (lagi?), baju dan stok makanan yang enak sekali. Maklumlah dah masuk asrama kan...so, jadi budak asrama la balik untuk 6 bulan ni.. hehehe - L

21 comments:

~ain said...

tahniah kak.. semoga akak baik2 aja kat maktab nun..

ops... salah.. teacher... hehe

kakLuna said...

ain ; hehe.baru masuk gear 3 ni..belum gear 5 :P

achik said...

good morning teacher.. ;)

kakLuna said...

achik ; morning..ha you Bala, pls take out your homework yesterday.Now! fuh garang hehe

WRA said...

first thing, tahniah kerana akhirnya apa yang dihajati tercapai.

Itu lah kan, kalau memang kita dah set dalam kepala nakkan yang itu, lambat laun dapat juga, yang penting, positif sentiasa, bertindak ke arah yang kita nak...insyaAllah, tidak akan dihampakan.

All the best!!!

oren said...

all the best teacher Luna..

Irfa said...

teacher?macam seswai la nama tu..apa kata tukar nama blog
teacherluna.blogspot.com ..hehe

apdet ari2 pun takpe..aku sudi je baca

kakLuna said...

kak wear : yes betul tu. spjg masa sy buat je yg terbaik dan keyakinan pd Allah. kpd manusia mmg sy x harap dgn usia mcm ni dan peluang pun x banyak...tp saya tahu Allah maha mendengar dan maha adil...

kak oren : hehe thanks..

irfa ; dari kekecik dulu pun ada jiran panggil teacher Luna *sbb nakal dan ajar anak org lain jd nakal sama....hehe rupa2nya melekat juga gelaran tu dh besar2 ni

Ummu Auni said...

syoknya....!!! best pula hehehe. teringat dulu KPLI, sebab nak berkhidmat pada syarikat yang beri biasiswa maka saya tolak offer KPLI tu.

tapi saya garang. kalau jadi cikgu mahu makan budak sebab stress. yelah, kita penat ngajar nak bagi dia pandai, kalau dia main, tak ke stress?

Mommy Lyna said...

akak meh ngajar kat KL meh

kakLuna said...

aini : garang pun boleh jd cikgu yg penting garang tu niatnya baik sbb nak bg budak tu pandai..tp keje yg aini buat skrg pun bagus juga..berkhidmat pd msykt juga..

Alom ; hehe..kalo dapat,,, :D

Mak Su said...

teacher Luna, jgn garang2 :)

Izariza said...

Luna,
enjoy those days! ;)

KakNi said...

Adik saya yg cikgu tu cukup marah kalau saya usik dia dengan panggilan cikgu, dia kata aku bukan cikgu hang. maksudnya kalau panggil dia cikgu, kita kena treat dia sbg cikgu dan dia akan treat kita sbg anak murid. so, definitely sy tak akan panggil luna sbg cikgu luna, tak begitu cikgu? kekeke...

kakLuna said...

maksu ; hehe tak garang...fierce je.. :P

kak iza ; insyaAllah akan dinikmati dgn penuh keikhlasan dan kesyukuran!

kak ahnie : betui jugak...sama mcm org panggil kita kak kita kata 'bila masa mak aku beranak kat hang?' hahahaa

Nieda said...

Cerita Luna ni mengamit memori silam akak dan M4P.Rindu pula kat asrama tu.

kakLuna said...

kak nieda : hehe..sentimental ek...kalo sudi dan terlajak ke penang tu mai la melawat saya! haha poyo :P

Zareda Norman said...

ambui teacher.. belajar baik baik nooo.. jangan nak berdating aje tau teacher.. ehhehhe

kakLuna said...

kak zar ; baik puan guru besar..hehe...tu la,risau nih..dh la tesco pun dekat..e-gate pun dekat... jgn lah tergoda hendaknya! :D

Ezad said...

dah jadi cikgu ke?

AinulMalik said...

kakluna, rasa bersemangat la bace entry akak kali ni..take care!