Saturday, January 15, 2011

Kalut Sikit

Luqman darjah 3, aku rasa ada sedikit kalut. Mungkin sebab ada pertambahan aktiviti contohnya;

  1. 1. Luqman kena bangun pagi lebih awal sebab Solat Subuh. Dulu kul 6.30 sekarang pukul 6.00.
  2. 2. Mak Usu Ain (adik aku) sejak-sejak abis SPM, dah pencen dari menolong ironkan baju sekolah Oman. Selalu dia yang ironkan sekali dengan baju dia. Sekarang ni 2 pasang lak kena iron, sepasang baju sekolah dan sepasang baju KAFA. Oman pulak ada 2 pasang baju je untuk sekolah dan KAFA tu. Hari-hari tukar, jadi hari-hari kena basuh dan iron.
  3. Membuat breakfast yang berat setiap hari.

Adakah ini alasan kekalutan? Bukan macam tu, aku senang hati membuat semua perkara tu setiap hari. Lagipun satu perkara bertambah, satu perkara dah berkurang, iaitu perkara memandikan Oman. Sebelum ni, mandi nak kena layanan 1st class, sediakan air panas bagai dan siap mandikan sekali. Kalau tak meragam, ok. Cepat je selesai. Kalau meragam, 'berperang' jugak la pepagi. Aku mulut memang tak cakap banyak tapi siap la jari ketam aku ni dengan penampar hikmat aku ni singgah kat mana-mana anggota badan yang difikirkan sesuai. Sungguh tak leh tahan, bila pagi-pagi kita kalut nak ligan itu nak ligan ini nak kemas bilik nak sediakan baju, nak buat breakfast, dia buat hal pulak? Hmm, memang kena la. Tapi tahun ni takde lagi air panas-air panas ye. Dah besar panjang. Sedangkan Ammar yang tadika pun mandi air sejuk. So malulah sikit, jangan nak manja-manja sangat. Gitu tazkirah pagi ku kepada Luqman sekarang ni.

Seperkara lagi, setakat ini, aku dah tak perlu hantar Luqman sampai kelas dah. Malahan, setiap hari Tok Ayah nya yang hantar. Tak macam tahun lepas, 2 bulan pertama tiba-tiba buat hal tak nak sekolah. Oh sungguh trauma saat itu siap drama bagai di tangga sekolah. Selidik-selidik rupanya kawan tu nak mak hantar macam kawan-kawan lain. Tak amik pun takpe, asalkan, hantar. Huhu. Syahdu di situ, lalu aku pun menunaikan janji nak hantar sampai kelas. Dapatlah eksesais naik turun tangga dan kurus sekejap pada tahun lalu.

Luqman pun dah banyak berubah sekarang. Matang la sikit, dah besar kan. Darjah 1 dengan 2 memang tak nampak beza tapi darjah 3 ni walaupun baru 2 minggu, ada nampak 'eh dah besar anak aku..dah pandai berkata-kata yang unsangkarable'. Contohnya masa aku kata muka peserta Pilih Kasih macam Que Haidar, lalu di sambut beliau dengan ayat 'Mak, itulah dinamakan pelanduk 2 serupa..' Hebat kan? hahaha. Baru-baru ni aku tanya macam mana cikgu Rozaida mengajar, best ke? Rozaida adalah kawan UUM aku yang mengajar di sekolah Luqman. Luqman kata 'Cikgu Rozaida dah tak mengajar sebab mengandung' Eh ye ke? tak sangka kawan ku itu akhirnya dimakbulkan hajatnya untuk mendapatkan zuriat. Aku baru nak sms kunun-kunun nak cakap tahniah la. Rupa-rupanya kat FB sana dah bagitau pun Rozaida dah selamat bersalin. Oo..maksud Luqman cikgu Rozaida tak datang kelas sebab 'mengandung' tu adalah maksudnya 'bersalin'. Lagi satu ayat, ketika aku leka dengar dia bermain dengan kawan-kawannya kat luar rumah tiba-tiba dia berlari masuk sambil kata 'Oh no! I've got to pee!' hahaha, kelassss anak aku.

Tahun ni dia pun start masuk Ko-Kurikulum. Cikgu pilih dia masuk Pengakap, Persatuan Pendidikan Islam dan Olahraga. Ntah apa kriteria pemilihan tak pasti lah tapi aku tak kisah, asalkan dia happy, cikgu happy, we are happy... happy-happy.. *macam lagu merapu Mat Salleh la pulak. Ko-K setiap Rabu jadi kena cuti KAFA untuk 1 hari setiap minggu.

Dengan pembentangan aktiviti-aktiviti di atas maka tak dapat dielak ada hari yang sedikit kalut. Contohnya pada hari Khamis ada PJ waktu pertama maka baju sekolah perlu disimpan dalam plastik dan dalam beg. Seperti tahun lepas, aku selitkan plastik baju sekolah di celahan depan sekali. Duit belanja selit dalam poket baju. Ntah macam mana pada 1 hari yang kalut itu, (Luqman la yang kalut). Masa dia nak salin baju sekolah, dia tarik plastik tu, tapi baju nya melurut jatuh ke dalam beg. Dia kata aku yang tak masukkan baju. Dia check beg tu pun idak! Gitulah orang lelaki. Semua kita kena bagitau. Bila aku balik terus dia jatuh hukum kat aku 'mak ni dah la tak masukkan baju sekolah, duit belanja pun takde!' Amboi, senang-senang tuduh mak ek? Maka aku pun siasat, pastu aku rasa nak luku kepala dia 18 kali sebab tak nak check betul-betul. Ha padan muka kan dah tak leh belanja dan kena pakai baju PJ dengan seluar sekolah je sampai waktu tamat.

Ada sedikit mengah bila anak dah makin besar, diri pun semakin tua. Huk huk huk. batuk makcik. betul weh, sekarang cepat aje nak pancit. Kenapa eh? kenapa eh? Eh tanya pulak. Biasa la tu, badan dah lama pakai, sikit-sikit mesti ada kene repair kat mana-mana. Berat dah naik 3 kg huhu nanges 3 hari. Terus rasa nak main badminton. Rasa je tapi tak start pun lagi. Kononnya sebab kalut aktiviti-aktiviti tadi lah...kalut la sangat? - L

p/s : sebenarnya nak update lepas 17 hb sebab kan 17hb tu hari penentuan keputusan KPLI. Tapi sebab rindu kat kawan-kawan blog dan para pembaca nya (silakan terharu..). Maka aku update hari ni...doakan aku ... Ya Allah hanya kepada Mu aku berserah...

10 comments:

zareda said...

luna

sindrom anak sorang, kita memnag over kalut.. kak zar pun sekarang bangun jam 6, sediakan bekal dan bersedia jadi mak tarzan hari hari..

kalau nak kata tua, memang sana sini dah lenguh.. baru ni masuk hutan pun kejap aje dah pancit, bila tokei pancit semua team member kena marah dengan mak rimau.. huhuhu. kena feel jiwa muda gak..

Unknown said...

biasalah tu....saya pun bangun pukul 6 pagi, nak siapkan bekal anak2...3 orang lagi tu, mcm2 ragam...huhu

CeMoNG said...

result KPLI 17hb? huhuhu..nerbess2..insyaAllah,ade rezeki dapatlah brita baik nye..:D

AinulMalik said...

dah besar luqman ye..teringat dulu2 saya bace kisah die kecik lagi time 5tahun-tadika..sgt comel!

Irfa said...

HEHE..kalau ko yer?itu baru sorang..kalau tambah lagi nanti camner agaknya ;-)

jumaat lepas kakak pun cakap darjah 4 ada Ko-K..setiap ari rabu balik lewat dari biasa.tiada transport pulak tu..nampak gaya aku la kena gi amik kat skolah tambah lagi satu keje

dapat idea nak buat entri bila baca entri ko ni :-) tq

kakLuna said...

kak zar : haha tu la...tarzan nya ngalahkan apa je..

kak yus ; sy anak sorang tp breakfast buat utk 1 keluarga mak,ayah,adik2, tok dan anak2 sedara. maklum le duduk serumah :D

cemong ; ya Allah hari ni khoje mengecheck web MOE je. haram mandang kuor nye lagi..deme kata lps kui 2

irfa ; tu la dulu start darjah 4 ko-k, skrg darjah 3 dh ko-k.

ko kena berulang 2 kali la rabu tu ye....tambah keje, tambah kos..huhuhu

kakLuna said...

eh tertinggal lak Ainul ; hehe ye la masa g raya umah Ainul tu dia baru 5 tahun..gigi pun takde. skrg gigi dah tumbuh..hensem la sikit,kan..hihihi

oren said...

2 tahun lagi, muhd akan masuk skolah drjh 1, mira dah drjh 4...depa plak time habis skolah tak sama..sorang kul 1, sorang lagi kul 1.30..camanalah nk ejas nnti?? plak tu 2-2 akan pegi kafa..huhuhu...

ps: tahniah dpt KPLI..tumpang hepi :)

Masy said...

takde anak so tatau nk komen ape yg berkaitan entry hihiihi

tp apa2 pon kongretssssssss ye #cikguluna :)

yan said...

hahaha... tersengih-sengih aku membacanya, rasa ko tulis ni sambil mengah2 kot... letih ek anak sekolah... oman lak banyak akal, kena je la...hahhaha apa2 pun tahniah luna