Tuesday, July 27, 2010

dilema seorang kawan


Aku ada seorang kawan, aku namakan Cik Markonah (off course la bukan nama sebenar, ni nama cikgu dalam komik Bujal lah). Baru-baru ni Markonah menceritakan 1 masalahnya yang sangat rumit bak kata status dalam fesbuk tu 'It's Complicated'. Soalnya...soal jodoh lah.
.
Cik Markonah baya-baya dengan aku, jadi umur macam ni memang paling ngetop menjadi bahan pertanyaan, pergossipan dan pernyibukkan orang keliling yang asik tanya 'Bila nak kawin?Bila nak kawin?Bila nak kawinnnnn?????'. Tapi, cik markonah bukan tak laku. Wajahnya manis putih gebu bercermin mata. Ah pasti menjadi impian ramai jejaka. Aku juga heran bagaimana dia pun terjebak dalam masalah 'It's Complicated' ni sedangkan dengan paras rupanya itu dan sifat-sifat baiknya, mampu mendapat pasangan dengan lebih cepat. tapi, itulah orang kata, bahagian masing-masing, lancar tang tu, tak lancar tang ni. Happy tang nun, tak happy tang tuttt. Cik Markonah bukan tidak ada berkawan tetapi inilah masalah beliau.
.
1) Markonah amat mencintai seorang lelaki, dan lelaki itu amat menchintai beliau. Tapi lelaki itu adalah.....berlainan agama! Sepanjang perhubungan memang markonah cuba memujuk agar lelaki itu yang bernama Vellpari (juga bukan nama sebenar, nama tipu pun bukan haha) supaya memeluk agama Islam tetapi Vell nggak mahu. Belum mendapat hidayah mungkin. pada mulanya markonah bersabar tetapi memandangkan usia makin meningkat, Markonah rasa hubungan ini sukar diteruskan, dan Markonah cuba menjauhkan diri dari Vell namun, kerana mereka 1 tempat bekerja, proses ini menjadi sukar! Markonah terus menchintai Vell begitu juga Vell terhadap Markonah.
.
2) Ibu dan bapa Markonah adalah orang baik-baik, mereka tidak mengetahui yang Markonah adalah mencintai Vellpari, mereka telah mencarikan seorang lagi calon untuk Markonah. Sebelum ini mereka telah carikan tetapi Markonah tiada bersetuju sebab masalah jauh lah, muda lah dan lain-lain. kali ini calon itu adalah jiran sekampung, tidak lah tua tidaklah muda, dari segi umur amat sesuai. lelaki ini, Encik Amirul Arham (nama rekaan ku) seorang duda tiada beranak, pekerjaannya sebagai Salesman kereta.
.
3) dalam masa yang sama, Markonah yang merasai hubungan dengan Vellpari mungkin sukar direalisasikan, Markonah berkawan pula dengan seorang duda beranak 2, tetapi hubungan ini masih di peringkat awal. Mungkin ini juga escapism buat Markonah bila hubungan dengan Vellpari tiada jalan penyudah.
.
Dalam hal ini aku rasa pilihan ke 3 tu tak berapa mendominasi permasalahan ini tapi antara 1 dan 2 itulah soal utamanya. Hm, jadi bagaimana? Untuk menolak pilihan mak ayah nya sudah tentu akan mengecilkan hati orang tua, tetapi bagaimana ingin menerima jika hati tiada sayang? telah ku kabarkan, pilihan ibu bapa itu adalah terbaik, kerana ibu bapa manalah yang tidak mahu anaknya bahagia. tetapi hati Markonah tetap pada Vellpari, dan berharap agar masalah berkaitan agama itu dapat diselesaikan dengan cara terbaik. Tapi soal agama bukan main-main kan kawan-kawan? Bukan berpandangan negatif cuma dari segi realitinya itu, kalo bertukar agama hanya kerana nak kawin, banyak masalah timbul dan akhirnya bercerai.
.
Apapun, aku menyokong apa jua pilihan Markonah, cuma ku harap sekali memilih jangan sekali berpatah balik. Aku memahami betapa sukar membuat pilihan kerana sebagai manusia kita lemah untuk mengetahui apa yang bakal terjadi di masa depan. Risiko ini terlalu besar dan perlukan kekuatan jitu untuk menghadapinya. Apakah pilihan terbaik bagi Markonah? Adakah Markonah perlu bersabar untuk bersama Vellpari atau Markonah tamatkan sahaja status bujang nya dengan pilihan mak ayahnya? Uhh...Its totally, totally Complicated!

8 comments:

Ummi said...

it is so complicated, hehehehe, harusnya si markonah itu mengikut sahaja pilihan ibu bapanya

tapi akan kesian kepada dirinya kerana tiada kasih sayang kepada lelaki itu, tapi se vell tu sampai bila, macam tiada noktah

yang no 3 ok gak tapi takutnya ada masalah anak dan sebagainya,

terserah kepada markonah untuk menyelesaikannya, pohon kepada Allah untuk mencari jalan dan mendapat petunjuk :)

Luna said...

kak ummi : saya tahu hati kwn saya hanya pd Vell tu tapi tu lah soal hidayah ni kerja Allah kita cuma mampu berdoa..tp sy juga kata kalo terlalu sukar,tentu bermaksud sesuatu tapi kita x memahaminya

alangkah mudah kalo Vell mencintai Islam sebagaimana dia mencintai Markonah

achik said...

mudah2an markonah dapat membuat keputusan yg terbaik utk dirinya.. :)

kak Erna said...

luna..istikharah..tiap malam sampai temui jawapan..
markonah kena ingat kawin bukan untuk sehari dua..kalau akak yang pertama..tolak terus..kalau betul jujur..tak kan tunggu sampai sekarang...

Aa said...

Solat Istikhorah.

Masy said...

bila dah melibatkan agama, better markonah tu cari alternatif lain. rasanya yg no 2 tu mcm ok, wpon duda tp xde anak. klu nak express, no 3 pon bole. mana2lah asalkan bkn no 1.

ckp mmg senang, tp klu kita di tempat dia.. huhuhuhhuuhu~

kakLuna said...

achik : mmg itu yg akak harap jugak..sedih dan kesian juga

kak erna : itu sebaik2nya kan kak sbb kita manusia mmg gagal memahami hikmah ujian yg Allah bg pd kita...jd mintalah dorongan dr Nya,kan


Aa : insyaAllah

masy : ya lor..kalo akak pun akak nak dia lupakan saja no.1 tu sbb psl akidah ni kita x leh main2..

mungkin kita susah sikit skrg tp untungnya banyak di Sana nnt sbb kita mempertahankan agama dr cinta.

kakyong said...

memang rumit..
cuma utk memudahkannya.. harus lapangkan hati & muhasabah diri...
istiqarah.. & 'baca' betul2 situasi dia skrg.. cinta tak semestinya bahagia... cinta selepas kahwin juga tdk semestinya tak boleh bahagia, yang penting tahu apa yg dicari dlm perkahwinan - keredhaan Allah & ibubapa...

limitnya hanya dlm akal & hati...