Sunday, July 11, 2010

'tanaman adalah sedekah'

Sebenarnya lepas aku buat tanaman cabai fertigasi-tapi-tak-la-fertigasi-sangat tu, aku cuba pulak tanam pokok-pokok lain. Agaknya dah biasa dulu aktiviti pagi petang tengok pokok. Bila dah tak buat, alahai cam something missing pulak. Aku penah tanam timun, tomato, terung dan sawi. Alhamdulillah dah merasa semua sayuran tu hasil tanaman sendiri, pastu ada setengah sedekah kat sedara mara dan jiran.
.
.
Sekarang ni aku tanam bendi dan kacang panjang. Pastu tok aku pulak, tangannya jenis 'sejuk', dia tabur je benih pokok, insyaAllah, tak lama kemudian, pokok tu mesti naik. Contohnya; pokok-pokok cabai ni bukan lebihan benih cabai yang aku wat dulu tapi Tok aku yang menyemai benihnya. Bila pokok dah besar sikit aku cuma pindahkan je ke tempat lain.
.
.
Selain tu, Tok aku jugak la yang campakkan benih labu kat tepi umah dan kat depan umah. Amboi ai, berlingkar-lingkar naiknya. Ada yang melata tapi kebanyakannya menjalar naik ke tiang umah, penyidai baju. Subhanallah, cepat sungguh. Pastu, tau2 je dah kuar buah. Pokok labu paling elok adalah melata, baru la buahnya membesar macam pokok tembikai tu.Tapi pokok labu tok aku nih hyper-aktif, suka manjat-manjat. Bistu, macam mana buahnya nak besar,
kalau tumbuhnya tergantung? Tapi ok lah, dapat besar sikit dari penumbuk. Banyak hasilnya, tak payah beli labu kat market...kalo dibuat serawa labu atau cucur labu, jadi juga!
.
.
.
Yang ni pokok kacang panjang tapi tak nampak lak buahnya sebab aku dah kutip. Lupa lak nak snap masa buahnya bergayut-gayutan. Sambil kutip, buat teka-teki kat Luqman 'apa benda kalo kita potong pun dia panjang jugak?' Luqman pun pikir,pikir. Ntah apa-apa jawapan di bagi, keretapi lah, rumah la, padahal kita dah bagi clue depan-depan tu. Aku pun bagitau lah jawapannya 'kacang panjang la...kan kalo kita dah potong-potong pun orang still cakap 'sayur kacang panjang' bukan kacang pendek..' hehehe.
.
.
Tanaman ni semua walaupun berjenis, idak le pulak cukup untuk dikomersilkan. Sejak dari tanam cabai dulu pun tak berniat nak jual. Cuma untuk sedekah dan makan sendiri. Kan macam hadis Rasulullah s. a. w bersabda:
.
"Barang siapa yang menanam suatu tanaman, kemudian ada burung atau siapapun yang mencari rezeki, yang makan dari tanaman itu, maka bagi penanam tersebut adalah sebagai sedekah.’’ Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Ibnu Khuzaimah.

.
Lagipun kepuasan dapat tanam, kutip hasil dan sedekah sambil makan sendiri ni lain rasanya. Sambil siram pokok tu pun ada satu perasaan ikatan sesama makhluk. Aku selalu fikir betapa pokok ni berterima kasih sebab bagi kita peluang mereka untuk tumbuh dan berguna kepada makhluk yang lain. Mungkin mereka juga berdoa 'ya Allah berilah aku peluang untuk menjadi berguna kepada makhluk lain dan beribadat kepadaMu' Allah Maha Mendengar, maka melalui manusia, diberikan lintasan hati untuk menanam benih tumbuhan tersebut, dan menjaganya hingga berhasil. Kita ni sebagai asbab saja, tapi hasilnya, buahnya tumbuh, dapat sedekah pada orang lain dan mungkin sedekah bagi binatang-binatang di samping pokok tu mendoakan kesejahteraan kita. Itulah 'hasil' yang lebih bernilai dari hasil dalam bentuk wang atau harta.


2 comments:

OneSimpleMother said...

sronoknya bercucuk tanam kan.. :)

kakLuna said...

kak mas : hehehe seronok sangat